YUKTES VIJAY PEGUAM LIWAT ANWAR DEDAHKAN KISAH BENAR !
Selama
ini kita tahu bahawa para peguam Melayu/Islam Anwar Ibrahim melarikan
diri daripada membela beliau. Sebab itu semasa Liwat II, hampir tidak
ada langsung peguam Melayu/Islam yang mahu mewakili Anwar Ibrahim.
Mungkin mereka tahu sesuatu yang menyebabkan mereka malas nak mewakili Anwar.
Takpe…itu kisah lama.
Kali
ini, seorang peguam India pula yang nyata sudah bosan dan jemu serta
marah yang teramat dengan perangai Anwar, tampil membuat pelbagai
pendedahan.
Yuktes Vijay adalah peguam yang terbabit secara langsung dalam Liwat II bagi pihak Anwar Ibrahim.
Yuktes
berkerja dengan salah seorang peguam Anwar dan beliau melakukan semua
kerja-kerja penyelidikan dan mencari bahan untuk mempertahankan Anwar.
Beliau
telah menghantar email ke sebuah portal berita menceritakan rasa
bosannya melihat sikap bermuka-muka Anwar dalam isu Liwat II.
Beliau
antaranya sangat kecewa kerana Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat
(PKR) sanggup merendahkan diri ke tahap yang begitu hina apabila
mempergunakan bapa Saiful untuk faedah mereka.
Yuktes
memberitahu, ketika perbicaraan, Anwar sebenarnya gentar untuk
memberikan pengakuan dan bersoal-jawab di kandang saksi. Anwar bimbang
dengan soalan-soalan yang mungkin ditanya barisan pendakwaraya.
Dalam
email berkenaan, Yuktes turut melontarkan beberapa persoalan yang
menghantui dirinya dan mahukan para penyokong Pakatan Rakyat bertanya
sendiri kepada Anwar untuk mendapatkan jawapan.
Antaranya:
-Mengapa
Anwar secara spesifik dan secara peribadi meminta Ketua Kakitangannya,
Ibrahim Yaakob menghantar Saiful ke apartment (di mana liwat didakwa
berlaku) membawa dokumen sedangkan ada kakitangan yang lain untuk
berbuat demikian.
-Bagaimana Saiful tahu kod untuk masuk ke apartmen itu adalah Mokhtar, yakni nama Ketua Keselamatan dan adik ipar Anwar?
-Bukti
video yang dihantar ke Makmal Ghandi di New Delhi mengesahkan kehadiran
Saiful di apartmen berkenaan, jadi bagaimana kehadiran Saiful di sana
boleh dipersoalkan?
-Mengapa
Saiful diberikan layanan istimewa seperti bilik sendiri, keistimewaan
untuk mengikuti Anwar dalam lawatan ke luar negara walaupun Saiful
adalah kakitangan baru?
-Pembantu
khas Anwar kini, Najwan Halimi pernah menghantar email kepada Anwar
memaklumkan kesetiaan dan sayangnya kepada Barisan Nasional (BN), kenapa
Anwar tidak pedulikan hal berkenaan?.
Menyedari
Anwar tidak mampu bertahan soalan-soalan bertalu daripada pihak
pendakwaraya, pasukan peguambela memutuskan untuk Anwar agar tidak
memberikan sebarang keterangan atas alasan beliau tidak diberikan
perbicaraan yang adil.
Anwar
berjaya dalam menipu (conning, deceiving and cheating) masyarakat
dengan membawa watak yang menyerupai Mandela (Nelson Mandela). Beliau
bukan Mandela, tetapi penipu yang hebat, katanya.
Peguam
berkenaan juga mempersoalkan siapa yang membayar satu jumlah yang
sangat besar kepada dua pakar luar negara iaitu Dr Brian Macdonald dan
Dr David Wells yang bercakap bagi pihak Anwar semasa perbicaraan.
Yuktes
kata beliau tahu identiti seseorang bergelar Datuk yang membayar untuk
semua perbelanjaan berkenaan yang bukan sedikit jumlahnya dan Anwar
tidak mengeluarkan satu sen pun duit beliau. Yuran guaman juga dibayar
oleh Datuk berkenaan katanya. Beliau walaupun mengetahui siapa Datuk
yang menampung semua perbelanjaan Anwar, pada peringkat ini memilih
untuk merahsiakannya.
“Masalahnya
ialah jika PKR boleh melontar soalan seperti siapa membiyai
perbelanjaan perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri, mengapa tidak
persoalan dari mana jumlah wang yang besar untuk membayar pakar-pakar
berkenaan datang? Jika seorang bekas banduan yang sekadar Ketua
Pembangkang boleh menggunakan Datuk untuk membayar yuram guamannya, apa
salahnya kalau ada Datuk yang hendak bayar perbelanjaan perkahwinan anak
perempuan Perdana Menteri,” soalnya secara analogi.
Mengenai Saiful
Berkaitan dengan mangsa liwat, Saiful pula, Yuktes tidak tahu banyak mengenai anak muda berkenaan.
“Satu
benda yang boleh saya katakan ialah beliau dinafikan keadilan akibat
Pengawai Penyiasat, Jude Perreira, mengabaikan protokol yang diberitahu
Jabatan Kimia kepada beliau dan kemudian memutuskan untuk buat kerja
ikut gaya sendiri.
“Memang
ada DNA Anwar dalam budur Saiful. Satu-satunya perkara yang menghalang
Hakim daripada mensabitkan Anwar adalah rantaian bukti berkenaan
terputus (akibat sikap bodoh pengawai penyiasat),” katanya.
Peguam
berkenaan berulang kali menegaskan bahawa air mani Anwar ada dalam
bubur Saiful namun disebabkan rantaian bukti yang terputus serta
persoalan mengenai intergriti sampel yang diperoleh, bukti kukuh
berkenaan terpaksa diketepikan.
Peguam
berkenaan bagaimanapun berjanji akan menulis lebih lanjut dan lebih
menyeluruh mengenai isu penolakan bukti yang kukuh berkenaan dalam email
yang akan datang.
APA
YANG MENARIK….PEGUAM ITU MAHUKAN ANWAR MENYAMANNYA ATAS PENDEDAHAN
BERHUBUNG LIWAT II…DIA BERKATA DIA TIDAK SABAR UNTUK BERTEMU ANWAR DI
MAHKAMAH BERHUBUNG ISU INI.
AIDC
No comments:
Post a Comment