Saturday, April 28, 2018
Akhirnya Nik Omar muncul tanding di Chempaka
Kita sedia terima tanggungjawab - Nik Omar
Sudah sah menjadi calon di DUN Chempaka, Kelantan, Nik Omar Nik Abdul
Aziz menyatakan kesediaannya untuk berkhidmat kepada rakyat.
"Insya-Allah apabila kita bersedia menjadi calon kita bersedia untuk menerima tanggungjawab.
"Kita berikrar untuk memberi khidmat yang terbaik asasnya kepada
rakyat di DUN kita dan rakyat Kelantan," katanya ketika ditemui selepas
majlis Penamaan Calon di Pengkalan Chepa, hari ini.
Terdahulu, anak kedua bekas menteri besar Kelantan allahyarham Datuk
Nik Abdul Aziz Nik Mat itu mencetuskan spekulasi panjang sama ada akan
menjadi calon ataupun tidak.
Bagaimanapun akhirnya segala teka-teki dan spekulasi berakhir untuk menidakkan desas-desus sebelum ini.
Ditanya apakah beliau mendapat keizinan daripada ibunya, Tuan Sabaruah Tuan Ishak, Nik Omar bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
Sebaliknya beliau berserah kepada ketentuan Allah S.W.T.
"Insya-Allah, Insya-Allah, " katanya ringkas.
Nik Omar bakal berdepan calon daripada PAS yang juga penyandang
kerusi tersebut, Ahmad Fathan Mahmood dan wakil BN, Mohamad Fareez Nor
Amran.
Sementara itu, bagi parlimen Pengkalan Chepa menyaksikan calon PAS,
Ahmad Marzuk Shaary berdepan calon BN, Zaluzi Sulaiman dan Mohamad
Ibrahim mewakili HARAPAN.
Di DUN Kijang pula turut melibatkan saingan tiga penjuru antara calon
PAS, Dr Izani Hussin, calon HARAPAN Nik Azmi Nik Osman dan BN diwakili
Wan Shahrul Azwan Abd Aziz.
Bagi DUN Panchor menyaksikan penyandangnyan daripada PAS, Datuk Mohd
Amar Nik Abdullah bakal berdepan Zulhazmi Hassan mewakili HARAPAN dan
Zarina Eusope calon BN.
Friday, April 27, 2018
Pesawat Dr M disabotaj?
Published on Apr 27, 2018
Menjelang sehari sebelum penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-14, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa pesawat peribadi yang disewa khas telah disabotaj oleh pihak tertentu.
Dr Mahathir dan isterinya sebelum itu berada di Lapangan Terbang Subang dan sudah menaiki pesawat tersebut untuk menuju ke Langkawi bagaimanapun telah dimaklumkan oleh juruterbang bahawa tayar pesawat itu telah bocor.
Sejurus selepas itu beliau mengambil keputusan untuk meminjam pesawat daripada rakannya bagi meneruskan perjalanan ke Langkawi.
“Saya fikir saya boleh sampai sini selepas sembahyang Jumaat malangnya yang mana kapalterbang yang saya nak naik ini bocor.
“Nasib baik dapat tahu awal kalau tak tahu awal ada kemungkinan kapalterbang tu terbang dan crash,” kata Dr Mahathir dalam ucapannya ketika program hi-tea wanita HARAPAN bersama komuniti Cina dan India di De Baron Resort, Langkawi, hari ini.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan telah disabotaj pihak tertentu.
“Ada orang yang rancang ini saya fikir, tak pernah berlaku dalam sejarah saya naik kapalterbang ni sudah beribu kali tapi inilah kali pertama,” katanya.
Mungkin Puad 'terluka', kata calon Batu Pahat
Published on Apr 27, 2018
Dalam temubual dengan Malaysiakini, Haliza mengingatkan Puad agar tidak mengambil kira soal maruah dirinya saja, sebaliknya memikirkan maruahnya terutama sebagai ibu dan isteri.
BN Johor memutuskan untuk menggugurkan Puad dan mencalonkan Haliza di kerusi Parlimen Batu Pahat.
Sejak itu, bekas ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) itu melancarkan serangan terhadapnya walaupun tidak merujuk namanya secara langsung.
Pada 2011, Haliza terpalit dengan skandal berkaitan laporan polis mendakwa seorang imam bersama-sama anggota polis menyerbu sebuah rumah di Johor dan kemudiannya menahan seorang lelaki dan dua perempuan.
Walaupun tidak menjelaskan secara terperinci tentang insiden itu, Haliza berkata isu itu sudah selesai.
Beliau berkata skandal itu pernah digunakan untuk menyerangnya pada 2013, ketika mempertahankan kedudukan ketua Wanita Umno Batu Pahat.
Ketika itu beliau berjaya mempertahankan kedudukan itu dan kini yakin dapat sekali lagi berdepan dengannya.
Haliza turut menyatakan simpatinya terhadap Puad, dan berkata beliau faham perasaannya yang digugurkan di saat akhir.
Beliau mengimbas kembali pengalamannya pada 2008, apabila beliau dijangka bertanding di DUN Senggarang tetapi digugurkan sehari sebelum pengumuman calon BN.
Berkenaan dakwaan Puad calon BN Johor dipilih berdasarkan kronisme, Haliza berkata ia bukan sesuatu yang luar daripada kebiasaan.
Bagaimanapun beliau berkata sebarang keputusan berkenaan calon pilihan raya pastinya dibuat melalui keputusan bersama, bukan oleh satu pihak sahaja.
Khaled jawab isu bertanding 2 kerusi
Published on Apr 26, 2018
‘Krisis nasional jika mahkamah benarkan rayuan 16 ahli Umno’ @ Siapa yang tidak tahu tentang perlembagaan parti sendiri??
Dari segi moralnya tentu ahli UMNO tersinggung dengan hal pemilihan
parti (18 + 18) masih diluluskan oleh Kak SU ROS itu.... Bagi ahli UMNO
dlm kempen nak kata BERSATU tak pandai tentang perlembagaan parti hingga
memerangatkan Azalina Othman bila memberi respon tentang pembubaran
sementara BERSATU. Bagaimana pula dengan UMNO gagal membuat pemilihan
setelah tangguh selama 18 bulan. Kemudian tangguh lagi 18 Bulan (dah 36
bulan tangguh) adakah boleh dikatakan UMNO akur dengan perlembagaan
parti. Segala tuduhan pembangkang terhadap ROS yang merupakan paksi
kerajaan BN begitu nampak ketara sekarang.
