Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, September 13, 2014

PRK N01 : Tiga penjuru di Pengkalan Kubor


Pilihan Raya Kecil DUN Pengkalan Kubor menyaksikan pertembungan tiga penjuru di antara calon BN, Mat Razi Mat Ail; Wan Rosdi Wan Ibrahim daripada PAS dan seorang calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

PRK PENGKALAN KUBOR : 

Pengumuman calon-calon tersebut dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN tersebut, Mohd. Sobri Ramli selepas proses penamaan calon di bilik gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat selesai.
Proses penamaan calon tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini biarpun ribuan penyokong BN dan PAS membanjiri kawasan tersebut.
Proses mengundi untuk pilihan raya tersebut akan diadakan pada 25 September ini.
Turut hadir mengiringi Mat Razi ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; dua Naib Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Dato’ Seri Mohd. Shafie Apdal.
Hadir memberi sokongan, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Dato’ Seri Mustapa Mohamed; Ketua Wanita UMNO, Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil serta Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin.
Calon PAS pula diiringi oleh Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu; Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ahmad Yakob dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar Mat Akim.
Bagaimanapun, tidak kelihatan pemimpin tertinggi DAP di kawasan tersebut.
Mat Razi yang lebih dikenali dengan ‘Ustaz Mat Razi’ adalah bekas Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Tumpat dan Pengasas Pondok Simpangan.

Pilihan Raya Kecil DUN Pengkalan Kubor menyaksikan pertembungan tiga penjuru di antara calon BN, Mat Razi Mat Ail; Wan Rosdi Wan Ibrahim daripada PAS dan seorang calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.
Pengumuman calon-calon tersebut dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN tersebut, Mohd. Sobri Ramli selepas proses penamaan calon di bilik gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat selesai.
Proses penamaan calon tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini biarpun ribuan penyokong BN dan PAS membanjiri kawasan tersebut.
Proses mengundi untuk pilihan raya tersebut akan diadakan pada 25 September ini.
Turut hadir mengiringi Mat Razi ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; dua Naib Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Dato’ Seri Mohd. Shafie Apdal.
Hadir memberi sokongan, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Dato’ Seri Mustapa Mohamed; Ketua Wanita UMNO, Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil serta Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin.
Calon PAS pula diiringi oleh Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu; Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ahmad Yakob dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar Mat Akim.
Bagaimanapun, tidak kelihatan pemimpin tertinggi DAP di kawasan tersebut.
Mat Razi yang lebih dikenali dengan ‘Ustaz Mat Razi’ adalah bekas Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Tumpat dan Pengasas Pondok Simpangan.

PRK N01


Ikuti perkembangan semasa PRK Pengkalan Kubor di--->> BN4PRK 

Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan pengasas sekolah pondok, Mat Razi Mat Ail sebagai calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Pengumuman Mat Razi, 49, sebagai calon parti itu diumumkan oleh Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Operasi BN PRK Pengkalan Kubor.


Mat Razi yang lebih dikenali sebagai Cikgu Mat Razi dikalangan masyarakat tempatan merupakan bekas Penolong Pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah Tumpat bahagian Pengurusan Sekolah.
Beliau juga merupakan AJK Umno Bahagian Tumpat sejak 2009.
Mat Razi mengasaskan sebuah sekolah pondok di Kampung Simpangan sejak 2012
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, daripada BN, akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lepas.

Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham yang mewakili BN mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 13 September ini sebagai tarikh penamaan calon manakala hari pengundian pada 25 September.

Wan Rosdi pula seorang kontraktor binaan dan Setiausaha Pas Kawasan Tumpat.
Kerusi Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor kosong selepas penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia akibat kanser hati pada 20 Ogos lalu.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Noor Zahidi dari BN menang dengan majoriti 1,736 undi untuk menewaskan Saharun Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Izat bukhary Ismail Bukhary (Bebas) yang hanya menerima 65 undi.
DUN Pengkalan Kubor mempunyai 24,039 pengundi berdaftar di mana 51.84 peratus atau 12,462 orang daripadanya adalah lelaki.
Wan Rosdi pula seorang kontraktor binaan dan Setiausaha Pas Kawasan Tumpat.

