Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, March 16, 2013

PAS : Najib Tidak Layak Bercakap Tentang Hukum Hakam.. Bila Sudah Kena Batang Hidung Sendiri. Dah Tahu Rupanya Dosa Hanya ALLAH yang tentukan. Tapi Sanggup Gadaikan Kalimah Allah Untuk Kristian

Najib Tidak Layak Bercakap Tentang Hukum Hakam Sebab Dia Bukan Orang Pas ! 

Semalam Najib telah menggariskan 7 dosa besar yang telah dilakukan oleh PR termasuk Pas terutamanya yang melibatkan negeri Kelantan. KLiK 



Hari ini Pas melenting dan siapa lagi yang paling kedepan kalau bukan orang yang merasakan dirinya layak menjadi PM baru - Mahfuz Omar. Bukan 7 perkara itu yang ingin saya komen tapi komen Mahfuz itu sendiri ! Maksud saya, apa yang ada dalam kepala beliau semasa mengeluarkan kenyataan -

 

TUJUH Dosa besar ? Ke SATU jer ....... 


"Sejak bila dia jadi mufti? Kenapa dia pulak nak jadi Majlis Syura mengeluarkan hukum hakam."

Apakah Majlis Syura itu SAMA TARAF dengan mufti untuk mengeluarkan hukum hakam ? Siapa yang beri tauliah kepada Majlis Syura untuk keluarkan fatwa / hukum hakam ? Satu lagi, tidakkah kenyataan Mahfuz itu menunjukkan beliau mengiktiraf kuasa mufti untuk mengeluarkan fatwa ....... jadi persoalan seterusnya - Apakah Mahfuz @ Pas akur dengan segala fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti @ Majlis Fatwa Kebangsaan ?




“... dulu kata Pas kafirkan Umno, sekarang dia pula buat, sekarang dia nak jadi tuhan pula,” SINAR 

Kenapa Mahfuz melenting ni ? Ada ke Najib kafirkan Pas ? Najib cuma sebut 7 dosa besar, dia tak sebut pun Pas kafir .... kan ? kan ?

Ke Mahfuz rasa tercabar sebab ada pemimpin SELAIN dari pemimpin Pas yang berani sebut hal dosa pahala yang selama ini menjadi mata pencarian Pas ?

Pandangan yang seperti perasan bab ugama adalah hak mutlak pemimpin Pas dapat dirasai juga melalui komen2 pemimpin2 Pas yang lain -

Mustafa Ali -  

“Siapa bagi fatwa, mana dia (Najib) dapat fatwa macam itu, tak betul tu (tuduhannya).

“...kalau tak faham jangan cakap, kenyataan dia bukan berdasarkan ilmu,” 



Pesuruhjaya Pas Selangor Dr Rani

“Dalam Islam yang nak tuduh mesti ada bukti sah dan jelas.
“... siapa nak mendakwa kena ada bukti, tiada bukti jangan buat tuduhan,”



Timbalan Pesuruhjaya lll Pas Kelantan Mohd Amar Abdullah -

“Dia (Najib) tidak layak menentukan hukuman dosa atau pahala. Apatah lagi menghukum PR melakukan dosa besar. Dosa hanya ALLAH yang tentukannya,” SINAR


Kesemua mereka punya satu persamaan - Memperlekehkan sesiapa saja yang BUKAN Pas yang bercakap hal ugama..... seolah bab ugama adalah hak mutlak Pas.

Sikap yang sama pernah ditunjukkan oleh Hadi, MatSabu dan juga Mustafa Ali hujung tahun lepas semasa mereka mentertawakan Tun Mahathir yang waktu itu mencabar pemimpin Pas perjelaskan konsep keadilan Hudud yang dibawa oleh Pas


0:48 - ( Suara Mustafa Ali / Mat sabu -  Mahathir bukan reti bab ni, Mahathir bukan tahu ... ) Dia cakap pasal perubatan sudahlah hahaha .... ( KLiK untuk refresh memory )

Pemimpin2 Pas ini sedar atau tidak, dalam mereka mempertikaikan hak orang lain untuk bercakap tentang dosa pahala ( hal2 yang menyentuh agama ) rakyat yang bukan orang Pas juga mempertikaikan perkara yang SAMA tentang mereka !

Oya, perlu disebut juga - BUKAN pemimpin2 Pas secara individu yang layak bercakap tentang agama tapi pemimpin2 Pas yang MASIH BERADA DALAM PAS. Sebab jika Mahfuz sendiri kalau keluar dari Pas, tak terbayang bagaimana beliau akan dihentam oleh orang Pas ! Lihatlah apa dah jadi pada Hasan Ali ...

Bagi orang Pas, kelayakan seseorang pemimpin atau ulama untuk bercakap tentang agama adalah ditentukan oleh keahlian mereka dalam Pas. Kalau Najib masuk Pas, secara otomatik beliau sudah layak memberi hukum hakam .... kan ? kan ?



 

KAMI RAKYAT MALAYSIA MAHU SURUHANJAYA DIRAJA UNTUK MENYIASAT INSIDEN PENCEROBOHAN BERDARAH DI LAHAD DATU.

Benarkah Gambar Ini Menjadi Bukti Pengganas Sulu Dilatih Oleh Pihak Ketiga? 

Gambar yang diterbitkan di portal http://borneoinsider.com mengenai latihan pengganas Kiram sebelum menyerang Sabah.



MyMassa harap pihak yang berwajib dapat menyiasat dakwaan Borneo Insider di sini : http://borneoinsider.com/2013/02/16/elite-us-forces-backing-the-ras-militants/

Jika dakwaan ini benar, maka besar kemungkinan pendedahan mengenai kapal ini juga benar.
http://mymassa.blogspot.com/2013/03/panas-apa-kaitan-kapa-perang-ini-dengan.html

Tidak hairanlah jika ada maklumat perisikan yang mendedahkan rancangan sebenar pengganas Kiram ini adalah untuk menyerang seluruh Sabah secara serentak ketika Pilihan Raya Umum berlangsung. Ianya berlaku sebagaimana di Syria yang mana pemberontak dibekalkan senjata oleh pihak ketiga untuk menggulingkan Kerajaan sedia ada. Dan masa pilihan raya adalah masa terbaik untuk pengganas ini untuk mengatur gerak kerana jika mereka berjaya menyerang ketika itu, sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan sementara dan pasukan keselamatan akan hilang.