‘Krisis nasional jika mahkamah benarkan rayuan 16 ahli Umno’: Keputusan hari ini bercanggah dengan prinsip stare decisi iatu mengikuti peraturan yang ditetapkan, kata peguam mereka.
PRU14 l Peguam Mohd Haniff Khatri
Abdulla memberi amaran Umno berkemungkinan akan mencetuskan krisis
nasional jika rayuan anak guamnya berhubung permohonan mereka
membubarkan Umno dibenarkan manakala calonn parti itu bertanding pada
pilihan raya umum ke-14.
Menurut Haniff, walaupun beliau menghormati keputusan Hakim Mahkamah
Tinggi, Datuk Wira Kamaludin Md Said yang menolak kes itu hari ini,
beliau berpandangan hakim itu terkhilaf.
Katanya, keputusan berkenaan bercanggah dengan prinsip stare decisi
iatu mengikuti peraturan yang ditetapkan seperti dalam penghakiman kes
Semenyih Jaya dan kes Indira Gandhi di Mahkamah Persekutuan, sebelum
ini.
Justeru, beliau berkata terserah kepada Umno untuk mengambil risiko
dan meletakkan calonnya sebagai wakil BN pada penamaan calon yang
dijadualkan esok.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi adalah pada 9 Mei ini.
"Jika rayuan kami dibenarkan, ini akan membawa negara ke krisis
nasional berhubung kesahihan calon (Umno) (susulan persoalan yang
berkisar tentang status parti itu)," katanya.
"Bagaimanapun terpulang kepada kebijaksanaan Umno untuk mempertimbangkan ini...,” katanya.
Haniff berkata merit cabaran mereka tidak dibicarakan oleh mahkamah susulan penolakan kes itu hari ini.
Beliau
berkata merit kes mereka adalah kukuh, kerana terdapat persoalan
mengenai status Umno, memandangkan parti itu gagal mengadakan sebarang
pemilihan selama hampir lima tahun.
Perlembagaan Umno menyatakan bahawa parti itu mesti membuat pemilihan
setiap tiga tahun, dan lanjutan hanya boleh diberikan untuk maksimum 18
bulan.
Haniff berkata mahkamah tidak memutuskan isu yang dibangkitkan itu, yang menjadi merit permohonan mereka.
"Apa yang mahkamah lakukan (adalah) ia melucutkan pihak-pihak
daripada mendengar merit, seperti Seksyen 18C Akta Pertubuhan, yang
menghalang ahli daripada membawa sesuatu perkara ke mahkamah," katanya.
Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 menyatakan bahawa ahli tidak boleh
membawa sebarang pertikaian parti ke mahkamah. Ini dipetik oleh Hakim
Kamaludin sebagai asas untuk mengketepikan cabaran yang difailkan oleh
16 anggota Umno itu hari ini.
[Baca berita penuh]

Mahkamah tolak permohonan bubarkan Umno
UMNO boleh tangguh 2 kali pemilihan tempoh (18 + 18) ROS benarkan. Kenapa BERSATU pula tidak boleh sehingga Kak SU ROS buat pengumuman bubar sementara BERSATU... Rakyat semakin keliru, ahli UMNO mula berbelah bahagi adakah kami ahli UMNO bagai lembu dicucuk hidung.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan semakan
kehakiman yang dikemukakan 16 anggota Umno yang "dipecat" terhadap
Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Hakim Datuk Kamaludin Md Said berkata Seksyen 18 C Akta Pertubuhan 1966
terpakai, di mana ahli tidak boleh membawa pertikaian parti ke mahkamah.
"Oleh itu permohonan itu ditolak tanpa kos," katanya.
Beliau berkata walaupun terdapat keputusan dalam kes Semenyih Jaya Sdn
Bhd dan Indira Gandhi di Mahkamah Persekutuan, ia tidak terpakai kepada
parti-parti politik.
Peguam Mohd Haniff Khatri Abdulla memberitahu pemberita bahawa notis
rayuan akan difailkan.

Puad: Muafakat Johor Khaled umpama sampah @ Lagi pun saya sudah mengatakan “I will fight until the last drop”.
Puad: Muafakat Johor Khaled umpama sampah: ULASAN | Khaled Nordin sesuka hati ubah senarai calon berasaskan persaingan dalam parti.
ULASAN | Saya tahu ramai yang
akan mengecam saya kerana posting terbaru ini. Saya tidak akan menjawab
komen balas mereka. Yang penting saya mendedahkan apa yang ada dalam
hati nurani saya. Lagi pun saya sudah mengatakan “I will fight until the last drop”.
Orang akan kata saya kecewa dan marah. Katakanlah apa sahaja. Itulah
sahaja tuduhan yang mereka ada sedangkan saya ada keberanian mengkritik
apa yang saya yakini kemungkaran sistem yang rosak.
Saya tidak mengkritik 'Umno Perjuangan'. Sebab itu saya meletak
jawatan sebagai KP JASA kerana saya ada keyakinan diri. Kini saya tidak
terikat dengan apa apa.
Datuk Seri Khaled Nordin menjadikan “Muafakat Johor” juga umpama
sampah. Team Johor sebenarnya adalah Team Khaled. Akhirnya pemilihan
calon lebih menjurus kepada kronisme dan persiapan untuk menghadapi
pemilihan parti akan datang.
Orang yang bersama beliau mengkritik Datuk Seri Najib Razak dalam
grup Whatsapp semuanya kekal sebagai calon. Ada antara mereka berani
menuntut Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.
Kenapa saya kata begitu. Kalau betul muafakat, kenapa tidak
dirundingi Umno Bahagian dalam pemilihan calon. Ini yang berlaku di
Parlimen Batu Pahat. Ketua Bahagian tidak dirundingi.
Khaled sesuka hati mengubah senarai calon bukan lagi berasaskan merit
tetapi pertimbangan sokongan politik dan persaingan dalam parti.
