Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, August 18, 2018

PM Mahathir ucap tahniah kejayaan pasukan bolasepak B23 negara


 
Sukan Asia 2018: Sorotan Aksi Perlawanan | Malaysia 2 - 1 Korea Selatan ...
Published on Aug 17, 2018

Sejarah tercipta apabila Malaysia mencatat kemenangan keatas Korea Selatan dalam perlawanan peringkat kumpulan, acara bolasepak Sukan Asia 2018.

 Keputusan FT:

Malaysia 2-1 Korea Selatan

5’, 45+1’ Safawi Rasid (MAS)

88’ Hwang U. J. (KOR)

SUBSCRIBE YouTube Astro Arena (youtube.com/AstroArena)
Layari portal berita sukan





Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Kemenangan sensasi pasukan bola sepak lelaki Bawah 23 tahun Malaysia
ke atas pasukan pilihan Korea Selatan di Sukan Asia 2018 pada Jumaat
menarik perhatian Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


Dr Mahathir menerusi laman Twitter hari ini mengucapkan tahniah atas
kejayaan membanggakan dilakar pasukan bimbingan Datuk Ong Kim Swee yang
menewaskan Korea Selatan 2-1.


“Tahniah kepada skuad bola sepak negara ke Sukan Asia atas
kemenangan. Malaysia Boleh!,” katanya yang kini berada di China bagi
lawatan rasmi lima hari di sana.


Dalam aksi Kumpulan E di Stadium Si Jalak Harupat, Malaysia nyata
tidak gentar berhadapan pasukan memiliki reputasi tinggi itu apabila
mendahului pada minit keempat, hasil jaringan Muhammad Safawi Rasid, dan
sekali lagi menambah jaringan pada minit ke-45.


Penjaga gol skuad Bawah 23 tahun Malaysia, Muhammad Haziq Nadzli
kebal mempertahankan gawang sebelum akhirnya dibolosi pasukan Korea
Selatan pada minit ke-87 melalui jaringan Hwang Ui Jo.


Menerusi kemenangan itu, skuad muda Malaysia kini mendahului Kumpulan
E dengan mengumpul enam mata, sekali gus layak ke pusingan kedua.


Malaysia dijadual bertemu Bahrain pada perlawanan terakhir kumpulan, 20 Ogos ini.


- Bernama




Tun Dr Mahathir Hentam UMNO ''UMNO Tak Malu Mengaku Duit Rakyat Duit Mer...


 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini

 

100 HARI | Selepas mengelak
sebarang konfrontasi dengan BN sejak PRU ke-14, Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir malam ini menyasarkan kritikannya terhadap gabungan itu yang
menurutnya cenderung mencetuskan kebencian dan menyebabkan negara
menanggung hutang yang besar.




"Setelah kalah BN masih cuba mengeruhkan keadaan dengan memainkan
politik perkauman dan agama, bahkan cuba mengheret Raja-raja Melayu
supaya menimbulkan kebencian terhadap kerajaan Pakatan Harapan
(HARAPAN).




"Setiap pelantikan ke jawatan penting dalam kerajaan dicemuh dari
kaca masa bangsa dan agama. Mereka lupa apabila mereka melantik pegawai,
yang diutamakan adalah sokongan tidak berbelah bahagi kepada parti
mereka.




"Undang-undang yang mereka cipta bertujuan menjadikan mereka kebal
dan menekan musuh mereka tanpa alasan. Akhbar dan media mereka diguna
untuk menutup salah laku dan pembohongan mereka," katanya dalam
perutusan khas sempena 100 hari pentadbiran HARAPAN ygn disiarkan secara
langsung pada pukul 8.30 malam ini.




Beliau berkata, setelah mengambil alih kerajaan, HARAPAN mendapati
semua jabatan kerajaan ditakutkan oleh kerajaan dulu dan dipergunakan
untuk "membuat kerja parti".




"Hutang mereka berjumlah trillion ringgit, angka yang tidak pernah
kita dengar dahulu. Namun dengan sombongnya mereka nafi yang mereka
melakukan kerosakan ini.




