Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, February 2, 2013

ISMA akan libatkan diri dalam PRU ke-13 , demi Perpaduan Ummah .. PAS makin terpinggir..

ISMA akan libatkan diri dalam PRU ke-13


BANGI, 2 Feb. - Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman hari ini mengumumkan pendirian ISMA untuk terlibat dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Menurut beliau, ISMA akan menghantar calon-calon untuk bertanding di kawasan-kawasan yang dikenalpasti berpotensi dan selari dengan dasar serta tujuan penglibatan politik ISMA.

Pendirian ini dinyatakan dalam satu sidang media yang diadakan di sini petang tadi.

Ustaz Abdullah berkata, keputusan ini diambil oleh Majlis Syura ISMA setelah mengadakan perbincangan yang mendalam dan mengambil kira senario politik semasa serta pelbagai kajian dan bacaan politik yang menjangkakan negara akan menghadapi situasi ketidakstabilan politik nanti.

“Kita berhasrat untuk menyelamatkan undi-undi umat Islam agar pergi ke calon-calon yang beragama Islam dan berwibawa.

“Kita tidak mahu undi-undi ini menjadi peluru sesat yang akhirnya membunuh masa depan umat Islam sendiri,” jelasnya.

Beliau berkata, perincian mengenai di mana dan berapa bilangan kawasan yang akan ditandingi oleh calon-calon daripada ISMA akan dimaklumkan kelak.

Ustaz Abdullah menyatakan harapan agar masyarakat Islam dapat memberi sokongan yang padu terhadap usaha murni ISMA serta memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada calon-calon yang akan dikemukakan kelak.

Berikut adalah kenyataan penuh ISMA berhubung penglibatan ISMA dalam PRU ke-13 yang telah dibacakan oleh Ustaz Abdullah Zaik:

Segala puji dipanjatkan kepada Allah s.w.t, Pemilik alam semesta. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi kita Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Berdasarkan bacaan terkini senario politik semasa, setelah menela’ah pelbagai kajian dan bacaan politik, negara dijangka akan menuju ke situasi ketidakstabilan politik  yang juga akan turut menjejaskan aspek-aspek yang lain.

Kedua, kedudukan politik orang Melayu dan umat Islam yang semakin goyah dan tercabar akibat perpecahan, menyebabkan kuasa menentukan arah masa depan negara berada di tangan orang lain.
Ketiga, menyedari politik adalah percaturan antara kuasa-kuasa dan pengaruh-pengaruh  yang berbagai-bagai latar belakang dan berkepentingan, ketiadaan penglibatan yang aktif di pihak NGO Islam yang perihatin akan menyebabkan kepentingan Islam dan umat Islam akan terpinggir.

Atas tiga faktor utama tersebut, ISMA telah mengamanahkan Biro Politik ISMA yang diketuai oleh Tuan Hj Aminuddin Yahaya untuk mengkaji sejauhmana ISMA perlu atau patut terlibat dalam PRU ke-13 ini.

Satu kertas cadangan telah dikemukakan ke Jawatankuasa Pusat ISMA (JKP ISMA) untuk diteliti. Berpandukan usul daripada JKP tersebut, Majlis Syura ISMA yang dipengerusikan oleh Tuan Hj Sharipuddin Ab Kadir pada 26 Januari 2013 telah membincangkan cadangan penglibatan ISMA dalam PRU ke-13.

Hasil perbincangan yang meluas dan mendalam oleh Majlis Syura ISMA, telah mencapai keputusan sebulat suara bahawa ISMA perlu terlibat dalam PRU ke-13 dengan menghantar calon di kawasan-kawasan yang dikenalpasti berpotensi dan selari dengan dasar serta tujuan penglibatan politik ISMA.

Kita ingin menegaskan bahawa kita berhasrat untuk menyelamatkan undi-undi umat Islam agar pergi ke calon-calon yang beragama Islam dan berwibawa. Kita tidak mahu undi-undi ini menjadi peluru sesat yang akhirnya membunuh masa depan umat Islam sendiri. Perincian mengenai di mana dan berapa bilangan kawasan yang akan ditandingi akan dimaklumkan dalam siaran media akan datang.

Tujuan penglibatan ISMA dalam PRU ke-13 antara lain ialah;
  1. Untuk memastikan kerukunan hidup masyarakat berbilang kaum berteraskan lunas perlembagaan yang saling menghormati hak satu sama lain berterusan.
  1. Untuk memastikan teras kenegaraan yang berpaksikan Islam, Melayu dan Raja terus dihormati.
  1. Terlibat sama dalam memastikan keamanan dan kestabilan negara tidak terjejas walau apapun keputusan PRU ke-13 akan datang.
  1. Memberi sumbangan dalam memastikan masa depan politik Malaysia yang lebih Islamik
  1. Membantu mengukuhkan kedudukan politik orang Islam demi masa depan agama bangsa dan negara.
Bagi memastikan penglibatan lebih bermakna, JKP ISMA telah mengarahkan semua ahli supaya berada dalam keadaan siap siaga dan bilik-bilik gerakan pilihanraya dibuka di semua kawasan-kawasan yang akan ditandingi.

Umat Islam diharap dapat memberi sokongan yang padu kepada usaha yang murni ini dan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada calon-calon yang akan dikemukakan.

ISMA juga mengalu-alukan sumbangan dan bantuan daripada orang ramai dalam apa jua bentuk. Orang ramai yang ingin menyumbang boleh terus menghubungi En Salman Al-Farisi bin Selamat, selaku Sekretariat Biro Politik ISMA di talian 03-8912 2719.

Ustaz Nasharudin Mat Isa : Saya mahu perjuangan asal Pas kekal, bukan Perjuangan PAS sekarang sewenangnya dicairkan ikut kemahuan rakan pembangkang lain

NASHA MASIH ANGGOTA PAS


KUALA LUMPUR 2 Feb - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa hari ini menegaskan beliau akan kekal sebagai anggota Pas dan statusnya sekarang yang digugurkan daripada Majlis Syura Pas tidak akan menghalangnya untuk terus mempertahankan perjuangan asal parti.

Menurut Nasharuddin, beliau aKan kekal di dalam parti (Pas) bagi memastikan perjuangan asal parti tersebut (menegakkan Islam) tidak 'dicairkan' berikutan hubungan Pas bersama PKR serta DAP.

"Tidak betul kata kalau tak jadi anggota Majlis Syura tidak boleh bersuara, saya masih boleh bersuara sebagai anggota biasa akar umbi parti. Saya mahu perjuangan asal Pas kekal, bukan sewenangnya dicairkan ikut kemahuan rakan pembangkang lain.

"Pas sebelum adanya pakatan pembangkang ini punyai kekuatan bagi berdiri dan maju sendiri sebagai sebuah parti yang perjuangkan Islam. Namun kekuatan itu dicairkan sedikit demi sedikit demi memenuhi kehendak pakatan itu," katanya kepada pemberita di kediamannya di Bandar Bukit Mahkota, Kajang di sini.

Sebelum ini, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Nasharuddin masih kekal anggota Pas walaupun dipecat daripada Majlis Syura Ulama Pas, dan Nasharudin juga tidak disenarai sebagai calon Pas pada pilihan raya umum ke-13.