Bayangkan Syarifah Azizah Syed Zain dari Bahagian Keluang boleh
bertanding di DUN Penawar Parlimen Penggerang. Apa jasa Syarifah di
sana?
Apa khidmat yang dia telah lakukan untuk mendekati pengundi sebelum menjadi calon.
Kawasan difaraidkan sesama mereka
Kenapa orang yang menghabiskan masanya di kawasannya sendiri dengan begitu mudah diketepikan?
Apakah Khaled mengamalkan muafakat Johor? Apakah Khaled yakin silent protest tidak akan berlaku.
Begitu juga Datuk Onn Hafiz Ghazi iaitu setiausaha politik kepada
Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang merupakan ahli Umno di Bahagian
Sembrong, boleh pula berpindah dan bertanding di DUN Layang Layang dalam
Parlimen Simpang Renggam. Di mana muafakatnya?
Begitu mudah kawasan-kawasan ini difaraidkan sesama mereka semata-mata mengisi keperluan strategi politik masing masing.
Gambar calon atas katil
Begitu juga di DUN Serom, senarai juga berubah di saat akhir kerana
memenuhi amalan kronisme yang tidak terkawal. Ketua Wanita Bahagian pada
mulanya dicalonkan untuk memenuhi kuota Wanita tetapi dimangsakan oleh
mereka yang ada kuasa mengubah.
Sebab itu saya kata sistem kita sudah rosak oleh mereka yang
mengatakan sistem kali ini terbaik. Sehingga ada calon yang gambarnya di
atas katil bersama perempuan bukan mahram juga terpilih sebagai calon.
Seperti yang sebut diawal tadi, jangan marah dengan apa yang saya tulis ini. Kalau tidak anda adalah double standard kerana menuduh saya marah tetapi anda pula marah kerana kritikan saya.
Saya tidak terikat apa-apa. Sebab itu keputusan saya meletak jawatan ketua pengarah JASA adalah tepat.
Saya tetap tabah tetapi semakin berani dengan ujian ini.
DATUK MOHD PUAD ZARKASHI ialah anggota Majlis
Tertinggi Umno dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA),
Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Ulasan ini asalnya hantaran di laman Facebook penulis. Rencana
ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan
pendirian rasmi Malaysiakini.

Thursday, April 26, 2018
Wednesday, April 25, 2018
Surat terbuka mengapa saya tinggalkan JASA @ sistem memilih calon Umno kali ini adalah rosak dan corrupted.
Surat terbuka mengapa saya tinggalkan JASA: ULASAN l Apakah saya akan dikenakan tindakan disiplin kerana menjawab komen TPM secara terbuka?
ULASAN l Alhamdulillah hari ini
hari terakhir saya di JASA. Saya tidak mengubah keputusan untuk meletak
jawatan. Memang, ramai juga yang akan mengutuk saya. Saya tetap tabah.
Berakhirlah riwayat saya di JASA. Tempat panas sehinggakan DAP
membawa usul ke Parlimen di sidang Parlimen terakhir awal tahun ini
supaya JASA dibubarkan. Sebelum ini dalam bajet Pakatan Harapan
(HARAPAN) mereka mencadangkan supaya JASA ditutup sahaja.
Kalau mahu disebut satu persatu memang banyak yang telah dilakukan
sehingga JASA semakin dikenali termasuk di kawasan pedalaman Sabah dan
Sarawak dan juga di kalangan pelajar Malaysia di luar negara.
Apakah saya marah dan merajuk? Itulah tuduhan oleh mereka yang tidak mengikuti sejarah saya.
PRU tahun 1999 nama saya dipotong di saat akhir kerana saya dituduh
penyokong Anwar kerana pernah menjadi guru di sekolah beliau Yayasan
Anda Akademi. Saya tidak lari.
PRU 2004 nama saya langsung tidak tersenarai walaupun ketika itu saya
adalah Timbalan Ketua dan Setiausaha Politik Menteri Besar Johor (Tan
Sri Abdul Ghani Othman). Saya juga meletakkan jawatan sebagai setiausaha
politik serta merta. Tetapi saya juga tidak lari.
PRU 2013 saya kalah kerana tsunami Cina. Ramai tokoh lain juga kalah
tetapi mereka tetap dapat bertanding kali ini. Saya juga tidak lari.
Pada PRU 2018 ini, saya digugurkan dalam tempoh 24 jam setelah
menerima panggilan dan sebelumnya ditemui oleh Tan Sri Fatmi Salleh yang
mengesahkan pencalonan saya. Pengguguran saya berlaku tanpa perundingan
walaupun saya adalah ahli Majlis Tertinggi Umno, ketua pengarah JASA
dan ketua bahagian.
Sebab itu saya berani mempersoalkan sistem memilih calon kali ini
adalah ROSAK. Sebab itu apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri
Ahmad Zahid Hamidi mendakwa saya digugurkan kerana berlaku kerosakan
sehingga sokongan terhadap BN merosot di Parlimen Batu Pahat maka ia
meyakinkan saya sistem memilih calon Umno kali ini adalah rosak dan corrupted.
Bagaimana dikatakan berlaku kerosakan sedangkan Umno Batu Pahat
berjaya menambah dan memindah pengundi hampir 7,000 orang sehingga
menyebabkan Parlimen Batu Pahat menjadi top five pertambahan tertinggi pengundi Melayu di Johor.
Apakah saya akan dikenakan tindakan disiplin kerana menjawab komen TPM secara terbuka?
Kalau begitu kenapa bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad
Said yang membawa usul supaya Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dipecat
sebagai MB tidak dikenakan tindakan dan dicalonkan semula.
Memang sistem kita rosak sehingga calon tidak bermoral dipilih. Calon yang tidak membantu parti juga terpilih.
Walaupun mempertahankan kerajaan melalui JASA seperti tidak berbaloi tetapi meletakan jawatan adalah langkah terbaik.
Terima kasih kepada seluruh staf JASA kerana bekerja sama dengan saya
siang dan malam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan dedikasi.
Maafkan saya kerana memimpin JASA dengan cara yang keras dan tegas. Allah juga yang akan membalas pengorbanan anda semua. UNTIL I WIN.
