MUSLIMAT PAS SOKONG SHAHRIZAT SAMAN MAK LAMPIR!! - "ZURAIDA TAK SIUMAN!!"
Saturday, December 31, 2011
PELAN SULIT - HARUN DIN TUBUH PARTI BARU GANTI PAS!!?
MUSLIMAT PAS SOKONG SHAHRIZAT SAMAN MAK LAMPIR!! - "ZURAIDA TAK SIUMAN!!"
Fitnah PKR terhadap Jamil Khir : Jamil Khir BOGELKAN FITNAH BELIAU! ... Beserta Data Kewangan, WOW!
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menegaskan laporan mendakwa beliau terbabit penyelewengan wang zakat adalah tidak benar.
Beliau berkata wang yang digunakan bagi pembayaran kos guaman beliau dalam kes tuntutan qazaf Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bukannya daripada wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tetapi dana khas yang disalurkan kerajaan untuk pembayaran yuran guaman.
"Setiap tahun kerajaan bagi bajet kepada MAIWP dan tahun ini RM700,000 diperuntukkan untuk tujuan pembayaran contohnya kes perebutan jenazah, kes libatkan saudara baru, isu murtad yang dibawa ke mahkamah, kita pakai duit ini lah," katanya kepada pemberita di Sepang hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjelaskan dakwaan penyelewengan wang zakat MAIWP bagi pembayaran kos guaman beliau, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain dalam kes qazaf itu.
Sambil menyifatkan dakwaan itu dan laporan mengenai kos ubah suai rumahnya di ibu negara yang dikatakan tinggi dan mewah sebagai zalim dan kejam, Jamil Khir berkata berita seumpama itu sepatutnya diselidik terlebih dahulu sebelum disiarkan supaya tidak timbul fitnah dan salah faham rakyat terhadap pemimpin negara dan kerajaan.
Beliau berpendapat laporan itu bertujuan untuk melahirkan persepsi bahawa pihak menteri dan kerajaan selalu melakukan penyelewengan.
"Saya rasa amat tidak wajar seorang Muslim dan saya rasa yang bercakap ini pun banyak Muslim. Dia patut selidik dan kena rasa takut pada fitnah dan pembohongan yang bukan setakat habis di dunia tapi balasannya sampai di akhirat," katanya.
Menurutnya pembangkang banyak memainkan isu melibatkan kerajaan Barisan Nasional untuk dipolitikkan supaya dapat mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu-isu pokok membabitkan pembangkang termasuk qazaf.
Mengulas mengenai isu rumahnya, Jamil Khir berkata pihak berkenaan boleh membuat semakan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan menjelaskan rumahnya itu dibeli sejak tahun 1994 sebelum beliau dilantik sebagai menteri dan pembayaran bulanan juga masih dibuat sehingga kini.
"Biasalah kalau ada sedikit penambahbaikan pada rumah itu. Saya dulu mejar jeneral, dua bintang dalam pegawai kerajaan...ada pencen penuh dan tak peliklah saya layak buat pinjaman (perumahan)," katanya.
Beliau juga berkata penjelasan beliau berkaitan dakwaan itu adalah muktamad dan berharap semua pihak memahami keadaan sebenar.
Jamil Khir BOGELKAN FITNAH BELIAU! ... Beserta Data Kewangan, WOW!
Friday, December 30, 2011
Memori 2011 - 10 Penemuan Terbaru Perubatan Sepanjang 2011
MAJALAH Time baru-baru ini menggariskan 10 penemuan perubatan sepanjang tahun 2011. Ia meliputi teknik, vaksin, rawatan, diet, penyakit dan risiko.
Teknik pengklonan untuk mencipta sel stem.
Sekumpulan penyelidik melaporkan mereka berjaya menggunakan teknik Pemindahan Sel Nuklear Somatik (SCNT) – teknik yang sama mencipta Dolly, kambing biri-biri yang merupakan mamalia pertama diklonkan – ke atas sel manusia.
Oktober lalu, saintis di Yayasan Sel Stem New York berjaya mengubah-suai teknik tersebut dengan menggabungkan DNA sel manusia dengan bahan genetik sel telur. Cubaan sebelum ini mengklonkan sel manusia menggunakan teknik SCNT gagal.