Tambahnya, beliau menyertai Pas kerana parti itu dahulunya sentiasa konsisten memperjuangkan isu Islam namun kini, parti itu perjuangan itu semakin hilang.

"Kini, kepentingan politik itu diambil kira terlebih dahulu. Ia semakin melampau apabila semakin menghilangkan identiti Pas sebagai parti yang sentiasa konsisten memperjuangkan Islam, malah mula menenggelamkan suara akar umbi yang mahu perjuangan Islam itu di depan," katanya.

Mengulas mengenai pemecatannya daripada Majlis Syura, beliau akur dengan keputusan tersebut walaupun masih belum menerima surat rasmi daripada parti tersebut.

"Saya akur dengan keputusan majlis itu, tetapi sehingga kini selepas lebih dua minggu saya hanya mengetahuinya melalui media tanpa apa-apa surat rasmi... saya juga ingin tahu apa status keanggotaan saya sekarang," ujarnya.

Beliau turt menafikan bahawa beliau menerima habuan daripada Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk berpaling tadah sambil menegaskan perjuangan Islamnya tidak boleh dijual beli.

"Ini adalah sumbangan saya untuk negara, tidak kira Umno, BN atau Pas, sekiranya ada peluang bagi saya membela nasib umat Islam dan memperjuangkan Islam, saya akan ambil.

"Pihak Umno dan BN menerima pendirian saya ini dengan tangan terbuka, mereka tidak kisah saya orang Pas. Sebagai seorang rakyat Malaysia bila negara mahukan saya menyumbang demi kemajuan Islam dan rakyat, saya terima dengan hati terbuka," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan beliau mengikut lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza baru-baru ini dan Makkah tidak lama dahulu sehingga menimbulkan kontrovesi di kalangan penyokong pembangkang.Sumber: KLPos dot com

Menjelang PRU 13: Parti Ajaran Sesat (PAS) Berfatwa Lagi - Haram Undi Umno!!!!

SEKOR LAGI PEMIMPIN PAS JAHILIYAH MUNCUL DENGAN SIKAP ASSOBIYYAH YANG SANGAT TEBAL!!!!!

Menjelang PRU 13: Parti Kawan Syaitan Berfatwa Lagi - Haram Undi Umno!!!!


KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gaal dari PAS, Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad menggesa PKR meletakkan calon Islam sekiranya menentang Umno pada pilihan raya umum ke 13.

Beliau berkata jika PKR bertegas meletakkan calon bukan Islam, maka pengundi harus memilih calon Umno.

"Jika calon PKR bukan Islam, adalah baik untuk pengundi mengundi calon Umno bagi menjaga kepentingan Islam," katanya kepada Antarapos.

Nik Mazlan mendakwa sebuah portal berita memutarbelitkan kenyatannya bersabit isu itu.

Beliau menegaskan apa yang disebutnya ialah mendesak PKR meletakkan calon Islam jika berhadapan dengan calon Umno.

Tambah Dr Nik Mazian, dalam apa jua keadaan haram bagi pengundi Islam memilih calon Umno sekiranya lawannya adalah calon PAS.

Merujuk kepada laporan The Mole, Nik Mazlan berkata :"Apa soalan sebenarnya kepada saya ? Soalannya adakah haram undi calon Umno, saya jawab haram kalau calon PAS lawan calon Umno sebab kita orang Islam kena pilih PAS sebab parti Islam...Islam lawan sekular, jadi Islam kena pilih PAS.

"Kalau calon Umno lawan calon PKR yang bukan beragama Islam, ia akan memberi perasaan dilema kepada pengundi Islam...kita sebagai orang Islam perlu pilih pemimpin Islam, kita perlu pegang pegangan ini," katanya kepada Antarapos.

Justeru Dr Nik Mazian mencadangkan semua parti Pakatan Rakyat agar meletakkan calon beragama Islam di kawasan-kawasan yang majoritinya pengundi Islam.

"...yang mana perlu dipertahankan? Ada calon PKR bukan Islam lawan calon Umno...sebab itu kalau boleh biar calon Islam lawan calon Islam dan calon bukan Islam lawan calon bukan Islam. Kita perlu buat pilihan, pilihan calon ikut majoriti pengundi di kawasan bertanding.

"Mudah...tapi kalau PAS lawan Umno, haram pilih Umno...pilih PAS sebab kita perjuang Islam," katanya.

Dr Nik Mazian yang dipetik portal Mole.my sebagai berkata bahawa adalah lebih baik mengundi calon beragama Islam bagi memastikan prinsip Islam dipertahankan.

"Dalam memilih antara calon Umno beragama Islam dan calon PKR, pengundi mesti menilai calon mana adalah lebih baik.

"Jika calon PKR bukan Islam, adalah baik untuk pengundi mengundi calon Umno bagi menjaga kepentingan Islam," katanya.

Selain itu katanya umat Islam di Malaysia mempunyai dua pilihan kepimpinan iaitu tadbir urus secara Islam dan bukan Islam.

Namun jelas beliau adalah penting bagi mereka untuk memilih parti yang berjuang untuk Islam.

Bagaimanapun Dr Nik Mazian menegaskan bahawa antara calon Umno dan PAS, adalah wajib bagi pengundi muslim untuk mengundi PAS.

"Umat Islam di negara ini mempunyai pilihan yang lebih baik bagi kerajaan yang berpegang kepada prinsip Islam.

"Hanya PAS yang menegakkan Islam dalam perjuangan, tidak seperti Umno dan Barisan Nasional. Ia adalah pilihan yang jelas bagi umat Islam," katanya.
PAS ITU ISLAM?YE KE?BUKAN KE PAS TU SAYANG SANGAT DENGAN PUAK KAFIR LAKNATULLAH??? 

PERBANDINGAN DI ANTARA SIKAP DAN TINDAKAN ISLAM TERHADAP AGAMA JAHILIYAH

DENGAN SIKAP DAN TINDAKAN PAS TERHADAP AGAMA DEMOKRASI
METOD PERJUANGAN RASULULLAH SAW
SEMASA DI ZAMAN MEKAH
METOD PERJUANGAN PAS DI MALAYSIA

1.     Mengisytiharkan kalimah  ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ  untuk menegakkan kekuasaan Islam dan sistem kehidupan Islam, serta matlamat untuk menghapuskan kekuasaan Jahiliyah.

1.     Tidak mengisytiharkan matlamat  ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ  untuk menghapuskan Jahiliyah demokrasi .

2.     Mengisytiharkan agama jahiliyah Mekah sebagai agama yang syirik dan kufur.

2.     Tidak mengisytiharkan agama Jahiliyah demokrasi sebagai agama yang syirik dan kufur.
3.     Tidak mengamal, mengimani dan menganuti agama Jahiliyah.
3.     Mengamal agama demokrasi yang bererti menganuti dan mengimani agama Jahiliyah.
4.     Tidak membolehkan amalan agama Jahiliyah bagi tujuan perjuangan Islam.
4.     Membolehkan dan menghalalkan amalan agama demokrasi bagi tujuan perjuangan Islam.
5.     Tidak mengiktiraf dan bersetuju terhadap agama Jahiliyah.
5.     Mengiktiraf, bersetuju  dan meredhai agama demokrasi.