DATUK MOHD PUAD ZARKASHI ialah anggota Majlis
Tertinggi Umno dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA),
Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

sistem memilih calon Umno kali ini adalah rosak dan corrupted. @ Tak berbaloi pertahan k'jaan, Puad tinggalkan JASA
Tak berbaloi pertahan k'jaan, Puad tinggalkan JASA: “Alhamdulillah hari ini hari terakhir saya di JASA. Saya tidak mengubah keputusan untuk meletak jawatan.'
Ketua Umno Batu Pahat Datuk Dr Puad Zarkashi meletak sebagai jawatan ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).
“Alhamdulillah hari ini hari terakhir saya di JASA. Saya tidak mengubah keputusan untuk meletak jawatan,” katanya.
Dalam kenyataan di Facebook, Puad berkata tindakannya mempertahankan
kerajaan melalui JASA seperti tidak berbaloi, selepas mendakwa sistem
pemilihan calon BN telah rosak.
“Walaupun mempertahankan kerajaan melalui JASA seperti tidak berbaloi tetapi meletakkan jawatan adalah langkah terbaik.
“Terima kasih kepada seluruh staf JASA kerana bekerja sama dengan
saya siang dan malam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan
dedikasi.
“Maafkan saya kerana memimpin JASA dengan cara yang keras dan tegas. Allah juga yang akan membalas pengorbanan anda semua. Until I win,” katanya.
Nama Puad tiada dalam senarai yang diumumkan BN bagi mempertahankan kerusi Batu Pahat yang pernah dimenanginya sebelum ini.
Sebaliknya Umno memilih ketua wanita bahagian itu Haliza Abdullah
sebagai peraturan mereka bagi merampas semula kerusi berkenaan yang
dimenangi PKR pada PRU ke-13 lalu.
Sebelum ini timbul spekulasi Puad akan bertanding sebagai calon bebas selepas meninggalkan JASA.
Diterbitkan |
Dikemaskini

Tuesday, April 24, 2018
Monday, April 23, 2018
Simpati buat Puad Zarkashi @ Diterbitkan 23 Apr 2018, 8:52 malam | Dikemaskini 23 Apr 2018, 9:01 malam PRU14 | Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Seri Mohd Puad Zarkashi, yang tidak dilantik sebagai calon di Johor meskipun beliau salah seorang yang lantang membela Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, berkata beliau tetap tabah. "Hari ini walaupun tidak dicalonkan semula tetap tabah ke 15 buah sekolah menyampaikan sumbangan RM6K kepada setiap Kelab Bilik Guru (KEBIRU)," kata kenyataan ringkas beliau pada hantaran Facebook hari ini. Ini merupakan kenyataan pertama beliau sejak BN negeri mengumumkan senarai calon Johor hari ini. Cubaan awal Malaysiakini menghubungi beliau bagi mendapatkan maklum balas digugurkan sebagai calon di Johor tidak berjaya. Sebelum ini, terdapat ura-ura ahli majlis tertinggi Umno itu bakal bertanding kerusi parlimen Batu Pahat. Beliau ialah ketua bahagian Umno Batu Pahat. Sebaliknya, BN meletakkan Ketua Wanita Bahagian Umno Batu Pahat, Haliza Abdullah, yang kali pertama bertanding di kerusi parlimen tersebut. Desas-desus di kalangan penduduk tempatan menyebut Puad mungkin mempertimbangkan menjadi calon bebas di Parlimen Batu Pahat dan kerusi DUN Senggarang. Sebagai ketua propaganda BN, Puad menjadi salah seorang yang lantang membela Perdana Menteri Najib dan parti pemerintah. Beliau berkali-kali mengeluarkan kenyataan mempertahankan kontroversi 1MDB dan menentang pembangkang.
Simpati buat Puad Zarkashi: ULASAN | Bagi mempertahankan kerusi parlimen Batu Pahat, HARAPAN wajib memilih calon muda dan anak tempatan.
ULASAN | Antara nama paling tular
sejak nama calon BN Johor diumukkan semalam ialah nama Ketua Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Puad Zarkashi.
Puad tidak diletak sebagai calon walaupun dia dilihat sebagai orang yang paling kuat mempertahankan Najib Razak.
Puad juga sejak setahun lalu menjadi panglima perang yang menghentam kuat Dr Mahathir Mohamad.
Khabar-khabar menyebutkan, Umno Johor pimpinan Khaled Nordin berat sekali hendak menyelamatkan Puad di Batu Pahat.
Bukan kerana Puad tak punya pangkat. Selain menjadi bos JASA Puad
ialah ketua bahagian Umno Batu Pahat. Masalahnya Puad dipercayai tidak
popular di kawasannya sendiri.
Isu mudah yang melingkari Puad, dia dikatakan sombong dengan penduduk Batu Pahat.
Faktor berkenaan menjadi antara penolakan sehingga Puad kalah dalam pilihan raya umum (PRU) yang lalu.
Meskipun beliau kalah tipis - iaitu sekitar 1,700 undi - bagi nama
besar seperti Puad, kekalahan itu tidak boleh diterima sama sekali oleh
BN Johor.
Calon yang diumum mewakili BN Batu Pahat ialah ketua wanita Umno di
bahagian itu, Haliza Abdullah. Berbanding Puad, Haliza tidaklah begitu
dikenali masyarakat umum.
Berwatak lembut, mesra penduduk
Namun oleh kerana Haliza orang baru, imejnya belum dicemari persepsi negatif dan namanya juga masih ‘bersih’.
Seorang lagi calon muka baru yang diketengahkan ialah timbalan Puad, Zaidi Jaafar yang akan bertanding di DUN Senggarang.
BN Batu Pahat menang mengharapkan kemenangan melalui dua DUN iaitu
Senggarang dan Rengit. Satu lagi DUN - Penggaram - adalah kawasan hitam
apabila Pakatan Harapan (HARAPAN) melalui DAP menang dengan majoriti
lebih 10,000.
Di jangka dalam PRU ke-14 pada 9 Mei ini majoriti itu akan meningkat lagi.
Kawasan parlimen Batu Pahat kini dianggap kerusi kelabu kepada BN
Johor. Pada masa sama mereka mengharapkan PKR mengekalkan Idris Jusi (gambar) sebagai calon kerana percaya penyandang kerusi Batu Pahat itu boleh dikalahkan.