Kalau dah bukan calon tempatan dan dilahirkan di Kedah , bagitahu la perkara yang sebenar. Jangan kerana nak menyaingi calon BN  yang terbukti anak tempatan di situ , PAS cuba membohongi pengundi-pengundi Pengkalan Kubor .
Zaman sekarang orang check di No KP pun sudah tahu di mana negeri kelahirannya .
 Jadi , PAS patut malu dengan pengundi  pembohongan pertama ini yang kantoi ini  !!
Wan Rosdi sebagai calon parti itu untuk PRK DUN Pengkalan Kubor yang akan berlangsung 25 September ini. Wan Rosdi ialah Setiausaha PAS Kawasan Tumpat. Menurut MB Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, Wan Rosdi yang juga merupakan seorang kontraktor binaan dipilih kerana latar belakang dan pengalaman yang dikenali masyarakat setempat.  Memetik artikel Star Online yang bertajuk "PRK Pengkalan Kubor: PAS Pertaruh Kontraktor Binaan" , antara kenyataan Datuk Ahmad Yakob ialah ;
""Dia berwibawa dari segi kontraktor binaan."

Bila cakap pasal kontraktor binaan ,ia mengimbau kembali kenangan penulis di PRK Kuala Besut yang lepas di mana PAS turut mempertaruhkan seorang kontraktor binaan (Che Long) , namun beliau tewas kepada calon muda BN , Tengku Zaihan . Terlintas dalam fikiran penulis kenapa PAS gemar benar meletakkan calon kontraktor binaan . Adakah beliau dapat meluangkan masa dengan rakyat ditambah pula dengan kerja2 sebagai kontraktor binaan tu? Kalau kita ingat dalam PRK Kuala Besut alasan yang diberikan Che Long bila ditanya tentang perkara itu agak menggelikan hati. Masih ingat lagi?
OK berbalik kepada cerita pasal calon PAS, penulis terfikir samada beliau adalah calon pilihan Anwarinas di dalam PAS atau dipilih di kalangan yang pro-ulama ? Mungkin para wartawan boleh mengajukan pertanyaan kepada calon PAS ini mengenai pandangan beliau mengenai perbalahan yang berlaku di dalam PAS sekarang. Satu lagi perkara ialah mengenai status anak tempatan calon PAS ini. Dikatakan beliau bukan anak tempatan memandangkan daerah mengundi di tempat lain. 
Kalau tak silap penulis lah, PAS pernah mengeluarkan kenyataan akan mengutamakan anak tempatan samada dalam jawatan tertinggi negeri, atau calon dalam pilihanraya. Walau bagaimanapun, dari semakan SPR menunjukkan sebaliknya. 
Jadi dengan berdasarkan perkara ini, kita serah saja kepada budi bicara pengundi DUN Pengkalan Kubor untuk buat prnilaian
seorang calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.


Berbaju melayu serba hitam dengan pengiring memakai kain hitsm putih seragam. Pakai songkok pula, bukan kopiah.
Dengan imej begini, calun bebas yang muncul di pengkalan kubur ini mahu pecah undi siapa Pastinya, calun bebas Izad Bokhari tidak bermimpi untuk menang.
Khabar angin sehari dua lepas berkata PAS mulanya berniat untuk letak orang UMNO atau bekas orang UMNO sebagai calun untuk kucar kacirkan undi UMNO di kawasan putih UMNO iini.
Rancangan lebih pada PRU14 dari nak menang sekarang.
Ada seorang Wan cuba diipujuk tapi tak berjaya. Inikah pengganti? Kita tunggu lebih banyak msklumat mengenai calun ini.
Kerusi Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor kosong selepas penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia akibat kanser hati pada 20 Ogos lalu.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Noor Zahidi dari BN menang dengan majoriti 1,736 undi untuk menewaskan Saharun Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Izat bukhary Ismail Bukhary (Bebas) yang hanya menerima 65 undi.
DUN Pengkalan Kubor mempunyai 24,039 pengundi berdaftar di mana 51.84 peratus atau 12,462 orang daripadanya adalah lelaki.

