Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, December 3, 2016

Bangsa Johor Mengusulkan : Tawaran Agenda Melayu Maju Kerana UMNO Terhutang Budi Dengan Orang Melayu

Tawaran Agenda Melayu Maju Kerana UMNO Terhutang Budi Dengan Orang Melayu- Ayub
http://www.umno-online.my/wp-content/uploads/2016/12/AyubRahmat-Johor-768x768.jpg
KUALA LUMPUR, 2 Dis – Orang Melayu tidak pernah terhutang budi dengan UMNO sebaliknya UMNO yang terhutang budi dengan orang Melayu kerana keahlian UMNO hanya lebih 3 juta, tetapi jumlah orang Melayu lebih besar dari itu.

Perwakilan Johor Datuk Ayub Rahmat berkata, sejak merdeka sehingga kini orang Melayu memberikan kepercayaan kepada UMNO untuk memimpin Negara ini.
                                                KUALA LUMPUR, 2 Dis -- Wakil UMNO Johor Datuk Ayub Rahmat memulakan sesi perbahasan usul sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA
“Maka UMNO terhutang budi dengan orang Melayu dan sewajarnya dalam menangani isu ini, saya gagaskan agenda Melayu Baru ataupun agenda Melayu Abad ke-21, ini merupakan platform bagi kita memperbaharui tawaran kepada orang Melayu.

“Tawaran baru kepada orang Melayu dalam usaha memastikan mereka sentiasa diberikan perhatian oleh kerajaan yang dipimpin oleh UMNO.

“Kalau kita lihat sekarang ini, orang Melayu secara keseluruhan tidak lagi menganggap bahawa UMNO ini bukan lagi wadah politik yang boleh dijadikan platform untuk mereka keluarkan pandangan
“Mereka melihat kepimpinan seperti sudah lupa dengan akar dan akar tidak lagi boleh menyuarakan pandangan dan pemikiran,” ujarnya dalam sidang media  selepas membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 pagi tadi.

Terdahulu, ketika membahaskan ucapan dasar Presiden, Ayub yang mewakili Badan Perhubungan UMNO Johor telah menggariskan tujuh elemen yang harus terkandung dalam agenda itu, antaranya termasuk membina ketahanan ekonomi orang Melayu dalam era globalisasi dan memberikan pendidikan berkualiti berteraskan kemahiran.

Untuk menjadikannya satu realiti, jelas beliau UMNO Johor mencadangkan satu kumpulan pakar dan golongan profesional dibentuk bagi memperhalusi dan merangka Agenda Melayu Maju ini.
“Agenda Melayu Maju itu juga akan menjadi tawaran baharu UMNO kepada orang Melayu, terutamanya menjelang pilihan raya umum akan datang. Biar orang Melayu menilai sendiri apa yang kita rancang dan mahu lakukan dengan masa depan orang Melayu,” ujarnya lagi. -

MediaUMNO

Ucapan Bangsa Johor : Usul Ucapan Dasar Presiden PAU 2016

                            
Pembahas usul wakil negeri Johor YB Datuk Haji Ayub bin Haji Rahmat - Bahagian Sekijang

Baca http://www.umno-online.my/2016/12/02/...

ULASAN Dari logik matematik, Umno/BN masih kekal memerintah adalah kerana hasil daripada sumbangan besar kerusi BN di Sabah dan Sarawak.
Ini jawapan matematik yang semua orang tahu. Formula matematik ini juga dikira hampir mustahil untuk dilakukan apatah lagi dengan mengambil kira senario politik pembangkang ketika ini.
Maka logik matematik ini masih meletakkan pembangkang di tempat yang sama seperti sebelumnya.
Mungkin ada teori lain yang boleh menjadi faktor pembolehubah atas logik matematik tersebut. Teorinya barangkali harus merujuk kepada naratif politik itu sendiri.
Kekuatan Umno pada ketika ini adalah terletak pada ego dan hegemoninya, bukan semata-mata pada kekuatan sumber dana dan sumbangan BN di kerusi Sabah dan Sarawak.
Ego ini mewujudkan hagemoni Umno, ia mencipta imaginasi dan metos hingga komponen BN di Sabah dan Sarawak cukup takut, begitu juga dengan MCA, MIC dan Gerakan juga takut dan tunduk atas kemahuan Umno. Begitu jugalah dengan rakyat, malahan segelintir pemimpin pembangkang.
Selama ini, ego dan hegemoni Umno inilah yang membina politik perkauman dan sentimen keagamaan. Tekanan kepada semua pihak bermula dari ego Umno ini. Ianya tampak tidak berkesudahan.
Dari mana ego dan hegemoni Umno ini muncul?
Seperti yang saya katakan tadi, kita harus kembali kepada naratif sejarah politik Umno itu sendiri.
Sejarah politik Umno bermula di Johor. Umno di Johor sebelum 2013 tidak pernah terjejas sedikit pun dengan pengaruh pembangkang.
Di sinilah sejarah ego Umno muncul dan bertapak, bukan di negeri-negeri pantai timur atau Malaysia Timur hatta Utara. Dalam kempen pilihan raya 2013 lagi, slogan Johor adalah 'Tiang Seri' Umno menjadi azimat kempennya, semua orang percaya.
Semalam, wakil Umno Johor, Datuk Ayub Rahmat yang juga exco kerajaan negeri telah berucap dalam sesi perhimpunan agung Umno 2016 (PAU16) dengan terang memberi isyarat dalam beberapa ungkapannya.
Beliau mengatakan bahawa parti itulah yang sepatutnya berterima kasih kepada orang Melayu. Bukan orang Melayu yang terhutang budi dengan Umno. Umno yang terhutang budi dengan orang Melayu.
Ayub mengingatkan kepimpinan parti itu agar jangan sesekali lupa siapa di sebalik kejayaan Umno hari ini.
Ini adalah isyarat penting Umno Johor kepada pemimpin elitnya. Ia membuktikan bahawa ego ini wujud dari naratif sejarah penubuhan dan kekuatan Umno di Johor.
Malah, jika dilihat dengan hati-hati, Umno Johor ini lebih licik dan kemas kerjanya berbanding Umno di negeri-negeri lain. Kekuatan ini bersandarkan sejarah dan tradisi yang kuat. Bukan sekadar slogan semata-mata.
Justeru, jika ego ini dapat digugat, pastinya Umno akan bergoncang kuat. Ia boleh menjadi sebab berakhirnya ego dan hegemoni Umno yang mencengkam rakyat dan komponen BN.
Dengan kata lain, pembangkang mesti menang besar di Johor, ini boleh menjadi ‘pembolehubah’ yang berkesan.
Kemenangan pembangkang di Johor akan menandakan berakhirnya legasi kubu kuat Umno. Kita harus sedar bahawa kemenangan ke atas ego Umno ini adalah kemenangan moral yang cukup besar dan ia akan memberi nilai yang cukup signifikan ke atas lanskap politik negara.
Dengan berkuburnya ego Umno di Johor, maka kita akan dapat lihat kesan teori domino. Kesan domino ini akan melenyapkan hagemoni dan mitos Umno ke atas rakyat, parti di Sabah dan Sarawak termasuk rakan komponennya.
Tanpa Selangor, Pulau Pinang dan Johor, Umno ibarat sudah tiada kaki dan tangan, hanya tinggal badan yang pastinya sukar untuk mereka bergerak lagi.
Ketika ini, parti-parti di Sabah dan Sarawak tidak lagi memerlukan Umno kerana tidak ada apa lagi yang ingin dibimbangkan kerana ego dan hgeemoni Umno sudah tiada lagi.
Pada fasa inilah rundingan antara pakatan pembangkang di Semenanjung dengan parti-parti di Sabah dan Sarawak dapat dijalankan untuk melicinkan peralihan kerajaan pusat.
Tanpa kemenangan pembangkang di Johor, ego dan hegemoni Umno akan terus hidup, ego dan hegemoni ini akan terus mencengkam rakyat dan parti-parti di Sabah dan Sarawak.
Dan kerajaan Umno di Johor ketika ini sedang tersepit dan gagal menawarkan pilihan yang lebih baik kepada rakyat.
Justeru, perlu dijalankan usaha menewaskan ego Umno yang terakhir.

MAHDZIR IBRAHIM adalah pengarah biro pendidikan politik DAP Johor.

"Akta 355 untuk perkasa Mahkamah Syariah, soal hudud lain," kata Fathul ...

                      
Dec 1, 2016
Exco Pemuda Umno, Fathul Bari Mat Jahya menggesa seluruh umat Islam menyokong pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355, yang bertujuan untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.

Fathul Bari berkata pemerkasaan itu hanyalah menyentuh dari segi hukuman, bukannya menyentuh soal hudud.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di PWTC hari ini. 

Dec 1, 2016
Exco Pemuda Umno, Fathul Bari Mat Jahya berkata tidak salah menerima sumbangan atau bantuan, tetapi sekiranya tahu agenda itu ada maksud tersirat maka ia tetap salah.

Fathul Bari berkata demikian merujuk kepada sumbangan dana asing daripada hartawan George Soros.

Kata Fathul Bari, dulu bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah melabelkan Soros sebagai penyangak mata wang sejak 90an lagi.

Menurut Fathul Bari lagi, sudah diketahui Soros mempunyai agenda untuk meruntuhkan kerajaan sedia ada melalui saluran dana kepada NGO-NGO tertentu.

