‘Klon’ Anwar Tidak Muncul, Konon Ditahan Di Sempadan
Sumber dari AIDC
on April 20, 2013
PERMATANG PAUH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) gagal membawa saksi
yang didakwa menyerupai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim
berhubung skandal video seks yang dikaitkan dengan beliau dalam majlis
di Yayasan An Nahdhoh, Kubang Semang, di sini malam tadi.
Lebih memalukan, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Badrul Hisham Shaharin mendakwa, peguam yang membawa saksi dari Thailand
itu ditahan polis di Bukit Kayu Hitam, Kedah petang semalam.
Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 5,000
penyokong dalam majlis solat hajat dan bacaan Yasin sempena Pilihan Raya
Umum Ke-13 (PRU-13) yang turut dihadiri Anwar.
Dakwa Badrul Hisham atau lebih dikenali Chegubard, peguam itu,
Mohamad Shabrimi Sidek kini ditahan di balai polis Bukit Kayu Hitam
bersama beberapa saksi dari Thailand.
Chegubard turut memainkan dua rakaman suara kononnya dibuat Mohamad
Shabrimi sejurus ditahan polis dan Jabatan Imigresen di sempadan Bukit
Kayu Hitam.
Anwar sebelum ini dilaporkan akan menampilkan seorang lelaki dari
Thailand yang menyerupai wajahnya dalam video seks yang dikaitkan dengan
beliau sekali gus cuba membuktikan lelaki berkenaan merupakan individu
sebenar dalam rakam video tersebut.
Tindakan itu diselar banyak pihak kerana memperlihatkan Anwar semakin
terdesak mengembalikan maruahnya yang tercemar sedangkan beliau enggan
bersumpah laknat iaitu perbuatan yang jauh lebih mudah dilakukan
berbanding membawa `pelakon tersebut.
Pendedahan video seks yang dikaitkan dengan beliau dipercayai dengan
seorang pelacur dari China dibuat ‘Trio Datuk T’ pada 21 Mac 2011 di
Hotel Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur.
Rakaman video seks membabitkan pelaku didakwa mirip Anwar itu juga
disahkan tulen oleh pakar pengimejan video dari luar negara –
Utusan Malaysia
Posted by MPP
On
Sabtu, 20 April 2013
Inilah gambar dua saksi video yang didakwa mirip kepada Anwar Ibrahim
yang dikatakan ditangkap di sempadan Malaysia-Thailand semalam. Lelaki
yang berbaju biru tu adalah Sekretariat Pakatan iaitu Sabrimi Sidek.
Gua difahamkan oleh sumber pihak berkuasa, sebenarnya tiada langsung
tangkapan yang dibuat di Balai Polis Bukit Kayu Hitam. Anwar dikatakan
sengaja mencipta skrip untuk memburukkan imej Polis yang kononnya mahu
menghalang saksi terbabit ditampilkan kepada rakyat.
Ini semua adalah satu lagi sandiwara Anwar serta Chegu Bard yang sengaja
direka untuk membersihkan nama Anwar menjelang hari mengundi bagi PRU13
di Permatang Pauh tak lama lagi..
Didalam ceramah di perkarangan Madrasah An-Nadhoh Kubang Semang semalam,
Anwar secara terang-terangan menuduh Polis bersekongkol dengan kerajaan
untuk menutup bukti kononnya ada pelakon mirip Anwar..
Anwar juga menampilkan rakaman perbualan telefon yang kononnya dibuat
semasa saksi mirip Anwar tersebut ditangkap di Bukit Kayu Hitam.
Ternyata semua penyokong Anwar ditipu hidup-hidup kerana rakaman
tersebut hanyalah helah semata-mata..
Anwar sekarang memang terdesak untuk mencari simpati rakyat khususnya di
Permatang Pauh ni beb.. Ceramah semalam pun tak ramai yang datang.. Gua
rasa ada la lebih kurang 600 orang je yang hadir..
Kalau macam ni punya keadaan.., rasanya Anwar boleh lari malam beb.. Tak
pun.., lepas ni dia tuduh pulak Najib nak bunuh dia.. Korang bukan tak
tahu perangai munafik Anwar tu kann... Dia tu memang macam-macam...
Cehh!!!