Wednesday, September 10, 2014

PAS Minta PKR Menghentikan ‘Drama Hindustan’


KRISIS MB : PAS DEDAHKAN DRAMA HINDUSTAN PKR

Satu lagi adegan tarik rambut tikam lidah di dalam Pakatan pembangkang.







Sila baca : 


PAS meminta PKR supaya menghentikan ‘drama hindustan’ dengan meraih simpati rakyat seperti era Reformasi 1998, untuk melantik Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.
Ketua Pegawai Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki berkata teguran Abdul Hadi mengenai keupayaan Wan Azizah menerajui negeri itu dianggap “satu penghormatan” jika diteliti kemelut politik negeri itu termasuk sejak era Reformasi 1998.

Beliau mengumpamakan Wan Azizah seperti Abu Zar al-Ghifari yang ditegur tidak mampu menjadi pemimpin politik tetapi tetap dihormati apabila dianggap isteri mithali sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim dihina pada 1998.

“Saya melihat teguran Abdul Hadi Awang itu bukan satu penghinaan, sebaliknya satu penghargaan malah satu penghormatan kepada Kak Wan yang telah melaksanakan peranannya sebagai seorang isteri mithali.

“Bagaimanapun, pada pandangan saya usaha untuk menobatkan Kak Wan sebagai MB akan menjadikan semua reputasinya sebagai isteri mithali sebelum ini tercemar.

“Tidak mustahil dia akan disebut selepas ini sebagai ‘MB Boneka’ atau lain-lain gelaran yang tidak manis. Lebih malang lagi, ia akan menjadi ‘benchmark’ kepada kepimpinan wanita dalam mengetuai teraju utama siyasah di Malaysia,” katanya.

Menurut Dr Zuhdi lagi, ketika suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim ditinggalkan oleh kawan rapatnya, tetapi Wan Azizah terus setia dan percaya dengan kesetiaan suaminya.

“Beliaulah kemudiannya menggalas harapan suaminya sebagai simbol golongan yang dizalimi, dengan memimpin Parti Keadilan Nasional (PKN) dan kemudiannya PKR.

“Meskipun demikian, mereka yang rapat dengan Kak Wan semasa dia memimpin PKN dan sekarang PKR mengetahui secara lebih mendalam keupayaannya dalam melaksanakan amanah kepimpinan.

“Kak Wan adalah seumpama Abu Zar al-Ghifari, seseorang yang ada kelebihan hebat di bidang selain daripada amanah kepimpinan,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Zuhdi berkata harapan rakyat Selangor mahu melihat kehebatan, kecekapan dan kebijaksanaan seorang menteri besar Pakatan menerajui pentadbiran seperti yang ditunjukkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini.

“Sekarang adalah masa untuk menunjukkan model kepimpinan yang unggul di negeri Selangor, yang akan menjadi contoh sebagai negeri termaju yang juga dikenali dengan ‘mini Malaysia’,” katanya - MK
Selepas ini, tentu akan ada kepimpinan PKR yang melenting dan meroyan meminta pemimpin PAS itu menarik balik kenyataan beliau. Dan begitulah seterusnya sarkas Pakatan pembangkang.

Realitinya, PKR yang berdrama hindustan atau pun PAS juga terlibat sebagai pelakon-pelakonnya juga?

Jika kita teliti kronologi perebutan MB Selangor ini, PAS juga beraksi sarkas dan bercakaran sesama mereka di dalam parti tersebut. Dan selagi parti PAS masih berada di dalam Pakatan, selagi itu rakyat tidak akan lagi percaya dengan mereka.

PRK PENGKALAN KUBOR MOVE : Siapakah yang Memulakan Pengkhianatan dan Siapakah yang Meneruskannya?


#PRK PENGKALAN KUBOR: GILIRAN NIK ABDUH TUTOH ANWAR SAMPAI ROBEK...


Presiden PAS dituduh khianati PR kerana namakan calon MB daripada PAS.

Mari amati kisah pengkhianatan. Hakikatnya, pengkhianatan lebih awal bermula daripada 2 gerangan yang saling berkerja sama;

1) 2 pengkhianat daripada ADUN PAS yang melompat memberi sokongan kepada PKR. Ia memulakan kerosakan kepada kestabilan dalaman PAS.

2) Pengkhianatan PKR terhadap setiakawan dengan PAS dalam PR apabila menerima pengkhianatan 2 ADUN PAS dengan mengiktiraf sokongan mereka kepada PKR. 

Sebagaimana 2 ADUN itu memutuskan wala' dan kesetiaannya kepada presiden, begitu juga PKR telah memutuskan kesetiakawanannya dengan PAS.

Siapa pun yang menginsafi, dia akan memahami apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh presiden PAS apabila;

1) Partinya dikhianati dari dalam oleh ahlinya sendiri.

Anda sedang melihat apa yang sedang bergolak di dalam PAS sekarang. Ia sememangnya bermula daripada kisah pengkhianatan 2 ADUN ini.

2) Partinya dikhianati dari luar oleh rakan sendiri.

Anda juga sedang melihat -akibat pengkhianatan PKR- pergolakan dalam PR akibat PAS kehilangan taruhan kuasanya di dalam menentukan kelangsungan kerajaan TSKI yang Majlis Syura Ulama PAS putuskan untuk mempertahankannya.

Apa pilihan yang harus dilakukan presiden? Ada 2 pilihan;

1) Terus bertindak drastik dan keras dengan mendorong parti PAS ke arah keluar daripada PR. Pengkhianatan, daripada sudut hukum, semestinya menjadi faktor utama pembatalan Tahaluf Siyasi.

2) Bersikap dan bertindak lebih budiman dengan memberi peluang dan masa agar mampu memperbaiki keadaan dan memulihkan dalaman PAS dan hubungan dengan PKR dan PR.

Presiden telah memilih pilihan kedua. 

Tindakan itu telah menerima pujian awam apabila PAS melalui mesyuarat 17/8/14, memutuskan bersetuju memberikan sokongan sementara kepada TSKI (Ini pastinya dilihat bercanggah dengan keputusan asal MSU dan mengejutkan pihak yang menyokong TSKI) dan mengemukakan 2 nama calon MB baru, termasuk WAWI (yang juga dilihat bercanggah dengan keputusan asal MSU).

Lihat, alangkah berjiwa besarnya presiden. Beliau mampu mempengaruhi MSU agar menerima hakikat PR perlu diselamatkan.

Malang tak berbau!

Keputusan 'emas' itu hanya mampu bertahan 5 jam! 

Petangnya, tanpa kehadiran presiden PAS, mesyuarat PR memutuskan hanya satu nama akan dipersembahkan kepada istana iaitu WAWI. Alasan penarikan diri Azmin Ali adalah menarik dan diterima.

Di sinilah bermula PAS dilabel sebagai parti U-Turn oleh BN.

Presiden kini berhadapan 2 kemelut yang tiba-tiba;

1) Kegagalan wakil PAS ke mesyuarat PR yang diketuai Timbalan Presiden untuk mengembalikan semula keputusan penarikan diri Azmin Ali ke meja mesyuarat PAS. Menghantar hanya satu nama ke istana bukan sama sekali RUH keputusan mesyuarat PAS yang telah menetapkan 2 nama.

Ia bermaksud presiden berhadapan situasi kritikan dalaman yang tajam akibat keputusan yang lemah dalam mesyuarat PR.

2) Ketegangan dengan pihak istana yang memberi isyarat awal penolakan terhadap pencalonan WAWI. Tambahan pula, istana masih memberi sokongan padu kepada TSKI.

Menjaga hubungan dengan pihak istana adalah polisi PAS yang diterima masyarakat awam yang mahukan keharmonian di antara institusi kuasa diwujudkan.

Apa pula yang presiden harus lakukan selepas badai hanya mampu bertenang sekadar 5 jam?

Ya, presiden terus dengan sikap budiman. Beliau menerima hakikat bahawa kelemahan adalah daripada dalam partinya sendiri. Beliau segera ke Kota Bharu, bertemu Mursyidul Am untuk bergagah dengan nilai budimannya itu pada kekuatan suara putus daripada ketua MSU. Mursyidul Am telah memberi sokongan padu.

Keadaan mendung tidak berakhir dengan hari yang kembali cerah, malah kilat dan petir mula bersambaran. Tiba-tiba isu SD timbul.

13 ADUN PAS diasak oleh PKR agar menanda tangani SD menyokong WAWI sebagai Menteri Besar baru. Ia menimbulkan ketegangan dan kekeruhan yang bertambah di dalam dan di luar PAS.

Presiden mesti bertindak dan mestilah segera!

Mesyuarat PAS pada 25/8/14 keluar dengan keputusan baru yang mengejutkan. PAS memutuskan tidak menghantar sebarang nama dan menyerahkan kebijaksanaan memutuskan isu MB kepada pihak Istana.

Mesyuarat itu dilaporkan kemudiannya bahawa presiden menggunakan kata putusnya sendiri dan dilapor tidak menerima pandangan majoriti ahli.

Daripada pelabelan awal oleh BN, rakan PR mula turut menamakan PAS sebagai parti U-Turn! 

PAS mula dipermainkan rakan-rakannha sendiri.

Kemudian, apabila istana membuat keputusan meminta setiap parti menghantar lebih 2 nama, PR terus gagal untuk bersatu.

Malah, kemelut dipanaskan dengan isu presiden PAS mengajak Azmin Ali belot terhadap partinya. Walaupun dinafikan, api itu enggan dipadamkan dan sengaja dibiarkan.

Sekarang, mari kita lihat;

1) Adakah PKR melihat dan memuliakan sikap toleransi yang tinggi itu daripada presiden PAS? Tidak bukan?

2) Adakah anda melihat sebarang usaha pengenduran daripada PKR di dalam mengurangkan ketegangan dengan PAS? Tidak bukan?

3) Adakah tindakan budiman presiden PAS berjaya meredakan ketidakpuasan beberapa pemimpin PAS yang terus mengkritik beliau, malah terus memuja pengkhianatan 2 ADUN itu? Tidak bukan?

4) Adakah dalam tempoh tu, DAP sebagai rakan PR berusaha memberi sedikit nafas kepada kestabilan PR? Tidak bukan?

5) Adakah situasi ini berjaya memikat pihak istana untuk menerima penyelesaian daripada dalaman PR? Tidak bukan?

Jadi, siapakah yang memulakan pengkhianatan dan siapakah yang meneruskannya?

Mari melihat kesimpulan saya..

Hari ini, anda melihat apa yang pernah saya tulis sebelum ini bahawa PAS atau presiden PAS telah sampai ke tahap toleransi tertinggi. Selepasnya, jika tidak disambut baik, maka toleransi berakhir dan presiden PAS akan mula bertindak..

Saksikan..

Presiden putuskan bahawa PKR dan DAP tidak perlu lagi diajak berunding.. no more

Presiden putuskan untuk menangani isu dalaman PAS dengan caranya sendiri.. juga, no more

Akhir daripada saya, jika semalam anda melihat intimnya hubungan beberapa pemimpin PAS dengan rakan PKR dan DAP untuk mematikan langkah presiden sendiri, hari ini pula anda sedang melihat para ulama dan pencinta kepimpinan ulama sedang bersahutan dan bertautan menyokong tindakan baru presiden PAS.

Dan anda telah pun tahu apa sikap saya dan di mana saya. Saya enggan mengelirukan...

Selamat bertarung di 'KuborMove'.. Jumpa di sana.