6.     Tidak bersetuju untuk menyerahkan hak dan kuasa untuk membuat peraturan dan undang-undang kepada manusia.

6.     Bersetuju dan redha untuk menyerahkan hak dan kuasa untuk membuat undang-undang kepada manusia.

7.     Tidak mentaati peraturan dan undang-undang manusia.

7.     Mentaati dan mematuhi peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia.

8.     Menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan terbuka, aktif dan total terhadap agama Jahiliyah.

8.     Tidak menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan terbuka, aktif dan total terhadap agama Jahiliyah demokrasi.

9.     Memisahkan diri daripada kepimpinan kufur dan kekuasaan kufur serta untuk memusuhi dan membencinya.

9.     Tidak memisahkan diri daripada kepimpinan kufur dan kekuasaan kufur serta tidak memusuhi dan membencinya.

10.   Mengamalkan sikap tidak berkompromi dan non-konformis terhadap agama Jahiliyah.

10.   Tidak mengamalkan sikap tidak berkompromi dan non-konformis terhadap agama Jahiliyah.

11.   Mencabar dan mengancam agama Jahiliyah yang sedang berkuasa dan berdaulat.

11.   Tidak mencabar dan mengancam agama Jahiliyah yang sedang berkuasa dan berdaulat.

12.   Bersedia dan sanggup untuk dizalimi dan ditindas oleh kekuasaan Jahiliyah dengan ketara dan berpanjangan.

12.   Tidak akan dizalimi dan ditindas oleh kekuasaan Jahiliyah kerana cara berdakwah yang tidak mencabar dan mengancam kekuatan dan kekuasaan Jahiliyah.

13.   Setelah memperolehi kekuatan, Islam akan melancarkan Jihad dan Perang terhadap Jahiliyah untuk menghapuskan sistem pengabdian manusia kepada kuasa manusia dan untuk mengembalikan pengabdian seluruh umat manusia kepada Allah sahaja.

13.   Tidak bersedia untuk melancarkan Jihad dan Perang terhadap Jahiliyah dan kekuasaan jahiliah serta tidak bercadang untuk menghapuskan sistem pengabdian manusia kepada kuasa manusia.

  
Metod PAS adalah metod yang berkontradisi secara total dengan metod Rasulullah saw, dan metod yang berkontradisi dengan metod Rasulullah saw adalah metod yang syirik dan kufur yang mengeluarkan PAS daripada agama Allah.
Firman Allah : al-Imran 32 

Katakanlah : Taatlah kepada Allah dan Rasul, jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak kasihkan orang-orang kafir.
CERMIN DIRI DULU SEBELUM NAK MEMPERLEKEHKAN ORANG LAIN.
MACAM-MACAM JAHILIYYAH PAS NI.ANGGAPAN NYA UMNO NI KAFIR MASIH LEKAT DI KEPALA.
CUMA ISTILAH AJE DITUKAR.UMNO TOLAK ISLAM BERMAKNA KAFIR LAH.
UNDI UMNO HARAM BERMAKNA KAFIRLAH DAN BERDOSA BESARLAH
TAK PA LAH AHLI UMNO HANYA 1 KALI KAFIR.AHLI PAS 3.2 JUTA  KALI KAFIR KERANA TUDUHAN KAFIR ITU MENURUT RASULLAH AKAN BERBALIK KEPADA SI PENUDUH.
YANG KUAT MENGKAFIRKAN 3.2 JUTA AHLI UMNO IALAH NIK AZIZ YANG CELARU.
JADI KALAU DIIKUTKAN SABDA NABI BERMAKNA NIK AZIZ LAYAK DIISYTIHARKAN SEBAGAI MAHARAJA KAFIR SEBAB TUDUHAN KAFIR ITU BERBALIK KEPADA DIRINYA SENDIRI.AHLI UMNO KAFIR SEKALI,NIK AZIZ KAFIR 3.2 JUTA KALI.

DAULAT MAHARAJA KAFIR!!!DAULAT MAHARAJA KAFIR!!!

RCISabah - JPN buktikan Mahfuz, Malaysiakini kantoi menipu?

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Jariah mendedahkan terdapat 5 keraguan pada surat pekeliling yang didakwa dikeluarkan oleh JPN berhubung pelupusan kad pengenalan yang tidak dituntut. 5 perkara yang diragui itu adalah:

1) letterhead menggunakan alamat Bahagian Pengurusan IT & komunikasi,


2) tajuk nombor rujukan yg dguna JPN.MK.(S) pada surat tersebut bukan nombor rujukan arahan Jabatan,


3) arahan Jabatan Bil.14/2012 juga didapati tidak wujud. Arahan terakhir dikeluarkn JPN adalah Arahan Bil.10/2012 iaitu brkenaan 'Pindaan kepada Arahan JPN Bil.9/2007,


4) Arahan Jabatan sebagaimana yg didakwa juga tak ditandatangani oleh Pengarah Bahagian serta tiada sbarang catatan b.p dan,


5) cetakn nama kementerian pada kaki surat merujuk kepada Kementerian Hal Ehwal Dlm Negeri.


JPN sememangnya tidak pernah mengeluarkn surat arahan seumpama itu kpd mana2 pgawai, kakitangan atau pejabat cawangan - UM 25

YB Ustaz Nasharudin Lebih Mementingkan Perpaduan Ummah berbanding Perpaduan di dalam Pakatan.

SELURUH NEGARA TUMPU MATA KE ARAH YB NASHA & DATO HARUN DIN

UMAT ISLAM MENANTI KEPUTUSAN BIJAK MEREKA DEMI ISLAM

Benarkah YB Nasha akan keluar PAS dan diikuti oleh ulama-ulama PAS yang Pro Perpaduan termasuklah Presiden PAS? Siapakah yang disindir oleh Nik Aziz kononnya sedangkan Presiden PAS yang dulu (Allahyarham Dato' Asri) boleh dipecat! Kata Nik Aziz lagi, YB Nasha tidak dicalonkan! Kita sama-sama baca artikel terbaru penulis muda ini...

Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan Kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan keIzinanNYA jua, kita masih diberikan nafas, kesihatan,pemikiran, ibadah dan dakwah menegakkan syiar Islam, agama yang dibawa oleh junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Saya fikir ini adalah artikel terakhir saya mengenai YB Ustaz Nasharudin, kerana sejak tahun 2008 saya telah menulis 14 artikel mengenai YB Ustaz Nasharudin, di mana di dalam hati saya, terakam sebuah perasaan yang sama, iaitu YB Ustaz Nasharudin lebih mementingkan Perpaduan Ummah berbanding perpaduan di dalam pakatan.



