DIALOG & PENJELASAN ISU TERKINI BAH 1
DIALOG & PENJELASAN ISU TERKINI BAH 2
DIALOG & PENJELASAN ISU TERKINI BAH 3
PUJUK KU LI : HADI BUAT PENDEDAHAN SEBENAR MALUKAN ANWAR & DAP
Presiden
PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PKR dan DAP terlebih dulu
memujuk Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah
menyertai parti mereka, namun ditolak ahli Parlimen Umno itu.
“Yang
mula-mula berjumpa Tengku Razaleigh, PKR. Bukan kita. PKR jumpa dulu,
ajak Tengku Razaleigh masuk PKR. Lepas itu, DAP berjumpa Tengku
Razaleigh, ajak Tengku Razaleigh masuk DAP. Tengku Razaleigh 'dok
terliur' (tidak berminat) belaka nak masuk dua-dua parti ini," kata Hadi
dalam sesi dialog beliau dengan pemimpin dan ahli PAS di Terengganu
pada Khamis.
Beliau
berkata demikian menjawab soalan orang ramai tentang dakwaan Naib
Presiden PKR Rafizi Ramli yang mengatakan PAS menawarkan jawatan perdana
menteri kepada Tengku Razaleigh sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang
dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.
Ia adalah kali pertama Hadi menjawab dakwaan pemimpin PKR itu.
Klip
video dialog yang dikhaskannya untuk ahli dan pemimpin PAS di
Terengganu tersebut kini disebarluaskan melalui laman sosial termasuk
Facebook.
Hadi
berkata, selepas rakan dalam PR bertemu dengan Tengku Razaleigh, yang
lebih dikenali sebagai Ku Li, dan mereka gagal, mereka meminta pemimpin
PAS pula memujuk Ku Li supaya masuk PAS.
"Kita
pun pujuklah dia masuk PAS. Dia tak nak masuk PAS juga, dia nak duduk
dalam Barisan Nasional. Itulah ceritanya, yang berlakunya. Jadi, yang
bising-bising tu, kita kena fahamlah. Itu hakikat yang sebenarnya,"
cerita Hadi dalam taklimat di dalam dewan terbuka bersebelahan Masjid
Rusila.
Setiausaha
Agung PAS Datuk Mustafa Ali sebelum ini memberitahu The Malaysian
Insider Rafizi membuat kenyataan bodoh apabila mendedahkan cadangan PAS
mahu Ku Li dilantik sebagai perdana menteri itu.
Rafizi
mendedahkan perkara itu pada forum berkenaan krisis menteri besar
Selangor di Kuala Lumpur awal Jun lalu. – 6 September, 2014.
No comments:
Post a Comment