Kisah Si Ambiga Junior Bawani, Zohra Jabeen Dan Mahasiswa UUM
Listen..Listen...Listen....
Dalam sekelip mata nama mahasiswi
dari UUM, Bawani dan Presiden Suara Wanita 1 Malaysia, Zohra Jabeen
popular di alam siber ini..Semuanya gara-gara satu rakaman yang
dikeluarkan oleh portal My Mahasiswa yang berlangsung di UUM yang
bertajuk "SEIRINGKAH MAHASISWA DAN POLITIK"..
Untuk melihat rakaman isu yang diputarkan boleh rujuk video di bawah... petikan ini Pisau Kedah ambil dari blog Harapan-Esok
Isu pokoknya adalah Zohra Jabeen
menyekat suara Bawani yang ketika itu sedang menyatakan
pendapatnya..Bagi aku apa yang dilakukan Bawani itu tidak salah kerana
memang kita dialu-alukan untuk menyatakan pendapat...
Bawani agak beremosi ketika
menyatakan pendapat dan isu yang dibawa hanyalah PTPTN...apa yang Bawani
ini katakan ialah PTPTN ditubuhkan pada tahun 1997 yang mana ketika itu
Anwar Ibrahim masih dalam kerajaan Barisan Nasional...Anwar juga
merupakan salah seorang yang meluluskan penubuhan PTPTN...
Bawani meneruskan lagi bahawa
peruntukan PTPTN sepanjang 15 tahun ini ialah 28 billion dan secara
puratanya 2 billion bagi tempoh setahun..Ditambah pula dengan peruntukan
MARA..biasiswa 1 Billion dan Private sector 1 billon..memandangkan
harga barang makin meningkat maka kita minta 10 Billion untuk 1 tahun...
Isu yang dibawa tiada masalah
tapi mengenai PTPTN sudah dijelaskan berulang kali yang kita hanya akan
mendapat tukaran biasiswa jika mendapat keputusan kelas pertama
3.70-4.00 kalau tak silap aku..ini sahaja sudah membuktikan yang
Kerajaan komited untuk melahirkan lebih ramai Pelajar yang cerdik
pandai..
Kalau mahasiswa tidak mahu
membayar PTPTN maka belajarlah betul-betul dan bukannya sertai
demonstrasi jalanan yang tidak berfaedah tu...baring atas jalan
terjerit-jerit tengahari buta 1 benda pun tak dapat...
Siapa Bawani?
Bawani ini pernah bertanding pada
Pilihanraya Kampus di UUM yang lepas tetapi kalah kerana dia kurang
mendapat sokongan dalam kalangan mahasiswa di UUM..
Dia ini proksi DAP dan PSM yang
mana membawa suara-suara pembangkang ke dalam kampus..walaupun dia
lantang bersuara tetapi tidak ada gunanya jika diri tu menentang
kerajaan...kebebasa bersuara ada batasnya dan bukan suka-suka untuk
melanggar...dengan berbekalkan fakta angka yang dangkal seolah-olah dia
pakar dan mengetahui yang PTPTN ini wajar dimansuhkan...
PTPTN itu hutang...dan hutang
wajib dibayar..buktikan pada aku ada tak agama yang menngalakkan orang
lari dari bayar hutang?kalau ada beri jawapan agama apa yang galakka
kita lari dari bayar hutang...duit yang diberi kepada anda semua itu
duit rakyat...dan duit rakyat anda harus pulangkan semula...
PTPTN sudah mengalami beberapa
perubahan..sebelum ini kadar interes adalah 3% dan dikurangkan kepada
1%...lagipun jika anda bekerja nanti apalah salahnya keluarkan RM50-100
sebulan untuk melangsaikan hutang...Beli telefon mahal-mahal boleh..beli
mackup tebal boleh pula...beli rokok semua tu boleh pula..nak bayar
hutang sebulan RM 50 pun seksa...
Walaupun Bawani ini lantang
bersuara tapi dia membawa suara pembangkang...perjuangannya mirip kepada
AMBIGA Jr...konon menegakkan demokrasi..tapi sebenarnya mereka mahu
merampas kerajaan dan ni merupakan salah satu perjuangan pembangkang
dengan meletakkan agen-agen mahasiswa disetiap Universiti...
