MP Tumpat bidas Najib isu pembangunan Kelantan
Mar 12, 2017
Anggota
parlimen Tumpat Datuk Kamarudin Jaffar mendakwa Umno telah “mendera”
negeri Kelantan kerana membalas dendam ekoran kalah pada pilihan raya
umum (PRU) 1990.
Beliau kurang selesa dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menyalahkan “pemimpin terdahulu” kerana tidak membawa pembangunan ke negeri pantai timur itu.
“Kalau ada apa-apa keputusan yang mengatakan pemimpin terdahulu yang dirujuk, dulu membuat dasar mendera Kelantan, (pada) pengetahuan saya ia bukan keputusan seorang pemimpin sahaja.
“Malah kalau (tak salah) ingatan saya, ia adalah keputusan yang dibuat oleh Umno Kelantan selepas kalah pada tahun 1990 yang lalu.
“Yang mendesak adalah Umno Pusat Malaysia untuk mendera kerana kalah pada PRU tersebut,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.
Semalam Najib berkata pihaknya bertekad untuk terus membawa pembaharuan di Kelantan dengan melaksanakan lebih banyak projek pembangunan bagi manfaat rakyat.
Beliau berkata projek pembangunan bagi kebaikan rakyat dan membantu mengembangkan ekonomi Kelantan itu termasuk pembinaan Hospital Bachok dan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Selain itu Najib turut menyalahkan pemimpin terdahulu yang mengurangkan peruntukan dan gagal membangunkan negeri itu.
Kamarudin bagaimanapun berkata Najib tidak seharusnya merujuk kepada mana-mana individu memandangkan beliau sudah menjadi perdana menteri.
“Saya rasa beliau tak perlu merujuk keputusan pemimpin-pemimpin sebelum ini sebab beliau sudah pun menjadi perdana menteri dalam tempoh yang agak panjang.
“Jadi oleh itu tumpuannya adalah pembangunan luar bandar dan projek infrastruktur,” katanya.