Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Thursday, January 31, 2013

Pemecatan Ustaz Nasha : Fasal 77(7) Keputusan dan tindakan "MAJLIS SYURA ULAMAK" itu adalah muktamad. Ustaz Nasha Bukan Ahli Pas Lagi... zalim????

Nik Aziz Terus Guna Fasal 77(7) 


Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz Nik Mat telah mengumumkan pemecatan keahlian Ust Nasharuddin Mat Isa.

The Star telah melaporkan kenyataan Nik Aziz dan petikannya adalah seperti di bawah.

Walau dalam perlembagaan PAS ada menyebut,
Fasal 77(7) 
"MAJLIS SYURA ULAMA" dalam keadaan tertentu dalah berhak mengambil apa-apa tindakan tatatertib dengan sendirinya tanpa menghiraukan Jawatankuasa Tatatertib ke atas mana-mana ahli PAS yang diadukan kepadanya oleh mana-mana pihak yang tersebut dalam ceraian (2) Fasal ini. Keputusan dan tindakan "MAJLIS SYURA ULAMAK" itu adalah muktamad.
namun, sebenarnya masih ada ruang perbicaraan, jika Nik Aziz menggunakan budibicara, dengan merujuk Nasharuddin ke Lembaga Tatatertib.
Ini termaktub dalam fasal-fasal berikut,
Fasal 75(4) 
"MAJLIS SYURA ULAMAK", menurut kuasa yang diperuntukkan kepadanya dalam Fasal 7(3)(c) Perlembagaan ini adalah diberi kuasa melantik semua ahli-ahli Jawatankuasa Tatatertib dari masa ke semasa. 
Fasal 75(5) 
Kuasa Jawatankuasa Tatatertib itu ialah 
(a) Memberi amaran 
(b) Melucutkan hak-hak dalam parti 
(c) Menggantung keahlian 
(d) Memecat dari menjadi ahli 
Fasal 75(6) 
Seseorang ahli yang tidak berpuashati terhadap sebarang tindakan dan keputusan yang dikenakan ke atasnya oleh Jawatankuasa ini bolehlah membuat rayuan bertulis kepada "MAJLIS SYURA ULAMAK" dalam tempoh tidak lewat daripada enam puloh hari dari tarikh tatatertib itu diambil terhadapnya. Keputusan "MAJLIS SYURA ULAMAK bersabit dengan rayuan itu adalah muktamad.
Akan tetapi dalam kes Nasharuddin, nasib beliau begitu malang apabila Nik Aziz mempergunakan kuasa mutlak Majlis Syura Ulamak.



Nik Aziz : Nasharuddin Sudah Dipecat Ahli Pas Apabila Majlis Syura Gugur Jawatan

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat seperti dilaporkan The Star berkata pemecatan Nasharuddin Mat Isa daripada jawatan Majlis Syura sama seperti dipecat daripada menjadi anggota Pas.

Katanya, Nasharuddin tidak perlu lagi menunggu surat daripada parti berkenaan status keahliannya kerana pemecatan daripada Majlis syura secara automatik bermaksud beliau bukan lagi ahli PAS.

“Tidak penting sama ada dia telah menerima atau tidak surat dari Majlis Syura yang membuktikan dia telah dilucutkan atau menunggu status keahliannya, faktanya sama bahawa apabila ‘lafaz cerai’ (lafaz perceraian suami-isteri) telah dilakukan, dia secara rasmi bukan lagi menjadi ahli parti,”katanya kepada pemberita di Bachok hari ini.

Pada 29 Januari, Nik Aziz dilaporkan Sinar Harian berkata beliau dengan rela hati melepaskan bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa menyertai mana-mana parti pilihannya.

“Itu dia punya pasallah, saya sebut kelmarin kepada wartawan orang laki bini lagikan bercerai. Padahal kita nak sambut bini (isteri ) itu dengan sembelih lembu, palu gong gendang lah, selawat kepada Nabi, tetapi boleh bercerai. Ini kerana parti (Ini kan pula dalam parti).

“Dalam syarikat ekonomi dia (pengurusan) buang rakan kongsi dan apa sekali, kita hidup atas dunia ini ada peraturan. Islam adalah disiplin seratus peratus dunia akhirat. Islam adalah cara nak selamatkan dunia,” katanya kepada media.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...