Penemuan tersebut memberi harapan dalam bidang perubatan kerana berkemungkinan dapat menghasilkan sel stem yang akan digunakan untuk merawat penyakit seperti kecederaan saraf tunjang dan Parkinson, satu hari nanti.
Vaksin Malaria yang pertama.
Vaksin malaria pertama yang telah diuji ke atas kanak-kanak di Afrika merendahkan risiko jangkitan malaria sehingga setengah, penemuan luar biasa memandangkan tiada vaksin menentang parasit manusia atau malaria yang menghidap berjuta-juta kanak-kanak setiap tahun sebelum ini.
Para saintis melaporkan vaksin eksperimen yang dikenali sebagai RTS, S itu efektif sehingga 56 peratus dalam memberi perlindungan kepada kanak-kanak berusia dari 5 hingga 17 bulan daripada terkena jangkitan malaria dalam tempoh setahun imunisasi itu.
Namun, tempoh percubaan vaksin eksperimen itu dijangka hanya akan berakhir pada tahun 2014 kerana saintis masih menjalankan pemerhatian terhadap 15,460 orang kanak-kanak tersebut bagi melihat berapa lama vaksin itu dapat bertahan.
Rawatan HIV sebagai pencegahan
Rawatan untuk HIV telah lama dijalankan dengan penggunaan dadah jenis antiretroviral (ARV) yang dapat merendahkan paras virus itu di dalam tubuh manusia, mengekalkan kesihatan pesakit dan mengurangkan risiko penyebaran HIV.
Kajian baru-baru ini mendapati dadah yang sama digunakan bagi merawat jangkitan itu juga dapat memberi perlindungan kepada mereka yang tidak menghidap HIV daripada dijangkiti.
Dalam satu kajian yang dijalankan penyelidik dari Universiti Washington yang melibatkan sebanyak 4,758 pasangan heteroseksual yang seorang daripada mereka menghidapi HIV positif, penjangkitan virus kurang sehingga 73 peratus selepas tiga tahun apabila pasangan yang tidak dijangkiti virus tersebut mengambil pil ARV.
Piramid makanan menjadi ‘sepinggan’ makanan.
Jika sebelum ini Garis Panduan Diet untuk Rakyat Amerika (DGA) mencadangkan piramid makanan sebagai diet seimbang yang menyihatkan, kini mereka memperkenalkan MyPlate, carta makanan berbentuk pinggan.
Carta pinggan berwarna-warni itu dibahagikan kepada empat bahagian sama rata iaitu buah, sayur, bijian dan protein serta bulatan kecil di tepi pinggan itu yang mewakili hasil tenusu, menggantikan piramid makanan yang mengelirukan.
Kajian yang dikeluarkan Januari lalu menggalakkan orang ramai untuk merendahkan semua jumlah jenis makanan dan mencadangkan mereka mengurangkan gula, garam dan lemak, menyeimbangkan jumlah pengambilan dengan pembakaran kalori, mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan makanan berasaskan tumbuhan serta makanan laut dan mencadangkan senaman fizikal selama 150 minit setiap minggu.
Pengarah Institut Perubatan Penjanaan Semula Wake Forest, Dr. Anthony Atala Mac lalu mencipta bahagian badan manusia, uretra iaitu tiub kecil yang bertanggungjawab membawa air kencing keluar daripada badan, yang boleh berfungsi dengan baik.
Atala menghasilkan satu bekas menyerupai tiub uretra dan kemudian membenihkannya dengan sel pundi kencing pesakit lalu membiarkan ia ‘tumbuh’.
Apabila organ buatan manusia itu dialihkan ke dalam badan pesakit, ia kemudian terus menjalankan tugas menyingkirkan bahan buangan itu.
Kaitan aneh antara bakteria dan kanser usus besar.
Oktober lalu, kumpulan penyelidik melaporkan bakteria Fusobacteria yang jarang ditemui tetapi didapati membiak di sel kanser kolon dan dikaitkan dengan kemungkinan tinggi untuk jangkitan kanser.