Ternyata pembangkang dan
mahasewel telah mengambil kesempatan ini sebagai satu advantage kepada
mereka untuk menghidupkan sentimen perbalahan sesama siswa dan akhir
sekali matlamat mereka adalah untuk menyokong Pakatan Rakyat pada PRU 13
ini...
Mahasiswa telah terikat dan
diancam dengan krisis dan permainan politik pembangkang...jika mahasiswa
tidak matang maka golongan ini akan mudah dipengaruhi..
Jika benar Anwar Ibrahim menyokong PTPTN dimansuhkan mengapa tidak dia lakukan ketika berada dalam KERAJAAN?
Jika PTPTN dimansuhkan siapa mahu
bayar kembali HUTANG?dan apakah nasib pegawai-pegawai yang bekerja di
PTPTN...pembangkang tidak fikirkan semua itu..yang mereka tahu hanya
SOKONGAN walaupun terpaksa menipu...
Siapa Syarifah Zohra?
Jika tidak kerana video ini,
rata-rata kita tidak mengenali siapa Syarifah Zohra ini..populariti
Zohra melonjak dalam sekelip mata...wanita berdarah kacukan Mamak ini
tiba-tiba popular...Dia yang memikul beban sebagai Presiden Suara Wanita
1 Malaysia amat lantang bersuara tetapi tindakannya yang menghentikan
suara Bawani harus ditegur...
Walaupun kenyataan Bawani itu
tidak releven, sepatutnya dia kena memberi laluan sehingga Bawani
habiskan ayat terakhir dan bukannya mencantas seperti itu...
Perangai seperti ini harus
ditolak...lebih-lebih lagi dia memnggunakan label 1 Malaysia...jika
letak sahaja label 1 Malaysia.maka yang akan menerima kesan ialah BN
walaupun tiada larangan untuk menggunakan label 1 Malaysia...persepsi
ini sengaja diracuni oleh pembangkang yang sentiasa mencari peluang
memburuk-burukkan BN...
Fahaman Terhadap Pendirian Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin mengakui bahawa
Zohra bukan membawa suara BN...tetapi pembangkang akan cuba putar
belitkan isu ini supaya rakyat akan menyalahkan BN...akhirnya mereka
akan katakan yang BN ini menyekat suara dan kebebasan bersuara...
Pembangkang ibarat
syaitan..mereka akan mencari peluang untuk melaga-lagakan orang lain
supaya rakyat berpecah belah..bila dalam keadaan huru-hara maka mereka
akan menikam peluang supaya menyokong mereka...Politik jijik ini harus
diperangi...
Mahasewel mengambil kesempatan atas isu ini...
Pro Mahasewel yang suka panjat pagar, dan baring atas jalan sama seperti pembangkang..mereka amat ternanti-nanti peluang ini...
Belum apa-apa, satu cabaran
jemputan Forum antara Zohra dan Bawani telah dikeluarkan...mahasewel ini
tidak sedar yang mereka sebenarnya telah kalah di UM pada PRK yang
lalu...mereka buat seolah-olah Universiti ini keturunan bapak mereka
punya..
Sebab itu tindakan mereka selama ini mengalahkan beruk..
Bukan itu sahaja...proaksi
Mahasiswa pro Paktan Rakyat PMIUM turut mengambil kesempatan untuk
mengajak Zohra berdebat...ini satu lagi cara mereka mempopularkan
ikon-ikon dari kalangan puak cai makan dedak...
adoyai?! nota galaxy?! belajar tinggi2 tp bodoh meningkat2....jgnla nk tukar kata nama khas yang dlm bahasa inggeris ke bahasa melayu...kt sekolah rendah pn da bljr la..Kata nama khas yang asalnya dalam bahasa Inggeris, tak boleh ditukar dalam bahasa melayu..so klu asalnya Galaxy Note, maka Galaxy note la..bkn nota galaxy..dah la tukar kata nama khas, galaxy tu x nk plak tukar kepada galaksi atau cakerawala...nota cakerawala...hahahha
ReplyDeletekakakaka...best gak...nota cakerawala....
ReplyDelete