Kuala Lumpur, 30 Disember- Mahasiswa adalah aset negara yang terpenting. Golongan ini juga memiliki peranan yang besar dalam mencorak masa depan agama, bangsa dan tanahair yang kita cintai ini yakni Malaysia, ujar Mohd Shahar Abdullah, Presiden Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI).
Justeru itulah, pihak kerajaan senantiasa mengambil perhatian yang serius mengenai pelbagai isu yang berkaitan dengan kemahasiswaan terutamanya berkenaan hal ehwal kebajikan mahasiswa agar mereka ini dalam menuntut ilmu pengetahuan dalam keadaan kondusif dan seterusnya mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Sehubungan dengan itu, Aspirasi akan menganjurkan JELAJAH AMAN KAMPUS dengan kerjasama beberapa buah NGO dan Universiti yang bersandarkan kepada empat asas utama iaitu memastikan suasana keharmonian dan kedamaian yang sedia ada di setiap kampus senantiasa dipelihara agar penekanan diberikan sepenuhnya terhadap kecermerlangan sahsiah diri dan akademik mahasiswa dapat direalisasikan.
“Dalam masa yang sama, ia bertujuan untuk menyuntik semangat partriotisme kepada mahasiswa agar terus memahami secara rasional terhadap dasar-dasar yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan di samping menyediakan sebuah wadah penyampaian maklumat yang tepat, berkesan dan terancang berkaitan penjelasan isu-isu semasa agar dapat memberi impak terhadap sosio-politik Negara serta pembangunan intelek mahasiswa.
Ia juga diharap dapat ditenterjemahkan sokongan majoriti terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan Negara melalui kutipan tandatangan mahasiswa dan warga kampus kelak,” ujarnya kepada pemberita di Kelab Sultan Sulaiman, sebentar tadi.
Tambahnya, usaha sebegini sangat penting dalam melahirkan pelapis kepada kepimpinan Negara yang memiliki keintelektual yang tinggi, semangat cintakan Negara yang menebal dalam diri mereka dan mampu menjadi penyumbang kepada kemakmuran serta kemajuan Negara. Oleh yang demikian, peranan ini tidak hanya dibebankan kepada pihak kerajaan sahaja tetapi setiap rakyat Malaysia perlu mengetahui peranan mereka tersendiri dalam menjayakan usaha ini
“Antaranya, mahasiswa itu sendiri haruslah mengetahui tanggungjawab mereka terhadap ibubapa, keluarga, masyarakat dan Negara. Sudah pasti, tugas utama mereka adalah memperolehi keputusan akademik yang sangat cemerlang dan aktif dalam pelbagai kegiatan kokurikulum.
Dalam pada itu, sama ada kita sedar ataupun tidak, sebenarnya masyarakat terutamanya mereka yang berada didalam atau sekitar mahasiswa juga mempunyai tanggungjawab yang sangat besar dalam memastikan sebuah pesekitaran taman ilmu berjaya diwujudkan dalam ekosistem kemahasiswaan itu sendiri,” ujarnya lagi.
Di samping itu, terdapat juga pemesongan pemikiran mahasiswa sedang giat dijalankan untuk menanamkan perasaan benci kepada pemerintah samaada diruang siber, didalam dan diluar kampus oleh pihak-pihak tertentu dengan tujuan untuk merosakkan kepimpinan Negara dimasa hadapan.
Pelbagai startegi doktrinasi digunakan untuk mempengaruhi gaya pemikiran golongan intelek ini. Sebagai contoh, slogan kebebasan bersuara, kebebasan akademik, demokrasi kampus dan hak asasi kerapkali dijadikan senjata utama untuk menganjurkan pelbagai siri demonstrasi jalanan yang sudah pasti menganggu waktu dan tumpuan mahasiswa mengikuti pengajian di kampus.
“Akibatnya, mereka hanya mampu memperolehi keputusan akademik setakat cukup makan sahaja dan apa yang menyedihkan lagi, ada juga yang terpaksa menambah tahun pengajian atau gagal dalam peperiksaan. Bagaimana harapan ibubapa mereka? Adakah ini erti sebuah perjuangan? Sehingga menyebabkan kesedihan dan kesusahan kepada ibubapa yang sentiasa mengimpikan anak mereka cemerlang dalam pengajian,” tambahnya.
No comments:
Post a Comment