Membandingkan tisu kolon yang sihat dan sel kanser, penyelidik mendapati Fusobacteria 100 kali lebih banyak berada dalam sel kanser.
Ia merupakan kali pertama Fusobacteria dikaitkan dengan kanser. Kajian sebelum ini mendapati bakteria itu dikaitkan dengan risiko tinggi penyebab radang usus besar berulser, keadaan di mana keradangan itu menghapuskan sel yang melapisi usus besar.
Penemuan efektif mengurangkan berat badan
Berdasarkan kajian terbaru, dadah jenis Onexa dapat mengurangkan sehingga 10 peratus berat badan pesakit yang obes dalam tempoh setahun.
Pil tersebut menggabungkan dua jenis dadah iaitu phentermine yang mengurangkan selera dan topiramate yang berfungsi mengawal serangan epilepsi dengan mengatur caj elektrik antara saraf otak yang turut mengawal fungsi tubuh membakar kalori.
Pesakit yang mengambil pil tersebut turut menunjukkan kemajuan dalam tekanan darah mereka, paras gula di dalam darah dan tahap kolestrol, semua yang dapat merendahkan risiko penyebab serangan jantung.
Anjing boleh menghidu kanser paru-paru
Penyelidik dari Jerman baru-baru ini berjaya melatih sekumpulan anjing selama sembilan bulan untuk membezakan sampel nafas pesakit kanser paru-paru dan mereka yang sihat.
Saintis mendapati anjing-anjing itu dapat menyedari perubahan sebatian yang tidak begitu ketara dalam nafas pesakit kanser tetapi mereka tidak dapat menerangkan apa perubahan tersebut.
Air liur menentukan usia
Penyelidik dari Universiti California, Los Angeles (UCLA) mendapati usia mayat yang ditemui dapat ditentukan dari bahan genetik mereka iaitu air liur. Pengaruh persekitaran seperti diet, tekanan, pendedahan terhadap cahaya matahari dan sebarang agen yang mengakibatkan pertumbuhan kanser dalam tisu malah toksik sekalipun tidak dapat menukar DNA di dalam air liur.
Peramal risiko kematian?
Satu kajian mendapati ujian darah yang ringkas dapat meramalkan siapa yang berkemungkinan untuk meninggal dunia kerana serangan jantung ataupun kanser. Kajian selama 12 tahun terhadap hampir 2,000 orang mendapati mereka yang mempunyai paras enzim digelar katepsin S di dalam darah lebih berkemungkinan besar untuk meninggal dunia akibat penyakit tersebut.
Penyelidik masih tidak dapat menentukan bagaimana katepsin S menyebabkan sakit jantung atau kanser tetapi syarikat perubatan kini sibuk cuba menghasilkan bahan yang dapat menyekat kesannya.
Sumber: www.time.com
Dirgahayu Malaysia Tanahairku!
Aspirasi Anjur Jelajah Aman Kampus Bukti Mahasiswa Aset Penting Negara
Kuala Lumpur, 30 Disember- Mahasiswa adalah aset negara yang terpenting. Golongan ini juga memiliki peranan yang besar dalam mencorak masa depan agama, bangsa dan tanahair yang kita cintai ini yakni Malaysia, ujar Mohd Shahar Abdullah, Presiden Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI).
Justeru itulah, pihak kerajaan senantiasa mengambil perhatian yang serius mengenai pelbagai isu yang berkaitan dengan kemahasiswaan terutamanya berkenaan hal ehwal kebajikan mahasiswa agar mereka ini dalam menuntut ilmu pengetahuan dalam keadaan kondusif dan seterusnya mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Sehubungan dengan itu, Aspirasi akan menganjurkan JELAJAH AMAN KAMPUS dengan kerjasama beberapa buah NGO dan Universiti yang bersandarkan kepada empat asas utama iaitu memastikan suasana keharmonian dan kedamaian yang sedia ada di setiap kampus senantiasa dipelihara agar penekanan diberikan sepenuhnya terhadap kecermerlangan sahsiah diri dan akademik mahasiswa dapat direalisasikan.