"Dengan tidak merasa malu, mereka mengaku wang berjuta ringgit yang
dikesan (oleh pihak berkuasa) adalah untuk parti mereka. Bagaimana
mereka boleh ada sebegitu banyak wang tidak dijelaskan," katanya lagi.




Wang bukan lagi raja




Mahathir berkata pentadbirannya telah menghapuskan falsafah 'wang itu raja' (cash is king), merujuk dakwaan yang sering diulangnya bahawa prinsip itu adalah amalan utama pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.




"Wang hanya menjadi raja kalau memiliki jumlah yang besar. Untuk
parti politik mendapat wang yang sebegini banyak, tidak ada jalan lain
daripada mencuri.




"Beban yang besar yang ditinggal oleh pemerintah dahulu ialah hutang
bertrillion ringgit. Untuk membayar faedah sahaja boleh jadi kita
muflis. Apatah lagi dengan bayaran hutang pokok."




Dengan sokongan yang padu daripada rakyat, katanya lagi, "kerajaan
kleptokrasi" Najib berjaya dikalahkan dan tarikh 9 Mei akan kekal dalam
sejarah negara.




"Kejayaan ini pasti akan tercatat di dalam lipatan sejarah negara
sebagai satu kemenangan rakyat yang tidak ada tolok bandingannya.




"Ada yang anggap kemenangan ini sebagai 'miracle' atau
keajaiban. Lebih-lebih lagi apabila ia dicapai tanpa pertumpahan darah
ataupun pertembungan antara rakyat dengan pihak berkuasa seperti yang
kita saksikan di serata dunia," katanya.




Tiada toleransi terhadap rasuah




Beliau berkata kerajaan kini sedang merangka undang-undang untuk
mengawal selia pembiayaan politik dan dasar berhubung pemberian hadiah
dan derma kepada anggota pentadbiran.




"Kerajaan telah memutuskan untuk melakukan penambahbaikan mekanisme
penerimaan hadiah, keraian dan upahan oleh anggota pentadbiran.




"Tafsiran anggota pentadbiran diperluas sehingga termasuk perdana
menteri dan timbalan perdana menteri. Mereka juga perlu melaporkan
penerimaan hadiah, keraian dan upahan," katanya lagi.


Mahathir berikrar untuk tidak menyekat media tetapi memberi amaran ia
tidak boleh digunakan untuk mencetuskan provokasi kaum di kalangan
rakyat.




"Kerajaan percaya di masa akan datang, tidak kira parti mana yang memerintah, siapa yang menjadi perdana menteri dan menteri, pengukuhan institusi-institusi akan memastikan rasuah, salah guna kuasa dan pencurian wang dan harta awam tidak akan berlaku.




"Dan jika ianya berlaku mereka tidak akan terlepas tindakan undang-undang.


"Inilah pegangan Kerajaan hari ini iaitu menghormati dan menghayati kehendak rakyat supaya the rule of law, pemerintahan

mengikut undang-undang dikuatkuasakan," katanya lagi.


Friday, August 17, 2018

Terdiam UMNO! Tony Pua DEDAH UMNO Halang Siasat Najib, Jho Low! ''Tak Si...


 
ANAS! Tony Pua DEDAH UMNO Halang Siasat Najib, Jho Low! ''Tak Siasat Mana Tahu!''

10 janji 100 hari, apa kata rakyat?


 
Published on Aug 16, 2018

Terlalu awal untuk menilai tampuk pemerintahan Pakatan Harapan dalam 100 hari berbanding Barisan Nasional yang memerintah negara selama 61 tahun, menurut tinjauan awam oleh KiniTV.
 
Tahniah Pakatan Harapan. Saya berpuashati setakat ini. Ada beberapa
perkara saya tak setuju tetapi saya tidak pernah rasa kecewa. Berbanding
duduk dibawah BN untuk tempoh 5 tahun lagi jauh baik saya rasa kita
berikan Pakatan Harapan peluang dan ruang untuk membetulkan. Nampak
pencegahan rasuah, pembongkaran skandal, penjimatan tadbir urus,
pembanterasan PATI dan penghapusan GST. Teruskan usaha anda. Jangan
peduli kata2 negatif kecuali mana2 yang membina dan boleh diperbaiki.
Jangan sesekali jadi sombong dan sentiasa menghormati rakyat dan
pembangkang.