Perwatakan Idris lebih lembut dan mesra penduduk. Masalah yang
melingkari Idris hanyalah faktor umurnya, selain dia dikatakan sebagai
calon payung terjun dalam PRU lalu.
Sentimen pengundi Batu Pahat - khususnya Melayu - ialah mereka mahukan anak tempatan. Idris lahir dan dibesarkan di Rengit.
Faktor itu juga yang menyebabkan Idris boleh menang dalam PRU ke-13
walaupun dia dikatakan calon pilihan pusat dan bukannya pilihan cabang
PKR Batu Pahat.
Peluang lebih besar
Sekiranya PKR membawa masuk orang luar yang bukan dari Batu Pahat,
belum tentu calon berkenaan boleh menang walaupun membawa nama besar.
Cara dan budaya politik masyarakat tradisi seperti di Batu Pahat
memang begitu. Mereka boleh menerima sesiapa saja asalkan calon itu anak
tempatan.
Begitulah masalah yang akan dihadapi oleh calon PAS, Mahfodz Mohamed yang namanya diumum pada hujung minggu lalu.
Sekiranya diambil kira faktor jawatan dalam parti, sudah tentu
Mahfodz sangat layak kerana beliau merupakan ketua Dewan Ulama PAS dan
pesuruhjaya PAS Johor.
Namun jawatan dalaman parti bukanlah pertimbangan masyarakat di Batu
Pahat. Mereka sebenarnya tidak peduli pun tinggi mana jawatan seseorang
dalam partinya.
Mungkin atas kesedaran inilah maka nama Puad digugurkan. Umno sudah belajar sedikit daripada kesilapan lalu mereka.
Lebih tidak kena apabila Mahfodz juga antara calon yang bertanding
dua kerusi. Selain menjadi calon parlimen Batu Pahat, beliau akan
bertanding juga di DUN Gambir dan bakal berhadapan dengan Pengerusi
HARAPAN Johor, Muhyiddin Yassin.
Mahfodz akan dilihat tidak bertanggungjawab kerana jarak antara DUN
Gambir ke Batu Pahat agak jauh dan perjalanan antara dua lokasi itu
boleh mengambil masa lebih dari sejam.
Bagaimana seorang yang sudah berusia 74 tahun boleh berulang-alik, misalnya, dari Rengit ke Bukit Gambir?
Sudah tentu strategi bertanding dua kerusi yang jauh begitu adalah tidak bijak sama sekali.
Faktor anak tempatan
Sekiranya tinjauan langsung dilakukan di kalangan masyarakat Batu
Pahat, selain faktor anak tempatan, mereka juga mahukan calon yang lebih
muda. Calon muda akan memberikan mana-mana parti peluang menang lebih
besar.
Hanya calon muda yang boleh diharapkan membawa suara masyarakat Batu Pahat ke parlimen nanti.
Jumlah pengundi baru di Batu Pahat sangat besar iaitu lebih 20,000 orang.
Kini Parlimen Batu Pahat mempunyai pengundi lebih 90,000 atau bersamaan dua kali jumlah pengundi bagi parlimen Muar.
Dengan semangat sukan terutama bola sepak yang tinggi di Johor, calon
orang muda memang bakal memberi kelebihan kepada parti mana sekalipun.
Mustahil di sebuah negeri yang terkenal dengan pasukan JDT,
masyarakatnya lebih cenderung mahukan calon yang sudah putih rambutnya.
"Semangat JDT" itu juga telah mendorong agar diangkat anak tempatan sebagai calon.
Bayangkanlah bagi sebuah pasukan bola sepak, terlalu ramai pemain
import pasti akan membuatkan penyokong gelisah dan tidak senang.
Kalau pun menang, mereka tidak boleh berbangga sepenuhnya seperti pasukan yang mempunyai pemain tempatan.
Bagi mempertahankan kerusi parlimen Batu Pahat, HARAPAN wajib
mempertimbangkan dua faktor itu iaitu calon muda dan anak tempatan yang
akan membawa suara denyut nadi orang Batu Pahat di Dewan rakyat.
Di sinilah peluang melakar kemenangan sekali lagi oleh HARAPAN berbanding BN dan PAS.
Rencana ini tidak semestinya mewakili pendirian rasmi Malaysiakini.

Puad Zarkashi 'tetap tabah' walau tak dicalon @ Selamat Tinggal Batu Pahat
Puad Zarkashi 'tetap tabah' walau tak dicalon: PRU14 | Kenyataan pertama ketua pengarah JASA selepas gugur sebagai calon parlimen.
Sebagai ketua propaganda BN, Puad menjadi salah seorang yang lantang membela Perdana Menteri Najib dan parti pemerintah.
Beliau berkali-kali mengeluarkan kenyataan mempertahankan kontroversi 1MDB dan menentang pembangkang.
PRU14 | Ketua Pengarah Jabatan
Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Seri Mohd Puad Zarkashi, yang tidak
dilantik sebagai calon di Johor meskipun beliau salah seorang yang
lantang membela Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, berkata beliau
tetap tabah.
"Hari ini walaupun tidak dicalonkan semula tetap tabah ke 15 buah
sekolah menyampaikan sumbangan RM6K kepada setiap Kelab Bilik Guru
(KEBIRU)," kata kenyataan ringkas beliau pada hantaran Facebook hari
ini.
Ini merupakan kenyataan pertama beliau sejak BN negeri mengumumkan senarai calon Johor hari ini.
Cubaan awal Malaysiakini menghubungi beliau bagi mendapatkan maklum balas digugurkan sebagai calon di Johor tidak berjaya.
Sebelum ini, terdapat ura-ura ahli majlis tertinggi Umno itu bakal
bertanding kerusi parlimen Batu Pahat. Beliau ialah ketua bahagian Umno
Batu Pahat.
Sebaliknya, BN meletakkan Ketua Wanita Bahagian Umno Batu Pahat,
Haliza Abdullah, yang kali pertama bertanding di kerusi parlimen
tersebut.
Desas-desus di kalangan penduduk tempatan menyebut Puad mungkin
mempertimbangkan menjadi calon bebas di Parlimen Batu Pahat dan kerusi
DUN Senggarang.