“Dalam masa yang sama, ia bertujuan untuk menyuntik semangat partriotisme kepada mahasiswa agar terus memahami secara rasional terhadap dasar-dasar yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan di samping menyediakan sebuah wadah penyampaian maklumat yang tepat, berkesan dan terancang berkaitan penjelasan isu-isu semasa agar dapat memberi impak terhadap sosio-politik Negara serta pembangunan intelek mahasiswa.
Ia juga diharap dapat ditenterjemahkan sokongan majoriti terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan Negara melalui kutipan tandatangan mahasiswa dan warga kampus kelak,” ujarnya kepada pemberita di Kelab Sultan Sulaiman, sebentar tadi.
Tambahnya, usaha sebegini sangat penting dalam melahirkan pelapis kepada kepimpinan Negara yang memiliki keintelektual yang tinggi, semangat cintakan Negara yang menebal dalam diri mereka dan mampu menjadi penyumbang kepada kemakmuran serta kemajuan Negara. Oleh yang demikian, peranan ini tidak hanya dibebankan kepada pihak kerajaan sahaja tetapi setiap rakyat Malaysia perlu mengetahui peranan mereka tersendiri dalam menjayakan usaha ini
“Antaranya, mahasiswa itu sendiri haruslah mengetahui tanggungjawab mereka terhadap ibubapa, keluarga, masyarakat dan Negara. Sudah pasti, tugas utama mereka adalah memperolehi keputusan akademik yang sangat cemerlang dan aktif dalam pelbagai kegiatan kokurikulum.
Dalam pada itu, sama ada kita sedar ataupun tidak, sebenarnya masyarakat terutamanya mereka yang berada didalam atau sekitar mahasiswa juga mempunyai tanggungjawab yang sangat besar dalam memastikan sebuah pesekitaran taman ilmu berjaya diwujudkan dalam ekosistem kemahasiswaan itu sendiri,” ujarnya lagi.
Di samping itu, terdapat juga pemesongan pemikiran mahasiswa sedang giat dijalankan untuk menanamkan perasaan benci kepada pemerintah samaada diruang siber, didalam dan diluar kampus oleh pihak-pihak tertentu dengan tujuan untuk merosakkan kepimpinan Negara dimasa hadapan.
Pelbagai startegi doktrinasi digunakan untuk mempengaruhi gaya pemikiran golongan intelek ini. Sebagai contoh, slogan kebebasan bersuara, kebebasan akademik, demokrasi kampus dan hak asasi kerapkali dijadikan senjata utama untuk menganjurkan pelbagai siri demonstrasi jalanan yang sudah pasti menganggu waktu dan tumpuan mahasiswa mengikuti pengajian di kampus.
“Akibatnya, mereka hanya mampu memperolehi keputusan akademik setakat cukup makan sahaja dan apa yang menyedihkan lagi, ada juga yang terpaksa menambah tahun pengajian atau gagal dalam peperiksaan. Bagaimana harapan ibubapa mereka? Adakah ini erti sebuah perjuangan? Sehingga menyebabkan kesedihan dan kesusahan kepada ibubapa yang sentiasa mengimpikan anak mereka cemerlang dalam pengajian,” tambahnya.
Posted by Sahabat-Gunung
Tindakan Terkejut Orang Kuat PAS Kelantan???
' Datuk NFC ' Terbongkar dan DiDakwa Menipu NFC
Datuk Shamsubahrin Ismail |
Shamsubahrin ISMAIL dituduh menipu Pengerusi NFC Mohamad Salleh ISMAIL sebanyak RM1.76juta sebagai bayaran rundingan untuk mendapatkan perkhidmatan penasihat. Malaysian Insider Beliau didakwa dengan dua tuduhan menipu dibawah seksyen 420 Kanun Jenayah. Kedua-dua tuduhan didakwa dilakukan pada 20 November disebuah restoran di Bukit Tunku dan antara 25 November dan 6 Disember di pejabat NFC.
Versi Omputeh pula menyebut - offering Salleh fraudulent advisory services.