Alhamdulillah, pasukan perisikan Tentera dan Polis kita yang bertaraf dunia berjaya mengesan pencerobohan ini lebih awal. Namun begitu, terdapat suara sumbang dari bekas-bekas jeneral yang sudah menyokong pembangkang yang menuduh unit perisikan Tentera dan Polis kita gagal. Hakikatnya, bekas-bekas jeneral ini tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dan tindakan mereka menyelar unit perisikan pasukan keselamatan hanya untuk mengalihkan isu dan fakta sebenar mengenai apa yang berlaku di Sabah dan demi membodek dan 'cover' bos mereka dalam parti politik yang dipilih. Dalam masa yang sama, Setiausaha Pertahanan Setiausaha Pertahanan Filipina, Voltaire T. Gazmin mengesahkan mereka menemui beberapa bukti yang mengaitkan pemimpin utama pembangkang dengan serangan ini.

Pakatan Rakyat dan Anwar Gelisah Untuk Berhadapan Dengan Kematian Bala





P Balasubramaniam (PI Bala) yang menjadi antara watak utama dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu diberitakan telah meninggal dunia kerana mengalami serangan jantung kedua.

Serangan pertama adalah pada 5 Mac lalu iaitu sehari sebelum beliau dijadual berucap dalam ceramah di Parit Sulong, Johor dan dimasukkan ke Unit Rawatan Jantung (CCU) selama empat hari. Beliau kemudian dirujuk ke Institut Jantung Negara dan dijadualkan menjalani pembedahan dalam masa terdekat. 

 Sebelum itu, ketika progam di Bachok, Kelantan beliau dikatakan telah mengadu sakit dada dan gastrik.

PI Bala baru saja ‘dipulangkan’ dari luar negara oleh pihak PR bagi membantu dalam PRU-13. Beliau sebelum ini telah melarikan diri keluar negara kononnya kerana ‘diancam’ oleh pihak yang bertanggungjawab membunuh Altantuya.

PR yang terkenal dengan sikap suka mempolitikkan nyawa orang, nampaknya tidak sabar-sabar untuk mempolitikkan kematian Bala. Ini terbukti apabila sejurus selepas serangan jantung pertama, pihak PR telah pun membuat kenyataan yang membayangkan Bala telah disihir.

Kredibiliti Bala menjadi persoalan penting dalam kes Altantuya memandangkan beliau bukan sahaja telah membuat dua Akuan Bersumpah yang bertentangan tetapi juga didapati mempunyai rekod jenayah ketika bertugas sebagai polis. Antara jenayah yang dilakukannya turut tertakluk di bawah Akta Penculikan. Beliau telah diarahkan meletakkan dalam masa jawatan 24 jam.

Bala menggambarkan dirinya sebagai orang tengah dalam kedua-dua Akuan Bersumpah tetapi mengubah ‘watak penting’ iaitu yang menyampaikan arahan kepadanya. Satu-satunya kisah yang masuk akal dan kekal dalam kedua-dua Akuan Bersumpah Bala ialah hubungan Razak Baginda dengan Altantuya serta wang yang diminta oleh Altantuya.

Bala dikhabarkan telah menerima amanah dari Razak Baginda untuk menyampaikan sejumlah wang RM50,000 kepada Altantuya. Versi yang lain pula mengkhabarkan jumlah USD500,000 iaitu komisen pembelian scorpene.

Memandangkan kes scorpene telah terbukti tidak wujud dan Altantuya juga bukan seorang penterjemah dan tidak pernah ke Perancis dalam waktu urusniaga berjalan maka secara automatik kisah komisen tersebut tidak boleh digunapakai lagi.

Justeru, kita kini berpegang kepada kisah RM50,000 yang diamanahkan oleh Razak kepada Bala untuk disampaikan kepada Altantuya. Jika benar Altantuya menerima wang tersebut, kenapakah beliau perlu membuat kecoh di pejabat dan rumah Razak? Ia hanya masuk akal jika Altantuya sebenarnya tidak menerima wang tersebut. Jika ini benar, maka hanya Bala yang mampu mengesahkannya.

Maka tidak mustahil, inilah yang menyebabkan cerita Bala berpusing-pusing dan berbelit-belit. Dan tidak mustahil ini juga yang menyebabkan Bala diserang sakit jantung setelah dipanggil pulang ke Malaysia bagi membantu PR.

Ini kerana, Bala tahu apa yang benar apa yang tidak. Dan kita tahu bukan senang untuk menyorok kebenaran dan menyebarkan penipuan secara berterusan, terutama apabila melibatkan nyawa. Lebih dahsyat lagi jika diri sendiri yang melakukan kesalahan tersebut.

Seluruh dunia tahu bahawa Bala tinggal di luar negara atas saraan pihak yang memusuhi kerajaan. Ini kerana, Raja Petra yang turut lari ke luar negara telah memuatnaik gambarnya bersama Bala, bergembira bersama peguam-peguam mereka sambil mengutuk dan mengetawakan kerajaan.

Jika benar Bala diancam oleh pihak di dalam kerajaan, dan jika benar kerajaan begitu korup lagi berkuasa dan kejam sehingga mampu mengawal keputusan mahkamah serta membunuh, bukankah lebih logik jika Bala juga menerima nasib yang sama dengan Altantuya? Dan kenapa beliau berani pulang ke Malaysia dan berkempen untuk PR? Malah, ketika meninggal dunia, beliau berada di rumah bersama isteri, dan bukannya bersembunyi kerana bimbangkan ancaman pihak berkuasa yang korup dan kejam seperti yang dituduhnya?

Jelaslah, bahawa kerajaan tidak terlibat dalam apa jua mainan atau drama yang diceritakan oleh Bala. Tidak mustahil Bala sendiri yang menjadi kunci semua kekusutan ini. Altantuya mungkin tidak akan mati jika benar RM50,000 itu sampai ke tangannya.

Apapun, Raja Petra telah membuat pengakuan bahawa semuanya hanyalah rekaan. Zulkefli Noordin yang membela tertuduh dalam kes pembunuhan Altantuya juga telah membuat pengakuan bahawa beliau telah diarahkan oleh Anwar untuk memaksa pelanggannya itu mengaitkan nama Perdana Menteri sedangkan ia tidak benar. Penipuan SUARAM mengenai scorpene dan Altantuya yang telah terkantoi menguatkan lagi bahawa semua ini hanyalah rekaan semata-mata. 

Paling menarik, bapa Altantuya sendiri telah membuat kenyataan bahawa satu-satunya pihak yang berhubung dan cuba membelinya ialah pihak pembangkang, bukan kerajaan.