Petikan dari FB Nik Abduh:


Monday, September 8, 2014

SULTAN SELANGOR SEMAKIN MURKA ATAS SIKAP KURANG AJAR & KEBIADAPAN ANWAR DAN DAP

TERKINI ! SULTAN SELANGOR DUKACITA KERANA PKR & DAP BIADAP & DERHAKA !

Laporan terkini tentang krisis perebutan jawatan MB Selangor.

Sila baca : 



Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita dengan tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang ingkar terhadap titah baginda apabila hanya menyenaraikan satu nama untuk calon menteri besar yang baharu.

Tindakan kedua-dua parti itu menggambarkan mereka biadab kepada institusi raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada baginda - UM
Sultan Selangor sudah menyatakan dukacita dek kebiadapan dan perbuatan derhaka PKR dan DAP kepada baginda. Sepatutnya, seluruh rakyat Selangor mesti bangkit menyokong baginda Sultan dan sama-sama mengutuk keras tindakan biadap DAP dan PKR.


Perkara ini bukan remeh temeh tetapi satu kemestian untuk disuarakan oleh seluruh rakyat Selangor.

Malah, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan seluruh kepimpinan PKR dan DAP patut meminta maaf kepada baginda.

Tetapi bukan itu sahaja. DAP dan PKR patut diajar dengan menolak calon-calon mereka jika berlaku Pilihanraya negeri dan pada PRK 14 yang akan datang.

Dan jika rakyat Selangor sayangkan Sultannya, PKR dan DAP patut ditolak habis-habisan sebagai pengajaran supaya hormat dengan Sultan Selangor.

‘Langkah Kajang’ untuk membolehkan Anwar menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri dan Menteri Besar telah Gagal


KENYATAAN MEDIA

DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

8 September 2014 / 13 Zulkaedah 1435H

Nik Nazmi : Langkah Kajang Yang Sumbang

Saya menggesa supaya Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) merujuk terlebih dahulu punca krisis Menteri Besar Selangor yang bermula daripada Langkah Kajang sebelum membuat kesimpulan melulu terhadap kewibawaan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Langkah Kajang yang dicatur jelas merapuhkan keutuhan Pakatan Rakyat dan menghakis semangat setiakawan yang dihulurkan oleh PAS.

Walaupun PAS telah menyatakan pendirian bahawa Langkah Kajang tidak berkaitan untuk menukar Menteri Besar Selangor, namun jelas pada tarikh 21 Julai 2014, PKR telah mengumumkan YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar yang baru. Sila rujuk juga kenyataan Presiden PKR yang disiarkan oleh laman berita Astro Awani bertarikh 5 Ogos 2014.

“Kita merancang strategi ‘Langkah Kajang’ untuk membolehkan Anwar menjadi ahli dewan undangan negeri dan kemudiannya Menteri Besar tetapi telah digagalkan oleh kerajaan Barisan Nasional,”

“Jawatan Menteri Besar sememangnya untuk Anwar pada awalnya, saya tidak akan teragak-agak untuk menjadikan beliau sebagai penasihat sekiranya saya menjadi Menteri Besar,”

Tindakan PKR tersebut memaksa PAS untuk mengadakan mesyuarat di peringkat Majlis Syura Ulama’ dan membuat keputusan untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Kemudian, apabila beliau dipecat pada tarikh 9 Ogos 2014, PAS sekali lagi terpaksa bermesyuarat pada 17 Ogos 2014 untuk membuat pencalonan baru kerana Tan Sri Khalid Ibrahim sudah hilang kelayakan asas untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Mengambil kira keputusan PKR (21 Julai 2014), pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim, pihak istana dan perspektif Islam, Presiden PAS turut menamakan YB Azmin Ali untuk jawatan itu selain daripada Wan Azizah. Secara tidak langsung dan diamati dengan cermat, ia menzahirkan pendirian PAS dalam menentukan pemimpin utama untuk mentadbir sebuah kerajaan yang mesti seseorang individu yang berkebolehan, berkelayakan dan memiliki ciri-ciri kepimpinan tertentu.

