Lim Kit Siang Benci Abdul Ghani proksi Mahathir
14hb Johor Bahru, penasihat
DAP Lim Kit Siang hari ini semasa adakan sidang media berkata, menteri
besar Johor yang dijangkakan akan bertanding di kerusi Parlimen Gelang
Patah, adalah Stalking horse dan Proxy kepada bekas perdana menteri Tun Mahathir.
Read more: http://pecahpalakmikir.blogspot.com/2013/04/lim-kit-siang-benci-abdul-ghani-proksi.html#ixzz2QuAxQgNh
Mula-mula mereka pre-empt UMNO dan BN dengan kata hentikan perkauman. Ianya seolah-olah DAP bukan parti perkauman, tidak ada amalam cauvanis kaum dan UMNO saja kuat main isu perkauman.
Untuk menjustifikasikan tuduhan itu, mereka guna Salahuddin Puduraya yang mak dia anak Cina untuk cakapkan perkara itu.
Walhal pemimpin DAP tak berani tanding kawasan campuran. Mesti kawasan yang majoriti Cina. Lim Guan Eng tolak cabaran Teng dan tak berani lawan di kawasan campuran. Dia hanya berani ajak lawan di kawasan lama Teng di Bukit Bendera yang 78% Cina.
Gelang Patah akan memperlihatkan calun Melayu bertanding di kawasan Cina majoriti. Ia memberi petanda kepada masa depan kita sebagai satu bangsa satu Malaysia. Kaum Cina Pulai boleh tunjuk bahawa mereka memilih bukan berdasarkan kaum tapi keupayaan dan kebolehan seseorang.
Ia satu ujian kepada pengundi dan masyarakat Cina untuk tolak pemimpin rasis dan seorang yang ada sejarah pencetus huru hara antara kaum. Mereka boleh tolak budaya politik benci dan fitnah yang diamalkan seorang calun walaupun calun itu dari bangsa mereka sendiri.
Jika Melayu boleh terima calun Cina dari MCA dan Gerakan, tiada sebab pengundi Cina Pulai tak boleh beri undi kepada Dato haji Ghani Osman sebagai calun Melayu yang berjasa dan hebat?
Rasanya Cina Johor yang boleh hidup aman damai dengan pelbagai kaum mahu tunjukkan isyarat ini. Menyedari dirinya mula tergugat dan kaum Cina Johor berlainan dari CIna tempat yang dia pernah wakili, Kit Siang dan DAP dah guna taktik ugut.
Satu psywar dimainkan di Gelang Patah yang mana kempen DAP mula menakut-nakutkan pengundi Cina melalui sebaran mulut ke mulut.
Kononnya DAP ada cara tertentu utk mengesan pengundi cina akan undi calon apa. Sekiranya dapat dikesan pengundi cina undi selain calon DAP, pengundi tersebut akan terima padah kalau DAP menang.
Ini tak mungkin dilakukan. Kalau boleh dilakukan dah lama ada pihak lakukan. Memang ianya satu pembohongan dan usaha membodohkan pengundi. Itu pasal pondok panas di hari pembuangan undi tak dibenarkan lagi. Tiada sesiapa perlu check dengan sesiapa sebelum mengundi melainkan SPR.
No comments:
Post a Comment