Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Sunday, February 11, 2018

Pengurusan baru Proton diskriminasi bumiputera, kata Pekema

Pengurusan baru Proton diskriminasi bumiputera, kata Pekema



  

Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan
Melayu Malaysia (Pekema) mendakwa dasar Proton di bawah pengurusan baru
syarikat menyebabkan pengedar bumiputera berdepan diskriminasi dan
kemungkinan akan diganti oleh pengedar bukan bumiputera sepenuhnya.


Presiden Pekema Datuk Zainuddin Abdul Rahman membuat dakwaan itu
sebagai mengulas dasar Proton yang mengarahkan pengedar menaik taraf
daripada pusat 1S (jualan saja) kepada pusat 3S (jualan, servis dan alat
ganti) dalam tempoh setahun.


"Orang yang menjaga perancangan dan pembangunan wakil jualan Proton
diketuai oleh seorang bukan bumiputera yang tentunya tidak mempunyai
jiwa untuk membantu bumiputera.


"Beliau telah memberi berbagai tekanan dan tidak memberi pilihan
kepada wakil jualan bumiputera 1S dalam usaha untuk naik taraf kepada
3S. Tidak ada kompromi atau rundingan," katanya dalam satu wawancara Mingguan Malaysia.


Zainuddin mendakwa kebanyakan pusat 3S diuruskan oleh bukan
bumiputera sementara pusat 1S kebanyakannya diuruskan oleh bumiputera
yang tidak mampu menaik taraf ke 3S dalam tempoh yang singkat.


"Kalau tak ikut syarat ini, mereka akan tukar dengan wakil jualan
lain yang kemungkinan besar rata-ratanya adalah wakil jualan bukan
bumiputera," katanya dipetik sebagai berkata.


Zainuddin menambah, kos untuk menaik taraf pusat servis menelan kos
sehingga RM60 juta termasuk untuk tanah, bangunan dan modal pusingan.


Tahun lalu, syarikat milik China, Geely memperoleh 49.9 peratus saham
Proton dalam bidaan untuk membangunkan semula syarikat automatif
berkenaan. Proton kini di bawah pengurusan baru yang diterajui Ketua
Pegawai Eksekutif Proton Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (PONSB), Dr. Li
Chunrong sejak November lalu.


Zainuddin turut mendakwa Proton hanya membenarkan pengedar 3S untuk menjual model Boyue yang akan dikeluarkan.


"Kita difahamkan pihak Proton dengan bantuan kerajaan akan membawa
masuk sejumlah besar secara complete-built-up (CBU) Boyue dengan
insentif istimewa daripada kerajaan bagi menggalakkan jualan Proton di
pasaran.


"Malangnya CBU Boyue ini difahamkan akan diberi kepada wakil jualan
Proton 3S sahaja. Ini satu lagi diskriminasi secara halus kepada wakil
jualan bumiputera 1S yang tidak diberi hak untuk menjual CBU Boyue,"
katanya dipetik sebagai berkata.


Menurut Zainuddin lagi, tidak mudah untuk menaik taraf pusat 3S
kerana banyak prosedur yang perlu dilalui termasuk mendapatkan pemilikan
tanah bagi membina pusat servis tersebut.


"Di Lembah Kelang ini terutamanya, mana nak dapat tanah untuk bina
bangunan sendiri atas tanah seluas 0.61 hektar (1.5 ekar) seperti
ditetapkan pengurusan baru Proton ini.


"Jelas tidak logik. Wakil jualan bumiputera tidak mampu untuk menyewa
atau membeli tanah 0.61 hektar (1.5 ekar) tersebut. Akhirnya di Lembah
Kelang, saya percaya akan dimonopoli oleh wakil jualan bukan
bumiputera," katanya.


Read more at https://www.malaysiakini.com/news/411905#yEw76T8o3P5uxWAc.99
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...