Sebelum ini dikisahkan Shamsubahrin direman Polis kerana cuba merasuah beberapa pegawai penyiasat Polis yang terbabit dalam penyiasatan kes NFC. Mengikut ceritanya, cerita terbongkar bila seorang wanita yang mendakwa sebagai pegawai kanan NFC menalipon seorang pegawai itu untuk bertanyakan samada beliau sudah menerima wang itu atau belum ! KLIK
Membaca kes-kes penipuan yang dikaitkan dengan mamat ni, rasanya memang silap pilih agen ! ( kalau dakwaan benar ) hahahahaha .... tak kiralah berBIN kan ISMAIL pun ....
alaaaaa... comel comel comel........ |
Dituduh cuba merasuah dengan nilai RM1.7 juta !? WOW ! Banyak tuh !!! Mesti kes besar yang cuba ditutup ( kalau benar dakwaan itu )..... Persoalan yang datang secara otomatik - Kenapa perlu ditutup ? Dan kenapa begitu tinggi nilai suapan...... besar sangat ke kesnya, terdesak sangat ke ? ( kalau benar dakwaan )
Secara KEBETULAN pula sebelum berita reman mamat ni diumumkan, SPRM telah menubuhkan semula satu pasukan khas bagi menyiasat NFC dan pihak Polis kemudian menyerahkan mamat ni kepada SPRM untuk siasatan lanjut. Tindakan susulannya, SPRM membuat LAWATAN kepejabat NFC di Mont Kiara dan SEPERTI BIASA-BIASA membawa keluar sebuah CPU komputer beserta 4 sampul surat putih berisi dokumen KLIK. Kemudian kita diberitahu mamat ni dilanjutkan tahanan reman dua kali tapi bersabit kes penipuan lain. Dan hari ini, kita disajikan muka cute mamat ni ! Mahkamah menetapkan 21 Januari bagi sebutan kes.
Bila dibicarakan nanti, kita akan dengar pelbagai lagi cerita menarik mengenai NFC. PAC katanya nak jumpa NFC bulan Januari kan ? Macamana sekarang , masih nak jumpa dan bila tarikhnya ? Najib pun kata nak tunggu masa yang sesuai sebelum komen tentang kedudukan Shahrizat ekoran isu NFC, yang pastinya ada kaitan ...... bila tuh ?
Suka saya beri peringatan ya, walaupun mamat ni berBINkan ISMAIL tapi beliau TIDAK ADA KAITAN KELUARGA dengan Mohamad Salleh seperti yang ditegaskan oleh Pengerusi NFC itu sendiri sebelum ini. Dan satu lagi, disebalik kegemparan kes ini, isu NFC No Problem kepada Umno untuk ditangani seperti kata Ahmad Maslan. Kita layan seronok-seronok jer ...
Juga dari The Star.
Wang Zakat : 48 Jam Untuk Jamil Khir Mohon Maaf - Jingga 13
http://antarapos.com/
Zionis la'natullah Mengubah Masjid Jadi Museum Yahudi!
Sumber : http://save-islam.blogspot.com/2011/12/zionis-lanatullah-mengubah-masjid-jadi.html
Anwar Ibrahim Kata Imam Mahdi Di Salah Tafsir
Anwar Ibrahim bertweet mempertahankan pemujaan melampau Badrul Amin kepada diri beliau!
Jawapan Anwar Ibrahim kepada tweet Badrul Amin :
Badrul Amin pula bertweet cuba mempertahankan pemujaan melampau beliau. Tweet beliau :
Jika merujuk kepada video ceramah Badrul Amin, beliau bukan bercakap tentang 'potensi' tetapi telah mengiktiraf Anwar Ibrahim !
'Potensi' dan 'pengiktirafan' adalah dua maksud yang berlainan. Malah, mengaitkan Anwar Ibrahim dengan hadis Nabi Muhammad saw tentang Imam Mahadi adalah satu kesalahan besar Badrul Amin!
Tetapi tweet di atas jelas menunjukkan Badrul Amin masih mahu berseloka mempertahankan kesalahan beliau itu!
Malah, seseorang yang melabelkan diri sendiri sebagai 'ustaz' sepatutnya menjaga mulut dan lidah supaya tidak mendatangkan sebarang prasangka di dalam setiap kata-katanya.
