Saturday, April 23, 2011
Thursday, April 21, 2011
BANJIR LAGI DI KAMPUNG SUNGAI BERANGAN , KOTA TINGGI
Rumah Puan Latifah sentiasa digenangi air bajir hingga beberapa hari walaupun hujan sudah berhenti semalaman. Penduduk terpaksa pindah ke Balai Raya yang dijadikan pusat pemindahan sementara.Bagi penduduk Kampung Sungai Berangan sentiasa dalam kebimbangan apabila berlaku hujan. Kadangkala tengah malam mereka terpaksa berkemas untuk pindah.
Rumah ini ditinggalkan penghuninya kerana keletihan bersiap sedia selalu apabila hujan.
Ada sebahagian penduduk terpaksa menyewa rumah lain terutama di Kampung Sungai Tiram sejauh 15 kilometer dari kampung itu..
Tuesday, April 19, 2011
SEMANGAT PERPADUAN REALISASI KEMAKMURAN
Kaum Cina Semakin Racist AKibat Keterbukaan Kita Kepada Mereka
KUALA LUMPUR, 18 April – Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa masyarakat Cina Sarawak turut dijangkiti “virus rasisme Cina” yang menjadi prinsip perjuangan DAP, komponen Pakatan Rakyat (PR), yang memperoleh kerusi terbanyak dan menggandakan kawasan dimenangi mereka, kelmarin.
Bekas perdana menteri itu berkata pada masa-masa lalu DAP ditolak sepenuhnya oleh penduduk Sarawak.
Dalam nada sindir, Dr Mahathir (gambar) menulis, “saya mengucapkan tahniah kepada DAP yang membawa masuk politik rasis ke Sarawak.”
“Sebelum ini kesemua kaum bekerjasama antara satu sama lain bagi kebaikan Sarawak. Sekarang, kita boleh lihat dengan jelas bahawa komuniti Cina telah menolak multirasialisme.
“Kemungkinan SUPP ada melakukan kesilapan, tetapi yang lain-lain dalam BN juga didapati ada kekurangan. Tetapi keseluruhan penolakan adalah oleh masyarakat Cina,” kata beliau dalam entri terbaru blognya.
Pada pilihan raya negeri Sarawak yang berlangsung kelmarin, BN mengekalkan kuasa kerajaan negeri dengan majoriti lebih dua pertiga tetapi mengalami penurunan berbanding 2006.
Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP-PAS-PKR memperoleh 15 kerusi dan Bebas satu.
Sambil mendakwa beliau akan dipanggil sebagai rasis kerana membangkitkan perkara ini, kata Dr Mahathir, sepanjang lima dekad lalu kaum-kaum di Malaysia telah bekerjasama untuk membina negara.
“Dunia telah menyaksikan kerajaan BN yang stabil dengan kuasa dan kekayaan dikongsi oleh semua kaum dengan adil.
“Tiada kaum yang memperoleh semua yang dianggap sebagai hak mereka – bukan Melayu, bukan Cina, bukan India, bukan Iban, Kadazan atau sebagainya. Kesemua perlu mengorbankan sesuatu. Ini (bahagian) penting dalam perkongsian,” katanya lagi.
Ini bukan kali pertama Dr Mahathir mendakwa DAP mengamalkan pendekatan sedemikian dan pernah menyamakan dengan pendekatan PAP dari Singapura.
Sebaliknya dakwa Dr Mahathir, persekitaran perkongsian kuasa dan kekayaan ini dimusnahkan oleh DAP dengan memisahkan kaum Cina daripada kaum-kaum lain.
%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%
Hasil dari PRu 10 Dun Sarawak . Jelas trend sekarang kaum cina lebih berminat untuk vote DAP. Tapi walau bagaimana pun erti perpaduan amat bermakna pada generasi hadapan. Untuk kuasa kita sering berbalah sesama melayu. Kita terlalu emosional dalam keinginan kaum lain sedangkan kita masih leka dengan angan2 yang tinggi melangit. Kemakmuran dn keamanan ini hanya boleh dikecapi dengan toleransi antara kaum. Sudah masanya bagi melayu kukuhkan perpaduan sesama melayu. Elakkan perbalahan dan pepecahan antara kita. Dengan kekentalan persaudaraan melayu dan kejituan rohani dengan islam yang haq akan memartabatkan bangsa dimata kaum2 lain.
Monday, April 18, 2011
Sunday, April 17, 2011
PRU 10 DUN SARAWAK
HARAPAN Wak Long@Man
kita lihat DAP cina bersatu hati dengan perkaumannya ( cauvis dan rasis) . marilah kaum melayu dan bumiputra bersatu hati .. cina makin berkuasa dalam politik. Ekonomi , perniagaan telah mereka kuasai. kini politik pula melalui DAP .... Kita melayu dan bumiputra sentiasa bertolak ansur dengan mereka. Tapi mereka tak reti berbahasa mulia. Bersatulah kita melayu dan bumiputra untuk mertabatkan melayu dan bumiputra di tanah air tercinta.