Syabas.

Pengerusi PAC, MP BN Terkedu Kena Hentam Dengan Lim Guan Eng


Kenapa Pengerusi Ubah Surat PAC? -Terus Gagap YB BN Kena Tanya Soalan Pa...


Bekas pengerusi PAC mengaku padam perkataan dalam laporan 1MDB


 

Kenapa Pengerusi Ubah Surat PAC? -Terus Gagap YB BN Kena Tanya Soalan Padu Oleh Tony Pua



Published on Aug 16, 2018
Bekas pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam hari ini berkata dia memadam beberapa baris perkataan dalam laporan jawatankuasa itu berhubung 1MDB kerana dimaklumkan maklumat berkenaan "bertaraf risikan".

Datuk Hasan Arifin, yang mendiamkan lebih dua tahun, memberitahu Dewan Rakyat bahawa dia membuat perkara itu pada 2016 bagi menghapuskan bahagian mengenai pemilikan Good Star Limited (GSL) selepas menerima surat dari Bank Negara Malaysia (BNM).

Menurutnya, BNM menulis surat dan memaklumkan bahawa maklumat berhubung GSL itu "bertaraf risikan".

Bercakap ketika membahaskan usul kerajaan agar PAC membuka semula siasatan ke atas 1MDB, Hasan berkata keputusan yang dibuatnya itu adalah bagi menjamin integriti PAC.

Thursday, August 16, 2018

PAS: Undi MCA di PRK Balakong sebab mereka rakyat Malaysia @ Bukah MCA juga kafir Harbi TOLAK RUU355

Antara sebab kerajaan UMNO/BN dan PAS gagal dalam RUU355 kerana ada MCA dan MIC dlm BN. Masa tu PAS anggap Cina DAP sebagai kafir Harbi yg boleh ditentang. Mcm mana pula dgn MCA yg juga tentang RUU355 hingga kjaan UMNO/BN gagal dlm RUU355. Nampak sangat PAS ini pentingkan kuasa, konon gunakan agama. TAPI setiap kehalalan yg diutarakan hanya utk kepentingan politik sahaja. MALU lah sikit cakap berbolak-balik. Masa bersatu dgn DAP , DAP bagus; UMNO busuk. Sekarang bila bersatu dgn UMNO, MCA bagus pula. Percakapan penuh dusta dan nista. Inikah amalan PAS, berdasarkan Islam yg sebenar. Sifat hasad dengki dan khianat kpd mereka yg tak bersama dgn PAS lagi.



PAS: Undi MCA di PRK Balakong sebab mereka rakyat Malaysia: Berbanding dengan kerajaan HARAPAN yang bekerjasama dengan rakyat asing, kata setiausaha Majlis Syura Ulama PAS itu.



Zulaikha Zulkifli  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Jika alasan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya anggota
parti mengundi calon MCA pada pilihan raya kecil (PRK) di kerusi DUN
Balakong adalah atas "semangat pembangkang" hari ini, setiausaha Majlis
Syura Ulama parti itu memberi hujah yang berlainan.


Datuk Dr Nik Zawawi Salleh (PAS-Pasir Puteh) ketika membahaskan usul
Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) di Dewan Rakyat,
berkata, walaupun MCA menentang hukum hudud, sokongan kepada parti Cina
itu dibuat kerana mereka adalah "rakyat Malaysia".


"PAS kalau bekerjasama dengan MCA, Umno (sebab) mereka adalah rakyat Malaysia.


"Berbanding dengan di sebelah sana (kerajaan) yang bekerjasama dan
bekerja dengan rakyat asing, IRI (International Republican Institute),"
katanya ketika menjawab soalan Cha Kee Chin (HARAPAN-Rasah).


