'Maaf saya silap, jumlah bayaran balik GST diseleweng lebih besar': Lim menjelaskan bahawa kesilapan itu tidak disengajakan berlaku setelah pegawai pejabatnya tersalah letak titik perpuluhan.
kementeriannya tersilap mengumumkan jumlah kekurangan dana dalam Tabung
Bayaran Balik GST yang sebelum ini didakwa diseleweng oleh kerajaan
pentadbiran BN.
Bercakap di dalam Dewan Rakyat, Lim berkata jumlah kekurangan sebenar
adalah lebih besar daripada yang didedahkannya sebelum ini iaitu
sebanyak RM19.248 dan bukannya RM17.911 bilion.
"Saya ingin memohon maaf kepada Tuan Yang Dipertua ke atas kesilapan
ini. Akan tetapi, adalah lebih baik kami telus, jujur dan
berterus-terang dengan Dewan Yang Mulia ini daripada menyembunyikan
perkara sebegini seperti kerajaan yang lalu.
"Tunggakan bayaran balik adalah disebabkan kelemahan aliran tunai
kerajaan persekutuan akibat kekurangan disiplin fiskal, pembaziran yang
berleluasa dan pertambahan hutang yang besar.
"Sebenarnya, apa yang dilakukan oleh pentadbiran lama merupakan
pemalsuan akaun dan penyelewengan tunggakan bayaran balik cukai untuk
kegunaan lain atau untuk menutup defisit supaya mereka dapat menunjukkan
keadaan lebihan," katanya.
Lim menjelaskan bahawa kesilapan itu tidak disengajakan berlaku setelah pegawai pejabatnya tersalah meletakkan titik perpuluhan.
Sebelum ini, Lim mendedahkan bahawa RM19.397 bilion bayaran balik GST
seharusnya dibayar sejak 2015 namun hanya ada RM1.486 bilion dalam
tabung amanah bayaran balik berkenaan.
Itu bererti kekurangan sebanyak RM17.911 bilion.
Bagaimanapun, dalam penjelasan terbaru Lim berkata angka untuk baki
yang sedia ada dalam Tabung Bayaran Balik adalah sekitar RM148.6 juta
sahaja, dan bukannya RM1,486 juta seperti yang diumumkan minggu lalu.
Itu bererti kekurangan sebenar adalah sebanyak RM19.248 bilion.
[Baca berita asal]
No comments:
Post a Comment