Debat GAGAL, Penyokong Rafizi Emosi
Dianjurkan oleh Sinar Harian dengan disaksikan secara langsung di Astro Awani.
Semua dapat tengok macam mana Rafizi tak fokus pada tajuk debat itu sendiri, pasal PTPTN.
Dia ambil peluang yang ada dengan cuba untuk menggunakan sentimen yang tidak kena mengena dengan hal mahasiswa.
Pasal lembu lah, pasal NFC lah, pasal bapak mertua lah (Pak Lah),
Ini bukti suara pakatan hanya bermain dengan emosi.
PART 1
PART 2
PART 3
Walhal persoalan mengenai janji pakatan dalam manifesto lepas yang ingin memberi pendidikan percuma di tahap tadika pun tidak terlaksana !
Forum debat yang ada hanya digunakan seolah-olah pergi ceramah maki maki yang PAS PKR selalu buat tiap-tiap malam.
Walaubagaimanapun, setiap tohmahan dan cerita buruk tu dijawab dengan 'cool' oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.
Dan bila dilihat pada komen-komen cybertrooper PR pada artikel portal dan blog pro BN (yang memainkan isu debat ini), malah di laman You Tube sekalipun, rata-rata dari mereka cuba lagi bermain emosi sepertimana dilakukan Rafizi malam tadi. Mereka cuba lagi spin sedaya upaya.
Dah nama pun LIVE, lintas langsung, maka nya sukarlah pihak cybertroopers PR nak menjalankan agenda jahat mereka. Setakat spin gitu-gitu aje lah. (kita kena faham mereka adalah pencacai, sorry, pekerja untuk pakatan pembangkang)
Forum debat yang ada hanya digunakan seolah-olah pergi ceramah maki maki yang PAS PKR selalu buat tiap-tiap malam.
Walaubagaimanapun, setiap tohmahan dan cerita buruk tu dijawab dengan 'cool' oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.
Dan bila dilihat pada komen-komen cybertrooper PR pada artikel portal dan blog pro BN (yang memainkan isu debat ini), malah di laman You Tube sekalipun, rata-rata dari mereka cuba lagi bermain emosi sepertimana dilakukan Rafizi malam tadi. Mereka cuba lagi spin sedaya upaya.
Dah nama pun LIVE, lintas langsung, maka nya sukarlah pihak cybertroopers PR nak menjalankan agenda jahat mereka. Setakat spin gitu-gitu aje lah. (kita kena faham mereka adalah pencacai, sorry, pekerja untuk pakatan pembangkang)
Realiti, KJ berjaya, Rafizi GAGAL !
Debat PTPTN : NGO Sifatkan Hujah Rafizi Umpama Ludah Ke Muka Sendiri
Beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
menyifatkan hujah Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli di dalam debat
bersama Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin dalam isu
penghapusan hutan PTPTN ibarat seperti meludah ke langit, terkena muka
sendiri.
Ini memandangkan tadika PASTI yang dimiliki oleh salah satu parti
Pakatan Pembangkang pun tidak mampu diberikan secara percuma, inikan
pula mahu menghapuskan hutang PTPTN yang jumlahnya berbiliion ringgit
termasuk mahu memberikan pendidikan percuma kepada pelajar di negara
ini.
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan
Melayu Malaysia (Pewaris Malaysia), Zulkipli Hamid hujah-hujah yang
diberikan oleh Rafizi itu sememangnya meludah ke muka sendiri, apabila
negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Pembangkang sendiri tidak mampu
untuk menghapuskan hutang-hutang pelajar dan memberikan pendidikan
percuma kepada pelajar-pelajar di negeri-negeri yang mereka kuasai.
“Kalau kita nak suruh orang buat sesuatu, kita mesti laksanakan dulu.
Sebagai contoh, kalau kita sebagai bapa nak suruh anak solat, kita
sendiri kena laksanakan solat terlebih dulu. Barulah jadi contoh. Kalau
Pakatan Pembangkang minta kerajaan hapuskan PTPTN, mereka kena buat
dulu.
“ Hapuskan dulu hutang PTPTN dan berikan pendidikan percuma di setiap
universiti yang ada di negeri yang mereka kuasai terlebih dulu baru
boleh bercerita dengan orang lain. Yuran tadika PASTI pun yuran mereka
naikkan, bagaimana mereka nak bercakap soal hapuskan hutang dan suruh
rakyat berikan pendidikan percuma?,” soal beliau tegas.
Manakala menurut Setiausaha Gabungan NGO Malaysia, Ramli Jurit,
perdebatan semalam memperlihatkan hujah Pengarah Strategik PKR yang
tidak konsisten, selain mengeluarkan fakta-fakta yang tidak jelas
sebagai hujah.
“Saya lihat hujah-hujah beliau semalam membuktikan tidak ada sebarang
kajian yang dibuat sebelum mengeluarkan sebarang pandangan. Isu
menghapuskan pinjaman PTPTN ini merupakan satu isu besar. Ia melibatkan
berbilion duit rakyat. Jadi, ia memerlukan pandangan dari semua pihak,
dan bukan hanya berdasarkan fakta-fakta yang semberono yang tidak tepat.
Bukan hanya bercakap ikut sedap sahaja.
“Contohnya kenyataan beliau tentang negara Turki kononnya memberikan
pendidikan percuma kepada rakyatnya. Ini tidak benar. Turki tidak
memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya. Ini buat saya jadi
pelik, bagaimana seorang yang dilantik menjadi pengarah strategik PKR
boleh mengeluarkan kenyataan sebegitu tanpa membuat kajian terlebih
dulu,” tegasnya.
Selain itu kata beliau lagi, Rafizi juga banyak bertanyakan soalan yang menyimpang dari isu sebenar tujuan debat itu diadakan.
“Debat ini perkara utamanya ialah isu PTPTN. Tetapi kenapa pula dia
boleh bertanya tentang duit Petronas kepada Khairy. Sudah tentu Khairy
tidak boleh menjawab soalan tersebut kerana itu bukan di bawah bidang
kekuasaannya.
“Sudah tentu yang hanya boleh menjawab soalan tersebut adalah
Petronas. Di sinilah yang saya katakan tadi bahawa banyak soalan-soalan
yang Rafizi tanya pada Khairy tidak kena pada tempatnya, disamping
Rafizi sendiri banyak memberikan fakta-fakta yang tidak jelas dan ada
yang tidak benar sama sekali,” tambahnya lagi.
Ini secara tidak langsung menurut Ramli, menyerlahkan lagi kelemahan
pihak pembangkang yang amat suka melontarkan fakta dan hujah yang tidak
benar, dengan ertikata yang mudah, sanggup berbohong semata-mata untuk
mengelirukan rakyat.
“Isu PTPTN ini juga sebenarnya hanyalah isu yang dibangkitkan untuk
menarik hati golongan muda. Ini adalah isu pilihanraya, tidak lebih dari
itu. Biarpun segala alasan yang mereka bagi konon-kononnya ada cara
untuk memberikan pendidikan percuma dan menghapuskan hutang PTPTN, namun
itu tidak mungkin dapat mereka laksanakan, kerana cara dan pendekatan
itu hanya semata-mata alasan untuk kepentingan politik semata-mata,”
akhiri beliau. -MediaUMNO
No comments:
Post a Comment