Ahli Majlis Syura ditampar Zulkifli Nordin!
Salam 2 all.
Teman mengalu-alukan keputusan Majlis Syura PAS yang bermesyuarat
semalam Ahad 01 Rabi'ul Awal 1434 bersamaan 13 Januari 2013 dan membuat
keputusan bahawa kalimah ALLAH hanya boleh dipakai oleh umat Islam, dan
tidak boleh dipakai dalam bentuk bertulis atau bercetak oleh non-Muslim.
Cuma beberapa persoalan yang timbul daripada keputusan ini iaitu:
1. Mengapa larangan hanya kepada penggunaan kalimah ALLAH oleh
non-Muslim dalam bentuk tulisan atau bercetak? Bagaimana dengan lisan,
adakah ianya dibenarkan. Kalau alasan keputusan Syura adalah kerana
kalimah ALLAH hanya khusus untuk Muslim, sudah pasti ianya tidak boleh
digunapakai oleh non-Muslim dalam semua bentuk samada bertulis, bercetak
mahupun lisan!
2. Mengapa Majlis Syura mengambil masa begitu lama untuk berbincang dan
membuat keputusan? Setelah Guaneng mencetuskan isu ini mendesak kristian
dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible semasa perayaan
krismas 25 Dis 2012, sudah lebih tiga minggu isu ini berlalu.
Sudah banyak bantahan dan protes dibuat oleh umat Melayu-Islam. Sudah
berbuih mulut para ulama', termasuk Majlis Fatwa membuat bantahan
terhadap kenyataan Guaneng itu, malah setelah Presiden PAS sendiri
membuat kenyataan bersama DAP-PKR bersetuju kalimah ALLAH digunapakai
oleh kristian, barulah Majlis Syura' nak berbincang dan membuat
keputusan?
Adakah keputusan ini sekadar cuba mengalih kemarahan umat Melayu-Islam
kepada kepimpinan PAS, atau untuk meraih sokongan dan undi umat
Melayu-Islam yang semakin merosot kepada pembangkang termasuk PAS?
3. Mengapa Majlis Syura' tidak menasihatkan dan mengarahkan Presiden PAS
supaya menarik balik dan membatalkan persetujuan yang dibuat bersama
DAP-PKR untuk membenarkan kristian menggunakan kalimah ALLAH?
4. Mengapa Majlis Syura' tidak menegur dan menasihatkan rakan sekutu PAS
iaitu Anwar Ibrahim dan Guaneng supaya menghentikan polemik penggunaan
kalimah ALLAH oleh kristian ini? Dan menasihatkan mereka supaya menarik
balik dan membatalkan cadangan itu?
5. Adalah jelas keputusan Presiden PAS bersetuju dan membuat kenyataan
bersama Anwar dan Kitsiang membenarkan kristian menggunakan kalimah
ALLAH dibuat tanpa merujuk kepada para ulama' dalam PAS dan Majlis Syura
PAS. Sedangkan Majlis Syura' adalah badan tertinggi didalam hiraki
kepimpinan PAS yang mempunyai kuasa muktamad dalam hal ehwal dasar dan
hala tuju PAS.
Bermakna Presiden dan kepimpinan eksekutif PAS telah membelakangkan
Majlis Syura' dalam isu yang sangat asas, fundamental dan penting ini.
Bukankah ini satu penghinaan kepada Majlis Syura' dan bercanggah dengan
slogan "Kepimpinan Ulama" yang dilaungkan oleh PAS?
Apapun, adalah jelas keputusan Presiden dan kepimpinan eksekutif PAS
bersetuju bersama DAP-PKR untuk membenarkan kristian menggunakan kalimah
ALLAH jelas kini bercanggah dengan keputusan dan pendirian Majlis
Syura'.
Sebab itu teman mencabar Presiden dan kepimpinan eksekutif PAS supaya
menarik balik dan membatalkan persetujuan bersama DAP-PKR membenarkan
kristian menggunakan kalimah ALLAH tersebut.
Teman juga mencabar Presiden dan kepimpinan eksekutif PAS supaya menegur
dan menasihatkan GuanEng supaya menarik balik desakan untuk membenarkan
kristian menggunakan kalimah ALLAH. Kalau Guaneng enggan, Presiden dan
kepimpinan eksekutif serta Majlis Syura' PAS tidak ada pilihan selain
daripada bermufaraqah dengan DAP-PKR.
Ini bukan soal siasah, ini soal aqidah! Ini bukan soal politik, ini soal
iman! Ini bukan soal menang undi, ini soal tauhid! Ini bukan soal
menang pilihanraya, ini soal syurga-neraka!
Moga ALLAH memberikan keampunan dan hidayah kepada kita semua. Yang baik
datang daripada ALLAH, yang tidak adalah daripada kelemahan teman
sendiri!
Tq YB Kulim, moga
disahut cabaran YB oleh kepimpuinan tertinggi PAS serta kepimpinan
tinggi PAS membatal persetujuan DAP-PKR dalam membenarkan kristian
menggunakan kalimah Allah.
saya hairan kenapa PAS pulak yg nak menentukan kalimah allah.... kan kita ada kerajaan yg memerintah dimana urusan2 agama di bawah Yang Dipertuan Agong.... PAS hanya la sebuah parti politik. saya rasa benda begini cukup mengelirukan rakyat. Sejak bila kah urusan keagamaan dinegara ini di uruskan oleh PAS?.... Apa yg saya lihat PAS tidak boleh menguruskan kan kedudukan kiblat distadium merdeka ketika himpunan HKL12 baru ini....Disini pun menunjukkan mereka tidak bersatu dalam urusan agama...........
ReplyDelete