YB NASHA RAPAT BAHU-MEMBAHU DENGAN DS NAJIB DEMI PERPADUAN UMMAH
Tulisan pertama saya ini http://www.al-azharrisiddiq.com/2008/07/anwar-saman-nasharudin.html mengenai usaha YB menyatupadukan Ummah ketika itu bersama-sama dengan YB Dato Hj. Hadi Awang diserang oleh Anwar dan Karpal Singh. Dalam hal ini, saya mempertahankan YB kerana saya tahu YB mempunyai gagasan yang besar, iaitu Perpaduan Ummah



Kemudian, pada tahun 2009, saya menulis artikel ini http://www.al-azharrisiddiq.com/2009/06/erdogan-israel-umno-dap.html ketika itu YB bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS, di mana kumpulan Dato. Dr Harun Din memihak kepada YB Nasharudin Mat Isa. Saya turut mendoakan kejayaan YB. Dan Alhamdulillah, Allah SWT memberi kemenangan kepada YB Nasharudin Mat Isa. Namun jalan ke arah Perpaduan Ummah tetap berliku.

YB NASHA SENTIASA DI SEBELAH DS NAJIB DEMI PERPADUAN UMMAH
Tulisan saya ini pula,  http://www.al-azharrisiddiq.com/2009/11/rum0s.html , saya terus memberikan sokongan agenda Perpaduan Ummah bersama UMNO yang diusahakan oleh YB Nasharudin Mat Isa bersama-sama YB Dato' Presiden PAS.

Kemelut yang berlaku di dalam PAS semakin membesar pada tahun 2012, kerana itu saya telah menulis banyak hal-hal yang melibatkan kesukaran YB Nasharudin Mat Isa dan YB Haji Hadi Awang (Presiden PAS) untuk menjayakan Perpaduan Ummah  di dalam UMNO dan PAS. Ianya memang berliku, namun kesabaran YB Nasharudin Mat Isa  dan YB Presiden PAS sangat terpuji walaupun menerima kritikan dan serangan daripada Anwar Ibrahim, Karpal Singh dan kumpulan pro-Anwar dalam PAS. Antara tulisan saya mengenai YB Nasharudin Mat Isa pada tahun 2012 ialah 


PERPADUAN UMMAH : YB NASHA DAN DS NAJIB BERSAMA ULAMA MEKAH
http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/01/yb-nasharudin-gerakkan-semula-united.

htmlhttp://www.al-azharrisiddiq.com/2012/01/grand-design-united-goverment-masih.html

http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/01/selepas-dr-hassan-ali-giliran.html

http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/01/proses-menyisihkan-kumpulan-pro-ulama.html

http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/02/pertemuan-10-mata-umno-pas.html

http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/07/yb-pas-jadi-menteri-tugas-tugas-khas.html 

http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/08/yb-nasharudin-istiqamah-bersama-umno.html , dan  

http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/10/semalam-di-kb-yb-nasha-sampaikan-salam.html


15,000 PEMBACA DALAM 7 HARI MENUNJUKKAN KEINGINAN SEMUA PIHAK KEPADA PERPADUAN UMMAH
Artikel saya ini  http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/01/surat-dato-dr-haron-din.html hampir 15,000 pembaca dalam tempoh 7 hari, saya sangat terkejut, siapakah yang membacanya? 

Maknanya, ahli-ahli UMNO, ahli-ahli PAS dan pengundi-pengundi yang tidak berparti memberikan minat yang mendalam terhadap YB Nasharudin Mat Isa, mereka menunggu-nunggu apa lagi selepas ini. Kata hati saya, keluarlah, kerana sudah tiada gunanya duduk di dalam parti memandangkan Usaha YB Nasharudin Mat Isa memperjuangkan Perpaduan Ummah tidak dihargai di dalam PAS, hanya YB Nasharudin Mat Isa memahami kehendak dan gerak hatipolitik YB Haji Hadi Awang juga seorang yang hatinya mahukan Perpaduan Ummah menjadi kenyataan.

Yang lain, kebanyakannya melihat hendak ke Putrajaya sahaja, sangat kecil perjuangan mereka berbanding Perpaduan Ummah.
PERPADUAN UMMAH: YB NASHA BERSAMA TPM

Apakah Penamat yang hendak saya nyatakan dalam Tulisan terakhir saya mengenai YB Nasharudin Mat Isa? 



Kepada YB Ustaz Nasharudin Mat Isa, dalam tempoh 30 hari menjelang PRU13 ini, rasanya, untuk menjayakan Perpaduan Ummah, YB Nasharudin Mat Isa kena membuka jalan, keluarlah dan akan disambut oleh sahabat-sahabat seperjuangan seperti YB Dato Dr. Hassan Ali, Ustaz Hassan Basri, Ustaz Ismail Mina, Ustaz Kassim Elias dan sudah semestinya ahli PAS Saudara Norman Toha.
ADAKAH MEREKA MENUNGGU YB NASHA MEMBUKA JALAN TERLBIH DAHULU?

Kemudian akan dikuti pula oleh Dato Dr. Harun Din dan tokoh-tokoh Ulama lain yang mempertahankan kalimah suci Allah SWT hanya untuk Islam sahaja.

Seruan YB PAS ini Datuk Dr. Mazian Mohamad http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130201/po_10/Pilih-calon-Islam-UMNO supaya undi Calon UMNO dalam PRU13 ini benar-benar mengujakan.

Nampaknya, selain YB Nasharudin Mat Isa, Yb Datuk Dr. Hassan Ali, Yb Datuk Dr. Mazian Mohamad, Norman Toha momentum Perpaduan Ummah yang saya cita-citakan semakin mendapat sokongan dari ahli-ahli PAS. 

Selamat membaca.

Friday, February 1, 2013

APA NIK AZIZ NAK JADI TUHAN?

POK NIK DAH ISYTIHAR JADI TUHAN?

Bila menghukum seseorang itu GERENTI MASUK NERAKA macam POK NIK buat dalam artikel di atas, bermakna POK NIK SUDAH ISYTIHAR DIRINYA ADALAH TUHAN ???

Kini mana-mana Menteri yang tak beri ROYALTI kepada POK NIK menurut POK NIK GERENTI MASUK NERAKA. Hambuih mudahnya perkiraan Pok Nik. 

Hanya semata Pok Nik tak dapat ROYALTI maka dihukumkan semua menteri masuk NERAKA. Macamlah Neraka itu hakmilik Pok Nik. 

Seolah-olah Pok NIk beri gambaran bahawa TAK BERI HABUAN DUNIAWI KEPADA PAS ADALAH SUATU DOSA BESAR DAN BAKAL MASUK NERAKA.

Betul ke dalam permasalahan Fiqh ada ijma sedemikian?
Pok Nik cakap ikut sukahati nya bercakap.

Semakin Pok Nik bercakap semakin kejahilannya dan kecetekannya dalam ilmu agama semakin terserlah.

Ini macam punya orang ka mao di angkat menjadi PEMIMPIN?
 

Nik Aziz Juga Zalim Terhadap Rakyat Kelantan – Zawawi

PASIR PUTEH, 1 Feb  - Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman, membidas kenyataan Datuk Seri Nik Aziz yang mendakwa menteri yang tidak tunaikan amanah akan masuk neraka, yang secara sinis ditujukan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, berhubung isu royalti seumpama pepatah menepuk dulang terpercik ke muka sendiri.

