2018-08-14 19:22:34
Dalam temu
bual eksklusif dengan Malaysiakini lima bulan lalu, Datuk Seri Nazri
Abdul Aziz berkata bahawa beliau akan meninggalkan dunia politik apabila
tirai kerjaya politik Datuk Seri Najib Razak dilabuhkan.
Ketika
itu, menteri pelancongan, kebudayaan dan kesenian tersebut menyifatkan
bekas perdana menteri berkenaan sebagai "rakan rapat" yang dikenalinya
selama empat dekad.
Tirai berkenaan akhirnya dilabuhkan pada 9 Mei 2018.
Kini,
Nazri yang dianggap lantang suatu ketika dahulu mahu Najib supaya
menjarakkan dirinya dari Umno bagi memberi ruang kepada Datuk Seri Ahmad
Zahid Hamidi menjalankan tugas sebagai presiden parti.
Menurut
anggota parlimen Padang Rengas itu, Najib seharusnya mengikut jejak Tun
Dr Mahathir Mohamad yang menyerahkan tugas kepada Tun Abdullah Ahmad
Badawi untuk memimpin Umno pada 2004.
“Jadi dalam masa yang sama
sekarang Zahid dah jadi presiden, dan saya setuju dengan kenyataan
Khairy Jamaluddin, Tan Sri Annuar Musa bahawa sebenarnya Najib mesti
ikut apa yang telah dilakukan oleh Dr Mahathir dan Pak Lah (Abdullah)
dulu.
“Kena bagi ruang sepenuhnya kepada Zahid sebagai presiden
baru. Sudah tentulah Zahid dia segan nak cakap, ini bukan soal setia
atau tak setia.
“Ini soal sayang parti apatah lagi sekarang ni
Najib didakwa jadi kalau dia masih lagi tak lepas sepenuhnya pada
presiden baru untuk bergerak ke hadapan susahlah kita,” katanya kepada
pemberita di lobi parlimen, hari ini.
Nazri yang juga bekas
anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno berkata jika Najib tidak menjarakkan
dirinya dari Umno, sedikit sebanyak parti itu akan terjejas memandangkan
beliau berdepan dengan tujuh pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa
dan pengubahan wang haram.
Nazri berkata demikian selepas diminta
mengulas analisis Awang Selamat di akhbar Utusan Malaysia yang juga
adalah lidah rasmi Umno. Penulis pojok itu meminta Najib menjarakkan
diri daripada saf hadapan Umno supaya kepimpinan baru dapat meneruskan
perjuangan parti dengan wajah baru.
Sebelum ini Setiausaha Agung
Umno Tan Sri Annuar Musa berkata parti itu tidak boleh lagi membuang
masa mempertahankan bekas presiden mereka.
Beliau juga
menyifatkan Najib - yang kini berdepan tujuh pertuduhan pecah amanah,
salah guna kuasa dan pengubahan wang haram - sebagai "beban" yang tidak
lagi boleh dipikul Umno.
Selain itu, bekas ketua menteri Melaka,
Tan Sri Rahim Tamby Chik juga menyuarakan pendapat sama. Malah katanya,
kepimpinan Umno mesti berani membuat keputusan untuk menyingkirkan bekas
presidennya, Najib.
Mengulas lanjut, Nazri berkata, jika Umno gagal menjarakkan diri dari Najib, parti itu sukar bergerak ke hadapan.
“Ya,
iyalah macam kita susah (nak bergerak ke depan) selagi dia tidak let us
free, kita masih lagi bawah shadow dia, jadi dia kena faham, dia kena
ikut jejak Dr Mahathir dan Pak Lah. Ini bukan satu benda nak persoalkan
kesetiaan ini sayang pada parti.
“Saya percaya Dr Mahathir Pak
Lah sayang pada parti sebab tu mereka menjauhkan diri takut-takut apa
yang stigma mereka akan terpalit pada parti, jadi saya rasa dia kena
buat perkara sama kalau sayang parti,” katanya.
Nazri berkata, agak sukar mengarahkan Najib berbuat demikian kerana beliau adalah bekas ‘bossnya’.
“Jangan
tunggu sampai kita suruh, dia kena faham, tak elok untuk parti tapi
selagi tak boleh disassociate maknanya parti akan terpalit dan sukar
untuk kita move on,” katanya.

Read more at https://www.kinitv.com/video/64615O74#QEvc2wWcjKJd1p0R.99
No comments:
Post a Comment