Jika tidak mampu berbuat demikian, lebih baik Badrul Amin tutup mulut sahaja.
Kita pun tahu bahawa pengiktirafan tahap pemujaan melampau itu turut dibidas Dr Asri.
Sila lihat sini : DEDAH LAGI ! Pemujaan Anwar Ibrahim Tahap Obsesif !!
Badrul Amin mungkin terlupa dengan peribahasa Melayu, terlajak perahu boleh diundur, terlajak mulut badan binasa!
Tetapi siapa yang tidak kenal dengan Badrul Amin yang mulutnya memang celupar dan kurang ajar!
Kita rujuk juga video menarik di bawah :
Pemujaan Anwar Ibrahim Tahap Obsesif !!
Tindakan Badrul Amin yang membodek keterlaluan Anwar Ibrahim telah backfired dan mendapat kritikan hebat dari banyak pihak.
Sila baca beberapa komentar dalam you tube :
Dalam pada itu, Badrul Iman juga dikritik hebat oleh Dr Asri Zainal Abidin, bekas mufti Perlis.
Baca di bawah :
Menurut Dr Asri, dulu pemimpin Al Arqam, Ashaari Muhamad pun pernah dakwa dia pemimpin yang dijanjikan tuhan menyebabkan fanatik dan merosakkan pengikut.
"Elakkan dakwaan seperti itu, banyak kesannya," kata beliau dalam akuan twitternya @realdrmaza.
Asri sebelum itu mengulas dakwaan Badrul Amin, katanya "Saya rasa pemujaan Dr Badrul Amin terhadap DSAI melebihi batas yang patut. Ia sudah ke peringkat yang bahaya.Harap dibetulkan," tulisnya sambil tweet url video tersebut - Agendaily.
Thursday, December 29, 2011
Al-Shaykh Abdul Qadir Mandili: al-Mazhab atau Tiada Haram Bermazhab
"Amma ba'd, maka ini sebuah kitab yang kecil, yang mengandung ia akan hukum bermazhab dan taqlid, hamba susunkandia kerana permintaan Tuan Guru Haji Hasan Ahmad Fatani, yang memberi ia akan hamba sebuah risalah (al-Mazhab, Wajibkah atau Haramkan Bermazhab?) yang terbangsa kepada al-Fadil Tuan Hasan Ahmad Bandung, dan menyuruh akan hamba dengan menerangkan barang yang di dalamnya daripada segala yang menyalahi...."
"Syeikh Abdul Qadir al-Mandili Guru di Masjidil Haram
Bukan sedikit tokoh-tokoh ulama yang berketurunan Mandailing berhijrah ke Tanah Melayu. Antara tokoh terawal yang datang ke Tanah Melayu ialah Syeikh Junid Thala. Tokoh besar ini lahir pada tahun 1314 Hijriyyah bersamaan dengan 1897 Masehi. Beliau merupakan pendiri Madrasah ad-Diniyah di Padang Rengas, Kuala Kangsar Perak. Madrasah ini pernah menjadi pusat gerakan menentang penjajah satu masa dahulu.
Tokoh selanjutnya ialah Syeikh Abdul Qadir Bin Abdul Mutollib Al-Indonesi Al-Mandili. Beliau pernah menimba ilmu di Kedah dan kemudiannya menjadi tenaga pengajar di Masjidil Haram. Walaupun menjadi guru di Masjidil Haram, hubungan beliau dengan alim-ulama dan para penuntut ilmu di Alam Melayu sangat akrab. Beliau sangat mengambil berat tentang perkembangan semasa samada dari segi agama mahupun politik di Alam Melayu.
Nama penuh ulama ini ialah Abdul Qadir bin Abdul Mutollib bin Hassan. Beliau dilahirkan pada tahun 1910 Masehi di Sigalangang, Tapanuli Selatan sebuah wilayah yang terletak di bahagian Sumatera Utara dalam Pulau Sumatera. Latar belakang keluarganya adalah dalam bidang asas tani. Syeikh Abdul Qadir mendapat pendidikan awal di Sekolah Belanda pada tahun 1917 dan lulus Darjah Lima pada tahun 1923. Setahun selepas itu beliau berhijrah ke Kedah untuk mendalami ilmu agama.
