YDP PAS Kawasan Pandan Dedahkan Pertelingkahan PAS-DAP Dalam Mesyuarat Exco Selangor Kepada Portal Pro BN?
Sesuatu
yang agak janggal apabila YDP PAS Kawasan Pandan merangkap Exco
Kerajaan Negeri Selangor mengutus e-mel untuk siaran ke portal Agenda Daily.
Adalah
kurang manis bagi Iskandar untuk memanjangkan masalahnya kepada media
kerana kedudunkannya dalam pentadbiran negeri. Tambahan pula, beliau
boleh juga menyalurkan pandangan tersebut melalui PAS Selangor.
Adalah
jelas bahawa Iskandar memohon supaya Agenda Daily memberi ruang untuk
memberi soroton usul PAS Kawasan Pandan berkenaan 'coalition agreement'
yang telah diluluskan dalam mesyuarat agung mereka pada 21 April 2012.
(Baca Usul 3 di SINI)
Bagi
saya, ada sesuatu yang tidak kena pada Iskandar. Ia seolah-olah
menggambarkan kesukaran bagi dirinya untuk mempertahankan pendirian PAS
dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor. Tanpa pengalaman itu,
pastinya beliau tidak akan meminta PAS Kawasan Pandan yang diketuainya,
membentangkangkan usul berkenaan di mesyuarat agung.
Pastinya,
Iskandar memendam rasa lantaran 2 lagi rakannya dalam Mesyuarat Exco
iaitu Dr Halimah Ali dan Dr Ahmad Yunus Khairi tidak dapat membantunya,
khususnya dalam perkara membabitkan isu berkenaan Islam dan Melayu.
Dr
Ahmad Yunus tentunya amat sukar untuk menandingi Dr Hasan Ali, walhal
beliaulah yang mengambilalih kekosongan yang ditinggalkan, lantaran
pemecatan Dr Hasan dari PAS. Perlantikan Dr Ahmad Yunus tidak lain
hanyalah berperanan untuk diam dan tidak vokal seperti Dr Hasan.
Sementara
Dr Halimah pula pastinya akan bersikap diam diri lantaran terlalu
bergantung kepada pengundi Pulau Ketam yang hampir 100% adalah Cina.
Berbalik
kepada usul PAS Kawasan Pandan ini, ternyata ia tidak mendapat liputan,
apatah lagi reaksi mahu pun sokongan dari media pro PAS serta dipandang
sepi oleh PAS Pusat. Setelah sebulan berlalu, Iskandar membuat langkah
berani dengan memperguna media pro BN untuk melaporkan usul tersebut.
Malang
bagi Iskandar, apabila terpaksa berkeseorangan dalam hal ini. Mungkin,
acapkali bertelingkah di mesyuarat exco, Teressa Kok akan mengadu kepada
Khalid Samad dan akhirnya Iskandar pula yang dijerkah oleh Timbalan
Pesuruhjaya PAS Selangor itu.
Namun, mungkin itulah langkah
terbaik yang dapat dilakukan oleh Iskandar. Kalau beliau menggunakan
Utusan Malaysia, pasti beliau akan menerima nasib yang sama seperti Dr
Hasan Ali.
Malam tadi semua maklum, Debat antara KJ sama Rafizi.
Dianjurkan oleh Sinar Harian dengan disaksikan secara langsung di Astro Awani.
Semua dapat tengok macam mana Rafizi tak fokus pada tajuk debat itu sendiri, pasal PTPTN.
Dia ambil peluang yang ada dengan cuba untuk menggunakan sentimen yang tidak kena mengena dengan hal mahasiswa.
Pasal lembu lah, pasal NFC lah, pasal bapak mertua lah (Pak Lah),
Ini bukti suara pakatan hanya bermain dengan emosi.
PART 1
PART 2
PART 3
Walhal persoalan mengenai janji pakatan dalam manifesto lepas yang ingin memberi pendidikan percuma di tahap tadika pun tidak terlaksana !
Forum debat yang ada hanya digunakan seolah-olah pergi ceramah maki maki yang PAS PKR selalu buat tiap-tiap malam.
Walaubagaimanapun, setiap tohmahan dan cerita buruk tu dijawab dengan 'cool' oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.
Dan bila dilihat pada komen-komen cybertrooper PR pada artikel portal
dan blog pro BN (yang memainkan isu debat ini), malah di laman You Tube
sekalipun, rata-rata dari mereka cuba lagi bermain emosi sepertimana
dilakukan Rafizi malam tadi. Mereka cuba lagi spin sedaya upaya.