Senarai calon Barisan Nasional Johor
Senarai calon Barisan Nasional Johor: Berikut senarai penuh calon BN bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Johor bagi Pilihan Raya Umum Ke-14.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/senarai-calon-barisan-nasional-johor-1.656120#ixzz5DUey9IdE
© Utusan Melayu (M) Bhd
Berikut senarai penuh calon BN bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Johor bagi Pilihan Raya Umum Ke-14.
1. P140 Segamat : Datuk Dr. S. Subramaniam A/L K.V.Sathasivam (MIC)
a. N01 Buloh Kasap : Dato Zahari bin Sarip (Umno)
b. N02 Jementah : Chiam Yok Meng (MCA)
2. P141 Sekijang : Datuk Haji Ayub Rahmat (Umno)
a. N03 Pemanis : Hoo Siaw Lee (Gerakan)
b. N04 Kemelah : Anuar Bin Abd Manap (Umno)
3. P142 Labis : Datuk Chua Tee Yong (MCA)
a. N05 Tenang : Mohd Azahar Bin Ibrahim (Umno)
b. N06 Bekok : Tan Chong (MCA)
4. P143 Pagoh : Tuan Haji Ismail Mohamed (Umno)
a. N07 Bukit Kepong (Bkt Serampang) : Tuan Haji Mohd Noor Bin Hj. Taib (Umno)
b. N08 Bukit Pasir (Jorak) : Datuk Hajah Noriah binti Mahat (Umno)
5. P144 Ledang : Datuk Ir Haji Hamim Samuri (Umno)
a. N09 Gambir : Datuk M.Asojan A/L Muniyandy (MIC)
b. N10 Tangkak : Goh Tee Tee (MCA)
c. N11 Serom : Datuk Rahim bin Talib (Umno)
6. P145 Bakri : *Koh Chon Chai (MCA)
a. N12 Bentayan : Lee Kim Heng (MCA)
b. N13 Spg Jeram (Sg Abong) : Mohd Radzi Bin Md Amin (Umno)
c. N14 Bukit Naning : Datuk Haji Hassan Johari (Umno)
7. P146 Muar : Dato Seri Razali Haji Ibrahim (Umno)
a. N15 Maharani : Dato Haji Ashari Bin Sharif (Umno)
b. N16 Sungai Balang : Zaiton Binti Ismail (Umno)
8. P147 Parit Sulong : Dato Dr Noraini Ahmad (Umno)
a. N17 Semerah : Mohd Ismail Bin Haji Roslan (Umno)
b. N18 Seri Medan : Dato’ Haji Zulkurnain Bin Haji Kamisan (Umno)
9. P148 Ayer Hitam : Datuk Dr Ir Wee Ka Siong (MCA)
a. N19 Yong Peng : Ling Tian Soon (MCA)
b. N20 Semarang : Datuk Haji Samsolbari Bin Jamali (Umno)
10. P149 Sri Gading : Datuk Haji Abdul Aziz Kaprawi (Umno)
a. N21 Parit Yaani : Soh Lip Yan (MCA)
b. N22 Parit Raja : Norashidah Binti Haji Ramli (Umno)
11. P150 Batu Pahat : Puan Hajah Halizah Binti Abdullah (Umno)
a. N23 Penggaram : Kang Beng Kuan
b. N24 Senggarang : Zaidi Bin Jaffar (Umno)
c. N25 Rengit : Tuan Hj Ayub Bin Jamil (Umno)
12. P151 Simpang Renggam : Datuk Liang Teck Meng (Gerakan)
a. N26 Machap : Tuan Haji Abd Taib Bin Abu Bakar (Umno)
b. N27 Layang-layang : Dato Onn Hafiz Bin Ghazi (Umno)
13. P152 Kluang : Datuk Gan Peng Siew (MCA)
a. N28 Mengkibol : Chin Sim Lai (MCA)
b. N29 Mahkota : Datuk Haji Md Jais Bin Hj Sarday (Umno)
14. P153 Sembrong : Dato Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein (Umno)
a. N30 Paloh : Teoh Yap Kun (MCA)
b. N31 Kahang : Dato Vidyanathan A/L Ramanathan (MIC)
15. P154 Mersing : Datuk Dr Latif Bin Ahmad
a. N32 Tenggaroh : Ravenkumar A/L Krishnasamy (MIC)
b. N33 Endau : Alwiyah Talib (Umno)
16. P155 Tenggara : Datuk Dr Adham bin Baba (Umno)
a. N34 Panti : Hahasrin Bin Hashim (Umno)
b. N35 Pasir Raja : Rashidah Binti Ismail (Umno)
17. P156 Kota Tinggi : Datuk Halimah binti Mohamed Sadique (Umno)
a. N36 Sedili : Haji Rasman Bin Haji Ithnain (Umno)
b. N37 Johor Lama : Tuan Hj Roslaily Bin Jahari (Umno)
18. P157 Pengerang : Dato Seri Azalina Binti Dato Othman Said (Umno)
a. N38 Penawar : Datuk Hajah Sharifah Azizah Binti Datuk Syed Zain (Umno)
b. N39 Tanjung Surat : Syed Sis Bin Syed A. Rahman (Umno)
19. P158 Tebrau : Dato Dr Hou Kok Chung (MCA)
a. N40 Tiram : Datuk Maulizan Bin Bujang (Umno)
b. N41 Puteri Wangsa : Tuan Haji Abdul Aziz (Umno)
20. P159 Pasir Gudang : Dato Mohamed Khaled Bin Nordin (Umno)
a. N42 Johor Jaya : Datuk Tan Cher Puk (MCA)
b. N43 Permas : Dato Mohamed Khaled Bin Nordin (Umno)
21. P160 Johor Bahru : Tan Sri Haji Shahrir Abd Samad (Umno)
a. N44 Larkin (Tanjung Puteri) : Dato Yahya Jaafar (Umno)
b. N45 Stulang : Ang Boon Heng
22.. P161 Pulai : Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed (Umno)
a. N46 Perling (Peng. Rinting) : Wong You Fong (MCA)
b. N47 Kempas : Dato Ramli Bohani (Umno)
23. P162 Iskandar Puteri (Gelang Patah) : Dato Teoh Sew Hock@Jason Teoh (MCA)
a. N48 Skudai : Datuk S. Kanan A/L G. Suppiah (MIC)
b. N49 Kota Iskandar (Nusajaya) : Tuan Hj Khairi Bin Abd Malik (Umno)
24. P163 Kulai : Tang Nai Soon (MCA)
a. N50 Bukit Permai : Tuan Haji Ali Mazat (Umno)
b. N51 Bukit Batu : Teo Lee Ho (Gerakan)
c. N52 Senai : Shen Poh Kuan (MCA)
25. P164 Pontian : Datuk Haji Ahmad Bin Haji Maslan (Umno)
a. N53 Benut : Datuk Ir. Haji Hasni Bin Haji Mohammad (Umno)
b. N54 Pulai Sebatang : Dato Tee Siew Kiong (MCA)
26. P165 Tanjung Piai : Dato Wee Jeck Seng (MCA)
a. N55 Pekan Nenas : Tan Eng Meng (MCA)
b. N56 Kukup : m
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/senarai-calon-barisan-nasional-johor-1.656120#ixzz5DUey9IdE
© Utusan Melayu (M) Bhd
Cerita tidak benar mula tersibar @ 'Ketua pengarah JASA akan lumpuhkan jentera Umno'
'Ketua pengarah JASA akan lumpuhkan jentera Umno': ULASAN I Puad berasa dianggap seperti sampah dan berikrar akan menentang sistem yang rosak sekalipun akan tersungkur.