Menurut beliau, tidak sepatutnya Mursyidul Am Pas itu mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana isu syurga dan neraka bukanlah hak manusia untuk menilai tetapi syurga dan neraka itu adalah hak Allah swt semata-mata.

“Dalam isu royalti minyak ini, ia merupakan isu  bukanlah Datuk Seri Najib menggunakan wang itu untuk kepentingan peribadinya. Wang royalti minyak itu jelas digunakan untuk pembangunan negara dan kebajikan rakyat. Lainlah kalau PM kita gunakan untuk kepentingan peribadinya.

“Saya nak tanyabeliau  pula, bagaimana dengan tanggungjawab beliau sebagai Menteri Besar Kelantan? Apakah beliau sebagai seorang pemimpin sudah menunaikan tanggungjawab beliau terhadap rakyat Kelantan? Beliau juga dilihat gagal dalam menunaikan tanggungjawabnya sebagai pemimpin,” jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambahnya, jelas hari ini  beberapa isu asas hak rakyat Kelantan seperti isu air pun masih tidak diselesaikan oleh kerajaan negeri. Sudah hampir 23 tahun Pas memerintah, namun perkara asasi seperti  air bersih pun mereka tidak dapat bekalkan kepada rakyat di negeri ini,.

“Itu belum lagi kita ungkit tentang tujuh janji kerajaan Pas kepada rakyat Kelantan yang  kini hanya tinggal janji. Begitu juga soal pembangunan, soal pekerjaan dan sebagainya. Bukankah beliau sendiri tidak tunaikan amanah yang diberikan Allah kepadanya sebagai seorang pemimpin?

“Maknanya beliau sendiri menzalimi rakyat Kelantan. Kalau beliau tidak menzalimi rakyat di Kelantan, takkankanlah beliau dikejar oleh penduduk di Gua Musang disebabkan isu tanah penduduk yang dirampas oleh kerajaan negeri.Tapi Menteri Besar tak rasa beliau menzalimi rakyat Kelantan.   Sebab itu saya katakan, kenyataannya itu bak kata pepatah menepuk dulang terpecik air ke muka sendiri,” tegasnya.

Katanya lagi, terlalu banyak kenyataan dari kepimpinan Pas yang sebenarnya khususnya soal agama yang telah membuatkan rakyat di negara ini menjadi keliru dan berpecah belah.

“Sebenarnya kepimpinan Pas telah banyak mengeluarkan kenyataan dan pendirian yang amat-amat bercanggah dengan prinsip dan pendirian Islam sebenar. Amanat Haji Hadi, isu syurga dan neraka telah menyebabkan perpecahan yang amat serius berlaku di kalangan umat Islam di negara ini.

“Kalau Pas bagi duit, itu dikatakannya sedekah. Tetapi kalau UMNO bagi duit, itu dikatakannya rasuah. Apa semua ini?  Kalau wayang kulit, bola sepak dikir barat, cara Islam. Pas buat semuanya ikut Islam, tapi UMNO buat tidak ikut  Islam. Apa UMNO bukan parti Islamkah? Jelas nampak ada diskrimasi di situ.

“Saya cabar Datuk Nik Aziz, buat satu kenyataan secara jelas, bukan secara sinis, katakan bahawa ahli UMNO ini kafir. Jangan sindir-sindir. Jangan buat kenyataan sinis. Nyatakan terang-terang, bahawa ahli UMNO, penyokong UMNO ini kafir dan tidak ikut Islam. Bawa dalil hujah dari Quran dan Sunnah. Jangan sampai kafir ini berbalik kepada orang yang mengkafirkan nanti,” ujarnya.

Tindakan Tergesa-gesa , Bercorak Kuku Besi dan Tidak Demokratik serta Tidak Islamik Tidak akan Membantu PAS mengukuhkan Kedudukannya Menjelang PRU 13

Nik Aziz lebih patut letak jawatan  dari Majlis Syura


Pemecatan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa selaku ahli Majlis Syura Ulama PAS sememangnya sudah lama dinanti-nantikan oleh suku sakat Anwarinas setelah beberapa percubaan sebelumnya menemui jalan buntu.

Kelibat Ustaz Nasharudin yang turut sama menyertai lawatan bersejarah Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak ke Semenanjung Gaza, Palestin dimanfaatkan sepenuhnya oleh pimpinan PAS untuk dijadikan alasan utama pemecatan tersebut.

Lain-lain alasan seperti tidak datang mesyuarat memaksa Majlis SYura memecat Ustaz Nasharudin pada pertemuan 13 Januari 2013 yang lepas sebenarnya hanyalah tempelan sahaja untuk mengabui mata ahli dan penyokong PAS.

Jika alasan tidak datang mesyuarat adalah punca utama pemecatan Ustaz Nasharudin tentunya sudah lama Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah lama patut dibuang dari terus menganggotai Majlis Syura Ulama PAS.

Bukan satu rahsia pun sejak Nik Aziz mempengerusikan badan tertinggi PAS itu, sudah banyak teguran dari ahli bawahan mengenai kelesuannya. Terlampau jarang diadakan perjumpaan disebabkan kepimpinan Nik Aziz yang lemah dan tidak cakna dengan perjalanan parti.

Malah semasa penggal yang lepas, satu mesyuarat pun diadakan sekalipun tika itu wujud banyak isu yang melingkari PAS dan PR. Jadinya, dilihat pada asas ini selayaknya sudah lama Nik Aziz ditendang keluar dari Majlis Syura Ulama dan pengerusinya diambil alih oleh Timbalan Mursyidul AM PAS, Ustaz Haron Din.

Nama Majlis Syura Ulama PAS hanya kembali kedengaran ketika wujudnya isu melibatkan Ustaz Nasharudin, itupun dalam mesyuaratnya pada September 2012 yang lalu Nik Aziz sengaja buat perangai keluar awal setelah mengetahui agenda perbincangan tidak membabitkan kedudukan Ustaz Nasharudin.

Bibit kebencian Nik Aziz terhadap Ustaz Nasharudin sudah lama membuak semenjak timbulnya isu Kerajaan Perpaduan (UG) yang mana Ustaz Nasharudin adalah antara orang perantaraan yang dihantar oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang untuk membincangkan kerjasama antara UMNO dan PAS.

Bagi orang tua seperti Nik Aziz yang bertuhankan nafsu amarah, tindakan Ustaz Nasharudin itu telah melanggar pantang larang yang ditetapkannya. Tiada perpaduan mahupun muzakarah antara PAS dan UMNO demi kepentingan Islam selagi nyawa masih mengalir dalam tubuh Nik Aziz.


Berbalik pada isu pemecatan Ustaz Nasharudin, sehingga kini surat pemecatan langsung tidak diterima oleh bekas Timbalan Presiden PAS itu. Berita pemecatannya hanya diketahui melalui kenyataan media oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh.

Tak mustahil surat pemecatan itu pun baru selesai dikarang selepas kelibat Ustaz Nasharudin dilihat bersama rombongan PM di Gaza, Palestin.

Dalam hal ini, Ustaz Nasharudin tidak keseorangan. Beliau bukan satu-satunya pemimpin PAS yang dianiayai sedemikian rupa dipecat tanpa diberi ruang pembelaan diri. Sudah ramai pemimpin PAS yang menjadi mangsa gaya kepimpinan PAS yang bersifat kuku besi dan diktatorship.

