Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, December 31, 2011

PELAN SULIT - HARUN DIN TUBUH PARTI BARU GANTI PAS!!?




9 Januari ini bakal menjadi penentu masa depan Anwar yang terlalu gelojoh untuk memerintah Negara sehinggakan sanggup mempamerkan rasa simpati terhadap kes liwatnya itu.

Jika kita benar2 mengkaji secara sahih maklumat yang diperolehi pihak mahkamah, Anwar sememangnya bersalah dalam kes ini. Hanya mereka yang taksub pada Diktator PKR itu sahaja yang mudah tertipu dengan kata2 dusta beliau.

Persoalannya, mampukah Pakatan bertahan jika Anwar didapati bersalah dan kembali ke Penjara Sungai Buloh dengan anggota 3 parti DAP, PKR dan PAS? Mungkin kita lupa akan sejarah gabungan parti2 pembangkang ini.

Jika diingatkan semula kisah 13 tahun dahulu Gabungan Barisan Alternatif (BA) yang dianggotai PAS, PKN, DAP dan PRM telah menghadapi masalah besar dengan pegangan prinsip DAP tidak dapat menerima perjuangan PAS. Pada ketika itu Anwar masih dipenjara dan dibicarakan di Mahkamah.

PAS pada ketika itu dipimpin oleh Arwah Dato' Fadzil Noor selaku Presiden bersama Timbalannya Hadi Awang. PAS berpegang teguh kepada prinsip akan melaksanakan Hukum Hudud jika berjaya menawan Malaysia kelak.

DAP cuba mengugut pada ketika itu untuk keluar dari BA jika Hudud dilaksanakan dengan harapan PAS dapat menarik balik kenyataan tersebut. Akan tetapi PAS melalui kenyataan Fadzil Noor tetap akan melaksanakan kerana ianya beliau berpegang kepada asas Hukum Allah yang menjadi tanggungjawab bagi beliau dan setiap muslim untuk melaksanakannya.




Akhirnya pada tahun 2001 DAP bertindak keluar dari BA. Prinsip DAP amat teguh dalam perjuangannya sehingga hari ini. Akan tetapi, PAS kini tidak lagi berpegang kepada prinsip Fadzil Noor malah mencantas mana2 individu yang berkeras memegang kesinambungan prinsip bekas Presiden PAS tersebut.

PKR berdolak dalik dengan isu ini kerana mereka tidak ada sebarang prinsip perjuangan demi Rakyat. Akan tetapi sekadar mahu membantu menaikkan Anwar sebagai PM. Pada tahun 2001, PKR telah mengambil keputusan untuk bersama PAS di bawah BA kerana Parti itu dilihat punyai kekuatan dengna jumlah tertinggi 27 kerusi Parlimen berbanding DAP yang hanya memperolehi 18 kerusi dengan kekalahan Lim Kit Siang dan Karpal Singh selaku pimpinan tertinggi DAP.

Namun kini, jikalau benar PAS benar2 mempertahankan Hukum Hudud dengan mengambilkira suara akar umbi yang semakin memberontak, adakah DAP bakal keluar dari Pakatan? Atau PAS yang bakal ditendang dari gabungan tersebut?



Kenyataan2 bercanggah dan tidak mengambil peduli isu2 yang dibangkitkan PKR dari pihak PAS benar2 menunjukkan rasa pemberontakan mereka.

Isu NFC misalnya telah menyebabkan Muslimat PAS berang dengan tindakan Zuraida mengambil kesempatan menyerang peribadi Shahrizat walhal Ketua Wanita UMNO ini menjalankan tanggungjawab selaku Menteri Wanita dengan baik sekali. Malah beberapa laman portal yang dilihat cenderung kepada Pakatan turut mengambil kenyataan Dr. Mariah ini termasuklah Harakahdaily sendiri dan KL POS.

Kenyataan Dr. Mariah dilihat agak berlapik kerana tidak mahu disyaki ada bantahan keras Muslimat PAS di peringkat akar umbi. Antara artikel pembongkaran isu ini :-

MUSLIMAT PAS SOKONG SHAHRIZAT SAMAN MAK LAMPIR!! - "ZURAIDA TAK SIUMAN!!"

Begitu juga dengan Pemuda PAS yang dilihat tidak seteru dengan AMK dan Sosialis DAP yang pada awalnya dapat dikesan melalui PRK DUN Merlimau. Tantawi telah bertikam lidah dibelakang tabir menentang Shamsul Iskandar bagi merebut calon masing2 di DUN tersebut.



Pemuda PAS juga dilihat dengan selamba mengeluarkan video berkenaan penjelasan Hukum Hudud sebagai salah 1 kempen parti walhal sayap parti ini telah diperjelaskan bagi memfokuskan kepada Buku Jingga Pakatan yang tidak ada kena mengena dengan Hukum tersebut.

Dikatakan Tony Pua sedang memantau penyebaran Video tersebut dan bakal mengadakan Sidang Media mem bantah kempen Hudud melalui Video ini setelah didakwa pihak Pemuda PAS bakal mengeluarkan video tersebut untuk bahagian kedua. Untuk lihat video promosi Hukum Hudud yang dibantah DAP, KLIK DI SINI.

Bagi 2 sayap parti ini sudah tiada punya masa lagi untuk menumpang isu2 yang dibangkitkan PKR apatah lagi ianya berbentuk tuduhan liar. Isu Anwar juga tidak sama sekali releven. Mereka merasakan sudah tiba masanya PAS fokus terhadap penyebaran Perjuangan Parti dengan lebih efisyen kerana mereka telah ketahui, PAS akan menjadi penumpang sementara di dalam Pakatan selama2 nya.

Banyak sebenarnya kemungkinan bakal terjadi. Politik tiada yang mustahil. Akan tetapi, 1 hari nanti, PAS akan sedar, siapa sebenarnya dalang yang memecahbelahkan parti mereka. Akibat tuduhan jahat yang mereka tujukan terhadap UMNO.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...