Di peringkat awal, beliau menimba ilmu kepada Tuan Guru Haji Bakar Tobiar di Pondok Penyarum, Pendang. Selepas itu beliau berpindah ke Pondok Air Hitam untuk menimba ilmu kepada tokoh ulama di situ iaitu Tuan Guru Haji Idris dan Lebai Dukun. Pada tahun 1926, Syeikh Abdul Qadir memasuki Madrasah Darul Saadah Al-Islamiyah (Pondok Titi Gajah ) yang pada waktu itu dipimpin oleh Syeikh Wan Ibrahim Abdul Qadir yang lebih terkenal dengan panggilan Pak Chu Him) oleh masyarakat setempat.
Beliau menadah kitab kepada Pak Chu Him selama 10 tahun. Beliau sangat tekun belajar dan amat ringan tulang. Pada musim cuti, beliau akan bekerja mengambil upah memukul padi kerana pondok itu terletak di dalam kawasan padi. Diriwayatkan bahawa telah menjadi amalan beliau untuk menghafaz sambil memukul padi. Tidak hairanlah beliau menjadi anak murid kesayangan Pak Chu Him Selanjutnya beliau menjadi guru pondok membantu Pak Chu Him mengajar di situ tetapi dalam tempoh yang tidak lama. Ini adalah kerana beliau mengambil keputusan untuk berangkat ke Makkah untuk menimba ilmu kepada kakanda Pak Chu Him iaitu Syeikh Wan Ismail Abdul Qadir atau lebih dikenali sebagai Pak Da ‘Ail. Pak Da ‘Ail pada ketika itu merupakan tokoh ulama besar di Makkah.
Pada tahun 1936, beliau bertolak ke Makkah dan setibanya di sana, beliau bukan sahaja berguru dengan Pak Da ‘Ail tetapi juga tokoh-tokoh ulama lain seperti Syeikh Al-Maliki, Syeikh Hassan Al-Masyat, Syeikh Muhammad Al-Arabi, Syeikh Sayyid Al-Alawi, Syeikh Muhammad Ahyad, Syeikh Hasan Yamani, Syeikh Muhammad Nur Saif, Syeikh Umar Hamdan Mahrusi, Syeikh Yasin Isa Al-Fadani dan Syeikh Abdullah Lahji. Dengan mendampingi ulama-ulama besar ini, beliau telah mendalami ilmu khususnya dalam bidang Tauhid, Tasawwuf, Fiqh dan Hadith.
Ketika berada di Makkah beliau tambah tekun belajar. Diriwayatkan masanya banyak dihabiskan di Masjidil Haram dengan mengaji, menghafaz, mengerjakan tawaf dan minum air zam-zam. Saking alimnya beliau yang menguasai pelbagai bidang ilmu maka beliau kemudiannya diterima menjadi guru di Masjidil Haram. Bukan calang-calang orang menjadi guru agama di Masjidil Haram kerana Masjidil Haram menjadi tempat perhimpunan alim-ulama untuk menimba ilmu. Syeikh Abdul Qadir telah mendapat pengiktirafan tokoh-tokoh ulama di Makkah sehingga beliau diberi izin untuk mengajar di kota suci itu. Disebabkan itulah beliau telah digelar oleh seorang tokoh ulama Kedah iaitu Tuan Guru Haji Husein Che Dol[1] sebagai “al-Alim al-Fadhil wa al-Abdi al-Kamil As-Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Mutollib Al-Mandili al-Indonesi” yang menggambarkan tingginya tahap keilmuan beliau.
Halaqah pengajiannya sentiasa mendapat tempat di hati para penuntut ilmu khususnya penuntut yang datang dari Alam Melayu. Halaqah beliau dikatakan sentiasa penuh, tidak pernah kurang dari 200 orang pelajar. Beliau mengajar pelbagai bidang ilmu termasuklah ilmu Nahu, Sorof, Hadith, Musthalah Hadith, Tafsir, Fiqh Syafi`i dan sebagainya.