Sebelum ini, bekas Naib Presiden PAS merangkap Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Hasan Ali juga pernah mengalaminya, lama sebelum itu, bekas pemimpin PAS kawasan Pasir Putih, Kelantan, Cikgu Musa Salleh juga pernah menghadapinya.

Dalam PAS, perihal berlapang dada bukannya satu pilihan sebaliknya persoalan dendam kesumat seringkali menjadi taruhan utama dalam menentukan jatuh bangun seseorang pemimpin, lebih-lebih lagi jika seseorang itu dilihat bercanggah pandangan dengan Nik Aziz.

Walau apapun, pemecatan Ustaz Nasharudin yang diumumkan tatkala umat Islam seluruh dunia meraikan keberanian pemimpin Malaysia memasuki Semenanjung Gaza untuk sama-sama merasai sendiri keperitan penduduk Palestin yang dizalimi Israel, bukanlah satu tindakan bijak oleh PAS.

Tindakan Tergesa-gesa , Bercorak Kuku Besi dan Tidak Demokratik serta Tidak Islamik  Tidak akan Membantu PAS mengukuhkan Kedudukannya Menjelang PRU 13. Suka atau tidak, kepimpinan PAS perlu menerima hakikat tiba masanya kelak parti itu akan semakin terpinggir dari sokongan umat Islam.

HADI AWANG BERCANGGAH DENGAN NIK AZIZ!!

ISU NASHARUDDIN : HADI AWANG BERCANGGAH DENGAN NIK AZIZ!!


Sebelum ini MiM menulis satu entri kenyataan Nik Aiz mengenai perlucutan jawatan Nasharuddin Mat Isa dalam Majlis Syura PAS. Kenyataan itu disiarkan dalam The STAR.

Di antaranya :
Katanya, Nasharuddin tidak perlu lagi menunggu surat daripada parti berkenaan status keahliannya kerana pemecatan daripada Majlis syura secara automatik bermaksud beliau bukan lagi ahli PAS.


Anda baca entri tersebut : KLIK SINI

Di bawah pula adalah kenyataan Hadi Awang yang bercanggah dengan kenyataan Nik Aziz seperti yang dilaporkan oleh The STAR!
Nasharudin Mat Isa kini hanyalah seorang ahli biasa parti selepas bekas Timbalan Presiden Pas itu dipecat daripada menganggotai Majlis Syura Ulama parti. 
Sehubungan itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, malang bagi UMNO kerana mendapatkan bantuan daripada seorang ahli biasa parti itu. 
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan maksud bantuan tersebut tetapi dipercayai berkaitan penyertaan Nasharudin bersama rombongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza baru-baru ini. 
''Dia ahli biasa Pas. Sangat malang bagi UMNO tiada orang, terpaksa ambil bantuan ahli biasa Pas,'' katanya kepada pemberita selepas ceramah perasmian Karnival Kedah Sejahtera Pas Kawasan Pokok Sena di sini malam tadi. 
Beliau ditanya mengenai status Nasharudin selepas dipecat sebagai anggota Majlis Syura Ulama pada 13 Januari lalu.- Utusan.
Hadi Awang berkata Nasharuddin masih ahli biasa PAS tetapi The STAR melaporkan Nik Aziz menyatakan sebaliknya.

Yang mana satu yang betul?

Nik Aziz juga mengeluarkan satu lagi kenyataan yang dianggap melampau :
"Menteri itu akan masuk neraka, tidak ada kuasa yang boleh menyekat dia masuk neraka kecuali syafaat Nabi Muhammad SAW." 
Seolah-olah mempunyai kuasa menentukan balasan seseorang, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 'memutuskan' bahawa menteri yang bertanggungjawab dalam agihan royalti minyak kepada negeri akan masuk neraka kerana dakwanya telah menafikan hak kerajaan Pas Kelantan. 
Biarpun tidak menyebut dengan khusus nama menteri yang dimaksudkan, dapat difahami bahawa beliau merujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan. - Utusan
Sejak bila beliau boleh menentukan seseorang itu masuk neraka?


Anda baca juga memorandum kepada Sultan-sultan Melayu : KLIK SINI

Thursday, January 31, 2013

Pemecatan Ustaz Nasha : Fasal 77(7) Keputusan dan tindakan "MAJLIS SYURA ULAMAK" itu adalah muktamad. Ustaz Nasha Bukan Ahli Pas Lagi... zalim????

Nik Aziz Terus Guna Fasal 77(7) 


Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz Nik Mat telah mengumumkan pemecatan keahlian Ust Nasharuddin Mat Isa.

The Star telah melaporkan kenyataan Nik Aziz dan petikannya adalah seperti di bawah.

Walau dalam perlembagaan PAS ada menyebut,
Fasal 77(7) 
"MAJLIS SYURA ULAMA" dalam keadaan tertentu dalah berhak mengambil apa-apa tindakan tatatertib dengan sendirinya tanpa menghiraukan Jawatankuasa Tatatertib ke atas mana-mana ahli PAS yang diadukan kepadanya oleh mana-mana pihak yang tersebut dalam ceraian (2) Fasal ini. Keputusan dan tindakan "MAJLIS SYURA ULAMAK" itu adalah muktamad.
namun, sebenarnya masih ada ruang perbicaraan, jika Nik Aziz menggunakan budibicara, dengan merujuk Nasharuddin ke Lembaga Tatatertib.
Ini termaktub dalam fasal-fasal berikut,
Fasal 75(4) 
"MAJLIS SYURA ULAMAK", menurut kuasa yang diperuntukkan kepadanya dalam Fasal 7(3)(c) Perlembagaan ini adalah diberi kuasa melantik semua ahli-ahli Jawatankuasa Tatatertib dari masa ke semasa. 
Fasal 75(5) 
Kuasa Jawatankuasa Tatatertib itu ialah 
(a) Memberi amaran 
(b) Melucutkan hak-hak dalam parti 
(c) Menggantung keahlian 
(d) Memecat dari menjadi ahli 
Fasal 75(6) 
Seseorang ahli yang tidak berpuashati terhadap sebarang tindakan dan keputusan yang dikenakan ke atasnya oleh Jawatankuasa ini bolehlah membuat rayuan bertulis kepada "MAJLIS SYURA ULAMAK" dalam tempoh tidak lewat daripada enam puloh hari dari tarikh tatatertib itu diambil terhadapnya. Keputusan "MAJLIS SYURA ULAMAK bersabit dengan rayuan itu adalah muktamad.
Akan tetapi dalam kes Nasharuddin, nasib beliau begitu malang apabila Nik Aziz mempergunakan kuasa mutlak Majlis Syura Ulamak.



Nik Aziz : Nasharuddin Sudah Dipecat Ahli Pas Apabila Majlis Syura Gugur Jawatan

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat seperti dilaporkan The Star berkata pemecatan Nasharuddin Mat Isa daripada jawatan Majlis Syura sama seperti dipecat daripada menjadi anggota Pas.