Nik Zawawi dipercayai merujuk kepada kenyataan Presiden IRI, Daniel
Twining yang mendakwa usaha pertubuhannya untuk "mengukuhkan" parti
pembangkang di Malaysia sudah berjalan sejak 2002.


IRI merupakan badan gabungan dengan Parti Republikan di Amerika
Syarikat dan merupakan salah satu daripada kumpulan yang didanai oleh
National Endowment for Democracy (NED) yang mendapat dana daripada
Kongres AS.


Chen bertanya mengenai pendirian PAS pada PRK DUN Balakong yang
dilihat  bersedia menjalinkan kerjasama dengan MCA meskipun parti itu
sebelum ini dengan lantang menolak usul Rang Undang-undang (RUU) Akta
355 berkaitan hukum hudud yang dibawa PAS.


MCA selama ini konsisten secara terbuka menolak RUU berkenaan yang
ingin meningkatkan hukuman yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah.


Abdul Hadi, malam semalam meminta anggotanya mengundi MCA atas semangat pembangkang.


Isu kerjasama antara MCA itu timbul selepas Nik Zawawi dalam
ucapannya sebelum itu mengkritik tindakan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang
bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.


Ia susulan, terdapat beberapa pemimpin dalam HARAPAN yang pernah mengkritik perdana menteri berkenaan.


Kenyataan berkenaan dikeluarkan bagi menyokong hujah Nik Zawawi agar Akta Antiberita Tidak Benar tidak dimansuhkan.


"Akta antiberita palsu ini sangat efisien dan lebih baik untuk sistem perundangan dalam negara.


"Saya amati ucapan-ucapan yang disebut oleh wakil daripada kerajaan
seperti wakil Port Dickson (Danyal Balagopal Abdullah) - (mansuh akta
berkenaan) untuk lahirkan rakyat berani tegur kerajaan, pemimpin.


"Apa cerita dulu sebahagain pemimpin yang komen Langkawi (Dr
Mahathir) berapi-api, macam-macam komen, kenapa hari ini senyap? Apakah
mereka jilat ludah sendiri?


"Dengan hapus benda (akta) ini, ia lahirkan masyarakat yang berani menegur, ini sangat terpesong jauh," katanya.


Wednesday, August 15, 2018

'Kalau saya suruh bunuh, nak bunuh tak?'


 
Published on Aug 15, 2018

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan penjawat awam seperti PTD, polis dan tentera untuk berkhidmat dengan setia kepada kerajaan tetapi bukan sehingga tahap melakukan jenayah.

“Kalau saya bagi arahan suruh bunuh, nak pi (pergi) bunuh tak?

"Kamu tidak perlu ikut semua arahan. Hanya ikut arahan yang tertakluk di bawah dasar-dasar kerajaan,” katanya di hadapan kira-kira 3,500 Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan menteri-menteri kabinet yang menghadiri sesi Town Hall Bersama PTD di Putrajaya hari ini.

Dr Mahathir berkata jika pegawai kerajaan mendapati tugas yang diberikan adalah jelas salah atau berunsur jenayah, mereka tidak seharusnya mengikut sahaja arahan tersebut.

"Ada beza antara arahan yang mengikut dasar tertentu dengan arahan melakukan jenayah,” katanya sambil menambah bahawa adalah salah jika pengawai kerajaan menerima arahan untuk melakukan jenayah, seperti menyembunyikan bukti jenayah.

Mahathir, yang tidak menyebut sebarang kes tertentu, berkata kakitangan awam, termasuk anggota polis dan tentera, berhak mengingkari perintah jika ia melanggar nilai moral.

Walau bagaimanapun, beliau berkata ada kakitangan kerjaan yang secara buta mengikut arahan.

“Apabila disuruh buat benda salah, ada pegawai yang sanggup, diarah sembunyi bukti tu.. dan kenakan hukum kepada sesiapa yang membocor, itu salah,” katanya.

Dr Mahahtir berkata pegawai kerajaan perlu tegas menidakkan arahan yang tidak wajar seperti turun berkempen untuk parti politik walaupun diugut dikenakan tindakan.

