Operasi Sulit Serang Sabah Terbongkar..?
“Kemampuan memiliki senjata untuk penembak tepat adalah antara yang
paling memeranjatkan. Ini kerana rifle penembak tepat yang paling murah
pun dikatakan berharga RM60,000 satu unit."
“Malah ada yang mencecah harga RM200,000 ke RM300,000 dan sehingga lebih
RM1 juta (jarak tembakan melebihi 5 kilometer),” lapor laman itu lagi.
Satu lagi insiden yang perlu diberi perhatian adalah kehadiran kapal USS
Guardian di Laut Sulu. Agak memeranjatkan apabila kapal USS Guardian
dikatakan terkandas di kawasan terumbu karang Tubbuhata.
Menjadi tanda tanya kenapa kejadian tersebut terjadi pada 17 Januari
iaitu 24 hari sebelum pendaratan penceroboh ke atas Sabah pada 11
Februari 2013.
Yang pasti kapal perang tersebut sengaja belayar keluar dari laluan asalnya
dan agak pelik kenapa kapal secanggih itu boleh tersasar dan gagal
mengenal pasti kawasan terumbu karang di kawasan Tubbataha Reef.
Pihak Tubbataha Reef Marine Ranger telah beberapa kali memberi amaran
kepada komander USS Guardian supaya jangan menghampiri kawasan terumbu
karang tersebut. Tetapi bagaikan dirancang USS Guardian tetap meneruskan
perjalanannya dan enggan berhenti.
Timbalan Pengerusi WWF-Filipina, Jose Ma.Lorenzo Tan berasa hairan dan
tidak percaya kenapa USS Guardian dengan sengaja menghampiri kawasan
terumbu karang tersebut.
Berdasarkan risikan Filipina, kapal perang
tersebut telah melakukan satu operasi rahsia dan kehadiran mereka
langsung tidak dimaklumkan kepada pihak berkuasa Filipina
“The question is: Who did they inform? The governor of Palawan (Abraham
Mitra) did not know. The Tubbataha Protected Area Management Board did
not know. The Western Command (of the Armed Forces of the Philippines)
did not know,”
USS Guardian mendakwa kapal mereka tersangkut di kawasan terumbu tersebut, ketika itu apabila pengawal marin Filipina cuba menghampiri kapal tersebut mereka diberi amaran dan USS Guardian bersedia untuk menembak pihak marin Filipina.
“There were eight rangers on speed boats. And they could not even approach. The ship was on general quarters (alarm),”
Menjadi tanda tanya kapal perang tersebut
telah dimusnahkan dan segala peralatannya diangkut secara tergesa-gesa.
Dalam sejarah Amerika inilah kali pertama kapal perang mereka
dimusnahkan dalam keadaan aman bukan di medan perang.
Berdasarkan maklumat risikan dari Filipina, terdapat banyak kegiatan
dilakukan dengan alasan mengadakan operasi menyelamat dan memunggah
barang-barang.
Tetapi aktiviti mereka dibuat secara rahsia. Yang menghairankan pihak keselamatan Filipina kenapa anak kapal USS Guardian tidak dihantar ke Filipina kerana lokasinya paling hampir sebaliknya anak-anak kapal USS Guardian terus dihantar ke Jepun.
Selepas kejadian memindahkan anak kapal selesai, Sultan Bantilan
Muhammad Muizzudin II pemimpin dari gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam
(SSDI) yang menentang serangan ke atas Sabah mendedahkan ada pihak yang lebih besar di belakang Jamalul Kiram III.
Menurutnya terdapat kehadiran sekumpulan lelaki berkulit putih di dalam kumpulan bersenjata Kiram sebelum mereka menyusup masuk ke Sabah.
No comments:
Post a Comment