Katanya, Nasharuddin tidak perlu lagi menunggu surat daripada parti berkenaan status keahliannya kerana pemecatan daripada Majlis syura secara automatik bermaksud beliau bukan lagi ahli PAS.

“Tidak penting sama ada dia telah menerima atau tidak surat dari Majlis Syura yang membuktikan dia telah dilucutkan atau menunggu status keahliannya, faktanya sama bahawa apabila ‘lafaz cerai’ (lafaz perceraian suami-isteri) telah dilakukan, dia secara rasmi bukan lagi menjadi ahli parti,”katanya kepada pemberita di Bachok hari ini.

Pada 29 Januari, Nik Aziz dilaporkan Sinar Harian berkata beliau dengan rela hati melepaskan bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa menyertai mana-mana parti pilihannya.

“Itu dia punya pasallah, saya sebut kelmarin kepada wartawan orang laki bini lagikan bercerai. Padahal kita nak sambut bini (isteri ) itu dengan sembelih lembu, palu gong gendang lah, selawat kepada Nabi, tetapi boleh bercerai. Ini kerana parti (Ini kan pula dalam parti).

“Dalam syarikat ekonomi dia (pengurusan) buang rakan kongsi dan apa sekali, kita hidup atas dunia ini ada peraturan. Islam adalah disiplin seratus peratus dunia akhirat. Islam adalah cara nak selamatkan dunia,” katanya kepada media.

Wednesday, January 30, 2013

Dosa Ust Nasha Kerana Bersama YAB PM Dalam Lawatan Menziarahi Saudara Seagama di Gaza !!!!

Zulkifli Noordin : Pemecatan Ustaz Nasha Tidak Islamik

Salam 2 all.

YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Ahli Parlimen Bachok (PAS) yang baru kembali daripada lawatan bersejarah YAB PM ke Gaza pasti terkejut mendengar berita melalui media bahawa beliau dipecat daripada kedudukan sebagai ahli Majlis Syura’ PAS.

Kebetulan beliau baru sahaja balik daripada mengiringi YAB Perdana Menteri dalam lawatan ke Gaza. Kata Perdana Menteri Palestin-Gaza Ismael Haniyeh, lawatan Dato’ Sri Najib adalah satu lakaran sejarah tersendiri kerana Dato’ Sri Najib adalah pemimpin bukan ‘arab pertama menjejakkan kaki ke bumi Gaza!
Dan lebih bersejarah kerana PM mengumumkan peruntukkan pembinaan semula pejabat Perdana Menteri Palestin-Gaza yang musnah dibom oleh rejim zionis beberapa minggu lepas setelah lawatan Perdana Menteri Mesir Hisham Qandel ke bangunan tersebut.

Orang yang terakhir melihat bangunan tersebut sebelum dimusnahkan ialah PM Mesir, orang yang membinanya semula ialah PM Malaysia! Begitu bersejarah lawatan Dato’ Sri Najib, yang lawatannya mendapat liputan meluas media barat dan ‘arab, malah Al-Jazeera memberikan lapuran hampir 20 minit didalam berita utamanya.

Rakyat Gaza turun berduyun-duyun mahu melihat seorang wira Melayu yang berani datang menziarahi mereka walaupun mendapat tentangan dalam dan luarnegara. Mereka bertambah bangga apabila melihat betapa simplenya Dato’ Sri Najib, sanggup turun ke padang menziarahi keluarga Assyahid Al-Ja’bari, Ketua Keselamatan Palestin-Gaza yang dibunuh kejam melalui pengeboman keatas kenderaannya.

Dan mereka bertambah kagum kerana ini pertama kali seorang Perdana Menteri datang menziarahi mereka dengan membawa seluruh ahli keluarga. Datin Sri Rosmah Mansur berserta anak-anak Nooryana Najwa & Ashman turut sama dalam rombongan PM. Teman sempat bergurau dengan YAB PM, buatnya kalau rejim zionis mengebom rombongan PM, habis semua keturunan Dato’ Sri Najib dan Datin Sri Rosmah. Jawapan PM cukup simple – kat mana pun kita akan mati!

Dan dalam rombongan lawatan bersejarah itu, turut dijemput sebagai Ahli Parlimen (seperti teman juga) ialah YB Nasharuddin Mat Isa. Teman dok bayang tentu PAS akan tumpang bangga dan kagum yang ahli Majlis Syura’, dan bekas Timb Presiden mereka turut serta dalam lawatan bersejarah itu.

Dan sebenarnya memang ramai pemimpin PAS belum pun menjejakkan kaki ke bumi Gaza, walaupun mereka tekun melilit leher mereka dengan muffler Palestin! Walaupun mereka sering bertakbir dan mengutip derma jihad, namun jangan kata membawa keluarga dan anak isteri, diri mereka sendiri pun belum berkemampuan dan tiada keberanian untuk pergi ke Gaza. Al maklumlah sejak-sejak berkawan dengan Kitsiang dan Karpal Singh ni.

Jadi didalam kelemahan dan kedhaifan pimpinan PAS untuk menjejakkan kaki ke bumi Gaza, maka perginya Ustaz Nasharuddin bersama didalam rombongan PM sudah tentu satu aset besar buat PAS! Dalam ramai-ramai orang, PM pilih pemimpin PAS sebagai pengiring!

Teman pada masa itu cukup yakin pimpinan dan ahli PAS akan bukak jubah dan serban dan menghamparkannya di KLIA untuk menyambut wira dan hero mereka pulang daripada bumi Gaza! Sudah pasti semua muffler Palestin yang melilit leher mereka selama ini akan kalungkan dileher hero PAS yang baru pulang dari bumi anbiya’ ini.

Tetapi tidak! Rupanya para pasrasit berjaya melilit leher tengkok Ust Nasha sehingga dipecat daripada Majlis Syura’.

Ramai ahli akar umbi PAS sendiri terkejut mendapat berita daripada media bahawa tokoh hebat mereka ini telah dipecat daripada Majlis Syura’! Dan lebih terperanjat mereka apabila parti yang melabel diri sebagai Parti Islam langsung tidak mengikut kehendak syara’ dengan memecat Ustaz Nasha tanpa memberi sebarang notis dan tidak memberi beliau peluang membela diri!

Semasa isu Amanat Hadi hangat dibincangkan, Datuk Seri Hadi Awang (DSHA) membuat kenyataan meminta hak membela diri di media utama selama sejam. Kenyataan DSHA disokong oleh Datuk Nik Aziz (DNA) yang memetik sumber syara’ dengan kenyataan Islam mewajibkan seseorang diberi peluang membela diri dan memperjelaskan diri sebelum boleh dihukum.

Teman tidak menafikan Islam mewajibkan kita memberi peluang membela diri kepada mana-mana pihak dalam apa-apa perkara yang membabitkan dirinya, apatah lagi jika hukuman akan dikenakan. Malahan ini adalah nilai universal & hak asasi & fundamental kemanusiaan yang diterima oleh semua masyarakata bertamadun!

Sebab itu teman mempersoalkan tindakan PAS memecat Ustaz Nasha daripada kedudukannya sebagai Ahli Majlis Syura’, badan tertinggi didalam PAS.