Friday, December 2, 2016

LAPORAN PRESTASI KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA'ZIM DAN PERANCANGAN KELAB PADA MASA HADAPAN

                                                          https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/v/t1.0-1/p200x200/14725689_540692952794166_8195424995038104191_n.jpg?oh=657635cfc099b3a5855ddcd8f0764df3&oe=58B54949JDT Sana Sini 
 https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/v/t1.0-9/15241384_559467760916685_7197459567557833980_n.jpg?oh=f1e5f9b10c92cece01ddebe45b5ee281&oe=58C48959
Ini merupakan tahun yang begitu baik sekali. Kami memaksudkannya melalui rekod prestasi kami. Daripada 5 buah pertandingan yang disertai, kami telah berjaya menjuarai Piala Sumbangsih, Liga dan Piala FA. Kami juga melangkah ke separuh akhir Piala AFC untuk 2 tahun berturut-turut, sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini oleh mana-mana pasukan di negara ini. 
https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/v/t1.0-9/15055803_552193228310805_1186599747674894834_n.jpg?oh=0f1792fbef790258689ad862381cd73f&oe=58FAFE0E
Kami menamatkan saingan Piala Malaysia di peringkat kumpulan, tetapi ia bukan sebahagian daripada sasaran kami kerana pemain memerlukan rehat memandangkan mereka perlu bermain setiap 3 hari sekali, untuk mengimbangi perlawanan antara Liga dan Piala Malaysia. Kami perlu bertanya kepada diri kami sendiri yang mana satu adalah lebih penting. 
https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/v/t1.0-9/15036194_549709155225879_7565795050601061102_n.jpg?oh=196135fcc3e556089cda7d29d097290e&oe=58C33291
Adakah kami mahu mencuba untuk memenangi kedua-dua pertandingan dengan risiko kehilangan kedua-duanya? Atau lebih rela menyimpan pemain kami dan menumpukan kepada salah satu pertandingan serta mencipta sejarah dengan menjadi pasukan pertama di negara ini memenangi Liga 3 tahun berturut turut dengan rekod tanpa kalah? Kami telah mengambil keputusan untuk memberikan tumpuan kami kepada pilihan kedua. Nasib kami baik ia berhasil dan kami berjaya mencapai sasaran dan saya sangat gembira. 
https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/v/t1.0-9/14992038_548967291966732_7504907504455596939_n.jpg?oh=b5d39716bb4d25d247378451c21561ad&oe=58AF7D50
Dalam semua pertandingan musim ini, kami telah beraksi dalam 46 perlawanan di mana kami menang 33 kali, tewas 3, dan seri 10 perlawanan. Dari segi jumlah keseluruhan gol dan bolos, kami telah menjaringkan sejumlah 119 gol, manakala bolos pula 41 gol. Dengan rekod 119 gol, ini adalah jumlah gol tertinggi dalam satu musim yang dicatatkan oleh JDT sejak ditransformasikan pada tahun 2013. Dengan rekod ini, saya cukup gembira dengan pencapaian kelab tahun ini. 
 https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/v/t1.0-9/14938144_547110458819082_8779110610455261528_n.jpg?oh=2bf1f0477d14eb5e792c6482e1754990&oe=58C77E66
Walaubagaimanapun pada tahun hadapan akan sedikit berbeza kerana kami perlu mengurangkan kos dari segi perbelanjaan. DYAM Tunku Mahkota Johor telah menyatakan kepada saya tentang visi baginda yang mahu memberi lebih tumpuan kepada pembinaan stadium baru, akademi dan pembangunan program belia. Dengan ini, kami akan cuba untuk mengurangkan perbelanjaan untuk pasukan utama. 
https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/v/t1.0-9/14915146_545701192293342_5429571455473448302_n.jpg?oh=5b4da379a6535a272e6fa2e9d711ac4e&oe=58B0A1FF
Sama seperti setiap tahun, sasaran JDT adalah berada dalam senarai 4 pasukan terbaik Liga, suku akhir Piala FA, suku akhir Piala Malaysia, dan siapa tahu sekiranya kami berjaya melakukannya dengan baik, kami akan memenangi Liga dan Piala FA serta layak ke saingan AFC sekali lagi. Sasaran ini akan menjadi sasaran untuk JDT setiap tahun. Ini juga merupakan kaedah bagi kami untuk menilai kemajuan kelab. Selagi kami masih ke arah tersebut, kami masih ok. 
https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/v/t1.0-9/14910378_545309622332499_1903122490290474086_n.jpg?oh=ffa153c99f7cac42f1cf7f64050a8e3d&oe=58B90798
Berkemungkinan kami menjual pemain import kami termasuk beberapa pemain tempatan dan cuba untuk memberikan laluan kepada pemain muda kami. Kami juga mempunyai pelan yang mungkin menarik di mana kami boleh mengurangkan perbelanjaan dan masih tampil sebagai pasukan yang bagus dengan projek yang baik. 
https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/v/t1.0-9/14910563_545261639003964_7692645215184462186_n.jpg?oh=157c4c3195fe5055ff9bac8f73d7ec9a&oe=58FD0A5D
Kami sedang memerhatikan dua pemain muda yang sangat berbakat dari Argentina (dengan potensi untuk bermain di Eropah atau Amerika Selatan) yang saya percaya akan berjaya. Pemain-pemain ini bukan sahaja bagus tetapi mereka juga boleh bermain bola sepak dengan corak yang dikehendaki oleh kelab. 
https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/v/t1.0-9/14573039_543474722515989_135000767897230067_n.jpg?oh=6668a5a262f74c4b6e5946e57f3454ae&oe=58AFA769
Pasukan kami akan menukar gaya taktikal untuk tahun hadapan dan kami tidak akan lagi bermain dengan gaya sama seperti yang dilakukan pada tahun ini. Akan terdapat banyak perubahan yang akan kami lakukan sebagaimana dituntut oleh baginda dan untuk itu saya dan barisan kejurulatihan telah memulakan persediaan kami. Ini lebih tertumpu kepada falsafah yang telah kami tetapkan pada tahun 2014. 
https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/v/t1.0-9/14666186_542794609250667_358646568369901989_n.jpg?oh=92a9d0418dc64ecc977a919f874105ac&oe=58BB7D6E
Dua pemain ini cukup sesuai dan mereka akan memperkuatkan pasukan dan kami berharap ianya berjalan dengan baik. Selain daripada itu, kelab mungkin akan dapat menjana pendapatan lebih pada masa akan datang sekiranya kelab memutuskan untuk menjual mereka. Itu adalah polisi JDT. Kami mesti sentiasa membeli pemain dengan harga di mana kelab berpotensi mendapatkan kembali wang yang dibelanjakan untuk mereka melalui nilai jualan mereka pada masa akan datang. 
https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/v/t1.0-9/14724514_542130622650399_1033901046885107319_n.jpg?oh=cfc5600f8ad5eac83a49b66ea2803cc3&oe=58BCF1EB
DYAM Tunku Mahkota Johor telah menyatakan dengan sangat jelas bahawa baginda tidak mahu pemain datang ke sini dan bersara, membuat banyak wang dan meninggalkan kita tanpa sebarang keuntungan. Sekiranya kami berterusan membeli pemain dan tidak menjual mereka, kelab pasti akan menghadapi kesukaran dalam jangka masa panjang. 
https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/v/t1.0-9/14591657_542092072654254_2811683508201641501_n.jpg?oh=5c09d0090e0494673c73d1d1d6b7aca5&oe=58B54C3E
Kami mesti sentiasa mencari formula bukan sahaja untuk bermain bola sepak dengan baik, bagus setiap tahun, tetapi juga untuk mengukuhkan pendapatan kelab. Itu akan menjadi program pada tahun hadapan. 
https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/v/t1.0-9/14671300_540547369475391_1361369123742261389_n.jpg?oh=4ae727882fbe907d8abd5ed19b4461d6&oe=58B29A44
Saya juga telah bercakap kepada baginda mengenai jemputan untuk bermain di Sepanyol dan Benfica untuk perlawanan pra-musim. Masalahnya adalah masa. Ia tidak sesuai dan ia tidak seiring dengan jadual yang telah saya rancangkan untuk pasukan. 
https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/v/t1.0-9/14720577_540084732854988_1795812865992265355_n.jpg?oh=dcae8caeecb22bafc3cc17e12276fa7a&oe=58B3F92B
Saya lebih suka mempersiapkan pasukan ke Thailand kerana ia berhampiran dan kami telah menerima jemputan untuk bermain di Buriram dan Chonburri, dengan tanpa kos. Kami amat berbesar hati dijemput ke Sepanyol dan Portugal. Pada masa akan datang, kami akan mencari jalan untuk memastikan ianya boleh dijayakan.
Satu lagi sebab di mana masa akan menjadi masalah adalah kerana ia adalah musim perayaan Krismas dan saya takut bahawa kami tidak akan mendapat perlawanan yang baik memandangkan kebanyakan pasukan di Eropah akan berehat. Tambahan lagi, 7 hari perjalanan adalah terlalu pendek. 
https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/v/t1.0-9/14642209_538829062980555_3995508401867376891_n.jpg?oh=90603d5b19a681466efc864f808ae7b2&oe=58FC2B68
Perjalanan ke Eropah yang ideal bagi kami adalah sekurang-kurangnya 14 hari, jadi pemain boleh pulih dari kelesuan 'jet lag' mereka, mendapatkan latihan yang baik dan bersedia untuk perlawanan tersebut. Dengan ini, saya telah membuat keputusan dan memohon kepada DYAM Tunku Mahkota Johor untuk melakukan persediaan pra musim di Johor dan Thailand dan baginda telah bersetuju. 
https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/v/t1.0-9/14907172_547339755462819_4584654839905740595_n.jpg?oh=bb06bbe2214c0ee4c3d8babce86dedb5&oe=58F74806
Dengan ini juga, kami akan menghantar beberapa wakil yang terdiri daripada pemain-pemain muda kami, barisan kejurulatihan dan Pengarah Sukan kami, Alistair Edwards ke Sepanyol dan Portugal. Mereka akan berada di sana untuk tugasan menjalin kerjasama dan hubungan erat antara kelab. 
 https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/v/t1.0-9/14639785_547802698749858_2205385726882190931_n.jpg?oh=9cee3521ac34d7f40308c09c4abc25d9&oe=58B0F9F7
Secara kesimpulannya, kami akan mempunyai 3 hingga 4 pemain tempatan dari kelab lain yang akan menyertai kami dan mungkin 1 atau 2 pemain import. Itu adalah satu-satunya perancangan saya untuk tahun hadapan. Terima kasih kepada semua penyokong atas sokongan tidak berbelah bahagi anda dan mudah-mudahan kita akan mempunyai satu lagi tahun yang menarik pada tahun hadapan. Kita akan lihat nanti bagaimana.
Mario Gomez,
Pengurus/Ketua Jurulatih Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim

Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) denda Standard Chartered Bank dan Coutts & Co Ltd berkaitan urusan 1MDB




 

Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) mengumumkan Standard Chartered Bank dan Coutts & Co Ltd serta cawangan mereka di republik itu didenda S$5.2 juta dan S$2.4 kerana melanggar peraturan anti pengubahan wang haram (AML).
Pencabulan itu berlaku dalam konteks dana berkaitan 1MDB disalurkan melalui bank-bank ini, kata MAS dalam satu kenyataan hari ini.
Kedua-dua cawangan Singapura bank itu, Cawangan Singapura (SCB) dan Cawangan Singapura (Coutts), juga dinamakan dalam kejadian berkenaan.
Coutts didenda sebahagiannya kerana kekurangan langkah-langkah usaha yang sewajar bagi orang yang terdedah politik (PEP), dedah MAS.
MAS juga mencadangkan supaya Tim Leissner, bekas pengarah dan wakil Goldman Sachs (Singapore) Pte (GS S'pore) dilarang daripada mengambil bahagian dalam pengurusan pasaran modal di republik itu selama 10 tahun.
MAS mendakwa Leissner membuat kenyataan palsu mengenai jutawan kelahiran Pulau Pinang Jho Low bagi pihak Goldman Sachs (Asia) LLC, tanpa pengetahuan atau persetujuannya.
"Leissner bertanggungjawab sepenuhnya menguruskan hubungan dengan 1MDB apabila Goldman Sachs diminta oleh 1MDB untuk mengatur tiga terbitan bon daripada 2012 hingga 2013," kata MAS.
[Baca berita penuh]
Kenyataan palsu Jho Low: MAS saran gantung pengarah bank 10 tahun 

Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) mencadangkan supaya bekas pengarah dan wakil Goldman Sachs (Singapore) Pte (GS S'pore) Tim Leissner tidak dibenarkan terbabit dalam pengurusan pasaran modal di negara itu selama 10 tahun.
MAS mendakwa Leissner membuat kenyataan palsu mengenai jutawan kelahiran Pulau Pinang Jho Low bagi pihak Goldman Sachs (Asia) LLC, tanpa pengetahuan atau persetujuannya.
Leissner, kata MAS, bertanggungjawab penuh menguruskan hubungan dengan 1MDB apabila Goldman Sachs diminta oleh 1MDB untuk menerbitkan tiga bon pada 2012-2013.
"Leissner didapati memberi surat rujukan yang tidak sah kepada sebuah institusi kewangan yang berpangkalan di Luxembourg pada bulan Jun 2015, dengan menggunakan kepala surat Goldman Sachs (Asia).
"Surat itu menyatakan bahawa Goldman Sachs telah menjalankan usaha wajar ke atas Jho Low dan keluarganya, dan tidak mengesan sebarang kebimbangan mengenai pengubahan wang haram oleh Low atau keluarganya.
"Kenyataan ini adalah tidak benar dan dibuat oleh Leissner tanpa pengetahuan atau persetujuan Goldman Sachs '," kata MAS dalam satu kenyataan media.
MAS berkata notis untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Leissner itu telah diserahkan.
Low dan anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz adalah antara empat individu yang dinamakan dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan dengan penyelwengan dana 1MDB.
Perdana menteri menafikan menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan telah dibersihkan daripada sebarang salah laku oleh Peguam Negara Malaysia.
[Baca berita penuh]

Thursday, December 1, 2016

UCAPAN PRESIDEN UMNO, DS Najib PAU 2016


http://www.umno-online.my/wp-content/uploads/2016/12/NajibRazak-DP-Wala-768x768.jpg 
1. Dimulai kalam, dengan mengangkat setinggi-tinggi pujian bahawa, Dialah Tuhan Yang Maha Kaya, Dialah Tuhan Yang Maha Berkuasa dan Dialah Tuhan Yang Paling Tahu segalanya.

2. Berbekalkan sifat Rahman dan RahimNya, pada pagi ini, 1 haribulan Disember 2016, bersamaan 1 Rabi’ul Awal 1438 Hijriah, kita sekali lagi diberi izin oleh Allah-Hu Ta’ala, untuk berhimpun dalam satu majlis yang awalnya semoga dirahmati dan mudah-mudahan perpisahannya jua, mendapat keampunan.

 


3. Demikian juga selawat dan salam ke atas Junjungan Besar, Nabi Muhammad sesempurna manusia, Kekasih Allah, yang terkepil namanya di sisi Tuhan Maha Esa.

Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad, Wa a’la A-li Saidina Muhammad.

4. Mengambil sempena, dan mafhum daripada surah Al-Kahfi ayat 10, yang bermaksud, "Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami," seiring itu surah Al-Baqarah, ayat Ruqi-yah 102, sebagai penawar dan pelindung.


5. Kemudiannya, sebuah kisah diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim, yang menceritakan Rasulullah mendapat bai’ah daripada para sahabat, untuk sentiasalah mendengar dan mentaati pemimpin dalam suka dan benci, dalam kesulitan mahupun kemudahan, selama mana pemimpin itu, tidak membawa kepada kekufuran, kezaliman, menyekutukan Allah, atau membawa mudarat kepada masyarakat.


2. UMNO DAN HIERARKI PARTI


Saudara dan Saudari Sekalian,


6. Tahun ini merupakan kali ke-13 saya berdiri di Podium dan pentas dalam dewan bersejarah lagi berkeramat ini, 5 tahun selaku timbalan presiden parti dan masuk tahun ke-8 sebagai presiden parti UMNO.


7. Sesungguhnya, selama itulah, dari benak hati dan sanubari, saya berucap bukan sekadar seorang presiden parti, atau selaku perdana menteri, tetapi yang lebih ulung dan lebih utama dari itu, saya, Najib Razak, adalah seorang Melayu, seorang Islam, seorang Bumiputera dan seorang Anak Malaysia.

Sebelum itu, saudara dan saudari,


8. Seperti digurindam orang dulu-dulu, Patah Tumbuh Hilang Berganti, maka, kalau hilang di hujung Pagoh, syukur, telah kita jumpa di Bagan Datoh, kita raikan kini, saudara Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan kini sebagai naib presiden yang menjalankan kerja timbalan presiden parti.

Tepukan tahniah kepada beliau.


9. Seterusnya, jika ada yang sudah beralih arah dan tidak ‘semporna’ lagi, maka ‘se-afdhal-afdhalnya’, yang kita mahukan seorang yang setia dan tidaklah pula bersombong-sombong, Itulah dia Dato’ Seri Hishammuddin dari Sembrong.

Marilah berikan tanda sokongan kepada Hisham.


10. Serentak dengan itu, saudara dan saudari, saya terus yakin juga percaya bahawa, UMNO bahagian Pagoh dan UMNO bahagian Semporna secara keseluruhannya, akan tetap berdiri teguh dan setia dalam mendokong pimpinan parti serta kerajaan yang ada.


3. UMNO DAN BUDAYA SANTUN MELAYU


Hadirin dan Hadirat Sekalian,


11. Sebetulnya, sejak beberapa bulan lalu, dalam menghadapi pelbagai cabaran, sama ada di peringkat parti mahupun kerajaan, apabila tidak henti-henti diasak dan dipertohmah oleh pihak lawan, saya sering berfikir secara masak-masak, akan apakah approach atau pendekatan ucapan, yang hendak saya sampaikan pada perhimpunan yang bermakna kali ini.   
12. Ternyata, apabila saya berjumpa ramai teman-teman dalam proses menyediakan ucapan ini, berbagai pandangan diterima antaranya supaya, saya tidak perlu lagi bersifat gentleman dan berlembut, sebaliknya, hendaklah sekarang ini, bernada lebih keras, menjawab cemuhan-cemuhan, segala maki hamun, dan membalas kembali cercaan serta tuduhan oleh pelbagai pihak termasuk Dr Mahathir bersama konco-konconya itu, dengan kata-kata cacian yang juga kesat lagi kasar.

Namun, saudara dan saudari, sabar, sabar itu sebahagian daripada iman.


13. Kerana, semakin hari, semakin saya renung semula saranan-saranan itu, saya berasakan adalah lebih baik mengambil sifat yang mulia dengan berpegang kepada pesanan Rasulullah kepada isteri Baginda Saidatina Aisyah, agar berlembutlah dalam kata-kata, walaupun terhadap lawanmu.


14. Tambahan lagi, sifat-sifat mulia orang-orang Melayu, seperti disesuaikan daripada madah Sasterawan Negara Usman Awang dan Sasterawan Melayu-Riau Tenas Affendy.

Melayu itu orang yang bijaksana,
Budi bahasanya tidak terkira,
Kurang ajarnya masih beralas dan bersantun,
Kalau berkelahi biarlah cara Melayu,

Kalau menikam pula, pun dengan berpantun,
Walau menyanggah dikuntum senyum.
Kalau merayu dan meminta,
Hendaklah pada yang kasih dan sudi memberi.

Mencontoh biarlah pada yang senonoh,
Berteladan pada yang sepadan.
Adil menjadi hakim,
Amanah dalam bersumpah.

Sekalipun begitu, walau watak Melayu menolak permusuhan, setia dan sabar tiada sempadan, biar berkecai tulang, hatta hancurnya badan, PANTANG PENDEKAR, MENINGGALKAN GELANGGANG!!!