Tuesday, August 14, 2018

ZAHARIN MOHD YASIN-SERANGAN KEM RAFIZI RAMLI TERHADAP TUN MAHATHIR (TUN M)


ZAHARIN MOHD YASIN-ISU KENYATAAN TUN MAHATHIR (TUN M) TENTANG PM 2 PENGGAL


PARLIMEN 2018:AZALINA OTHMAN PENGERANG-RAMPASA KAPAL EQUANIMITY @ Dulu Tak Mangaku kapal layar ini hak Malaysia, Kenapa sekarang jadi PEMBELA?


 
Published on Aug 14, 2018

PARLIMEN MALAYSIA TERKINI 2018:AZALINA OTHMAN PENGERANG-RAMPASA KAPAL EQUANIMITY MENYALAHI PROSIDING NEGARA LAIN???

Nazri 'bersuara'...Najib harus jarakkan diri dari Umno



Nazri 'bersuara'...Najib harus jarakkan diri dari Umno: Dalam temu bual eksklusif dengan Malaysiakini lima bulan lalu, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata b...



2018-08-14 19:22:34

Dalam temu
bual eksklusif dengan Malaysiakini lima bulan lalu, Datuk Seri Nazri
Abdul Aziz berkata bahawa beliau akan meninggalkan dunia politik apabila
tirai kerjaya politik Datuk Seri Najib Razak dilabuhkan.

Ketika
itu, menteri pelancongan, kebudayaan dan kesenian tersebut menyifatkan
bekas perdana menteri berkenaan sebagai "rakan rapat" yang dikenalinya
selama empat dekad.

Tirai berkenaan akhirnya dilabuhkan pada 9 Mei 2018.

Kini,
Nazri yang dianggap lantang suatu ketika dahulu mahu Najib supaya
menjarakkan dirinya dari Umno bagi memberi ruang kepada Datuk Seri Ahmad
Zahid Hamidi menjalankan tugas sebagai presiden parti.

Menurut
anggota parlimen Padang Rengas itu, Najib seharusnya mengikut jejak Tun
Dr Mahathir Mohamad yang menyerahkan tugas kepada Tun Abdullah Ahmad
Badawi untuk memimpin Umno pada 2004.

“Jadi dalam masa yang sama
sekarang Zahid dah jadi presiden, dan saya setuju dengan kenyataan
Khairy Jamaluddin, Tan Sri Annuar Musa bahawa sebenarnya Najib mesti
ikut apa yang telah dilakukan oleh Dr Mahathir dan Pak Lah (Abdullah)
dulu.

“Kena bagi ruang sepenuhnya kepada Zahid sebagai presiden
baru. Sudah tentulah Zahid dia segan nak cakap, ini bukan soal setia
atau tak setia.

“Ini soal sayang parti apatah lagi sekarang ni
Najib didakwa jadi kalau dia masih lagi tak lepas sepenuhnya pada
presiden baru untuk bergerak ke hadapan susahlah kita,” katanya kepada
pemberita di lobi parlimen, hari ini.

Nazri yang juga bekas
anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno berkata jika Najib tidak menjarakkan
dirinya dari Umno, sedikit sebanyak parti itu akan terjejas memandangkan
beliau berdepan dengan tujuh pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa
dan pengubahan wang haram.

Nazri berkata demikian selepas diminta
mengulas analisis Awang Selamat di akhbar Utusan Malaysia yang juga
adalah lidah rasmi Umno. Penulis pojok itu meminta Najib menjarakkan
diri daripada saf hadapan Umno supaya kepimpinan baru dapat meneruskan
perjuangan parti dengan wajah baru.

Sebelum ini Setiausaha Agung
Umno Tan Sri Annuar Musa berkata parti itu tidak boleh lagi membuang
masa mempertahankan bekas presiden mereka.

Beliau juga
menyifatkan Najib - yang kini berdepan tujuh pertuduhan pecah amanah,
salah guna kuasa dan pengubahan wang haram - sebagai "beban" yang tidak
lagi boleh dipikul Umno.