4 pihak telah mengesahkan penglibatan Anwar dan PR, maka apakah ini belum cukup untuk kita melihat kebenaran? Patutlah Bala tidak mampu menghadapi dunia lagi.

Kita ucapkan Takziah kepada keluarga Bala. Harapan kita agar PR tidak mempolitikkan kematiannya pula. Biarlah dia tenang menerangkan kepada Altantuya ke mana perginya RM50,000 yang diamanahkan melaluinya.

Semoga mereka yang terlibat dalam fitnah ini insaf, bahawa ajal maut boleh tiba pada bila-bila masa dan tidak semestinya menunggu keputusan Pilihanraya. 


 

LAGI VIDEO ANWAR IBRAHIM ......................

Anwar dalang lahad datu 



 Kuasa politik Melayu Islam semakin lemah pasca PRU13

Kota Bharu, 15 Mac – Kuasa politik Melayu Islam dilihat semakin lemah pasca pilihanraya umum ke-13, jika Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat kekal menagih undi bukan Islam.
Demikian menurut Setiausaha Biro Politik ISMA, Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman semasa bercakap dalam Wacana Perdana yang bertajuk ‘Pasca PRU13, Melayu Islam di mana?’ anjuran kerajaan negeri Kelantan di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu.
Katanya, realiti menunjukkan kuasa politik Melayu Islam semakin lemah disebabkan kuasa tawar-menawar sudah tiada dan dominasi kuasa politik juga hilang.
“Kita semua nak laksana Islam, maka perlu ada kuasa atau ‘syaukah’. ‘Syaukah’ itu ertinya kuasa dominan yang apabila kita nak buat sesuatu perkara, tiada pihak lain yang akan bantah. Tapi realiti hari ini, jangankan sebut nak ada ‘syaukah’, kuasa tawar-menawar pun dah tak ada, ‘syaukah’ jauh lagi lah,” kata beliau di hadapan lebih 5 ribu penonton.
Ustaz Hazizi mendatangkan pelbagai contoh antaranya terdapat  tuntutan IFC yang berjaya dicapai secara tidak langsung seperti pelepasan ribuan bible bahasa Melayu di Pelabuhan Kuching dan Pelabuhan Kelang.
Arahan penutupan pusat hiburan semasa bulan Ramadan di Kedah yang ditarik balik selepas mendapat bantahan juga membuktikan kuasa tawar-menawar semakin lemah.
“Banyak contoh yang berlaku. kalau Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat kekal berterusan macam ini yakni terlalu menagih undi bukan Islam, maka tiada perubahan berlaku kepada Melayu dan Islam. Kuasa Melayu Islam semakin lemah,” jelasnya lagi.
Wacana perdana ini merupakan siri wacana ke-14 yang telah dianjurkan.
Ahli panel lain yang dijemput ialah Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat, Dr Mohd Asri Zainal Abidin dan Dr Agus Yusof.


APA MOTIF HAPRAKDAILY SIARKAN AWAL FOTO ANWAR DAN KEMUDIAN MEMADAMKANNYA ??? ANWAR DIFITNAH LAGI SETELAH SOLAT HAJAT PAKATAN RAKYAT UNTUK MEMBUKTIKAN KEBENARAN


Kelihatan macam sedang dalam ihram.
Nak buat umrah kot?

Seperti dijangka, media pro-pembangkang melenting apabila beberapa gambar mirip Anwar Ibrahim tersebar di alam siber.



Apabila MiM melayari beberapa media alternatif pro-pembangkang, rata-rata menyalahkan parti UMNO, konspirasi dan sebagainya.

Modus operandi pro-pembangkang memang dijangkakan tetapi janganlah sampai memperbodohkan diri sendiri dan memperlekehkan intelektual pembaca.

Contohnya ialah entri blogger pro-pembangkang di bawah.

Sila baca printscreen ini:



Jika membaca entri di atas,  penulis seperti ada pengalaman untuk membuat video-video  seperti yang bakal didedahkan.

Cuma MiM tergelak besar apabila blogger tersebut mendakwa kos untuk plastic surgery untuk 2 orang hanya RM2500!

Sungguh kelakar.

Kenapa perlu 2 orang menjalani 'plastic surgery' sedangkan fokusnys hanya seorang sahaja?


'Plastic surgery' berharga RM1k seorang juga adalah satu nilai yang tidak masuk akal.

Kalau mahu bohong pun, biarlah nampak real sikit.

 Lihat sepenuh si penuh intim
bakal Perdana Menteri Malaysia pilihan Nik Aziz 
dan Lim Kit Siang 
dalam blog Raja Goyang yang yang ....
di SINI

Friday, March 15, 2013

Demo Aman Masjid Negara : Anwar Ibrahim Pengkhianat Negara , Setiap Rakyat Mesti Bersatu Mempertahankan Kedaulatan Negara.. Takbir!!!!!




Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI),Muhammad Zahid Md. Arip Berkata,Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim Adalah Dalang Di Sebalik Insiden Lahad Datu.Beliau Juga Mendedahkan Mengenai Berita Dari Filipina Yang Mengaitkan Anwar Dan Misuari. 


Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali terus mendesak kerajaan supaya menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja disusuli kertas putih berhubung dakwaan penglibatan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai dalang pencerobohan di Lahad Datu. Beliau berkata ketika ditemui media selepas selesai perhimpunan aman yang diadakan di hadapan Masjid Negara selepas solat Jumaat, 'Anwar Dalang Lahad Datu : Kenapa Anwar Jumpa Nur Misuari?


Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hasan Ali berkata badan bukan kerajaan (NGO) bersatu hati dalam isu kedaulatan negara. Perhimpunan aman diadakan di hadapan Masjid Negara selepas solat Jumaat, 'Anwar Dalang Lahad Datu : Kenapa Anwar Jumpa Nur Misuari? Perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Waris Malaya itu turut disertai badan NGO lain antaranya Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Perinbam serta Jaringan Cina Malaysia (JCM).


Satu perhimpunan aman diadakan di hadapan Masjid Negara selepas solat Jumaat, 'Anwar Dalang Lahad Datu : Kenapa Anwar Jumpa Nur Misuari?. Perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Waris Malaya itu turut disertai badan NGO lain antaranya Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Perinbam serta Jaringan Cina Malaysia (JCM).