4. UMNO: PARTI DAN PIMPINAN BERJIWA BESAR


Saudara dan Saudari,


15. Lantas, jikalau tahun lepas, saya memilih untuk menjadi Berjiwa Besar, bertolak dari itu juga, dalam ucapan pagi ini, saya akan terus mengambil pendirian dan sikap pemimpin yang matang.


16. Pucuk pangkalnya, bak kata orang putih, we must be above them and not to bring ourselves down to their level.


17. Apa yang mustahak, saya akan bercakap dengan terus terang, supaya setiap perkara yang diperhadapkan kepada pimpinan dan parti, boleh sama-sama kita hadami dan bahaskan nanti.


18. Kata orang, yang tersimpul dapat dirungkaikan, yang kusut boleh diperjelaskan, yang lemah mampu diperbaiki dan diperbetulkan.


19. Semuanya kita lakukan, demi kepentingan Melayu, Islam, Bumiputera dan kesinambungan UMNO dalam membina sebuah Tamadun Bangsa, yang berjaya lagi dirahmati bukan sahaja di dunia ini bahkan di akhirat kelak, InsyaAllah.


20. Malah, menceduk pengajaran ketika mana Rasulullah telah diusir, dicerca, dihina dan dilontar dengan batu oleh penduduk Thoif, sampai terpercik dan mengalirnya darah Nabi dicederakan oleh mereka.


21. Sehinggalah Malaikat Jibril bersama-sama Malaikat yang menjaga gunung-ganang serta bukit-bukau, dalam sifat Ke-Malaikatan sendiri pun, berasa marah, hatta meminta izin dari Rasul untuk menghempap dan menurun bala bencana, kepada bumi Thoif dan penduduk-penduduknya, atas kejahatan dan kekejaman yang telah diperlakukan kepada Baginda Rasul.


22. Namun, mulianya hati Nabi, Baginda memilih untuk bersabar dan berjiwa besar serta lebih mementingkan usaha murni dakwah bagi menyebarkan kebaikan dan membangunkan masa depan ummah daripada membalas keburukan dengan keburukan.
23. Demikianlah dalam konteks semasa, dengan segala rasa rendah diri dan tawaduk, sebagai hamba Allah dan manusia biasa, yang punya hati dan perasaan, saya sedar dan saya sememangnya tahu bahawa, segelintir pihak sedang menghina-hina serta mengeji-ngeji saya secara peribadi, anak isteri serta keluarga saya, dan lebih menyedihkan lagi, mereka mencela-cela pula parti kesayangan kita, parti UMNO, dan kerajaan secara keseluruhannya.


24. Oleh itu, pada hemah dan pendirian saya lagi, kita tidak perlu membuang masa, apatah lagi menghabiskan tenaga untuk melayan atau melawan segelintir pengkhianat bangsa dan negara yang tidak bertanggungjawab ini.


25. Di sinilah kita perlu fahami baik-baik, termasuk tuduhan dan fitnah yang dikerangka, direncana dan dipertimpakan ke atas saya dan kepimpinan saya serta kerajaan yang ada, dengan isu-isu politik, GST, rasionalisasi subsidi, 1MDB dan kos sara hidup, di mana sebahagian besar daripadanya sudah pun dijawab dengan jelas dan sedang kita tangani.


26. Oleh yang demikian, lebih mustahak untuk saya dan pimpinan kerajaan perbuat, adalah melaksanakan Jihad yang lebih besar yakni, memilih untuk menumpukan 100 peratus kudrat diri dan seluruh keringat yang mengalir, untuk terus mara ke depan, memajukan ekonomi dan pembangunan negara, demi menjaga kepentingan sejumlah 31 juta rakyat di Malaysia.


5. UMNO: WALA’ DAN KESETIAAN


Saudara dan Saudari Rakan Seperjuanganku Sekalian,


27. Maka bertolak dari situ, diucapkan kalimah-kalimah tahmid dan pujian ke hadrat Ilahi di atas izin dan kurniaNya, Kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO ini bersama parti-parti komponen, telah menempa kejayaan demi kejayaan serta rekod prestasi yang cemerlang dan mampu diperbanggakan.


28. Contohnya, melalui Dasar Transformasi Nasional, mutakhir ini, meskipun kita menghadapi ketidaktentuan dan kesuraman ekonomi global, Alhamdulillah, KDNK pada suku ketiga tahun 2016, Malaysia tetap berjaya mencatat perkembangan KDNK sebanyak 4.3 peratus dan kita yakin sasaran 4 hingga 4.5 peratus pada tahun 2017 pula akan tercapai, Insya-Allah.


29. Pucuk pangkalnya, segala hasil kejayaan ini menuntut kepada satu budaya kerja sepasukan yang mantap oleh kepimpinan parti dan kerajaan.


30. Berkait itu, saya ingin merakamkan terima kasih kepada YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang dalam ucapannya telah menzahirkan kesetiaan kepada saya dan memberi nasihat-nasihat yang bernas kepada Wanita, Pemuda dan Puteri, 2 malam lepas.

Saudara dan Saudari,


31. Bersabit prinsip wala’ ini, pada hemah saya pula, ia membawa maksud nilai-nilai cinta kasih, kepatuhan, sumpah setia, taat dan bai’ah, yang wajib diberikan kepada seseorang khalifah, pemimpin yang sah, atau dalam konteks UMNO, kepada presidennya, manakala dalam konteks kerajaan pula, kepada perdana menteri.


32. Maknanya di sini, sebagaimana yang dianjurkan oleh Ulama, Wala’ yang diberikan bukanlah sekadar kepada jasad, tubuh atau individu, akan tetapi, wala’ sebenarnyamerangkumi Institusi Ke-Presidenan atau Ke-Perdana-Menterian, yang disandang oleh seseorang.


33. Selanjutnya, menyongsong suka duka perjalanan parti UMNO, selama lebih 7 dekad, meskipun melalui pelbagai rintangan, umpamanya, parti ini sering kali cuba ‘dijebak’ ke dalam kancah perpecahan dan berpuak-puak.


34. Walau pun begitu, Alhamdulillah, parti yang bertuah ini, terus diperselamatkan oleh Allah A’zza Wa Jalla dan mampu bertahan sehingga hari ini kerana prinsip dan falsafah wala’ jelas terpancar amalannya dalam tradisi mulia UMNO.

Inilah perlambangan hebat, sebuah parti yang menjunjung adat dan budaya Timur serta bersendikan landasan syarak, dalam menyatakan sokongan dan dokongan terhadap seorang presiden atau perdana menteri selama ini.


Sebagai contohnya:,


35. Dalam episod pertembungan antara Team A dan Team B, semasa pemilihan presiden UMNO pada tahun 1987. Sebagai yang telah saya sebutkan pada perhimpunan agung tahun lalu, ketika itu siapa yang setia berada di belakang Dr. Mahathir? Kalau bukan kita, ahli-ahli UMNO.


36. Hinggakan YB Mulia Tengku Razaleigh ketika itu berkecil hati dengan saya, atas keputusan saya dan pasukan berpihak kepada Dr. Mahathir. Namun ketahuilah, saya lakukan itu semata-mata berpegang atas prinsip wala’ dan tuntutan kesetiaan kepada seorang presiden parti, walaupun secara peribadinya saya sangat akrab dengan Tengku Razaleigh dan sehingga kini saya tetap menghormati beliau sampai bila-bila.


37. Babak selanjutnya, tragedi hitam ketika mana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tarikh 4 Februari 1988, telah mengisytiharkan bahawa UMNO sebagai pertubuhan yang haram.


38. Siapa juga pada saat-saat genting dan mendebarkan tersebut, yang berdiri teguh menyokong dan membantu Dr. Mahathir selaku presiden, sehingga UMNO baharu telah secara rasmi diterima semula secara sah?
Siapa lagi, siapa lagi, kalau bukan kita, ahli-ahli UMNO!

39. Justeru, saya secara peribadi yang turut melalui peristiwa hitam tersebut, telah diarah dan ditugaskan oleh presiden untuk menggerakkan jentera Pemuda bagi mendapatkan keahlian UMNO di pelbagai peringkat.
40. Dengan izin Tuhan, saya masih ingat lagi, yang membantu ketika itu, antaranya rakan-rakan yang telah pun kembali ke rahmahtullah, termasuk Allahyarham-Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis, Datuk Hashim Safin dan Datuk Sulaiman Taha.

Yang masih bersama kita antaranya, adalah Dato’ Zahid Hamidi, Dato’ Nazri Aziz - Padang Rengas dan Dato’ Md Isa Ismail - Bukit Gantang dan lain-lain lagi, telah mampu dan berjaya menyenaraikan kembali barisan pemimpin pergerakan UMNO di peringkat nasional dan negeri dalam tempoh yang singkat supaya UMNO baru dapat bergerak.

Manakala,


41. Episod selanjutnya, ketika negara berdepan dengan krisis kegawatan kewangan Asia pada sekitar tahun 1997-1998, sekali lagi, parti dan siapakan yang tetap setia menyokong apa pun jua keputusan presiden UMNO? Jawapannya, tidak lain dan tidak bukan, kita, kitalah ini ahli-ahli UMNO yang setia.


42. Namun, sayang sejuta kali sayang, saya secara peribadi berasa amat kecewa, dan pastinya saudara dan saudari juga berkongsi rasa kehampaan yang sama, atas apa yang sedang terjadi sekarang.
43. Dr. Mahathir yang dulunya seorang negarawan terbilang, tapi kini sudah berpaling tadah terhadap parti yang pernah diterajuinya selama puluhan tahun.

44. Sehingga tidak keterlaluan jika dikatakan, beliau yang pernah kita sanjung sebagai seorang tokoh dulu, kini, kini telah tergamak dan terlibat dalam perbuatan keji dan bersubahat pula dengan pihak DAP, perhimpunan haram BERSIH, Parti Amanah Negara, PKR dan lebih teruk dari itu bersekongkol dengan musuh-musuh luar negara seperti Soros yang pernah dibenci dan disuruh kita semua benci Soros sebagai penyangak matawang.


