Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Sunday, January 27, 2013

Kalimah Allah: Majlis Syura Pas ,Putrajaya Bebas Bertindak jika PR ( DAP + PKR + PAS) Degil!!!!

Majlis Syura Pas


Antarapos.com - Majlis Syura Ulama PAS menyerahkan kepada kerajaan pusat bagi mengambil sebarang tindakan terhadap Pakatan Rakyat kerana masih mahukan membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah secara bebas.
 
Mengumumkan ketetapan mengejut itu, Ketua Syura PAS, Datuk Harun Taib berkata badan itu sudah pun tegas menyatakan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan sebagai terjemahan daripada perkataan God dalam Bible Bahasa Malaysia atau kitab bukan Islam yang lain.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Pakatan Rakyat hanya mengguna pakai perakuan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 8 Januari bahawa kalimah itu boleh digunakan oleh bukan Muslim asalkan tidak menghina Islam.

Anwar menuding jari kepada kegagalan Hadi membawa ketetapan Majlis Syura PAS pada 13 Januari kepada perhatian Pakatan Rakyat sebagai alasan pakatan itu tidak dapat mendokong keputusan badan ulama itu.
Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tidak bangkit persoalan Jawatankuasa PAS Pusat dan Hadi mempunyai pendirian berlainan dengan Majlis Syura. Beliau berkata ketetapan Majlis Syura itu adalah pendirian rasmi PAS.

Harun pula berkata keputusan Majlis Syura itu, yang bercanggah dengan apa yang dituntut oleh DAP, adalah muktamad dan terpulang kepada Pakatan Rakyat jika mahu membelakangkan badan ulama itu.
“Majlis Syura Ulama PAS tidak akan menarik balik atau berbincang apa-apa lagi mengenai isu ini. Ia melibatkan akidah, bukan sesuatu yang boleh mendapat kelonggaran,” tegas beliau.
“Kalaupun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu meneruskan, ia terpulang kepada beliau, kerana kami berlainan parti,” katanya.
Harun berkata PAS tidak akan berkompromi dalam soal agama manakala kerjasama parti itu dengan DAP dan PKR hanya dalam bidang politik.
Justeru, jika Pakatan Rakyat mengusulkan Kalimah Allah bebas dipakai oleh bukan Muslim, ia menjadi tanggungjawab Kerajaan Pusat untuk mengambil tindakan selanjutnya, kata Haron.
“Kerjasama (dalam Pakatan Rakyat) ini tidak sekali-kali melibatkan soal agama. Agenda kerjasama ini tidak lain kepada PRU13 semata-mata. Kalau mereka (PR) tegas nak guna juga, kerajaan Pusat menerusi Kementerian Dalam Negeri ada peranannya sendiri,” beliau dipetik berkata oleh Sinar Harian.
Tindakan Pakatan Rakyat “menghalalkan” penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam berpaksi kepada tuntutan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. Beliau mahukan kalimah itu diguna dalam Bible Bahasa Malaysia di Semenanjung.
Pemerhati politik melihat keputusan Pakatan Rakyat untuk bersetuju dengan tuntutan Guan Eng itu sebagai usaha mencari sokongan penganut Krisitian di Sabah, Sarawak dan Semenanjung.
Kira-kira 40 peratus penduduk di Sarawak dan lebih 30 peratus di Sabah adalah penganut Kristian yang menjadi sasaran DAP dan PKR untuk memenangi pilihanraya umum ke 13.
Keputusan Majlis Syura PAS, jika didokong oleh Pakatan Rakyat, dilihat akan memberi kesan kepada cubaan pembangkang untuk memenangi dua negeri itu di samping meminggirkan sokongan Kristian di Semenanjung.
Ketua Penerangan PKR Dr Muhammad Nur Manuty enggan mengulas mengenai isu itu apabila dihubungi oleh antarapos.
“Noktah. 'Full Stop', saya tak nak komen,” kata beliau

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...