KUALA LUMPUR 15 Mac - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam berkumpul di hadapan Masjid Negara selepas solat Jumaat hari ini sebagai tanda menggesa rakyat bersatu bagi mempertahankan kedaulatan negara.
Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali berkata sokongan yang tidak berbelah bahagi perlu diberikan kepada anggota keselamatan yang memperjuangkan keamanan negara.
"Setiap rakyat tanpa mengira bangsa perlu menjalinkan hubungan bersama dalam memberikan sokongan dalam usaha menjaga keamanan negara.
"Bagi pihak Jati yang memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu, kami tidak reda dengan apa yang berlaku...tidak reda dengan tindakan kumpulan pencerobohan yang mahu menjajah Sabah,"katanya.
Beliau berkata demikian pada Himpunan Gerakan Rakyat Menolak Pengkhianat Negara di sini.
Perhimpunan yang turut dihadiri oleh Mursyidul Am Gerakan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) Zahid Md Arip, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali dan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah dilakukan berikutan insiden pencerobohan di Lahad Datu.
Tambahnya, pihak yang dipercayai menjadi dalang terhadap insiden tersebut perlu dihapuskan dalam usaha menjaga keamanan negara ini.
Kita nyahkan individu-individu yang menyuntik kuman-kuman keganasan,pertempuran sesama sendiri dan membawa kepada perpecahan umat Islam.
"Jika ada pencuri masuk ke rumah kita, kita halau...tapi ada kumpulan yang menceroboh masuk ke negara kita. Mari kita sama-sama tentukan mereka dapat balasan sepatutnya," katanya ketika ditanya mengenai dakwaan wujudnya dalang berhubung pencerobohan tersebut.
Sementara itu, Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Nordin turut menyeru agar peristiwa di Lahad Datu sebagai dijadikan sebagai pengajaran dan bersama membangkitkan solidariti dalam mempertahankan negara.
"Kita sedang berdepan dengan keadaan yang mengancam kedaulatan negara ekoran pencerobohan di Lahad Datu. Jadikan peristiwa itu sebagai satu pengajaran kepada kita," katanya.

YB ZULKIFLI NORDIN : ANWAR IBRAHIM DULU MEMBER SEKARANG LAWAN


Pendedahan zulkifli noordin dalam siri ceramah debat rakyat di gombak, selangor
  
Kedutaan Turki tolak Anwar
Anwar kaki kencing 


Anwar temberang guna nama Tun Ghafar 


Karpal lawyer opportunis

Nurul Izzah Perlekeh Polis



Nurul Izzah perlekeh pasukan polis sewaktu mereka sedang dalam krisis Lahad Datu. Video ini juga penuh manfaat buat mereka yang ingin belajar teknik fitnah & hasutan untuk gulingkan Kerajaan. Peringatan: bimbingan diperlukan untuk anak-anak dan mereka yang mudah terpedaya dengan putar belit Pakatan. 

Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Sejak keluar video Nurul Izzah buat kenyataan memperlekeh polis dan mahu mansuhkan Pasukan Gerakan Am & Cawangan Khas, pencacai Pakatan cuba mempertahankan Nurul Izzah kononnya video tersebut telah diedit & mendesak mahu melihat video penuh ceramah tersebut.

Bagi memenuhi permintaan istimewa para pencacai Pakatan, di sini aku siarkan episod pertama full video Nurul Izzah perlekeh polis beserta ulasan fitnah-fitnah & janji-janji palsu yang dihamburkan oleh Nurul Izzah.

ANTARA RUMUSAN FITNAH NURUL IZZAH PART 1


  • Jaminan Pakatan akan tunaikan janji sepertimana di Selangor kalau menang PRU:
Khalid Ibrahim, MB Selangor, dah cakap, “MANIFESTO BUKAN JANJI!!” Maknanya Nurul awal-awal dah mengaku, Pakatan tak akan tunaikan manifesto mereka kalau menang pilihanraya.

Antara Manifesto Pakatan yang masih BELUM tertunai di Selangor:

  • Perubatan percuma untuk warga berumur 65 tahun ke atas.
  • Mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan premis komersial sebanyak 10%.
  • RM100 untuk setiap anak kelahiran Selangor.
  • RM75 sebulan untuk setiap anak yang dihantar ke nurseri.
  • RM1,000 untuk setiap anak Selangor yang ke universiti.
  • Takaful RM2,500 untuk warga emas, OKU & anak yatim.
  • Elaun untuk ibu tunggal.
  • Elaun untuk surirumah.
  • Memastikan SETIAP rakyat Selangor mendapat kediaman sendiri.
Ini baru sikit aku senaraikan. Kalau nak senaraikan semua, panjang sangat pulak nak baca. Kat Selangor pun tak mampu tunai janji, boleh percaya ke Pakatan mampu tunaikan janji-janji baru?

  • Pembangkang kononnya tak ada hak bersuara.


Media pro-pembangkang kan banyak? Malaysiakini, Malaysian Insider, Malaysian Chronicle, Malaysia Today, Free Malaysia Today, Harakah, Suara Keadilan, SelangorKini, The Rocket, Aliran dan banyak lagi. Kat media mainstream pun Nurul Izzah ada ruangan tetap di Sinar Harian. 

Macam tu kau kata takda hak nak bersuara, Nurul?


  • Pembangkang kononnya tak dibenarkan guna prasarana awam.


Bersih 2.0 DBKL benarkan guna Stadium Merdeka, tapi mereka tolak sebab nak merusuh di Dataran Merdeka. Terkini Bersih 3.0 menggunakan Stadium Merdeka sebagai tempat perhimpunan. Stadium Merdeka tu bukan prasarana awam ke?

  • Media mainstream kononnya berat sebelah.
Habis tu, media pro-pembangkang tu tak berat sebelah? Ada pernah media pro-pembangkang macam MalaysiaKini dan Malaysian Insider buat cerita puji Kerajaan BN? TAKDA!! Semuanya mengutuk Kerajaan BN. 

Di mainstream media, Sinar Harian ada ruangan tetap untuk Nurul Izzah. Kat akhbar Sun, Malay Mail, The Edge pun ada siarkan artikel Nurul Izzah malah artikel Lim Kit Siang, Lim Guan Eng & Karpal Singh  pun pernah keluar. BFM Radio pula pernah interview Anwar Ibrahim.

Nurul, media mainstream lebih adil dari media pro-pembangkang!

  • Kerajaan tak bagi pembangkang mendekati pengundi.


Takda masalah pun Nurul nak buat ceramah merata-rata mendekati pengundi sambil mengutuk kerajaan?