Isu ini berlanjutan dan sehinggalah pada tarikh 27 Ogos pihak istana meminta setiap pemimpin parti menamakan lebih dua nama untuk dipertimbangkan oleh Sultan Selangor bagi mengisi jawatan Menteri Besar. Perkara tersebut telah dipenuhi oleh Presiden PAS dan ia sekali lagi menunjukkan sikap matang dan bijak.

Saya berpendapat, YB Nik Nazmi memulakan langkah sumbang sebagai Ketua AMK yang baru. Beliau harus akur bahawa liabiliti politik yang berlaku pada hari ini di Selangor menimbulkan kegusaran di peringkat akar umbi. Saya menjangkakan kita akan mengambil tempoh masa yang lebih lama untuk memulihkan sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Yang Benar,
Ir. Hj. Khairil Nizam Khirudin,
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan 

NIK NAZMI AMK KAKI AMPU PROJEK LANGKAH KAJANG DIGELAR SUMBANG OLEH PEMUDA PAS




Rupanya inilah sebabnya dimenangkan Ketua AMK baru Nik Nazmi di pemilihan PKR yang lepas oleh Anwar

Menjadi pengampu tegar bagi menjayakan projek Suami nak lantik isteri jadi MB Selangor ..

Segala prinsip Reformasi iaitu menghapuskan kronisme dan nepotisme  telah digadaikan demi nak ampu Anwar dan Jijah .

Apa standard Nik Nazmi untuk membalun Presiden PAS  dalam krisis MB  Selangor  yang di create sendiri Anwar melalui Langkah Kajang ??

Memang patut pun Langkah Kajang digelar Langkah Sumbang oleh Pemuda PAS yang baru sedaq bila Presiden PAS diperbudakan oleh AMK .

 sumber

Sunday, September 7, 2014

ZULKILI NOORDIN : KHAS UNTUK PAS @ "Kata orang Melayu, cukup-cukuplah tu. Kata omputeh, enough is enough!!!"

ZULKIFLI BIN NOORDIN

07 September 2014

AAMANTU BILLAH SUMMASTAQEEM!

Umat Islam akan berada didalam fitrahnya apabila ia duduk didalam jemaah. Tetapi apabila umat Islam bersekongkol dengan kafir harbi dan memusuhi sesama Islam, maka ia berada dalam keadaan luar tabi'e!!!  


 
 
LAGU TEMA PARTI ISLAM SeMALAYSIA (PAS) - BERJIHADLAH

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan semangat dan roh kebenaran
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Walau susah memempuh cabaran

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan obor sinar kebahagiaan
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Biar syahid ataupun kemenangan

Berjuanglah wahai Ansorullah
Dengan matlamat Daulah Islamiah
Berkorbanlah wahai yang beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan

Bergeraklah ke gerbang jasa
Kalah menang bukan alasannya
Sucikanlah niat dihati
Hingga nyata benarnya janji Rabbi

Selamatlah Parti Islam melangkah
Membimbing ummah ke medan siasah
Berpedomankan Al Quran dan Sunnah
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah....
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah....
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah....

Salam 2 all.