45. Hakikatnya, inilah dia satu bentuk kemuncak penderhakaan pada UMNO, bangsa dan tanah airnya.


Saudara dan Saudari,


46. Begitu juga harus barang diingat, yang berlaku di era pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Wala’ dan kesetiaan yang saya, Najib Razak berikan selaku timbalan presiden parti kepada Tun Abdullah sebagai presiden parti, bersama-sama naib-naib presiden, ketua Wanita, ketua Pemuda dan ketua Puteri serta majoriti pimpinan juga keseluruhan ahli UMNO, kepada Pak Lah, bukan sahaja ke atas jasad atau tubuhnya, tetapi institusi yang dijunjung dan dipegang oleh beliau yakni sebagai presiden parti UMNO serta perdana menteri Malaysia.


47. Demikianlah juga, wala’ dan kesetiaan yang diberikan kepada institusi yang sedang saya sandang ini, adalah atas sebab tanggungjawab yang dipikul dan amanah oleh ahli-ahli parti serta rakyat Malaysia.


48. Pastinya, wala’ dan kesetiaan sepenuhnya juga wajib diterima oleh sesiapa pun kelak yang akan berada di puncak dan mengambil alih jawatan presiden dan perdana menteri.


49. Kesimpulannya, wala’ dan kesetiaan dalam budaya serta alam Melayu serta agama kita adalah semangat sepasukan dalam suatu saf yang kukuh lagi padu yang tidak terpisah daripada pemimpin dan ketuanya.


6. UMNO DAN PERJUANGAN BANGSA


Saudara dan Saudari,


50. Menyisir pula sejarah pembikinan Tanah Melayu dan Malaysia, sekitar tahun 40-an dan awal 50-an dahulu, tanahair kita, hanyalah terdiri daripada kelompok-kelompok penempatan, perdesaan, bangunan-bangunan kecil, yang tidak terancang.


51. Orang-orang Melayu khususnya, hidup tidak terpimpin, tanpa halatuju bangsa yang jelas, terpinggir, bahkan gelap gulita dalam maksud perjuangan.


52. Lalu, pada persimpangan yang genting lagi bersejarah itu, dengan Kehendak Allah Hu Ta’ala, tercetuslah kebangkitan pertama, Kongres Melayu Se-Malaya, tanggal 1 Mac 1946, yang menghimpunkan 41 kumpulan Melayu yang bersatu dalam sebuah kesatuan, sebagai jalan hendak menentang penubuhan Malayan Union.


53. Kemudiannya pada tarikh yang telah ditakdirkan, yakni 11hb Mei 1946 tergagaslah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR.


54. Ini membawa kepada terbentuknya secara rasmi satu organisasi yakni UMNO. Hakikatnya, dengan tergagas parti keramat ini, lebih 70 tahun dulu, menjadi satu titik di garisan sejarah dan sebenarnya merupakan detik permulaan atau satu movement massa untuk orang-orang Melayu, dengan menjadikan UMNO sebagai pusat, wadah, dan wahana, mereka sebagai penggerak kemajuan dan pembikinan negara bangsa dalam sebuah kesatuan atas perkenan Raja-Raja Melayu.
55. Arakian, saudara dan saudari, pada kesempatan ini, bagi pihak parti UMNO yang terus mempermuliakan institusi Raja-Raja Melayu, merafak setinggi-tinggi junjungan kasih, kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-14, yang akan menamatkan penggal pemerintahan Baginda pada 12 haribulan Disember ini, sekaligus UMNO jua merafakkan tahniah menjunjung kasih setinggi-tingginya, kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-5, yang telah dimasyhurkan oleh Majlis Raja-Raja sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang baharu, bermula pada 13 haribulan Disember 2016.


7. UMNO MENGGERAK TRANSFORMASI MASSA


Saudara dan Saudari,


56. Lantas, orang lain boleh berkata apa sahaja tentang UMNO, tapi hanya Allah Yang Maha Adil-lah, yang akan menjadi hakim di akhirat kelak, betapa parti penuh barakah ini, telah merimbun beribu budi dan merintis berjuta jalan, demi pembelaan untung nasib bangsa Melayu dan Bumiputera.


57. Sebagai semua maklum, saban tahun, Perhimpunan Agung UMNO akan menjadi pentas bagi membicara dan membahas pelbagai usul demi penerusan agenda sebuah parti.


58. Apatah lagi, saya tahu, ramai dapat berasakan bahangnya perhimpunan kali ini, adalah untuk menerima amanat-amanat sebagai persiapan untuk bertempur di medan juang pilihanraya tidak lama lagi.


59. Meskipun begitu, dengan belajar dari sejarah dan peradaban manusia, menurut pandangan bijak pandai dan pakar-pakar strategi pula, sesuatu persiapan ke medan juang tidak semestinya berlangir limau mengasap keris, waima mengasah-menajam sundang atau lembing, sekalipun tombak serta panah, untuk ditusuk ke pihak lawan.


60. Sebabnya, dengan mengambil ibrah dari peperangan Uhud dan Badar serta Khandak, kalah menang dan kekuatan sesuatu ketumbukan serta pasukan perang, bukanlah semata-mata di atas jumlah bala tentera mahupun senjata yang dimiliki.


61. Bahkan, perkataan quwwah, dalam surah Al-Anfal ayat 60, merujuk kepada persiapan yang lebih utama daripada persiapan fizikal yakni mengatur barisan yang kukuh, menyatukan hati-hati kita, dalam ikatan yang padu, berbekalkan strategi peperangan minda dan mental yang ampuh, sebabnya itulah dia erti kekuatan sebenar dalam mentauhidkan ummah.


62. Itulah rahsia dan azimat untuk kita pakai sebelum bertempur. Ingatlah selalu kepada pesan para hukamak, walau kita di pihak yang benar, namun, tanpa strategi yang tersusun atau kita berada dalam keadaan berpecah belah, nescaya kita akan ditewaskan oleh pihak lawan.


63. Nauzubillah, sekalipun mereka lemah kedudukan serta bilangannya, tetapi berpadu dan mereka mampu menyusun langkah, rancangan serta gerakan mereka.


64. Oleh yang demikian, apa yang perlu kita lakukan? Jawapannya, pembuktian yang lebih mustahak adalah seperti bukan sahaja mahu dilihat, malah hendak dirasakan oleh rakyat ialah kewibawaan dan kemampuan kita untuk memacu kepesatan negara, menabur budi dan jasa kepada rakyat merentasi sempadan kaum dan agama dalam membangunkan Malaysia.


65. Ternyata, itulah yang sejak sekian lama ini, UMNO yang menginduk kepimpinan kerajaan sejak merdeka telah perbuat, sebagai bukan sahaja organisasi untuk orang Melayu dan Bumiputera, tapi terbukti perjuangan UMNO bersifat inklusif yang menjamin kepentingan dan hak kaum-kaum lain agar tiada yang terpinggir:

...indeed UMNO has fulfilled far more than its duty for its members, and has gone beyond in justifying its purpose to the rakyat and the country, and no one will be left behind...

iaitu, bukan sahaja memenuhi, bahkan telah merentasi objektif serta falsafah penubuhannya, sebagai sebuah movement massa besar-besaran yakni UMNO - Penggerak Transformasi Nasional, yang menjadi tema ucapan ini.


8. UMNO MENGHARGAI JASA DAN KHIDMAT AHLI


Saudara dan saudari,


66. Alhamdulillah, berbalik kepada realiti semasa, Hari ini, jumlah ahli UMNO seperti yang dilaporkan oleh Yang Berhormat Mulia Setiausaha Agung Parti tadi telah mencecah angka lebih 3 juta di seluruh Malaysia.


67. Sukacitanya juga, ingin saya maklumkan bahawa, keahlian UMNO Cawangan, paling ramai, adalah dari Kampung Batu Putih Darat yakni berjumlah 2,371 orang ahli, di dalam bahagian Libaran, Sabah. Tahniah kepada bahagian Libran dan yang ada dalam dewan ini.

Marilah kita berikan tepukan bersemangat UMNO kepada mereka!

68. Bagi keahlian UMNO Bahagian paling ramai pula adalah, dari UMNO Bahagian Silam, yang mempunyai sejumlah 51,902 orang keahlian. Mana dia pimpinan dan perwakilan bahagian Silam?


69. Dan di peringkat negeri pula, dengan sejumlah 25 Bahagian, keahlian yang paling ramai adalah UMNO Negeri Sabah yakni sejumlah 561,617 orang.

Syabas dan tepukan tahniah kepada YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman selaku Ketua Menteri serta Pengerusi Badan Perhubungan Negeri.


70. Sesungguhnya, atas sumpah janji tragedi di Lahad Datu, biar berpisah nyawa dari badan, namun seinci pun bumi Sabah, takkan sesekali kita gadaikan.


71. Oleh itu, saudara dan saudari, saya turut berbangga dengan catatan keahlian baru paling ramai mengikut bahagian, yakni dari UMNO bahagian Kuala Nerus, Terengganu Darul Imaniaitu seramai 2,876 ahli.


72. Manakala, bagi kategori negeri pula, keahlian baru tertinggi dicatat oleh Terengganu Darul Iman, iaitu sejumlah 9,787 ahli setakat Oktober 2016. Bak kata orang Terengganu,

'Mane’ oghang Ghanu kite? Sile’ beghi tepukang, beghi tepukang kepada Menteri Besar YAB Ahmad Razif Abdul Rahman dan UMNO negeri Terengganu.


73. Bercakap soal keahlian UMNO, saya mahukan agar semua kepimpinan di setiap peringkat, memberikan kerjasama kepada Biro Keahlian dan Daftar Pemilih, khususnya di kalangan ahli UMNO, yang masih belum mendaftar.


74. Sehubungan ini, saya ingin melahirkan rasa sukacita di atas kerja-kerja pendaftaran yang telah dijalankan oleh biro ini dengan bantuan keseluruhan jentera parti.