  • Nurul buat fitnah kononnya Dato’ Raja Nong Chik salahguna kuasa untuk pastikan penerima BR1M di Lembah Pantai lebih tinggi dari kawasan-kawasan Parlimen lain di Wilayah Persekutuan.
Fitnah! Lembah Pantai cuma berada dalam kedudukan no 5 dari 10 kawasan Parlimen dari segi jumlah penerima. lembah Pantai dok tengah-tengah je. Kalau Dato’ Raja Nong Chik salahguna kuasa, mestilah Lembah Pantai no 1. Nampak sangat Nurul Izzah suka buat fitnah.

  • Anwar Ibrahim & Pakatan kononnya bersih, tiada kroni
Betul ke Anwar Ibrahim tu bersih sangat? Masa Anwar Ibrahim jadi Menteri, macam mana datuk Nurul, bapa Anwar, Ibrahim Abd Rahman jadi Pengerusi syarikat gergasi IOI Berhad?  Macam mana pakcik Nurul, Rani Ibrahim, jadi Pengerusi Olympia Industries yang memiliki lesen judi di Sabah?

Jawab Nurul, jawab!

Sebenarnya banyak lagi fitnah Nurul yang aku tak senaraikan. Kalau nak tahu semuanya, tengok je video tu.

Tak sabar nak tonton Episod 2? Tungguuuuu…..

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?


Bala ditimpa bala sebelum sempat menabur fitnah di ceramah ‘Siapa Arah Bunuh Altantuya’ di Parit Sulong, Johor... Bala kena bala sihir kata Badrul Hisham Shaharin a.k.a Chegu Bard

MAYAT PI BALA DIDEDAHKAN SERTA PUNCA KEMATIAN.........

Bala ditimpa bala sebelum sempat menabur fitnah di ceramah ‘Siapa Arah Bunuh Altantuya’ di Parit Sulong, Johor...
Menurut jurucakap rasmi Bala iaitu Badrul Hisham Shaharin a.k.a Chegu Bard, Bala dimasukkan ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) pada 5 Mac lalu setelah mengadu sakit dada dan disangka mengalami masalah gastrik serta hanya diberi ubat tahan sakit...
Tetapi sehari sebelum ke Johor, doktor sahkan Bala ada serangan jantung kecil dan dimasukkan ke CCU (Conorary Care Unit) selama empat hari dan kemudiannya dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN)...
Ini paling menarik...Menurut jurucakap rasmi Bala terdapat dakwaan mengatakan Balasubramaniam jatuh sakit kerana terkena ilmu sihir.
Bukan saya kata tapi ada kawan-kawan yang sebut, ini angkara ilmu hitam. Saya tak tahu. Mereka (musuh Bala) boleh buat apa sahaja. Yang penting, kita tawakkal kepada Maha Pencipta..Nanti kalau pakatan haram memerintah..Maha Pencipta tu boleh ditukar dengan Allah..
Hahaha..Bala kena ilmu hitam....hahahaha...elok la tu??Sampai kena sakit jantung pun nak salahkan orang lain..Apa la puak-puak pakatan haram ni...macam p.....k!!!
 
Namun ada sesuatu yang sangat menarik tentang kematiannya!!!

Balasubramaniam dikatakan tidak bersetuju dan tidak mahu meneruskan cerita-cerita fitnahnya terhadap Perdana Menteri dan isterinya. Bagaimanapun, desakan daripada Anwar Ibrahim serta tekanan daripada konco-konco Anwar Ibrahim, membuatkan Bala terpaksa meneruskan lakonan dan siri pembohongan berkenaan.

Tekanan itulah yang membuatkan Bala berada dalam keadaan stress dan tidak tenang. Penyakit jantung dan tekanan darah tingginya pula begitu memuncak apabila dia sudah terdengar tentang KORBAN yang perlu dilakukan demi untuk menarik simpati masyarakat.

Bala dikatakan sangat sedar, dia merupakan liabiliti terbesar dalam PKR. Dia terhutang budi dan telah mendapat banyak laba daripada perbuatannya. Dia tidak boleh lari dan terpaksa meneruskan siri lakonan walaupun di luar kehendaknya.

Sumber dalaman memberitahu, beberapa hari selepas dia keluar dari Pusat Perubatan Subang akibat serangan jantung pada 5 Mac, dia telah bertengkar dengan beberapa orang konco Anwar Ibrahim yang mahu memaksanya meneruskan kerja-kerja jahat menfitnah Najib dan Rosmah.

Chegu Bard dan R.Sivarasa Rasaiah dikaitkan dengan insiden berkenaan!

Bagaimanapun, sumber tidak menjelaskan tentang butir perbincangan antara Chegu Bard dan R.Sivarasa dengan Balasubramaniam. Yang pasti, menurutnya ada pertengkaran yang didengar dan ada nada mengancam terhadap Bala!

Barangkali juga, kerana itulah kut terdapat kesan lebam pada leher mayat Bala?

Dah macam cerita Teoh Beng Hock dan seorang Ahli Majlis Kajang yang juga merupakan pemimpin DAP ler plak yang kemudian dialihkan kesalahan tersebut kepada PDRM dan SPRM serta UMNO-BN. Apakah kali ini, UMNO-BN akan dipalitkan dengan kesalahan yang serupa sekalipun semua orang tahu, Balasubramaniam a/l Perumal berada dalam JAGAAN PKR SEPANJANG MASA?

Sehingga setakat ini, punca kematian Balasubramaniam adalah SERANGAN JANTUNG! 
Sumber EP

Zul Noordin : Pengesahan Kehadiran Tian Chua & Sivarasa Ke Filipina Mengusarkan



Post Pic

SHAH ALAM: Diibaratkan sebagai ada hikmah di sebalik insiden pencerobohan di Lahad Datu ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin menyifatkan kejadian tersebut adalah petunjuk daripada Allah tentang rancangan jahat pihak-pihak tertentu untuk menggadai negara demi kepentingan politik.

“Kita bersyukur kepada Allah kerana menjadikan peristiwa Lahad Datu...bukan kerana kita gembira anggota kita terkorban, tetapi pengorbanan mereka jangan kita sia-siakan kerana ini membuka pekung yang sedang dirancang apabila media-media utama di Manila mendedahkan bagaimana pencerobohan, serangan dan pembunuhan di Lahad Datu ini adalah didalangi oleh pimpinan pembangkang,” katanya.