Dah nama pun LIVE, lintas langsung, maka nya sukarlah pihak cybertroopers PR nak menjalankan agenda jahat mereka. Setakat spin gitu-gitu aje lah. (kita kena faham mereka adalah pencacai, sorry, pekerja untuk pakatan pembangkang)
Kesimpulannya, peluang yang terbuka luas, telah digunakan Rafizi untuk
bermain sentimen emosi terhadap KJ. Bukan kepada perkara asas debat itu
dianjurkan, mengenai PTPTN. Rafizi sedar isu PTPTN ini sukar untuk
beliau kuasai dalam debat semalam. Hinggakan dia cuba untuk menggunakan
dan bermain 'fakta' nombor serta angka di negara-negara lain (tak betul
pun sebenarnya, spin)
Realiti, KJ berjaya, Rafizi GAGAL !
Debat PTPTN : NGO Sifatkan Hujah Rafizi Umpama Ludah Ke Muka Sendiri
Beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
menyifatkan hujah Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli di dalam debat
bersama Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin dalam isu
penghapusan hutan PTPTN ibarat seperti meludah ke langit, terkena muka
sendiri.
Ini memandangkan tadika PASTI yang dimiliki oleh salah satu parti
Pakatan Pembangkang pun tidak mampu diberikan secara percuma, inikan
pula mahu menghapuskan hutang PTPTN yang jumlahnya berbiliion ringgit
termasuk mahu memberikan pendidikan percuma kepada pelajar di negara
ini.
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan
Melayu Malaysia (Pewaris Malaysia), Zulkipli Hamid hujah-hujah yang
diberikan oleh Rafizi itu sememangnya meludah ke muka sendiri, apabila
negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Pembangkang sendiri tidak mampu
untuk menghapuskan hutang-hutang pelajar dan memberikan pendidikan
percuma kepada pelajar-pelajar di negeri-negeri yang mereka kuasai.
“Kalau kita nak suruh orang buat sesuatu, kita mesti laksanakan dulu.
Sebagai contoh, kalau kita sebagai bapa nak suruh anak solat, kita
sendiri kena laksanakan solat terlebih dulu. Barulah jadi contoh. Kalau
Pakatan Pembangkang minta kerajaan hapuskan PTPTN, mereka kena buat
dulu.
“ Hapuskan dulu hutang PTPTN dan berikan pendidikan percuma di setiap
universiti yang ada di negeri yang mereka kuasai terlebih dulu baru
boleh bercerita dengan orang lain. Yuran tadika PASTI pun yuran mereka
naikkan, bagaimana mereka nak bercakap soal hapuskan hutang dan suruh
rakyat berikan pendidikan percuma?,” soal beliau tegas.
Manakala menurut Setiausaha Gabungan NGO Malaysia, Ramli Jurit,
perdebatan semalam memperlihatkan hujah Pengarah Strategik PKR yang
tidak konsisten, selain mengeluarkan fakta-fakta yang tidak jelas
sebagai hujah.
“Saya lihat hujah-hujah beliau semalam membuktikan tidak ada sebarang
kajian yang dibuat sebelum mengeluarkan sebarang pandangan. Isu
menghapuskan pinjaman PTPTN ini merupakan satu isu besar. Ia melibatkan
berbilion duit rakyat. Jadi, ia memerlukan pandangan dari semua pihak,
dan bukan hanya berdasarkan fakta-fakta yang semberono yang tidak tepat.
Bukan hanya bercakap ikut sedap sahaja.
“Contohnya kenyataan beliau tentang negara Turki kononnya memberikan
pendidikan percuma kepada rakyatnya. Ini tidak benar. Turki tidak
memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya. Ini buat saya jadi
pelik, bagaimana seorang yang dilantik menjadi pengarah strategik PKR
boleh mengeluarkan kenyataan sebegitu tanpa membuat kajian terlebih
dulu,” tegasnya.
Selain itu kata beliau lagi, Rafizi juga banyak bertanyakan soalan yang menyimpang dari isu sebenar tujuan debat itu diadakan.
“Debat ini perkara utamanya ialah isu PTPTN. Tetapi kenapa pula dia
boleh bertanya tentang duit Petronas kepada Khairy. Sudah tentu Khairy
tidak boleh menjawab soalan tersebut kerana itu bukan di bawah bidang
kekuasaannya.