Saudara dan Saudari rakan seperjuanganku sekalian,


75. Di atas segalanya, telah terlukis dalam kanvas pembikinan negara bangsa Malaysia, yang tidak akan terpadam sampai bila-bila, adalah jasa, khidmat bakti dan sumbangan bagai lautan yang tidak bertepi, oleh bapa-bapa pimpinan parti UMNO, bersama-sama rakan-rakan parti komponen yang lain.


76. Pada Ogos lalu, saya berkesempatan menziarahi Tan Sri Hussain Ahmad, atau lebih mesra saya panggil Abang Hussain, yang sedang uzur di rumahnya. Beliau merupakan seorang veteran parti, mantan ketua penerangan UMNO kebangsaan dan pernah menjadi timbalan menteri besar Kelantan sekitar awal 80-an. Beliau ada berpesan,

“Abang nak ingatkan ahli-ahli UMNO supaya menghayati perjuangan, sebab bila kita menghayati perjuangan UMNO, kita akan terima kasih dan sayang akan parti kita, dalam apa keadaan pun, kita tidak akan mengkhianati parti. Itulah perjuangan parti yang tulen lagi sejati.”


77. Bahkan, pasti terpahat dan terukir indah dalam lipatan sejarah parti bahawa, para Wanita UMNO, juga para veteran Wanita, telah sanggup berkorban apa sahaja, hatta melurut gelang emas di tangan dan rantai leher, demi, membiayai dana rombongan menuntut kemerdekaan.


78. Menyingkap juga sejarah perjuangan mulia UMNO, pastinya, ramai sedia maklum tentang kisah-kisah pengorbanan ibu-ibu pimpinan UMNO terdahulu.


79. Begitulah juga teringat saya pesanan Allahyarhamah Tan Sri Aishah Ghani, pernah mengingatkan kita semua, walau apapun perbezaan yang timbul, jangan lupa untuk menjadikan perjuangan dan perlembagaan parti sebagai panduan. Insya-Allah, Insya-Allah kita akan berjaya.


9. WANITA UMNO IBU PERJUANGAN BANGSA


Saudara dan Saudari,


80. Lantaran, selaku Presiden, Saya turut ingin mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Shahrizat, yang mengetuai seramai 1,366,457 orang wanita di atas ucapannya pada persidangan agung kali ini, yang seperti lazimnya sungguh berkobar-kobar, terutama sekali, apabila bercakap tentang jentera pilihanraya, dengan panggilan glamor di kalangan mereka iaitu Jalinan Rakyat atau JR, menjelang persiapan pilihanraya umum Ke-14 kelak.

Maka itu bersamalah kita berikan tepukan tahniah kepada Ketua Wanita UMNO.


81. Tan Sri Ijat ini, dia kalau berjumpa saya memang bersemangat orangnya dalam menyuarakan harapan dan kepentingan Wanita sebagai Tulang Belakang parti supaya kita menunjukkan penghargaan dan tanda hormat kepada perjuangan wanita.


Saudara dan Saudari,


Marilah kita tunjukkan penghargaan kita, marilah kita bangun, dan kita beri tepukan gemuruh kepada wanita Umno.


82. Bercakap tentang tanda hormat, acknowledgement and respect terhadap Wanita ini, saya berasa begitu sayu dan tersentuh apabila mendengar cerita tentang wirawati-wirawati Wanita UMNO yang tidak didendang, namun telah berkorban jiwa dan raga demi kepentingan parti.


83. Kisah tauladan yang saya maksudkan, adalah tentang Puan Saridah binti Ibrahim, Nombor Ahli UMNO 01441342, ketua Wanita Cawangan Bandar Baru Selayang, juga merangkap ketua penerangan Wanita bahagian Selayang.


84. Beliau terlibat dalam kemalangan jalanraya sewaktu pulang dari berkempen untuk Barisan Nasional, semasa Pilihanraya Kecil DUN Kajang pada tahun 2014.


85. Sesungguhnya, saya berasa sungguh sebak dan terharu, melihat keadaan Puan Saridah kini yang penuh semangat, walaupun dalam keadaan yang uzur, beliau sanggup hadir bersama kita.


86. Saudara dan saudari, saya perlihatkan, Puan Saridah.


87. Inilah dia contoh sejati Semangat Pendekar Tun Fatimah, wirawati kegemilangan Melayu Melaka yang patut dinyala-nyalakan dalam sanubari semua, bukan sekadar Wanita, bahkan seluruh ahli UMNO.


88. Sehubungan ini, saya selaku presiden mewakili seluruh pimpinan dan ahli, dari hati yang luhur, menjemput sila, semua yang berada di dalam dewan mahupun sedang menonton layar-layar skrin di luar sana, sama ada orang UMNO atau pun tidak, marilah kita sama-sama berdiri, dan bangun.

……Saya mahukan semua berdiri kecuali kaum ibu dan wanita, Puteri pun sila bangun dan berdiri juga

Kalau sudah sedia, ayuhlah kita semua, dengan penuh semangat, beri tepukan penghargaan yang gemuruh sebagai tanda kasihdan penghargaan, khusus kepada Wanita UMNO, yang bukan sahaja bergelar Tulang Belakang parti, tunjang semangat, bahkan, mereka-lah Ibu kepada perjuangan parti UMNO yang diberkati ini.


89. Bertenang saudara dan saudari, bertenang, jemput duduk kembali,
Saudara dan Saudari Sekalian,


90. Seraya dengan itu, dengan sukacitanya, bagi menghargai khidmat jentera Jalinan Rakyat yang diketuai oleh Wanita, saya selaku Presiden secara rasminya mengumumkan:

Untuk mengkaji satu bentuk Skim Perlindungan kepada 223,000 orang Jentera Jalinan Rakyat.


10. UMNO: PIMPINAN BERAMANAH


Saudara dan Saudari Sekalian,


91. Berbalik kepada realiti semasa, alangkah walang dan sebak di dada, pada saat-saat Malaysia sedang dipacu dengan derasnya, menuju gerbang maju jaya, musuh dari luar serta dalam, tidak kunjung jemu, mengasak dari segenap penjuru, hanya sa-nya untuk melihat negara kita hancur berkecai.
92. Makanya, dalam perhimpunan ini, saya memilih untuk terus berjiwa besar, menasihat dan menegur secara yang baik, bukannya menghentam batang tubuh secara peribadi, tapi mengkritik pada perbuatannya, kerana kebanyakan mereka merupakan bekas-bekas pimpinan, menteri bahkan sampai ke tahap negarawan yang telah mengangkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia atas nama Allah, dengan kalimah-kalimah Wallahi, Wabillahi, Watallahi, namun kini, telah menjadi orang asing malah mengkhianati perjuangan ini.

Dalam hal ini, saya bertanya kepada para ulama, apabila dilafazkan sumpah atas nama Allah demikian, namun kemudiannya melanggar sumpah tersebut, apakah hukum dan kesannya.

Jawabnya, ia adalah satu dosa yangbesar, dan tanda-tanda sifat kemunafikan seseorang itu.

Tidak hairanlah kalau benda ini berlaku, kerana ada orang itu sendiri yang pernah menyebut, Melayu mudah lupa.
93. Lalu, saya ingin bertanya sekarang ini, siapa sebenarnya Melayu yang mudah lupa itu? Pastinya bukan kita, kerana Melayu UMNO yang sejati adalah Melayu yang setia dan mengenang budi, dan tidak mengkhianati parti!


11. UMNO TONGGAK KEMAKMURAN EKONOMI DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT


Saudari dan Saudari,


94. Kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional yang menonggak kemakmuran ekonomi, hasil lawatan saya ke Jerman baru-baru ini, telah dimeterai pelaburan bernilai 1 bilion Euro, atau hampir 5 bilion ringgit melalui syarikat Osram.


95. Selepas itu, melalui lawatan ke China pula, kita telah mencipta sejarah apabila berjaya memeterai perjanjian pelaburan bernilai hampir 144 bilion ringgit, yang Insyaallah akan memberikan pulangan lumayan kepada negara.


96. Ini semua hasil usaha siapa? Kalau bukan inisiatif Kerajaan yang diinduki dan dipimpin oleh UMNO.


97. Namun demikian, ada juga segelintir pihak yang tak suka dengan apa pun yang telah kita lakukan. Bila tiada pelaburan, mereka kata kita gagal. Bila kita bawa masuk pelaburan, mereka kata kita gadai negara.


98. Di samping itu, tuduhan mengatakan Malaysia akan bankrap, amatlah tidak berasas dan dusta semata-mata.


99. Sebabnya, segelintir pihak pembangkang yang sengaja buat-buat tak faham, tentang kedudukan sesebuah negara yang dianggap muflis, sedangkan, penarafan yang dibuat, tidak oleh pihak sebarang-sebarang, contohnya bukanlah oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan atau DAP, atau PKR, atau Mat Sabu.

Tetapi rating atau penarafan rekod kejayaan negara, telah dipersahihkan oleh Badan-Badan serta agensi antarabangsa yang teriktiraf akan kewibawaannya di serata dunia.


100. Sebagaimana saya menjawab soalan kepada para wartawan, selepas mesyuarat APEC di Peru baru-baru ini, penarafan terkini Malaysia, berada dalam rating kumpulan A dan itulah hakikatnya.


101. Jelasnya di sini, istilah muflis atau bankrap itu, jauh sekali malah tidak ada dalam kamus ekonomi Malaysia! Alhamdulillah.


102. Selain itu, pimpinan UMNO dan pihak Kerajaan sendiri telah dipertimpa dengan bermacam-macam lagi tuduhan oleh pihak yang penuh dendam kesumat, menghasut rakyat bagi menjatuhkan Kerajaan.


103. Mereka kata Kerajaan zalim, pilihanraya tidak telus dan menindas rakyat.


104. Merujuk kepada isu zalim, saya telah meminta pandangan para bijak pandai dan alim ulama berkaitan apakah yang difahami tentang maksud tafsiran zalim.