Apa yang lebih menggusarkan kata Zulkifli apabila Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan pemergian dua orang kanannya iaitu Naib Pengerusi PKR, Tian Chua dan ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah ke Filipina sebelum tercetusnya pencerobohan di Lahad Datu kononnya atas urusan lain.

Ini kerana katanya, kelibat kedua-dua orang tokoh tersebut pernah memainkan peranan penting yang membawa kepada pemisahan wilayah Timor Timur yang kini dikenali sebagai Timor Leste daripada Indonesia.

Penglibatan kedua-duanya melalui Badan Bukan Kerajaan (NGO) Suaram dengan penganjuran persidangan Asia-Pacific Conference on East Timor (APCET) di negara ini pada November 1996 katanya telah memberikan tekanan kepada Presiden Indonesia ketika itu, Suharto.

Sebaik sahaja Suharto digantikan oleh teman baik Anwar iaitu Abdurrahman Wahid atau ‘Gus Dur’ jelas Zulkifli, wilayah Timor Timur yang majoriti penduduknya Kristian, telah dimerdekakan dan Xanana Gusmao dilantik sebagai Presiden pertamanya.

“Dan apabila Anwar Ibrahim membuat kenyataan baru-baru ini mengiyakan bahawa orang kanannya Tian Chua dan Sivarasa pernah pergi ke Manila konon untuk urusan lain, tapi saya bila melihat penglibatan kedua-dua orang kanan Anwar Ibrahim ini, Tian Chua dan Sivarasa, saya teringat peristiwa APSET 2 (dan) APSET 1..

Tontoni rakaman video di bawah berkaitan dengan penganjuran APCET di Kuala Lumpur oleh SUARAM pada tahun 1996 yang didalangi oleh Tian Chua dan Sivarasa Rasiah. Persidangan itu diprotes oleh Saifuddin Nasution dari Pemuda UMNO. Sekarang semuanya bergabung tenaga dalam PKR. 





“Antara tokoh (yang menjadi) dalangnya ialah Tian Chua dan Sivarasa yang kita semua tahu mereka menuntut supaya Wilayah Timor Timur dibebaskan yang kita pun tahu walaupun Presiden Suharto berjaya bertahan, tetapi apabila kawan Anwar Ibrahim (iaitu) Gus Dur mengambil alih pimpinan Indonesia, dia telah memerdekakan Wilayah Timor Timur kepada Gusmao yang hari ini kita kenal sebagai Timor Leste,” jelas Naib Presiden Perkasa itu.

Situasi yang berlaku itu katanya mirip dengan apa yang sedang berlaku di Lahad Datu ketika ini apatah lagi dengan penglibatan kedua-dua tokoh tersebut.

Ini katanya ditambah pula dengan saranan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), supaya diadakan dialog dengan Jamalul Kiram III yang mendakwa sebagai Sultan Sulu yang bertanggungjawab menghantar ‘tentera’nya menyerang Lahad Datu.

“Maknanya kita sudah ada satu sejarah di rantau ini, Indonesia kehilangan wilayah melalui corak yang sama..serangan, pencerobohan, selepas itu tekanan antarabangsa dan berlaku rusuhan, dan akhirnya mereka hilang wilayah.

“Kita dengar baru-baru ini Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon sudah buat kenyataan..apa kena-mengena PBB dengan kita? Ini soal penjenayah menceroboh dan menyerang negara kita. Ini bukan soal tentera negara lain berperang dengan kita.

“Jadi tidak ada sebab langsung untuk Ban Ki Moon membuat kenyataan bagi pihak PBB untuk kita berdialog.

“(Jadi) Saya nampak corak yang sama bagaimana Suharto disuruh berdialog dengan Gusmao..sekarang kita disuruh berdialog dengan Kiram..saya ingat ini satu agenda yang sama, dalang yang sama, niat jahat yang sama,” tegas beliau.

Media Filipina dan antarabangsa sebelum ini melaporkan bahawa penceroboh bersenjata Sulu datang ke Sabah atas jemputan pemimpin pembangkang.

Reuters yang memetik kenyataan seorang pegawai tentera Filipina dilaporkan berkata, kumpulan bersenjata orang diketuai Raja Muda Sulu, Raja Muda Agbimuddie Kiram itu mendarat di Lahad Datu bagi membincangkan isu tuntutan tanah.

Manakala The Manila Times menerusi koresponden mereka, Al Jacinto, pencerobohan tersebut juga ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia untuk memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan.


P.I BALA MENINGGAL DUNIA?

P.I BALA MENINGGAL DUNIA?....... 

Aktivis PAS, Khalid Ismath berkabung untuk PI Bala ?

Kisah pimpinan & aktivis PAS yang membuat amalan-amalan karut bukan sesuatu yang pelik. Bak kata Tuan Guru Nik Aziz yang sanggup berkawan dengan SYAITAN demi politik sempit mereka.



KUALA LUMPUR, 15 Mac Penyiasat persendirian P. Balasubramaniam (gambar kanan) meninggal dunia hari ini kerana masalah jantung, beberapa minggu selepas pulang ke tanah air selepas lama menetap di luar negara dan berikrar untuk mendedahkan perkara sebenar berkaitan dengan pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Peguam beliau Americk Singh Sidhu mengesahkan perkara ini apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider pada pukul 2.50 petang hari ini. Beliau meninggal lebih kurang 45 mini lalu, kata Americk kepada wartawan. Americk mengatakan isteri Balasubrmaniam menghubungi ambulan apabila bekas persendirian itu mengalami serangan jantung dirumahnya.
Peguam mengatakan sudah terlambat apabila ambulan sampai, sambil menambah, beliau (Bala) meninggal dunia ketika masih di rumah, katanya. Americk mengesahkan Balasubrmaniam telah dimasukan ke wad di Hospital selama seminggu dari 3 Mac, tetapi pulang ke rumah untuk berihat. beliau mengatakan telah bercakap dengan Balasubrmaniam beberapa hari lalu dan anak guamnya itu kedengaran dalam keadaan baik.
Ia adalah sangat tidak dijangka. Saya dalam kesedihan...saya fikir dia mungkin salah seorang daripada rakyat Malaysia yang terbaik kita miliki, kata Americk, yang tidak berada di rumah anak guamnya apabila serangan jantung berlaku. Sementera itu, seorang lagi sahabat karib Bala, Deepak Jaikishan mengucapkan takziah kepada kelaurga Bala.
IBM Kata : Takziah kepada keluaraga Balasubrmaniam, bala kepada Anwar dan Deepak. Lepas ini apa pulak cerita yang mereka nak reka untuk mengaitkan DS Najib dengan pembunuhan Altantuya. Bala dah tak ada.  Pada siapa mereka bergantung harapan? Bala...bala...terima je le Anwar/Deepak oiiiii. Itu yang korang nak. Betul tak?
 