Ketika menjadi guru di Masjidil Haram, Syeikh Abdul Qadir pernah ditawarkan dengan pelbagai jawatan termasuk sebagai guru agama di Cape Town, Afrika Selatan. Presiden Sukarno dikatakan pernah menawarkan kepada beliau jawatan Mufti Indonesia manakala Al-Malik Saud, Raja Arab Saudi menawarkan jawatan sebagai Qadhi Al-Qudat dengan gaji yang besar tetapi beliau menolaknya kerana ingin menumpukan perhatian kepada pengajarannya di Masjidil Haram. Ini bersesuaianlah dengan gelaran yang beliau sendiri pakai iaitu “Khuwaidam Talabah al-Ilmu as-Syarif bil Harami al-Makki (Khadam kecil bagi penuntut ilmu di Masjidil Haram)”.
Syeikh Abdul Qadir tidak ketinggalan menghasilkan karya dimana ada di antara kitab-kitab yang ditulisnya itu masih lagi digunakan sebagai teks pengajian di pondok dan di masjid. Tulisan beliau meliputi pelbagai bidang seperti usuluddin, tasawwuf, fiqh, politik, pendidikan dan perundangan. Diriwayatkan sewaktu berada di Makkah, beliau telah menghasilkan 24 buah kitab dalam bahasa Melayu dan Arab. Antara hasil penulisannya ialah seperti seperti
- Risalah Pokok Qadyani – Risalah ini mendedahkan kesesatan dan bahaya ajaran Mirza Ghulam Ahmad Qadyani.
- Sinar Matahari Buat Penyuluh Kesilapan Abu Bakar Al-Asy’ari – Kitab ini ditulis pada tahun 1958 mengkritik pemikiran Kaum Muda.
- al-Mazhab atau Tiada Haram Bermazhab – Kitab ini juga ditulis pada tahun 1958 mengkritik pemikiran Kaum Muda.
- Pendirian Agama Islam – Kitab ini ditulis pada tahun 1956 dan membicarakan tentang masalah ideologi ciptaan manusia seperti kapitalisme, sosialisme dan komunisme serta percanggahannya dengan aqidah dan pemikiran Islam.
- Senjata Tok Haji dan Tok Lebai – Kitab ini ditulis pada tahun 1949
- Pembantu Bagi Sekalian Orang Islam Dengan Harus Membaca Quran dan Sampai Pahalanya Kepada Sekalian Yang Mati – Kitab ini ditulis pada tahun 1950
- Tuhfat Al-Qari Al-Muslim Al-Mukhtarah Mimma Ittifaqa Alaih Al-Bukhari wa Muslim – Kitab ini ditulis pada tahun 1952
- Bekal Orang Yang Menunaikan Haji – Kitab ini ditulis pada tahun 1953
- Penawar bagi Hati – Kitab ini ada diterbitkan dalam versi Rumi oleh penerbit Hidayah Publishers
Buku-buku yang ditulisnya dalam bidang politik dan perundangan antaranya ialah seperti
- Perisai bagi Sekalian Mukallaf – Kitab ini ada diterbitkan dalam versi Rumi oleh Hidayah Publishers dan Jahabersa.
- Kebagusan Undang-undang Islam dan Kecelaan Undang-undang Ciptaan Manusia (1961),
- Siasah dan Loteri dan Alim Ulama (1962) dan
- Islam: Agama dan Kedaulatan (1959).
Syeikh Abdul Qadir sangat gigih mengajar tidak kira walaupun dalam keadaan sakit. Tidak langsung tampak kesakitan yang dideritainya sebaik sahaja beliau mula mengajar. Apabila ditanya oleh anak muridnya apakah beliau sudah sembuh, beliau menjawab, “kalau menangis pun bukan nak lega”. Begitulah hebatnya tokoh ulama yang berasal dari Alam Melayu ini yang sangat gigih berdakwah dan menabur ilmu kepada umat Islam tanpa mengira penat dan lelah. Pada tahun 1385 Hijriyyah (1965 Masehi), Syeikh Abdul Qadir bin Tholib menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah mengalami penyakit uzur di kakinya. Jenazahnya telah dimakamkan di perkuburan Ma`la Makkah Mukarramah."