105. Menurut sabda Nabi Muhammad melalui mafhum hadisnya, pemimpin itu hanya dianggap zalim bila menyuruh rakyatnya mensyirikkan Allah dan melakukan kemaksiatan serta kebatilan.


106. Kerana itulah para sarjana membuat kesimpulan, sebarang tohmahan yang tidak berasas, seperti tuduhan zalim kepada seseorang atau pemimpin itu bukan satu hal yang ringan, sebaliknya ia adalah satu perkara yang dipandang berat di sisi agama dan haram hukumnya.


107. Sebaliknya, adakah zalim sebuah kerajaan yang begitu prihatin terhadap kebajikan rakyat, sehingga kita mampu menyediakan Pusat Khidmat Sehenti atau UTC yang beroperasi 7 hari seminggu, dari pukul 8 pagi hingga 10 malam?


108. Saya nak tanya, mana ada negara dalam dunia, yang kerajaannya mampu menyediakan perkhidmatan sebegini? Mana ada? Melainkan, kerajaan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional.


109. Malahan, untuk rawatan pesakit, segalanya pun hampir percuma di hospital kerajaan dengan peruntukan Bajet tahun 2017 sahaja menjangkau kira-kira RM25 bilion.


110. Dalam ehwal pendidikan, bermula dari peringkat pra-sekolah, rendah sampai ke menengah semuanya hampir percuma dan di universiti-universiti awam pula lebih kurang 90 peratus kos pengajian ditanggung oleh kerajaan dengan anggaran belanja keseluruhan lebih RM56 bilion.


12. PEMUDA UMNO HARAPAN BANGSA


Saudara dan Saudari,


111. Berhubung itu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih sebanyak-banyaknya, kepada anakanda-anakanda kita, para pemuda, yang dipimpin oleh Yang Berhormat Saudara Khairy Jamaluddin, sebagai ketuanya, dalam ucapan beliau, menunjukkan tentangan terhadap tingkah laku dan sikap buruk oleh kelompok BERSIH.


112. Makanya, anakanda YB Khairy Jamaluddin atau panggilan manjanya KJ, berdiri dan serulah rakan-rakan saudara, para pemuda UMNO pewaris bangsa, sejumlah lebih 600,000 ahli di seluruh negara, sama ada, dalam dewan ini atau di luar untuk bangun dan bangkit, saudara-saudaralah masa depan UMNO, dalam Bahasa Arabnya JIL UMNO atau Generasi Pewaris kepimpinan parti dan negara.

Tepukan gemuruh kepada KJ dan semua pemuda harapan bangsa.


Saudara dan Saudari,


113. Selanjutnya, pabila berbicara tentang soal orang muda sebagai zuriat harapan hari muka, di bawah lembayung Dasar Transformasi Nasional, saya telah mencetuskan satu gerakan Transformasi Nasional atau TN50 bagi membentuk satu negara bangsa yang benar-benar berwibawa serta berminda par excellence.


114. Inilah gerakan bagi melahirkan generasi masyarakat masa depan terbaik. Visi saya adalah untuk melihat lahirnya generasi masa hadapan Malaysia, yang menyeru ke arah kebaikan dan menolak kemungkaran, iaitu satu generasi yang digelar dan disebut dalam Al-Quran sebagai Khayra Ummah.


115. Bagi menjayakan usaha TN50 ini, UMNO sebagai nadi penggerak Transformasi sedang menggerakkan satu movement massa, untuk pewaris masa hadapan.


116. Untuk itu, saya alu-alukan anak-anak kita, yang turut hadir bersama-sama kita pada pagi ini, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara, antaranya adalah barisan ahli-ahli Parlimen Belia, Barisan Nasional Youth Volunteer, Malaysian Volunteer Organisation, Mahasiswa Turun Parlimen atau MANTAP, Persidangan Mahasiswa Nasional atau PEMANAS, Kelab UMNO Luar Negara, Felo Perdana dan Felo Muda Dakwah dan Pimpinan Muda Pro-Aspirasi.

Inilah dia generasi TN50, atau Khayra Ummah yang saya maksudkan, dan bersamalah kita beri tepukan semangat untuk pewaris nusa dan bangsa.


117. Kepada Saudara Khairy selaku menteri yang dipertanggungjawabkan tentang belia, inilah mandat parti yang kami berikan kepada saudara selaku Ketua Pemuda dan pasukan saudara, maka bertindaklah seperti Panglima Perang Muda Tariq bin Ziad dalam terus mengkibarkan panji-panji perjuangan UMNO, bangsa dan agama!!!


13. PUTERI UMNO BUNGA BANGSA


Saudara dan Saudari,


118. Seterusnya, kepada anakanda YB Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin, Ketua Puteri UMNO, bersama dengan ahli-ahlinya seramai 388,443 orang di seluruh negara, yang terus bekerja untuk parti, malah telah menunjukkan kesetiaan tidak berbelah bagi kepada kepimpinan parti UMNO selama ini.


119. Menyebut tentang kesetiaan dan wala’ Puteri UMNO ini, saya dikhabarkan oleh YB Mas Ermieyati, tentang kisah Puan Zakiah Kalipunya, Ketua Puteri bahagian ketika berdepan episod dan kemelut bahagian UMNO Semporna, tetap setia dan teguh serta tidak bertindak untuk keluar parti UMNO.


120. Begitulah juga Ketua Puteri UMNO bahagian Pagoh Puan Rohaiza binti Ahmad dan pasukannya.


121. Inilah contoh wala’ dan kesetiaan sejati yang kita harapkan. Berikan tepukan paling gemuruh kepada Puteri UMNO..


14.​KEINDUKAN KERAJAAN PIMPINAN UMNO VS KEINDUKAN KERAJAAN PIMPINAN DAP (UMNO LED VS DAP LEDGOVERNMENT)


122. Seperkara lagi, yang tidak perlu saya selindung-selindung lagi, untuk kita sama-sama berwaspada adalah pilihan sama ada untuk mengekalkan Keindukan Kerajaan Pimpinan UMNO atau Keindukan Kerajaan Pimpinan DAP.


123. Ertinya, orang-orang Melayu dan Bumiputera serta rakyat Malaysia keseluruhannya kini, sedang berdepan dengan satu persimpangan paling genting dalam tawarikh politik negara, di mana, pada Pilihanraya Umum Ke-14 nanti, para pengundi akan menentukan dengan pemikiran dan tangan-tangan mereka, di peti-peti undi akan siapakah yang sebaiknya menerajui pemerintahan negara ini.


Saudara dan Saudari,


124. Pokoknya, persoalan pilihan keindukan kepimpinan ini bukanlah perkara yang boleh diambil mudah dan enteng-entengan, kerana saya khuatir, barangkali ada antara umat Melayu dan Bumiputera yang masih leka tentang hal ini.


125. Pada ketetapan takdir ini kelaklah, sekiranya negara ini jatuh ke tangan DAP yang memperjuangkan liberalisme melampau dan fahaman sekular berbahaya, pastinya, hak dan keistimewaan yang diperjuang serta dipertahankan oleh UMNO selama ini, termasuk Institusi-institusi Bumiputera antaranya MARA, FELDA, RISDA, FELCRA dan TERAJU akan pupus dan lenyap.


126. Begitulah juga institusi pengajian tinggi kebanggaan orang Melayu dan Bumiputera selama 60 tahun, yakni UiTM, tidak akan lagi mampu mengekalkan falsafah penubuhannya.


127. Oleh yang demikian itu, kalaulah, orang-orang Melayu dan Bumiputera boleh menyelami apa yang tersurat serta isi maksud yang tersirat daripada ucapan saya kali ini, akan natijah buruk dan mimpi ngeri yang bakal tiba serta melanda hidup serta nasib mereka, saya yakin, orang-orang Melayu juga Bumiputera berasa takut dan bimbang, lalu akan berpaut seteguh-teguhnya kepada UMNO, sebagai satu-satunya parti yang mampu membela nasib anak cucu keturunan dan memperjuangkan masa depan mereka.
Saudara dan saudari,


128. Selanjutnya, Kerajaan yang dipimpin UMNO dan Barisan Nasional amat prihatin atas keluh kesah bagi meringankan kos sara hidup rakyat.


129. Misalnya, bantuan khas diperuntukan kepada pekebun kecil sebanyak RM200 selama 3 bulan bagi musim tengkujuh, merangkumi 440,000 pekebun kecil dan penoreh getah.


130. Tidak dilupakan, kepada hampir 60,000 nelayan yang diberi elaun khas sebanyak RM200 hingga RM300 sebulan sepanjang tahun. Untuk pesawah padi pula, kerajaan menyediakan RM1.3 bilion untuk subsidi harga padi, benih padi dan baja padi.

Saudara dan saudari,


131. Demikianlah antara banyaknya usaha yang telah kita persembahkan demi mendahulukan kepentingan rakyat. Sekiranya rakyat dapat menjadi hakim dan memilih, DAP atau UMNO? DAP atau UMNO?


132. Kerana itulah, moga-moga rakyat terus memilih kita sampai bila-bila.


133. Menambah ke arah kebaikan lagi, buat pertama kalinya, kerajaan menyediakan RM30 juta bagi menyelaraskan pendidikan tahfiz, melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara, yang sedang dilaksana dan akan terus diperkasa.


134. Selain itu, Kerajaan ini juga turut mengambil berat tentang kebajikan Imam, di mana elaun bulanan mereka dinaikkan kepada RM850, melibatkan 15,000 Imam di seluruh negara. kerajaan juga turut memberi bantuan khas one-off kepada bilal dan siak.


135. Bagi guru-guru KAFA pula, elaun bulanan mereka dinaikkan kepada RM900, melibatkan hampir 33,000 orang guru.


136. Satu perkara lagi saudara dan saudari, pastinya tidakkah kita sebagai umat Islam akan berasa risau, sakit hati dan marah, laksana diracun dan didamak, apabila syiar Islam dan pengamalannya akan tentu diremeh-remehkan, sekiranya DAP yang memerintah.