Bila artikel sebegini keluar maka akan ada dakwaan yang mengatakan ia artikel kurang ajar.
Tak sensitif kepada si mati.

Itu sebenarnya mentaliti biasa di dalam pakatan pembangkang...
Walhal mereka dalam pembangkang yang suka menuding jari kepada orang lain...

Mereka gemar memainkan persepsi, 'SEMUA SALAH UMNO'

"Basikal rosak di dalam hutan juga adalah salah UMNO"

Walau apa pun, SL mengucapkan takziah kepada keluarga si mati

TIAN CHUA TERIMA HADIAH KERANDA DARI PEMINAT. NAPE SI CINA PKR NI TAKUT PENDEK UMUR KE???



GEMPAR!! TIAN CHUA TERIMA HADIAH KERANDA DARI PEMINAT. 

 

Ibu Pejabat KEADILAN Melaka digemparkan penemuan objek menyerupai keranda tertera gambar Tian Chua ‘berdarah’ dipercik cat merah dan kalungan bunga, dipercayai perbuatan pihak tidak bertanggungjawab.

Keranda yang diletak depan pejabat itu disedari Pengarah Pilihan Raya KEADILAN Negeri, Mohd Yusof Abdullah kira-kira jam 7.30 pagi tadi.

Terkejut dengan penemuan itu, beliau menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) kepada semua pimpinan KEADILAN Melaka.

Ketua Penerangan Negeri, Hairiz Nordin dihubungi berkata, SMS dari Yusof itu diterima beliau pada jam 7.36 pagi bersama kiriman gambar keranda tersebut.

Beliau menyifatkan perbuatan ke atas Naib Presiden KEADILAN itu biadap dan berniat jahat.

“Sebelum ini mereka ganggu ceramah Datuk Seri (Anwar Ibrahim). Sekarang mereka buat keranda Tian Chua pula, kejadian ini sangat memalukan dan biadap,” katanya lagi.

Ditanya tindakan lanjut, Hairiz berkata, KEADILAN Melaka akan mengadakan sidang media di pejabat berkenaan berhubung serangan itu.

Katanya, mereka akan membuka semula rakaman litar tertutup (CCTV) pejabat itu untuk mengenalpasti pihak terlibat.

“Mereka tak akan terlepas, kita lihat bagaimana polis nak tangani kes ini,” katanya.

SUMBER 

Lahad Datu : Dr M sokong RCI, kertas putih siasat penglibatan pihak ketiga

Oleh Mohd Farhan Darwis
March 15, 2013

KUALA LUMPUR, 15 Mac — Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan persetujuan berhubung cadangan Putrajaya untuk menubuhkan Suruhanjaya Dirajaya (RCI) dan membuka kertas putih bagi menyiasat dakwaan penglibatan pihak ketiga dalam insiden pencerobohan militan Sulu di Lahad Datu, Sabah.

“Kalau semua setuju boleh buat suruhanjaya,” kata bekas perdana menteri itu kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan kepada Tabung Kebajikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh Yayasan Keamanan Global Perdana di sini.

“Siasat kemungkinan penglibatan pihak ketiga ... masalahnya semua operasi libatkan duit, dari mana duit orang yang mendakwa sebagai Sultan Sulu itu datang,” katanya.

Dr Mahathir yang pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun itu turut menegaskan, secara peribadi beliau tidak merasakan Sultan Sulu Jamalul Kiram III mempunyai begitu banyak dana bagi membiayai pencerobohan militan yang mendakwa mereka adalah “Tentera Kesultanan Sulu” itu di Sabah.

“Dari mana duit itu datang, saya tidak rasa sultan (Jamalul Kiram III) orang kaya ... kerajaan Filipina sendiri mengakui dia orang miskin,,” soalnya lagi.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein semalam berkata Malaysia tidak menolak kemungkinan menubuhkan RCI atau membuka kertas putih bagi menyiasat dakwaan kemungkinan ada pihak yang menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan di Lahad Datu tersebut.

Siasatan menyeluruh jelas Hishamuddin perlu dibuat bagi mengenal pasti motif sebenar pencerobohan itu termasuk kemungkinan ada pihak yang membiayai militan dari selatan Filipina itu untuk menggugat keamanan dan kedaulatan negara.

“Siasatan lebih menyeluruh perlu untuk kita tahu apa sebenarnya yang berlaku...ini kami akan lakukan sama ada menggunakan RCI atau buka kertas putih.

“Saya sendiri pun hendak tahu dalang di belakang pencerobohan ini dan siapa yang membiayai atau merancang kerana ini semua menyentuh kepada keselamatan nasional,” katanya.

Hishammuddin berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sandakan semalam selepas mendengar taklimat berhubung situasi semasa di Sandakan oleh Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong.

Mengenai sama ada hasil siasatan itu akan didedahkan kepada umum, Hishammuddin berkata ia akan dibincangkan oleh pucuk pimpinan apabila perkara itu selesai kelak.

Dr Mahathir hari ini telah menyerahkan sumbangan sebanyak RM80,000 kepada tabung kebajikan PDRM sebagai bantuan untuk pasukan keselamatan negara tersebut yang telah kehilangan lapan anggota sejak insiden pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan dengan militan bersenjata Sulu bulan lalu.

“Kita mempertahankan negara, dan kita mempunyai hak untuk mempertahankan negara ini ... kita dapat lihat banyak pihak sedia mengorbankan nyawa untuk mempertahankan negara,” kata Dr Mahathir dalam ucapannya sebelum itu.

“Kita adalah sebuah negara yang merdeka dan diiktiraf diperingkat dunia termasuk juga Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), jangan pernah cuba menceroboh negara kami,” kata Dr Mahathir memberi amaran kepada penceroboh Sulu.

Insiden di Lahad Datu setakat ini telah mengorbankan 10 anggota pasukan keselamatan termasuk dua anggota tentera dan lapan anggota polis, manakala 58 militan Sulu turut terbunuh.