Selain itu, bekas ketua menteri Melaka,
Tan Sri Rahim Tamby Chik juga menyuarakan pendapat sama. Malah katanya,
kepimpinan Umno mesti berani membuat keputusan untuk menyingkirkan bekas
presidennya, Najib.

Mengulas lanjut, Nazri berkata, jika Umno gagal menjarakkan diri dari Najib, parti itu sukar bergerak ke hadapan.

“Ya,
iyalah macam kita susah (nak bergerak ke depan) selagi dia tidak let us
free, kita masih lagi bawah shadow dia, jadi dia kena faham, dia kena
ikut jejak Dr Mahathir dan Pak Lah. Ini bukan satu benda nak persoalkan
kesetiaan ini sayang pada parti.

“Saya percaya Dr Mahathir Pak
Lah sayang pada parti sebab tu mereka menjauhkan diri takut-takut apa
yang stigma mereka akan terpalit pada parti, jadi saya rasa dia kena
buat perkara sama kalau sayang parti,” katanya.

Nazri berkata, agak sukar mengarahkan Najib berbuat demikian kerana beliau adalah bekas ‘bossnya’.

“Jangan
tunggu sampai kita suruh, dia kena faham, tak elok untuk parti tapi
selagi tak boleh disassociate maknanya parti akan terpalit dan sukar
untuk kita move on,” katanya.

Read more at https://www.kinitv.com/video/64615O74#QEvc2wWcjKJd1p0R.99

Terdiam Pembangkang Dengar Jawapan Dalam Sindiran Tun Dr Mahathir Isu Ba...


Monday, August 13, 2018

'Maaf saya silap, jumlah bayaran balik GST diseleweng lebih besar'





'Maaf saya silap, jumlah bayaran balik GST diseleweng lebih besar': Lim menjelaskan bahawa kesilapan itu tidak disengajakan berlaku setelah pegawai pejabatnya tersalah letak titik perpuluhan.

Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini menjelaskan bahawa
kementeriannya tersilap mengumumkan jumlah kekurangan dana dalam Tabung
Bayaran Balik GST yang sebelum ini didakwa diseleweng oleh kerajaan
pentadbiran BN.


Bercakap di dalam Dewan Rakyat, Lim berkata jumlah kekurangan sebenar
adalah lebih besar daripada yang didedahkannya sebelum ini iaitu
sebanyak RM19.248 dan bukannya RM17.911 bilion.


"Saya ingin memohon maaf kepada Tuan Yang Dipertua ke atas kesilapan
ini. Akan tetapi, adalah lebih baik kami telus, jujur dan
berterus-terang dengan Dewan Yang Mulia ini daripada menyembunyikan
perkara sebegini seperti kerajaan yang lalu.


"Tunggakan bayaran balik adalah disebabkan kelemahan aliran tunai
kerajaan persekutuan akibat kekurangan disiplin fiskal, pembaziran yang
berleluasa dan pertambahan hutang yang besar.


"Sebenarnya, apa yang dilakukan oleh pentadbiran lama merupakan
pemalsuan akaun dan penyelewengan tunggakan bayaran balik cukai untuk
kegunaan lain atau untuk menutup defisit supaya mereka dapat menunjukkan
keadaan lebihan," katanya.


Lim menjelaskan bahawa kesilapan itu tidak disengajakan berlaku setelah pegawai pejabatnya tersalah meletakkan titik perpuluhan.


Sebelum ini, Lim mendedahkan bahawa RM19.397 bilion bayaran balik GST
seharusnya dibayar sejak 2015 namun hanya ada RM1.486 bilion dalam
tabung amanah bayaran balik berkenaan.


Itu bererti kekurangan sebanyak RM17.911 bilion.


Bagaimanapun, dalam penjelasan terbaru Lim berkata angka untuk baki
yang sedia ada dalam Tabung Bayaran Balik adalah sekitar RM148.6 juta
sahaja, dan bukannya RM1,486 juta seperti yang diumumkan minggu lalu.


Itu bererti kekurangan sebenar adalah sebanyak RM19.248 bilion.


[Baca berita asal]


Zaharin Dedah Nazri Aziz Akan Muncul di Parlimen Minggu Ini


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...