Bagaimana parti yang melabel diri mereka sebagai Islam tetapi mengambil tindakan yang langsung tidak Islamik.

Tindakan memecat Ust Nasha dibuat tanpa beliau diberi notis tunjuk sebab dan peluang membela diri!
Ini disahkan sendiri oleh Ust Nasha yang menyatakan beliau hanya tahu berita pemecatan beliau melalui media!

Ini bukan kali pertama PAS bertindak sedemikian. Dalam kes pemecatan tokoh pimpinan PAS Datuk Dr Hasan Ali, beliau juga tidak diberi notis tunjuk sebab dan peluang membela diri.

Teman melihat isu pemecatan Ust Nasha ini sekadar membuktikan betapa tidak Islamiknya PAS dalam amalan dan tindak-tanduknya.

Apa yang lebih malang, ia memberi gambaran buruk kepada agama Islam itu sendiri kerana sudah tentu non-Muslim akan melihat tindakan PAS seolah-olah dibenarkan agama Islam kerana mereka melabelkan diri mereka sebagai parti Islam!

Apakah ini akan mendekatkan lagi non-Muslim kepada Islam, apabila mereka melihat seseorang boleh dipecat dan dibuang tanpa notis & peluang bela diri?

Berbeza sekali dengan UMNO yang walaupun tidak menjubahkan diri dengan label Islam, tetapi mengambil tindakan lebih Islamik.

Contohnya semasa Anwar Ibrahim hendak dikenakan tindakan disiplin atas masalah liwat & moral yang rendah, UMNO memberi peluang kepada beliau membela diri didalam mesyuarat Majlis Tertinggi.
Tun Mahathir memberi peluang seluas-luasnya kepada Anwar untuk memberi penjelasan & meyakinkan Majlis Tertinggi UMNO mengenai kedudukannya. Selepas mendengar penjelasan Anwar, dan mengambil pendapat semua ahli MT yang hadir, UMNO akhirnya membuat keputusan memecat Anwar atas masalah moral beliau.

Samada keputusan itu betul atau tidak bukan persoalannya. Isunya ialah Anwar diberi notis & peluang membela diri.

Tetapi Datuk Dr Hasan Ali & Ust Nasha bukan sahaja tidak diberi notis, malah peluang membela diri dan membuat penjelasan juga tidak diberi.

Malah sehingga hari ini, Datuk Dr Hasan Ali tidak tahu apa kesalahan beliau sehingga dipecat!
Teman berharap rakyat terutamanya umat Melayu-Islam akan membuka mata dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuka ALLAH mengenai pekung penyakit didalam PAS ini!

Semakin hari semakin terserlah kurap-kurap politik didalam PAS ini.

Daripada isu kalimah ALLAH, kepada isu sumpah bai’ah talaq tiga, kepada isu murtad, isu gereja, isu arak, isu kafir mengkafir, isu Tabung Memali, isu pemecatan Datuk Dr Hasan Ali, kepada yang mutakhir isu pemecatan Ust Nasha; semuanya membuktikan kepada kita satu perkara; iaitu PAS hanya memperalatkan Islam untuk kepentingan politik kepartian yang jumud dan sempit!

Daripada semua ini, persoalan yang timbul ialah: betulkah PAS ni parti Islam?

Dan satu persoalan yang perlu umat Islam-Melayu tanya ialah: apa dosa Ust Nasha sehingga dipecat?

Adakah Ust Nasha meliwat sesiapa? Adakah Ust Nasha menyondol mana-mana amoi? Adakah Ust Nasha menoron bini kawan sendiri? Adakah Ust Nasha menderhaka kepada ibubapa dia? Adakah Ust Nasha beri kaunselling kepada bini orang jam 3pagi? Adakah Ust Nasha makan eskrim dalam jamban? Adakah Ust Nasha jual kalimah ALLAH? Adakah Ust Nasha mengkafirkan sesiapa?

Tidak! Tidak! Tidak!

Dosa Ust Nasha kerana bersama dengan YAB PM dalam pertemuan dengan Mufti Masjidil Haram dan para ulama’ di Masjidil Haram bulan Ramadhan lepas!

Dosa Ust Nasha kerana mencabar Karpal Singh dalam isu perlaksanaan hudud!

Dosa Ust Nasha kerana menyuruh Nurul Izzah bertaubat dalam isu Melayu murtad!

Dosa Ust Nasha kerana menolak kepimpinan Anwar dan mahu Hadi menjadi PM!

Dosa Ust Nasha kerana bersama YAB PM dalam lawatan menziarahi saudara seagama di Gaza!
Itulah antara dosa Ust Nasha! Dan untuk dosa itu, Ust Nasha dipecat sebagai ahli Majlis Syura’, tanpa diberi notis, tanpa diberi peluang membela diri!

Teman berharap, dan tidak menjangka ahli akar umbi PAS akan menjadi sebegitu rendah IQnya sehingga boleh menelan dan menerima bulat-bulat pengkhianatan demi pengkhianatan terhadap Islam yang dilakukan olah para pasrasit yang makin lama makin menghancurkan PAS!

Takkanlah mike nak percaya Ust Nasha dipecat kerana tidak hadir mesyuarat! Kalau itu alasan mereka, cuba mike periksa kehadiran orang lain dalam mana-mana mesyuarat samada peringkat Perhubungan Negeri, Kawasan, Cawangan, MTD atau sayap-sayap. Ada yang datang mesyuarat setakat 5 minit je terus balik. Ada yang rajin hadir mesyuarat tetapi sekadar menjadi pemanas kerusi je! Ada yang datang sekadar buat syarat je!

Kalau itulah alasan pemecatan Ust Nasha daripada Majlis Syura’, rasanya ramai pemimpin dan ahli PAS yang boleh kena pecat yop!

Sebab itu sudah tiba masanya ahli akar umbi PAS bangkit menebus semula maruah mereka. Janganlah terus diperkeldaikan oleh kaum pasrasit yang sudah buta hati dan jiwa mereka dengan kilauan kepalsuan Putrajaya. Bangkitlah! Hapuskanlah segala kemungkaran yang sedang berlaku didalam parti mike yop! Kembalikan PAS ke landasan sebenar untuk memperjuangkan Negara Islam dan melaksanakan hudud, qisas & ta’zir!

Tepuk dada tanyalah iman masing-masing. ALLAH telah berikan kita terlalu banyak bukti & keterangan. Janganlah kita membuat kesilapan seperti umat terdahulu yang ingkar dan enggan melihat & menggunakan aqal waras dengan bukti & keterangan yang telah ALLAH berikan sehingga mereka menjadi kaum Pekak, Bisu & Buta untuk menerima haq & kebenaran.

Intan surullah hayan surkum, wayusabbit aqdaamakuum – bantulah agama ALLAH, dan ALLAH akan membantu kamu kelak!

Yang baik datangnya daripada ALLAH, yang tidak daripada kelemahan teman sendiri. Semoga ALLAH memberikan hidayah dan keampunan kepada kita semua! Ameen!

Wallahua’lam & wassalam.

Adios amoigos, grasias senor!

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
17 Rabi’ul Awal 1434
29 Jan 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...