Putrajaya telah melaksanakan Operasi Daulat yang telah pun memasuki hari ke-11 bagi membersihkan saki baki pengganas yang masih berada di kawasan berkenaan.
Sumber : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/lahad-datu-dr-m-sokong-rci-kertas-putih-siasat-penglibatan-pihak-ketiga/

*Tun Dr. Mahathir dah bersuara, Anwar Ibrahim bila lagi?
 

CIKGU MOHD LOTFI NOR " DOGGIE KURAP " TERTANGKAP JUGA.. BACA PENGHINAANNYA TERHADAP ANGGOTA KESELAMATAN..

Akhlak Penyokong Pembangkang: Hina Wira Negara Sebagai Anjing 





Mohd. Lotfi Nor, 36, yang berasal dari Pasir Putih,  Guru ini dipercayai mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bali, Pasir Puteh bukan sahaja melampau tetapi boleh meracuni fikiran orang ramai. Guru ini melalui laman Facebooknya telah menghina dan mengkeji pasukan keselamatan kita di Lahad Datu. Guru ini memberi gelaran Polis sebagai anjing dan "doggie". Guru ini juga menghina perajurut yang terkorban sebagai anjing mampus.


Alamat facebook: http://www.facebook.com/mohdlotfi.nor.

Melalui status Facebook beliau, memang jelas guru ini penyokong kuat pembangkang, seakan-akan begitu taksub dengan Nik Aziz, Mursyidul Am PAS. Beginikah akhlak penyokong PAS? inikah ajaran yang dibawa oleh PAS? Memperjuangkan Islam dengan menghina dan mengkeji pasukan Keselamatan  yang sedang mempertahankan negara? 



Guru ini ditahan di sebuah rumah di Jalan Panglima Raja, Kampung Gong Serapat Pasir Puteh, Kelantan, jam 7 semalam. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa!



Kenyataan Akhbar KPM terhadap Guru yang menghina Pasukan Keselamatan Kita
MyMassa: Hancur Masa Depan Negara jika guru ini diteruskan mengajar anak-anak bangsa! Guru ini patut di gantung tugas, arahkan jalani ujian kesihatan mental, atau tukar sahaja bertugas di sekolah berhampiran dengan Kampung Tanduo, Lahad Datu!
 

 

MEDIA FILIPINA FITNAH AZMIN ALI ADA KAITAN DENGAN PENCEROBOHAN DI SABAH. AZMIN PERLU SAMAN MEDIA FILIPINA

Selepas mendedahkan laporan perisikan tentera Filipina berkenaan kaitan pihak pembangkang di Malaysia dengan kejadian pencerobohan Tentera Kesultanan Sulu di Sabah, Inquirer News kini memetik bahawa Azmin Ali disyaki antara menjadi dalang kejadian tersebut.

Memetik laporan dari akhbar The New Straits Times, media Filipina berkenaan mengatakan bahawa Naib Presiden PKR itu kini antara yang disyaki selain dari Jeffry Kitingan dan juga Anwar Ibrahim.

Azmin sebelum ini membuat kenyataan didalam media bahawa Anwar tidak sepatutnya dikaitkan dengan kejadian pencerobohan Tentera Kesultanan Sulu di Sabah. Azmin juga mengecam tindakan media Malaysia yang mengaitkan Ketua Pembangkang itu didalam kejadian berdarah tersebut.

Walaupun Anwar tak menafikan kenyataan yang dikeluarkan oleh perisikan Filipina dan pendedahan oleh pihak Reuters berkenaan penglibatannya dengan agenda pencerobohan di Sabah, beliau kini bertindak menyaman pihak Utusan Malaysia serta TV3 yang menyiarkan pendedahan terbabit. ~ MPP News


PUTERI JACEL KIRAM DEDAHKAN SURAT PERJANJIAN SABAH MILIK MALAYSIA...?? TENTERA SULU HARAM CEROBOH SABAH.. MALAYSIA WAJID MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN SABAH

HOT : KANTOI!! BILA PUTERI JACEL DEDAHKAN SURAT PERJANJIAN SABAH MILIK MALAYSIA...?? #LahadDatu


Tanpa disedari Puteri Jacel Kiram telah menunjukkan bukti tuntutan keluarga Kiram tidak sah..Pada surat perjanjian diantara Sultan Mohammad Kiram dan North Borneo yang ditandatangani pada tahun 22 Januari 1878 menyatakan :-


"GRANT BY THE SULTAN OF SULU OF A PERMANENT LEASE COVERING HIS LANDS AND TERRITORIES ON THE ISLAND OF BORNEO DATED JANUARY 22, 1878"


Diatas surat perjanjian itu tertera perkataan PERMANENT LEASE..pajakan selama-lamanya..Bukankah itu bermaksud Sabah milik Malaysia selagi ada bulan dan bintang...

Isu tuntutan Suluk ke atas Sabah mengikut perspektif Brunei (Sumber: ms 193-197 & ms 254-254, Buku "Tarsilah Brunei II- Zaman Kegemilangan dan Kemasyhuran" oleh Pehin Jami Al-Sufri, 1997) menyatakan Kesultanan Brunei telah memajakkan wilayah Sabah pada abad ke-19 kepada Baron Von Overbeck. 

Kuasa mentadbir Timur Sabah berada ditangan Baron von Overbeck pada 1877.

Menyedari pihak Suluk juga menuntut wilayah timur Sabah, Baron telah membuat perjanjian dengan Raja Suluk bagi mengelak masalah-masalah di kemudian hari.

Duit pajakan wilayah Sabah yang dibayar oleh Baron von Overbeck kepada Sultan Brunei $12,000 setahun dan $3,000 kepada Temenggong pada 1877, manakala duit yang dibayar kepada Sultan Suluk hanya $5,000 setahun mengikut perjanjian Baron von Overbeck dengan Sultan Suluk pada 1878. 

Daripada jumlah duit pajakan yang dibayar sudah JELAS menunjukkan siapa yang sebenarnya berkuasa/ berhak di Sabah pada masa itu. 


Baron von Overbeck kemudian menjual haknya kepada Alfred Dent, pengasas British North Borneo Company, yang mentadbir Sabah (North Borneo) dari tahun 1882-1946, yang kemudian menjualnya kepada Kerajaan British. 
Pada awal 1960an, rakyat Sabah telah memilih menyertai negara baru Malaysia (Setelah dapatan Suruhanjaya Cobbolt 1963) mendapati bahawa majority rakyat Sabah mahu merdeka dalam Malaysia- dan pilihan ini dihormati oleh Kerajaan dan Rakyat Brunei...End of Story..
 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...