Anwar Ibrahim mengeluarkan fatwa bahawa kalimah Allah adalah hak
Kristian berikutan timbul polemik di kalangan umat Islam
Dr.Haron Din (Timbalan Murshidul Am
PAS) mengemukakan pandangan beliau berkenaan isu penggunaan kalimah
Allah. Ikuti pandangan beliau. Kufur Jika Sokong Guna Kalimah Allah - Dr. Haron
Din
Begitu juga dengan Ustaz Kazim Elias yang mengatakan orang kafir tidak boleh menggunakan kalimah Allah dengan sewenang-wenangnya.
Tahun-tahun kebelakang ini orang Islam dan Kristian telah berdebat
dengan penggunaan perkataan "Allah", di mana orang Islam mengatakan
perkataan itu seharusnya ekslusif untuk mereka memandangkan Islam adalah
agama monotheistik dan "Allah" merujuk kepada Tuhan untuk orang Islam.
Penghantaran
melalui kapal Alkitab, kitab Injil berbahasa Melayu untuk Kristian
Bumiputera, telah dihalang dan dirampas di pelabuhan, sebelum kerajaan
membenarkannya pada tahun 2011.
Perdebatan di mahkamah mengenai
isu perkataan "Allah" masih belum diselesaikan, dengan Gereja Katolik
masih dihalang dari menggunakan perkataan tersebut dalam akhbar
mingguannya, walaupun keputusan Mahkamah Tinggi membenarkannya pada 31
Disember, 2009.
Ini kerana Kementerian Dalam Negeri pada 2010
membuat rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi, dan sejak itu mahkamah
tidak membuat sebarang keputusan untuk menetapkan tarikh untuk
perbicaraan.
Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata
PR akan berbincang pada 8 Januari mengenai isu tersebut.
Adakah Abe Mat Sabu Tak sedar bahawa akan
kekufurannya.
Kufur Jika Sokong Guna Kalimah Allah - Dr. Haron
Din.
Kenyataan Mat Sabu ‘Allah Untuk Orang
Bukan Islam’!!!!...
Kenyataan
timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu bahawa bukan Islam juga dibenarkan
merujuk Tuhan sebagai "Allah" melegakan, selepas kenyataan yang
bercanggah dari ketua penerangan parti Islam tersebut."Jaminan
timbalan presiden PAS kekal dengan pendiriannya tiga tahun lalu sungguh
melegakan. Kami menghormati pendirian konsistennya, dan mengagumi
keberaniannya dan mengalu-alukan beliau sebagai rakan kebenaran yang
ikhlas," kata Uskup Paul Tan yang dilaporkan kepada sebuah portal
berita, sehari selepas Mohamad menerangkan pendirian parti.
Pemimpin
PAS yang dikenali sebagai Mat Sabu, berkata: "Presiden PAS telah
memberi kenyataan pada 2010 untuk tidak melarang agama lain selain Islam
untuk menggunakan nama 'Allah'. PAS masih kekal dengan pendirian itu."
Untuk
orang Islam di Malaysia, yang merangkumi 60 peratus dari 28 juta
penduduk, mendakwa perkataan Arab itu adalah nama yang ekslusif untuk
Tuhan mereka, dan bercanggah dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009
yang membenarkan Gereja Katolik untuk menggunakan perkataan tersebut
sebagai Tuhan untuk orang Kristian dalam bahagian Bahasa Melayu akhbar
mingguannya, Herald, yang dibaca kebanyakannya dari Borneo.
Tan,
yang mengetuai Gereja Katolik Melaka-Johor, dilaporkan berkata Kristian
di sebelah Semenanjung merasakan ini adalah satu langkah yang signifikan
dalam penyelesaian mengenai isu perkataan "Allah".
"Pandangan
saya ialah semua pihak dalam parti tersebut perlu berkomunikasi, kerana
pandangan ketua penerangan itu bercanggah," katanya lagi.
Mohamad
menambah bahawa presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah
menyuarakan pandangannya tiga tahun lalu, apabila isu ini kali pertama
diperdebatkan.
Abdul Hadi yang merupakan seorang ulama Islam,
dalam kenyataannya pada 7 Januari, 2010 berkata: "Kesimpulannya, kita
tidak boleh menghalang mereka dari menggunakan perkataan 'Allah' untuk
mereka, di tempat ibadat dan amalannya, walaupun maksudnya berbeza dari
asal menurut bahasa kita."
Debat dalam penggunaan perkataan
tersebut di kalangan bukan Islam dihangatkan bulan lalu apabila ketua
penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man secara terbuka mengatakan
perkataan "Allah" dalam Alkitab, kitab Injil yang dialihbahasa ke bahasa
Melayu, tidak memberi maksud yang sebenar dengan perkataan tersebut.
"Pendirian
PAS mengatakan perkataan tersebut harus menggunakan perkataan 'Tuhan'
dan bukan 'Allah' untuk menunjukkan maksud sebenar teks tersebut,"
katanya sehari selepas Krismas.
Tuan Ibrahim berkata kedua-dua
Kristian dan Islam mungkin terkeliru dengan perkataan "Allah" yang
digunakan dalam Alkitab.
Beliau memberi pandangan tentang
kenyataan yang dikeluarkan oleh rakan Pakatan Rakyat (PR) dari DAP, Lim
Guan Eng, yang mengatakan dalam perutusan hari Krismasnya untuk
membenarkan semula perkataan itu digunakan dalam kitab Injil berbahasa
Melayu tersebut, dan membenarkan kitab itu dihantar ke Sabah dan
Sarawak, yang mewakili 9.2 peratus penduduk Kristian di Malaysia.
Tahun-tahun
kebelakang ini orang Islam dan Kristian telah berdebat dengan
penggunaan perkataan "Allah", di mana orang Islam mengatakan perkataan
itu seharusnya ekslusif untuk mereka memandangkan Islam adalah agama
monotheistik dan "Allah" merujuk kepada Tuhan untuk orang Islam.
Penghantaran
melalui kapal Alkitab, kitab Injil berbahasa Melayu untuk Kristian
Bumiputera, telah dihalang dan dirampas di pelabuhan, sebelum kerajaan
membenarkannya pada tahun 2011.
Perdebatan di mahkamah mengenai
isu perkataan "Allah" masih belum diselesaikan, dengan Gereja Katolik
masih dihalang dari menggunakan perkataan tersebut dalam akhbar
mingguannya, walaupun keputusan Mahkamah Tinggi membenarkannya pada 31
Disember, 2009.
Ini kerana Kementerian Dalam Negeri pada 2010
membuat rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi, dan sejak itu mahkamah
tidak membuat sebarang keputusan untuk menetapkan tarikh untuk
perbicaraan.
Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata
PR akan berbincang pada 8 Januari mengenai isu tersebut.
Anwar Ibrahim mengeluarkan fatwa bahawa kalimah Allah adalah hak
Kristian berikutan timbul polemik di kalangan umat Islam