Memalukan!!!
Itu ayat yang patut kita hamburkan kepada Si Nurul Izzah ni. Pandai
sangat dia nak tuduh orang lain sebagai pengundi Hantu. Rupanya dia pun
hantu jugak.
Sekarang
pendedahan telah pun dibuat. Dia rupanya mendaftar sebagai pengundi
hantu disebuah alamat yang tak de orang duduk. Dia sendiri pun tak duduk
rumah tu.
Persoalannya,
rumah siapakah yang dia jadikan alamat untuk daftar sebagai pengundi?
Kenapa dia pilih rumah tu dan apa kaitan tuan rumah tu dengan dia?
Kalau
sebelum ni, ramai dah orang cerita pasal Pejabat dia penuh dengan hantu
sebab tak de orang. Jadi sekarang, dia kena jelaskan pulak, pasal apa
dia mendaftar dialamat yang dia sendiri tak duduk. Kalau setakat pandai
bercakap je, baik tak payah!!!
KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menyifatkan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar sebagai pengundi hantu paling besar kerana mendaftar mengundi di kawasan bukan tempat tinggalnya.
Kata beliau, pada tahun lepas, Nurul Izzah mendaftar sebagai pengundi di Parlimen itu melalui alamat sebuah rumah di Bangsar walaupun tidak pernah tinggal di situ.
"Dia daftar sebagai pengundi Lembah Pantai menggunakan alamat sebuah rumah di Bangsar. Dia tidak tinggal di situ, bapanya juga tidak tinggal di situ, alamat ini mungkin alamat kenalan atau saudaranya sahaja," katanya selepas menghadiri majlis sepetang bersama penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau dan Persatuan Anak-Anak Melaka, Selangor dan Wilayah Persekutuan di Pantai Dalam di sini semalam.
Tambah Nong Chik, beliau tidak pernah membawa kes Nurul Izzah ke mahkamah untuk dibatalkan daftar pemilih berkenaan sebaliknya menganggap tindakan itu adalah hak individu.
"Namun, sikapnya yang cuba mendapatkan perintah mahkamah membatalkan lebih 4,000 pengundi meragukan dalam Rang Daftar Pemilih di kawasan Lembah Pantai adalah satu tindakan yang cuba menafikan hak bekas setinggan di sini untuk mengundi," jelasnya.
Awal bulan lalu, Nurul Izzah gagal mendapatkan perintah Mahkamah Tinggi di sini untuk membatalkan lebih 4,000 nama pengundi meragukan di Parlimen itu.
Mengulas mengenai perkara itu, Nong Chik berkata, 4,000 nama itu merupakan pengundi bekas setinggan yang telah berpindah ke beberapa PPR sekitar Lembah Pantai.
"Memang alamat ini agak meragukan, mungkin disebabkan mereka tidak bertukar alamat lagi, tidak tukar MyKad lagi dan sebagainya," jelasnya.
Katanya, kesemua mereka merupakan golongan berpendapatan rendah yang telah berpindah dari setinggan Bukit Putra Indah ke PPR Kerinci dan Pantai Ria.
"Nama pemilih yang Nurul Izzah cuba nafikan hak mengundi bukan pengundi baharu tetapi penduduk yang telah lama mendaftar sejak tahun 1999 dan sudah banyak kali mengundi," jelasnya.
Beliau menambah, jika Nurul Izzah mempunyai perasaan terhadap penduduk di Lembah Pantai, dia tidak akan membawa perkara itu ke mahkamah dan cuba mencari publisiti serta mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya dan pihak tertentu menipu.
"Jika dia (Nurul Izzah) cakap orang tidak tinggal dan bermastautin di sini (Lembah Pantai) tidak boleh mengundi, dia pun sama tidak boleh mengundi di sini," katanya.
kerana nurul izzah, seramai 210 keluar umno, melompat rianglah semua pencacai!!!
hehe.. sebelum pencacai gembira tak terhingga, harap boleh tarik nafas panjang-panjang dulu ye.. sebab, cerita sebenarnya bukan orang keluar umno.. tetapi keluar pkr di lembah pantai....
Nurul Izzah Anwar mendapat tamparan hebat menjelang Pilihan Raya Umum
Ke-13 (PRU-13) apabila seramai 210 ahli PKR Lembah Pantai
mengisytiharkan keluar parti hari ini.
Lebih pedih, tindakan itu diketuai oleh pencadang Nurul Izzah semasa
penamaan calon pilihan raya umum 2008 Norleha Ghani dan Ketua Wanita PKR
Cawangan Taman Bukit Angkasa, Rossimah Abu Bakar. Norleha yang mendakwa
berjuang bersama PKR sezaman dengan bekas pengasas parti itu Ng Lum
Yong berkata, keputusan meninggalkan parti tersebut dibuat kerana sudah
tidak yakin dengan perjuangan parti itu dan kecewa dengan sikap anak
Ketua Pembangkang itu.
"Beliau (Nurul Izzah) tidak tahu bagaimana kami meninggalkan suami
dan anak-anak di rumah semata-mata untuk membantunya semasa berkempen
(2008).
Kami bekerja kuat, malah menganggapnya seperti anak kami sendiri.
"Kami bukannya menagih jawatan, tetapi kesal kerana selepas beliau
menang, kami dilupakan.
Janji-janji yang dibuat kepada pengundi-pengundi tidak ditunaikan,''
katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas
mengisytiharkan keluar PKR dan menyokong Barisan Nasional (BN) di
kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, di sini.
Dalam pada itu, Norleha dengan nada sebak memohon maaf kepada Tun Dr.
Mahathir Mohamad kerana pernah menggelar bekas Perdana Menteri itu
sebagai Firaun.
"Saya sebenarnya terikut-ikut dengan ahli-ahli PKR lain selepas kami
ditiupkan api kebencian terhadap Dr. Mahathir yang memenjarakan Anwar
pada 1999," ujarnya. Beliau berkata, penyokong-penyokong pakatan
pembangkang khususnya PKR perlu mengambil langkah sama untuk keluar
parti dan mengundi BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.
"Hanya BN yang boleh membela nasib rakyat. Kita harus memberi peluang
kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk terus membawa kemajuan dan
kemakmuran kepada negara," katanya.
Sebelum ini Nurul Izzah diumum akan mempertahankan kerusi Parlimen
Lembah Pantai pada PRU-13. Untuk rekod, pada pilihan raya lalu Nurul
Izzah menewaskan calon BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan calon
Bebas,
ps: macam biasa ayat yang di keluarkan oleh pencacai tegar... orang umno yang masuk umno sebenarnya... hehe...
No comments:
Post a Comment