ULASAN I Jika benar ia merupakan
surat dari Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Puad
Zarkashi maka bererti beliau memberi kata dua kepada pemimpin Umno untuk
menentukan kedudukannnya bertanding atau tidak hingga 26 April ini
iaitu sehari sebelum penamaan calon.
Sekiranya tidak maka beliau akan meletakan jawatan sebagai Ketua Pengarah JASA.
Punca kemarahannya adalah kerana ketua wanita bahagiannya, seorang
peguam telah dipilih untuk menjadi calon tetapi beliau sendiri
tersingkir.
Dalam suratnya yang menjadi tular beliau lebih dahulu mengisytiharkan
untuk bertanding bebas di kerusi P150 Batu Pahat dan N24 DUN
Senggarang.
Katanya "Saya akan berperang melawan sistem yang rosak dalam Umno dalam memilih calon untuk PRU14".
Meletakkan jawatan sebagai Ketua Pengarah JASA, Puad Zarkashi akan
melumpuhkan jentera propaganda kerajaan dan Umno yang diperlukan untuk
bergerak lebih aktif , terancang dan berkesan dalam menghadapi pilihan
raya umum ke-14.
Ia juga akan memberikan pukulan moral yang hebat pada pandangan masyarakat dan semangat kerja Umno sendiri.
Puad mungkin dianggap tidak berpengaruh tetapi jentera JASA telah pun
mempunyai pengaruh hingga ke akar umbi yang hanya perlu diaktifkan pada
bila-bila masa.
Bagaimana jika generalnya tidak ada.
Jika Puad melakukan apa yang telah dihebahkan menerusi suratnya yang
telah pun ditularkan maka tidaklah keterlaluan beliau boleh dianggap
melakukan sabotaj terhadap jentera pilihan raya Umno dan imej kepimpinan
Umno. Tetapi bolehkah beliau disalahkan?
Korbankan intelektualisme
Bagi saya sendiri walau apa pun dikatakan tentang kelemahan Puad
tetapi ia lebih bersifat peribadi. Beliau telah menjalankan tugas dengan
aktif, berani dan mengorbankan intelektualismenya terutama dalam
merendahkan taraf kepimpinan dan sumbangan bekas PM, Tun Dr Mahathir
kepada negara.
Tetapi itulah kerja seorang propagandis zaman yang mahu menjamin
kemenangan parti dan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak kerana Mahathir
telah menjadi musuh utama Umno dan perdana menteri.
Jika beliau berasa begitu kecewa, marah dan tidak adil terhadap
dirinya kerana ditolak untuk menjadi calon parlimen bagi Batu Pahat
sebaliknya seorang wanita Umno yang pernah menjadi kontroversi dipilih
maka beliau berhak untuk merasakan demikian.
Siapa pun akan melakukan apa sahaja jika pengorbanannnya tidak dinilai malah dimalukan.
Puad berasa dianggap seperti sampah dan berikrar akan menentang sistem yang rosak sekalipun akan tersungkur bagi kali terakhir.
Barangkali masih ada masa bagi pucuk pimpinan Umno untuk memujuknya.
TAN SRI ZAINUDDIN MAIDIN bekas menteri penerangan dan bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu.
Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang redaksi Malaysiakini.

Pilihan raya yang sukar diramal
Pilihan raya yang sukar diramal: Bagi penganalisis politik Bridget Welsh, PRU kali ini penuh ketidaktentuan, menjadikan tempoh kempen lebih penting berbanding PRU sebelumnya.
Di saat Pakatan Harapan (HARAPAN) dan BN masing-masing yakin akan
menang, manakala pandangan penganalisis pula berpihak kepada BN, ahli
akademik dan penganalisis politik Malaysia Bridget Welsh berkata PRU
kali ini masih penuh dengan ketidaktentuan.
Pensyarah Universiti John Cabot Italy itu berkata, walaupun dengan
kelebihan struktural seperti persempadanan semula yang memihak kepada
BN, persaingan antara dua gabungan politik itu masih sengit dan terbuka.
Justeru beliau berpandangan tempoh sebelas hari kempen nanti akan menjadi lebih penting berbanding PRU sebelumnya.
"Kempen (PRU ke-14) bersifat cair dan penuh dengan
ketidaktentuan...Tiada siapa yang dapat meramalkan keputusannya dengan
pasti," katanya (gambar) dalam rencana disiarkan Malaysiakini, hari ini.
Beliau memberikan lima faktor bagi menyokong hujahnya. Faktor pertama adalah pertembungan tokoh iaitu antara Mahathir dan Najib.
"Pada 2013, pilihan raya adalah tentang (faktor) Najib. Kali ini juga
serupa, tetapi berbanding sebagai kekuatan, Najib menjadi
beban...Pilihan raya ini kelihatan lebih kepada survivalnya, bukan
kepentingan parti atau negara.