137. Bahkan, lebih dahsyat dari itu, jika dikaji Perlembagaan parti DAP, tiada langsung menyebut Islam sebagai agama Persekutuan, tidak dinyatakan untuk menjunjung institusi Raja-Raja Melayu dan tidak tertulis satu ayat pun, tentang usaha untuk melindungi hak dan keistimewaan Orang-Orang Melayu serta Bumiputera.


138. Waima, institusi-institusi berkaitan Melayu Islam seperti Lembaga Tabung Haji, JAKIM, JAWHAR, LEMBAGA ZAKAT NEGERI-NEGERI akan diperlekeh dan dicabar kewujudannya.


139. Oleh itu, saudara dan saudariku sekalian, kita tidak akan sesekali membiarkan kesemua ini berlaku. Bak sumpah nenek moyang kita, langkah dulu mayat saya dan semua umat Melayu, kita akan bangkit dan pertahankan habis-habisan!!!


140. Sesungguhnya, inilah janji-janji yang ditepati dan bukti-bukti khidmat kerajaan indukan UMNO dalam Barisan Nasional kepada rakyat, dengan sentiasa istiqamah dan wasatiyah dalam menghargai semua golongan, tanpa mengira bangsa dan agama.


141. Seiring itu, kepada rakan-rakan dan saudara-saudara kita rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam, dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak, usahlah bimbang, selagi mana kerajaan Malaysia diinduki oleh kepimpinan UMNO, maka kami akan terus berlaku adil.


142. Sepertimana yang dituntut dan diperintah oleh Tuhan di dalam Al-Quran, bersandarkan lebih berpuluh-puluh ayat suci, yang menganjurkan supaya pemimpin berlaku adil kepada semua,tidak kira apa latar belakang agama mahupun kepercayaan.


143. Tambahan lagi, peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang menjamin hak dan kepentingan orang-orang bukan Islam, akan tetap dipelihara oleh Kerajaan tunjangan UMNO untuk selama-lamanya.


Saudara dan saudari,


15. UMNO DAN RUU 355


144. Sesungguhnya lagi, Kerajaan indukan UMNO telah membuat satu ketetapan bersejarah, apabila pada 24 November 2016 yang lalu, setelah dirunding bersama rakan-rakan dari parti PAS, maka pindaan Rang Undang-Undang 355, berkaitan Akta Mahkamah Syariah, Bidang Kuasa Jenayah 1965 telah dibacakan.


145. Saya pinta, janganlah sesiapa mempolitikkan isu ini kerana, ia adalah satu usul persendirian yang kemudiannya akan diambil alih oleh kerajaan Persekutuan.


146. Kepada yang bukan beragama Islam, usahlah bimbang, kerana mereka tidak akan tertakluk di bawahnya sama sekali dan kerajaan sedang mengkaji dengan halus agar tidak berlakunya unsur penghukuman dualisme.


16. UMNO DAN PERPADUAN UMMAH


Saudara dan saudari sekalian,


147. Renungkanlah, apa sudah terjadi dan dialami oleh saudara-saudara seakidah kita di seluruh dunia. Sebelum nasi menjadi bubur, Mahukah kita menderita dan menerima nasib yang sama seperti yang dialami oleh umat Islam Palestin, Syria dan Selatan Filipina dan banyak tempat lagi.


> 148. Mutakhir, UMNO melahirkan rasa simpati yang mendalam dan mengutuk sekeras-kerasnya segala kezaliman, kekejaman dan penindasan yang berlaku ke atas saudara-saudara se-Islam kita, orang Rohingya di Myanmar. Berkait ini, Kerajaan pimpinan UMNO akan membantu sedaya mungkin agar pihak-pihak yang terlibat menghentikan penganiayaan kemanusiaan ini.


149. Cukup-cukuplah sejarah mengajar kita bahawa, umat Melayu Islam dan ummah telah berkali-kali lumpuh dan runtuh hanya kerana permusuhan dan pembelotan. Hatta, janganlah kita diperkudakan oleh pihak tertentu, kelak menang sorak kampung tergadai.


150. Dari itu, sudah-sudahlah. Saya menyeru, marilah kita bersatu. Atas nama perpaduan umat Melayu dan ummah, lupakan sengketa dan perbezaan antara kita. Bersamalah kita kembali ke pangkal jalan.


151. Sesungguhnya, perpaduan ummah itu amat dekat di hati saya. Kalau kita boleh bersatu dalam pengertian sebenar perpaduan ummah, untuk kepentingan sejagat, mengapa tidak kita mulakannya sekarang di negara kita sendiri.


152. Inilah kemuncak kepada kejayaan perjuangan yakni perpaduan ummah.


153. Ayuhlah, kita ubat luka itu dan jangan menyimbah minyak kepada api permusuhan sesama sendiri lagi.


154. Bak kata orang dulu-dulu,

Air dalam bertambah dalam,
Hujan dahulu belum teduh,
Hati dendam jangan didendam,
Dendam yang dulu mesti disembuh.


155. Sehubungan dengan inilah, atas nama perpaduan ummah, kita mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat dari parti PAS, kerana matang dalam berpolitik dan kekal berada dalam Dewan Parlimen, mendengar pembentangan Bajet 2017 sehingga penghujungnya, dan juga tidak menyertai demonstrasi jalanan anjuran BERSIH.


156. Inilah masanya. Inilah saat dan ketika yang dinantikan bersama, satu perpaduan ummah mulia yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama. Allahu Akbar! Allahu Akbar!


Saudara dan Saudari,


17. KHULASAH KALAM


157. Lantas, Ayuhlah kita berdoa,


BismillahirRahmanirRahim, Ya Allah kau selamatkanlah dan berkatilah bangsa bertuah ini, parti yang berkeramat ini, dan negara yang tercinta ini.


158. Ya Rabbi, kerana di sinilah kami lahir, tumpah dan menitiknya darah kami, di sinilah kami dibesarkan, di tanah dan perwilayahan ini kami berjuang serta dipersempadanan ini juga kami akan disemadikan satu hari kelak.


159. Oleh itu, sesungguhnya Ya Tuhan kami, jika kau yang tidak memberi pertolongan, taufik dan hidayah, maka, pada siapalah lagi dapat kami bergantung dan meletakkan urusan hidup serta mati kami juga anak cucu kami.


160. Janganlah diKau Ya Ilahi Rabbi, biarkan, tanahair ini, nasib bangsa ini, jatuh ke tangan pengkhianat dan pendurjana.

Duhai Sang Yang Maha Berkuasa, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Kau berilah kesentosaan kepada Bangsa Melayu, parti UMNO dan rakyat sekalian serta datangkanlah bahagia pada tanahair ini.


161. Sesungguhnya, Ya Tuhan Yang Maha Agung,kami berjanji akan berjuang bermati-matian hingga ke titisan darah yang terakhir, biarpun nyawa kami ditukar ganti. Amin Allahumma Amin!


Saudara dan saudari,


162. Lantaran itulah, Kerajaan Barisan Nasional dengan izin Allah jua, yakin dan percaya bahawa, angin kemenangan besar Pilihanraya Negeri Sarawak Ke-11 yang lalu, diketuai oleh ‘Apai Besai’ Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan bin Satem, telah berpuput-puput bayunya ke Pilihanraya Kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Sekarang pula, mula meniup obor perjuangan yang kami yakin dan percaya, hari demi hari, mudah-mudahan, dengan kehendak Yang Esa, akan membawa pula kemenangan besar di Pilihanraya Umum Ke-14 yang bakal tiba tidak lama lagi, kepada Kerajaan Barisan Nasional, InsyaAllah.


163. Bersempena pula tersergamnya kompleks baharu Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur, setinggi 70 tingkat, yang saya rasmikan upacara pecah tanahnya 2 hari lepas, bakal menjadi mercu tanda serta perlambangan roh, fizikal, jasmani dan rohani kepada perjuangan UMNO dulu kini dan selamanya.


164. Jadinya, ayuhlah wahai bangsaku sedar, jangan lalai walau seketika, bahawa, kita sedang berdepan dengan cabaran yang tidak pernah dilalui sepertinya.


165. Jikalau UMNO terkubur oleh kelekaan kita, pastinya ia menjadi satu ‘dosa’ yang tidak akan diampunkan oleh anak-anak cucu kita kelak.
166. Apalah akan menimpa bangsa kita nanti? Bila semua sudah punah berkecai, apabila UMNO sudah tidak ada lagi, umpama kupang tembaga yang tidak berguna. Pabila orang-orang Melayu sudah tidak ada tempat bergantung harap, akan tersungkur dan tertiaraplah, menjadi hina, merempat, mengemis, bahkan terbangsat di tanah sendiri.


167. Pada masa itu, zahir UMNO akan tercarik dan luka, batin parti keramat ini juga, pastinya menjerit-jerit dan luluh binasa. Alangkah berhiba-hiba di hati, Tamatlah riwayat Melayu sejati. Nobat nafiri pun tiada bergema dan tidak akan berbunyi lagi.


Saudara dan saudari,


168. Makanya, akhirul kalam, saya selaku Presiden menyeru kepada kalian semua,

Jangan kita mundur walau setapak, jangan kita berpatah jalan walau sejengkal, dengan ibarat pedang di kanan dan terhunus keris di kiri, berselempangkan pula semangat yang tidak mungkin bisa mati.

Kerana janji Tuhan pada tiap yang berusaha tentu ada balasan jayanya. Kalau belum hari ini, esok atau lusa cahaya mentari pasti terbit dan memancar jua.

Ayuhlah, Tanpa gentar dan tiada ragu-ragu lagi. Kita bangun dan berdiri, bersiap untuk berjuang bermati-mati pabila semboyan dibunyi-kan nanti.

Hidup UMNO!
Hidup Barisan!
Hidup Malaysia
Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...