“Sudah tentu yang hanya boleh menjawab soalan tersebut adalah
Petronas. Di sinilah yang saya katakan tadi bahawa banyak soalan-soalan
yang Rafizi tanya pada Khairy tidak kena pada tempatnya, disamping
Rafizi sendiri banyak memberikan fakta-fakta yang tidak jelas dan ada
yang tidak benar sama sekali,” tambahnya lagi.
Ini secara tidak langsung menurut Ramli, menyerlahkan lagi kelemahan
pihak pembangkang yang amat suka melontarkan fakta dan hujah yang tidak
benar, dengan ertikata yang mudah, sanggup berbohong semata-mata untuk
mengelirukan rakyat.
“Isu PTPTN ini juga sebenarnya hanyalah isu yang dibangkitkan untuk
menarik hati golongan muda. Ini adalah isu pilihanraya, tidak lebih dari
itu. Biarpun segala alasan yang mereka bagi konon-kononnya ada cara
untuk memberikan pendidikan percuma dan menghapuskan hutang PTPTN, namun
itu tidak mungkin dapat mereka laksanakan, kerana cara dan pendekatan
itu hanya semata-mata alasan untuk kepentingan politik semata-mata,”
akhiri beliau. -MediaUMNO
Pakatan haprak hari ini berasa amat berbangga membawa masuk
Irshad Manji yang melaungkan kebebasan bersuara dan juga hak asasi
manusia.Produk ini yang dibawa khas dari barat ini adalah acuan penting
untuk menukar pemikiran umat Islam dinegara ini yang dikatakan masih
kolot dan tidak terbuka.
Pluralisme,liberalisme
yang diperjuangkan oleh Anwar dan seluruh umat Islam pakatan nampaknya
sudah memberikan hasil yang baik. Kita lihat bagaimana para pemimpin PAS
sudah boleh menerima LGBT,begitu juga peliwat diberikan pembelaan
kerana ia adalah hak individu.Tidak ada seorang pemimpin PAS atau pun
PKR mendesak agar Irshad dihalau keluar,sebaliknya mereka menyertai
beberapa program Irshad di Kuala Lumpur.
Artikel dibawah adalah promo Malaysiakini untuk mengubah pemikiran jumud umat Islam...korang boleh terima?
Penulis wanita yang melabelkan dirinya sebagai reformis Islam, Irshad Manji, seolah-olah tidak gentar apabila buku pertamanya, The Trouble with Islam Today: A Muslim's Call for Reform in Her Faith diharamkan edarannya di Malaysia. Beliau tetap hadir ke ibu negara minggu lalu untuk mempromosi buku terbarunya, Allah, Liberty and Love yang dianggap menghina Islam oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Irshad tetap konsisten dengan premis yang dikemukakan dalam buku
pertamanya, mendakwa bahawa "Muslim adalah satu masalah kepada Islam
hari ini."
Menurutnya, masyarakat bukan Islam hanya memahami maksud Islam berdasarkan perlakuan umat Islam itu sendiri.
"Pengertian
Islam itu tidak penting tetapi perkara yang kita lakukan sebagai
Muslim itu yang memberi pengertian kepada Islam," katanya.
Walaupun
begitu, Irshad berkata beliau percaya penyelesaian kepada masalah itu
terletak di tangan umat Islam sendiri – selari dengan ayat Al-Quran
yang menyarankan bahawa nasib sesuatu kaum itu akan hanya dapat diubah
kaum itu sendiri.
Irshad menggesa Muslim hari ini kembali
kepada 'ijtihad' iaitu tradisi yang menurutnya 'menggalakkan pemikiran
bebas dan merdeka'.
"Dalam pendekatan saya kepada Islam, ijitihad adalah antara nilai yang paling penting untuk diraikan.
"(Ini
kerana) dalam Quran terdapat lebih tiga kali seruan untuk berfikir,
analisis, merenung dan berfikir semula berbanding surah-surah yang
memberitahu kita perkara yang betul dan yang salah," kata Irshad.
Ancaman jadi dorongan Seruannya
itu mengundang perasaan kurang senang pelbagai pihak yang
menganggapnya mencabar kewibawaan golongan ulama yang dipercayai lebih
layak berbicara tentang Islam. Natijahnya, beliau menerima banyak surat ugutan termasuklah ugutan bunuh selepas penerbitan buku pertamanya.
Hinggakan, beliau terpaksa melengkapi kediamannya di New York dengan cermin kalis peluru sebagai langkah keselamatan.
Di
sebalik semua ancaman itu, Irshad mendakwa menerima sokongan dari
beberapa Muslim generasi muda yang bersetuju dengan mesej dalam buku
pertamanya tetapi takut untuk bersuara.