Saya sengaja mengingatkan kesemua ahli dan penyokong PAS akan lagu rasmi Parti Islam SeMalaysia PAS. Lagu ini sentiasa disematkan didalam jiwa tiap ahli, pimpinan dan pejuang PAS sebagai pembakar semangat perjuangan.
Sebab itu saya menyeru semua ahli dan penyokong PAS supaya memberi ketaatan, walaq dan kepatuhan tidak berbelah bagi kepada Datuk Seri Hadi Awang dan Majlis Syura' Ulama' PAS yang sedang menghadapi tentangan dan peperangan daripada dalam dan luar PAS.
Isunya bukan soal perlantikan Menteri Besar Selangor! Itu hanya sebab-musabab!
Isunya ialah sudah sekian lama PAS dijadikan kaldai tunggangan oleh kaum Anwarinas, para parasit dan kaum cauvinis.
PAS terlalu bertolak ansur selama ini - setiap kali ditolak PAS beransur.
Sehingga PAS buang perjuangan negara Islam!
Sehingga PAS ketepikan perlaksanaan hudud, qisas dan takzir!
Sehingga PAS bermata putih melihat kalimah Allah dicemar dan disyirikkan!
Sehingga PAS memecat tokoh hebat seperti Hasan Ali yang tegar memperjuangkan Islam!
Sehingga PAS memecat ulama muda seperti Nasharudin Mat Isa daripada Majlis Syura'!
Sehingga PAS dipaksa menerima seorang yang disabit dengan hukuman liwat sebagai pemimpin!
Sehingga PAS dipaksa menerima pemimpin yang tidak punya kredibiliti dan akhlak yang cemar!
Sehingga PAS dikatakan parti PAS PIS PUS!
Sehingga PAS hilang identiti perjuangan Islamnya!
Kata orang Melayu, cukup-cukuplah tu. Kata omputeh, enough is enough!!!
Inilah masa kalian ahli dan penyokong PAS untuk bangkit dan membela dan mempertahankan pimpinan ulama dan mereka yang benar-benar mahukan Islam.

Intan surullah hayyan surkum, wayusabbit aqdaamakuum!
Kamu bantu agama Allah, Allah akan bantu kamu dan memperkasakan kamu!
Wallahua'lam dan Wassalam.
Adios amigos, grasias senor.
Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
12 Zul-Qaedah 1435
07 Sep 2014

DATO SERI TUAN GURU PRESIDEN : DIALOG & PENJELASAN ISU TERKINI





DIALOG & PENJELASAN ISU TERKINI BAH 1


DIALOG & PENJELASAN ISU TERKINI BAH 2

DIALOG & PENJELASAN ISU TERKINI BAH 3 

PUJUK KU LI : HADI BUAT PENDEDAHAN SEBENAR MALUKAN ANWAR & DAP 

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PKR dan DAP terlebih dulu memujuk Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menyertai parti mereka, namun ditolak ahli Parlimen Umno itu.

“Yang mula-mula berjumpa Tengku Razaleigh, PKR. Bukan kita. PKR jumpa dulu, ajak Tengku Razaleigh masuk PKR. Lepas itu, DAP berjumpa Tengku Razaleigh, ajak Tengku Razaleigh masuk DAP. Tengku Razaleigh 'dok terliur' (tidak berminat) belaka nak masuk dua-dua parti ini," kata Hadi dalam sesi dialog beliau dengan pemimpin dan ahli PAS di Terengganu pada Khamis.

Beliau berkata demikian menjawab soalan orang ramai tentang dakwaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang mengatakan PAS menawarkan jawatan perdana menteri kepada Tengku Razaleigh sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.

Ia adalah kali pertama Hadi menjawab dakwaan pemimpin PKR itu.

Klip video dialog yang dikhaskannya untuk ahli dan pemimpin PAS di Terengganu tersebut kini disebarluaskan melalui laman sosial termasuk Facebook.

Hadi berkata, selepas rakan dalam PR bertemu dengan Tengku Razaleigh, yang lebih dikenali sebagai Ku Li, dan mereka gagal, mereka meminta pemimpin PAS pula memujuk Ku Li supaya masuk PAS.

"Kita pun pujuklah dia masuk PAS. Dia tak nak masuk PAS juga, dia nak duduk dalam Barisan Nasional. Itulah ceritanya, yang berlakunya. Jadi, yang bising-bising tu, kita kena fahamlah. Itu hakikat yang sebenarnya," cerita Hadi dalam taklimat di dalam dewan terbuka bersebelahan Masjid Rusila.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali sebelum ini memberitahu The Malaysian Insider Rafizi membuat kenyataan bodoh apabila mendedahkan cadangan PAS mahu Ku Li dilantik sebagai perdana menteri itu.

Rafizi mendedahkan perkara itu pada forum berkenaan krisis menteri besar Selangor di Kuala Lumpur awal Jun lalu. – 6 September, 2014.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...