"Mahathir juga tokoh yang membuatkan ramai berbelah bahagi. Walaupun
tahap korupsi tidak seteruk Najib, Mahathir ketika pentadbirannya telah
menjejaskan demokrasi di Malaysia.
"(Tetapi) Pada usia 92 tahun, Mahathir membangkitkan semangat
negarawan dan (penglibatannya) kelihatan bukan untuk kepentingan diri,"
katanya.
Katanya yang pernah menjadi felo di The Habibie Centre Indonesia, dua
tokoh ini membawa legasi masing-masing dalam pertembungan mereka dan
akan memaksa pengundi memilih pihak yang "kurang ditentang".
PAS keluar, BERSATU masuk
Faktor kedua, katanya lagi, berkaitan bertambahnya kerusi yang sengit
serta pertembungan tiga penjuru akibat keluarnya PAS daripada
pembangkang, meningkatkan lagi persaingan di sana.
"Pada 2013, hampir 50 peratus kerusi disaingi dengan sengit, dengan
32 peratus daripadanya dimenangi dengan majoriti kurang 10 peratus. Kali
ini peratusan kerusi itu dijangka meningkat sehingga 65 peratus,"
katanya.
Katanya, ia disebabkan pertembungan tiga penjuru, kewujudan BERSATU dan peningkatan kerjasama parti tempatan di Sabah.
"PAS dilaporkan akan bertanding di 126 kerusi, menjadikan
pertembungan tiga penjuru fenomena seluruh negara. Ia memberi kelebihan
kepada BN...Tetapi ia menyebabkan margin kemenangan berkurang dan ini
boleh memberikan kejutan.
"Politik Sabah pula terus bersifat pelbagai parti, tetapi pembangkang
yang semakin bersifat tempatan menonjolkan lagi politik etnik dan
kesetiaan tokoh. Ditambah pula dengan gelombang semangat Borneo, ia
menjadikan persaingan lebih sengit," katanya lagi.
Di semenanjung pula, pengarang Regime Resilience in Malaysia and Singapore itu berkata politik identiti berteraskan kaum dan agama kali ini melalui istilah 'tsunami Melayu' dan agenda Islam oleh PAS.
"Jika dulu ada 'tsunami Cina' yang dicanang BN, pembangkang kali ini
muncul dengan istilah 'tsunami Melayu' yang menggunakan pembingkaian
etnik yang sama.
"Lebih merumitkan dinamik ini, PAS membawa agenda Islamnya
sendiri...yang disokong dalam diam oleh Umno. Berbanding membina
jambatan, ia lebih kepada perpisahan dan kelebihan satu komuniti
berbanding yang lain."
Atas pagar, tak mahu mengundi
Welsh turut membangkitkan tinjauan yang menunjukkan lebih satu
pertiga pengundi berdaftar masih berada di 'atas pagar', menjadikan
tempoh kempen lebih penting.
Beliau bagaimanapun berkata keputusan lebih penting yang perlu dibuat
bukannya pihak mana yang perlu diundi, tetapi sama ada perlu keluar
mengundi.
"Parti mana yang mampu membawa pengundinya keluar akan mendapat
kelebihan. Jentera BN lebih kuat tetapi dengan mengambil kira rasa tidak
suka pengundi BN sendiri terhadap Najib, ia bukan jaminan.
"Halangan pembangkang (HARAPAN) pula lebih besar selepas kehilangan
PAS yang dahulunya menjadi tulang belakang jentera Pakatan Rakyat,"
katanya.
Pada akhirnya, katanya lagi, segmen pengundi ini yang perlu ditumpukan HARAPAN dan BN.
"Kedua-dua BN dan pembangkang yakin akan menang, tanpa melihat betapa
ramai pengundi yang hanya berada di tepi, memerhati dan memikirkan
pihak mana yang akan dipilih.
"Suasana pada masa ini tidak didominasi harapan dan kegembiraan,
tetapi penuh ketidaktentuan dan ketidakpastian. Tempoh kempen akan
menjadi lebih penting berbanding biasa," katanya lagi.

Mahkamah gantung keputusan ROS bubar sementara BERSATU @ Syukur, BERSATU belum terbatal - Muhyiddin
Mahkamah gantung keputusan ROS bubar sementara BERSATU
Diterbitkan |
Dikemaskini
Dikemaskini
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menggantung keputusan Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang membubarkan sementara pendaftaran
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Hakim Datuk Azizah Nawawi membenarkan permohonan parti itu sehingga
permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan BERSATU diputuskan.
Beliau membuat keputusan di kamar selepas mendengar hujah kedua-dua
pihak. Azizah kemudian menolak bantahan awal yang dikemukakan Jabatan
Peguam Negara yang diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Shamsol Bolhassan.
BERSATU diwakili peguam Rosli Dahlan.
Dengan kebenaran itu, merit penuh cabaran semakan kehakiman BRERSATU
termasuk membatalkan sebarang keputusan oleh ROS untuk membubarkan parti
itu kini boleh dibicarakan.
Rosli ketika dihubungi mengesahkan bahawa perintah kebenaran dan
penangguhan telah diberikan dan berkata Azizah juga memutuskan bahawa
Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Shahruddin Md Salleh mempunyai kes untuk
dibicarakan.
BERSATU memberi alasan bahawa Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan hanya
boleh digunakan sekiranya butir-butir tidak dikemukakan dalam masa yang
ditetapkan, selaras dengan surat ROS bertarikh 28 Feb.
Pada 13 April lalu, Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Shahruddin Md
Salleh memfailkan permohonan semakan kehakiman kali kedua dengan
menamakan Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim sebagai responden
tunggal.
Parti itu memfailkan semula permohonan berkenaan selepas Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur sini pada 11 April lalu menolak permohonan kebenaran
memulakan semakan kehakiman atas alasan permohonan itu sudah menjadi
akademik.
Dalam permohonan baru itu, Shahruddin selaku pihak pemohon antara
lain memohon perintah certiorari bagi membatalkan keputusan pendaftar
pertubuhan yang didakwa menyalahgunakan Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan
1966 apabila memutuskan bahawa BERSATU tidak menghantar maklumat di
bawah notis Seksyen 14(2).
[Baca berita penuh]
Sunday, April 22, 2018
Subscribe to:
Posts (Atom)