Sokongan itu, kata Irshad, mendorongnya menulis buku terbarunya.
"Allah,
Kebebasan dan Cinta (adalah) untuk membantu generasi muda Muslim
mengatasi rasa takut dan menjadi lebih jujur kepada diri mereka sendiri
dan juga Allah," katanya.
Selain itu, kata Irshad, buku
terbarunya turut menyampaikan mesej "keberanian moral" yang menuntut
"berkata benar kepada mereka yang berkuasa di dalam masyarakat demi
manfaat yang melangkaui masyarakat itu sendiri."
"Saya percaya ini mesej buat generasi baru yang merentasi agama dan budaya," katanya.
Mengakui
dirinya sebagai sebahagian daripada kelompok yang menerima Al-Quran
sebagai sumber rujukan tunggal Islam, Irshad menolak peranan ulama dan
mufti yang didakwanya menyebabkan agama dan kepercayaan bertukar menjadi
dogma yang "kaku."
"Dogma selalu tercabar dengan soalan.
Dogma sifatnya kaku dan ia tidak dapat dipertahankan apabila dicabar
dengan pemerhatian yang teliti," katanya.
Tolak hadis, hukum Islam
Irshad juga berpendapat iman merupakan perkara yang sangat peribadi di antara seorang Muslim dan Tuhannya.
Ia
adalah satu hubungan unik yang menurut Irshad menjadi sumber kekuatan
ilmuan Islam zaman lampau menjadi individu yang hebat dan menguasai
pelbagai disiplin ilmu.
"Kepercayaan saya (adalah) dengan Tuhan, bukan dengan duta Tuhan yang melantik diri mereka sendiri," katanya.
Beliau
juga secara berterus-terang mengaku menolak hadis dan hukum syariah,
yang diterima sebahagaian besar penganut Islam sebagai sebahagian
daripada sumber rujukan dalam Islam.
Sebaliknya, beliau menerima Al-Quran dan menterjemah serta memahami Al-Quran berdasarkan sifat kitab suci itu yang lengkap.
"Interpretasi
saya terhadap Quran adalah berdasarkan Quran itu sendiri. Hadis adalah
ciptaan manusia. Undang-undang Islam juga ciptaan manusia.
"Manusia tidak sempurna. Undang-undang ini dan hadis seperti manusia, juga tidak sempurna," katanya.
Ironinya,
beliau mengakui konsep ijtihad yang dipromosikannya bukan berasal dari
Al-Quran tetapi dicipta ulama Islam selepas Al-Quran diturunkan.
"Quran
sendiri tidak guna perkataan ijtihad. Tetapi surah-surah dalam Quran
menggalakkan penggunaan minda, kemahuan sendiri dan suara hati yang
diberikan Allah untuk terus berfikir," katanya.
Edisi terjemahan buku terbarunya, Allah, Kebebasan dan Cinta dilancarkan Sabtu lalu di Kuala Lumpur dan dijangka akan berada di pasaran tidak lama lagi.-Msiakini
Komen Abu Aqif: ZAINI si SYIAH SESAT dari Bangi call lagi. Lihat
video minit ke 17.30. Kerja SYIAH SESAT asyik nak melagakan orang je.
Mula² cakap steady je. Lepas tu kelam kabut cakap nak cepat. takut orang
putuskan talian. Orang tak heran dengan soalan kau la SYIAH wei. Kat
Malaysia ni tak terima SYIAH. Jakim dah fatwa SYIAH SESAT. Taubat la
kamu wahai ZAINI SYIAH.
Acara: Hello Malaysia - Antara Intan & Kaca Lokasi: Bernama TV Tarikh: 10/05/2012- Khamis - 10PM Moderator: Ustaz Fathul Bari Mat Jahya - CEO ILMU
Panel: 1. Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi - Naib Presiden UMNO 2. Ustaz Dr Fadlan Mohd Othman - Chairman ILMU
1. Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi - Naib Presiden UMNO 2. Ustaz Dr Fadlan Mohd Othman - Chairman ILMU
EKSKLUSIF AND HOT VIDEO !!! USTAZ KAMAL SAIDIN BELASAH PAS KAW-KAW !!! WAJIB LIHAT !!!
Ustaz
Kamal Saidin Membalasah PAS Kaw-Kaw ketika ceramah di Padang
Futsal,Kampung Melaka,Bagan Tengkorak,Tanjung Karang,Selangor.Pada 19.052012 jom lihat
video di bawah