Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menegaskan laporan mendakwa beliau terbabit penyelewengan wang zakat adalah tidak benar.
Beliau berkata wang yang digunakan bagi pembayaran kos guaman beliau dalam kes tuntutan qazaf Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bukannya daripada wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tetapi dana khas yang disalurkan kerajaan untuk pembayaran yuran guaman.
"Setiap tahun kerajaan bagi bajet kepada MAIWP dan tahun ini RM700,000 diperuntukkan untuk tujuan pembayaran contohnya kes perebutan jenazah, kes libatkan saudara baru, isu murtad yang dibawa ke mahkamah, kita pakai duit ini lah," katanya kepada pemberita di Sepang hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjelaskan dakwaan penyelewengan wang zakat MAIWP bagi pembayaran kos guaman beliau, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain dalam kes qazaf itu.
Sambil menyifatkan dakwaan itu dan laporan mengenai kos ubah suai rumahnya di ibu negara yang dikatakan tinggi dan mewah sebagai zalim dan kejam, Jamil Khir berkata berita seumpama itu sepatutnya diselidik terlebih dahulu sebelum disiarkan supaya tidak timbul fitnah dan salah faham rakyat terhadap pemimpin negara dan kerajaan.
Beliau berpendapat laporan itu bertujuan untuk melahirkan persepsi bahawa pihak menteri dan kerajaan selalu melakukan penyelewengan.
"Saya rasa amat tidak wajar seorang Muslim dan saya rasa yang bercakap ini pun banyak Muslim. Dia patut selidik dan kena rasa takut pada fitnah dan pembohongan yang bukan setakat habis di dunia tapi balasannya sampai di akhirat," katanya.
Menurutnya pembangkang banyak memainkan isu melibatkan kerajaan Barisan Nasional untuk dipolitikkan supaya dapat mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu-isu pokok membabitkan pembangkang termasuk qazaf.
Mengulas mengenai isu rumahnya, Jamil Khir berkata pihak berkenaan boleh membuat semakan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan menjelaskan rumahnya itu dibeli sejak tahun 1994 sebelum beliau dilantik sebagai menteri dan pembayaran bulanan juga masih dibuat sehingga kini.
"Biasalah kalau ada sedikit penambahbaikan pada rumah itu. Saya dulu mejar jeneral, dua bintang dalam pegawai kerajaan...ada pencen penuh dan tak peliklah saya layak buat pinjaman (perumahan)," katanya.
Beliau juga berkata penjelasan beliau berkaitan dakwaan itu adalah muktamad dan berharap semua pihak memahami keadaan sebenar.
Saturday, December 31, 2011
Fitnah PKR terhadap Jamil Khir : Jamil Khir BOGELKAN FITNAH BELIAU! ... Beserta Data Kewangan, WOW!
Saturday, December 31, 2011
| Beliau menjelaskan wang yang digunakan adalah dari dana khas kerajaan kedalam bajet Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk pembayaran kos guaman.
Jamil Khir turut menambah kerajaan setiap tahun memperuntukkan sejumlah dana kepada MAIWP bagi peruntukan kes perebutan jenazah, kes melibatkan saudara baru, isu murtad yang dibawa ke mahkamah.
Full article, click TUAN HAJI ANWAR KAKI FITNAH
Tuan Haji Anwar Ibrahim sudah boleh memberitahu budak suruhan Nik Nazmi tutup buku dari 'harassing'. Dr Maza sebagai salah seorang ahli MAIWP pun telah 'back up' Jamil Khir.
Jamil Khir Baharom pun sudah memberi penjelasan berhubung isu wang yang digunakan bagi kos guaman kes tuntutan qazaf adalah dari dana khas kerajaan, geran dengan perkataan lain.
Betul ke kos guaman kes tuntutan qazaf adalah dari geran kerajaan? Kadangkala kebanyakan Menteri suka melepaskan tengkuk masing-masing. Adalah lebih baik jika diselidiki betul atau tidak kenyataan Jamil Khir Baharom?
Ada atau tidak kerajaan memberi geran kepada MAIWP?
Hmmm ... betul seperti apa yang dikatakan oleh Jamil Khir Baharom.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment