Saturday, October 22, 2016
Salam Muafakat Pendidikan Johor - MPJ
Amanat YAB Menteri Besar Johor kepada Kakitangan Awam Negeri
Tuan-tuan dan Puan-puan,
24. Dasar membangunkan keupayaan rakyat adalah strategi penting yang telah dilakarkan dalam Bajet 2014. Johor memerlukan rakyat yang mandiri untuk kelestarian pembangunannya. Tiada strategi lain yang ‘can last the test of time’ kecuali melalui pendidikan dan latihan yang baik. Melalui peluang pendidikan, potensi setiap insan boleh ditonjolkan. Ia bukan sahaja tuntutan biasa, ia juga adalah tuntutan agama dan moral, penyuluh jalan yang boleh menerangi kehidupan manusia. Dan pentadbiran saya amat mengutamakan pendidikan. Ini bukan bermakna semua orang harus ke menara gading. Tetapi setiap orang, mesti merasakan mereka punyai ruang dan laluan untuk menonjolkan bakat mereka. Samada ia dilaksanakan melalui pendidikan tinggi atau latihan kemahiran untuk pasaran kerja global, Johor berhasrat menjadi contoh kepada seluruh Malaysia dalam mendemokrasikan ilmu dan kemahiran. Johor tidak mungkin mampu beranjak kepada ekonomi berasaskan ilmu dan kreativiti serta bersifat saintifik tanpa rakyatnya yang mendambakan pengetahuan.
25. Sektor perkhidmatan, industri gas dan petroleum, bioteknologi, industri kreatif, pertanian termaju, pelancongan serta pelbagai lagi sektor ekonomi moden memerlukan ‘a globally competitive workforce’. Oleh itu, Johor berhasrat untuk menjadikan pendidikan tinggi dan latihan sebagai agenda besar perubahannya.
26. Selain menjadikan Iskandar Malaysia dan Pagoh sebagai pusat kecemerlangan pendidikan tinggi, Johor juga berhasrat untuk menjadi ‘the technical and vocational education hub’ bagi rantau ini. Saya yakin, Johor berpotensi untuk menjadi penyumbang utama kepada keperluan tenaga kerja teknikal dan vokasional di arena antarabangsa.
Friday, October 21, 2016
Ini sebab mengapa pembangkang bangun keluar Dewan Rakyat
Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Abdul Razak akan membentangkan Belanjawan 2017 pada jam 4 petang di parlimen hari ini.
Ia dinantikan-nantikan selepas pilihan raya umum dijangka berlangsung tidak lama lagi.
Bersongkok dan berbaju Melayu merah jambu, Najib membentangkan belanjawan kira-kira jam 4 petang tadi.
LAPORAN LANGSUNG
6.24pm: Najib perkenal Transformasi Nasional 2050 (TN50) untuk majukan negara ini dalam tempoh tiga dekad.
“TN50, inilah azimat kita mulai kini. Biarlah legasi lama berlalu pergi.
"Harapan masa depan Malaysia kita baharui,” katanya.
6:17pm: RM85j diumumkan untuk PERMATA, melibatkan 50,000 kanak-kanak. Pusat Kecemerlangan Top STEM Talents di Akademi Sains Malaysia akan ditubuhkan.
5.57pm: Dewan kecoh selepas anggota parlimen pembangkang mengangkat plakad “Siapa MO1”.
Ia berlaku ketika Najib menolak dakwaan “seorang pemimpin pembangkang” yang berkata Malaysia mengharungi ribut ekonomi sukar pada tahun ini.
Speaker kemudian campur tangan dan meminta menteri kewangan tidak diganggu ketika membentangkan bajet.
Speaker juga kelihatan berang dan menjerkah: “Duduk yang berhormat”.
Beliau juga berkata, pihak yang tidak mahu mendengar pembentangan itu boleh keluar dari dewan.
Wakil pembangkang bagaimanapun benar-benar keluar dewan dan sempat diperli Najib bahawa rakyat dapat menilai perangai mereka.
Internet jalur lebar: Laju berganda, harga sama
5.44pm: Pemberian biasiswa diteruskan dengan peruntukan berjumlah RM4.3 bilion pada tahun 2017 termasuk:
JPA: RM1.6 bilion
MARA: RM2 bilion
Kementerian Pendidikan Tinggi: RM250 juta
Kementerian Kesihatan: RM208 juta
5.38pm: Bermula Jan 2017, Internet jalur lebar ditawar dengan kelajuan lebih tinggi pada harga sama. Pelanggan 5mb/s degan harga RM149 akan dapat 10mb/s.
Dalam tempoh dua tahun bagi pakej ini, kelajuan akan ditingkatkan dua kali ganda dengan penurunan harga sehingga 50 peratus.
Galakan untuk Uber, insentif pada teksi
5.25pm: Najib dilihat ambil jalan tengah dengan galakkan perkhidmatan seperti Uber, tetapi dalam masa yang sama memberi insentif kepada pemandu teksi.
Untuk teksi, geran pelancaran RM60 juta untuk Skim PERKESO kepada pemandu teksi berpendapatan sehingga RM3,000 sebulan diperkenal.
Pemandu teksi perlu mencarum antara RM157 hingga RM443 setahun atau RM13.08 sebulan dan layak menuntut PERKESO jika kemalangan di waktu kerja.
Jika pemandu meninggal dunia, waris akan terima Faedah Orang Tanggungan pada kadar RM945 hingga RM2,655 sebulan.
BR1M naik, bukan dedak
5.05pm: Bantuan BR1M dinaikkan kepada:
- Isi rumah berpendapatan bawah RM3,000: RM1,200
- Isu rumah berpendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000: RM900
- Individu bujang berpendapatan bawah RM2,000: RM450
Dedak bukan, umpan pun bukan,
BR1M yang ikhlas satu pemberian,
Keperluan rakyat kita dahulukan,
Jumlah BR1M, kita tambah-tambahkan.
Bukan negara gagal
4.47pm Dakwaan Malaysia negara gagal adalah fitnah. Negara dikira gagal jika gagal melaksanakan sebahagian besar tanggungjawab dan fungsi asas kerajaan, kata Najib.
Insentif penjawat awam - dari telefon hingga pinjaman motor
4.42pm Insentif untuk penjawat awam:
- Cuti kuarantin anak sakit lima hari tanpa rekod
- Kemudahan pembelian telefon pintar hingga RM5,000 tiap tiga tahun
- Had pinjaman motosikal naik dari RM5,000 hingga RM10,00
- Lapisan gred baru 56 diperkenal antara Gred 54 dan Jusa C
Biar seribu panah, sejuta luka...
4.32pm: Najib selar perbuatan durjana musuh-musuh luar dan tangan-tangan kotor dalam negara, yang cuba sabotaj ekonomi Malaysia. Beliau ikrar pertahan negara biar seribu panah, sejuta luka terpaksa dihadapi.
4.23pm: Pertumbuhan ekonomi dipertahankan sungguhpun harga minyak merosot hampir 50 peratus. Kesannya, kerajaan hilang pendapatan RM30 bilion daripada cukai pendapatan, cukai korporat, royalti, dividen Petronas dan cukai petroleum.
Nasi lemak Anak Dara
4.17pm: Najib saran berjimat di kedai lebih murah, lebih-lebih lagi Malaysia sebagai syurga makanan. Beliau antaranya beri contoh 'nasi lemak Anak Dara' yang cetus sensasi Internet baru-baru ini.
4.10pm: Dewan bising seketika selepas Najib berkata kerajaan BN berjaya pertahan dan kekalkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada purata 6 peratus setahun, selama hampir 60 tahun berturut-turut.
4.00pm: Najib mula bentang Belanjawan 2017.
Label:
Bajet2017
Ucapan Najib terganggu, pembangkang tayang plakad 'Siapa MO1'
Ahli Parlimen HARAPAN, termasuk Muhyiddin keluar Dewan
Dewan Rakyat hari ini kecoh ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak membentangkan Bajet 2017 apabila wakil rakyat Pakatan Harapan
bertindak meninggalkan dewan.
Semuanya bermula apabila Najib menolak dakwaan “seorang pemimpin pembangkang” yang berkata Malaysia mengharungi ribut ekonomi sukar pada tahun ini.
Jelasnya, bajet yang dibentangkan hari ini bukannya satu sandiwara atau belanjawan pilihan raya seperti yang didakwa.
Wakil rakyat pembangkang kecuali PAS bertindak mengangkat plakad “Siapa MO1”.
Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia cepat campur tangan dan meminta agar Najib yang juga adalah menteri kewangan tidak diganggu.
Speaker yang gagal mengawal keadaan kemudian menjadi berang dan menjerkah: “Duduk yang berhormat”.
Beliau juga berkata, pihak yang tidak mahu mendengar pembentangan belanjawan itu boleh keluar dari dewan.
Wakil pembangkang bagaimanapun benar-benar keluar dewan dan sempat diperli Najib bahawa rakyat dapat menilai perangai mereka.
Ini adalah kali pertama dalam sejarah negara apabila wakil rakyat bertindak memulaukan pembentangan belajawan.
Turut meninggalkan Dewan adalah bekas timbvalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini adalah pengerusi BERSATU.
Tutut berbuat demikian adalah Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dari PAS.

'Jamal isytihar perang terhadap BERSIH, hanya perang mulut' - kata IGP. Kenapa BERSIH dah Tergagap??
Polis menganggap pengisytiharan perang besar Datuk Seri Jamal Yunos terhadap BERSIH cuma sekadar perang mulut.
“Terpulang pada kamu jika kamu fikir ia boleh menyebabkan sesuatu, buatlah laporan (polis). Kita akan tengoklah.
“Tetapi sekadar kadar mengatakan dia melancarkan perang, itu pada saya, cuma perang mulut.
“Ia tentang bagaimana kamu terimalah,” katanya dalam sidang media di ibu negara hari ini.
Sejurus selepas dibebaskan dari tahanan reman semalam, pemimpin Baju
Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos mengumumkan perang habis-habisan
terhadap BERSIH 5.0 dan mahu menggempurnya di seluruh negara.
Di hari penahannya kelmarin, penasihat undang-undang kumpulan Baju Merah
Mohd Imran Tamrin berkata Jamal disiasat mengikut Seksyen 500 dan 503
Kanun Keseksaan kerana fitnah dan ugutan jenayah, Seksyen 233 Akta
Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 4 (1) Akta Hasutan.
Imran tidak menolak bahawa Jamal akan turut disoal berhubung kejadian
lain, termasuk kekecohan di Sabak Bernam dua minggu lalu yang
menyaksikan anggota kumpulan konvoi BERSIH5 dikasari.
Khalid turut mengumumkan polis akan menyiasat ketua Umno Sungai Besar
itu berhubung tulisan di Facebook berkaitan amaran rusuhan 13 Mei jika
BERSIH 5 diteruskan.
Sementara itu, ditanya kenapa Jamal dilepaskan lebih awal sebelum
tempoh reman dua hari tamat, Khalid berkata, tiada lagi keperluan
siasatan untuk terus menahannya.
“Jika kita selesai siasatan, kita atak ada alasan untuk menyambung reman, untuk memohon sambungan reman.
“Pasukan (siasatan) itu berjaya menyelesaikan siasatan semalam. Jika
tidak ada keperluan, kita pun tidak ada alasan untuk memohon lanjutan
(reman) daripada mahkamah,” katanya.

BERSIH VS BAJU MERAH JAMAL UMNO
'Jamal, kalau tuduh BERSIH jahat, kerajaan macam mana?':
Seorang pemimpin BERSIH 2.0 hari ini menegaskan, kalau Jamal Md Yunos menuduh BERSIH itu jahat, apak...
Seorang pemimpin BERSIH 2.0 hari ini menegaskan, kalau Jamal Md Yunos menuduh BERSIH itu jahat, apakah kurangnya mengenai kerajaan bersih dan pilihan raya bersih seperti yang didakwa pihak berkenaan.
Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, Rama Ramanathan menyatakan demikian pada sidang media.
Mengenai pengisytiharan perang oleh Jamal terhadap BERSIH, beliau berkata sewajarnya ia ditangani oleh peguam negara dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Katanya, mereka adalah paling layak dan bertanggungjawab melindungi hak masyarakat sivil.

Pemimpin gerakan ‘baju merah’ Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini
dibebaskan lebih awal walaupun tahanan reman yang dikeluarkan adalah
untuk dua hari.
Beliau keluar dari lokap Ibu Pejabat Pols Daerah Dang Wangi pada jam 4.45 petang tadi.
Kira-kira 50 penyokong kumpulan itu menyambutnya di luar IPD Dang Wangi sejak jam 3.30 petang tadi.
Semua mereka memakai baju merah hadir dengan menaiki motosikal.
Sebelum ini, pihak polis mengeluarkan perintah reman selama 48 jam, selepas Jamal ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu disiasat mengikut seksyen 500 dan 503 Kanun Keseksaan kerana fitnah dan ugutan jenayah, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 4 (1) Akta Hasutan.

Sunday, October 16, 2016
KDNK Tempat Pertama : Guan Eng jangan temberang, kata BN P Pinang
KDNK: Guan Eng jangan temberang, kata BN P Pinang:
'Jangan kelirukan orang, jangan temberang. Satu kita kena faham apa itu KDNK per kapita dan definisi KDNK'

Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang mendakwa Ketua Menteri Lim Guan
Eng cuba mengelirukan rakyat berhubung jumlah Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK) bagi negeri ini.
Pengerusinya Teng Chang Yeow berkata kenyataan Lim bahawa pakatan pembangkang berjaya meletakkan Pulau Pinang di kedudukan pertama daripada tercorot pada zaman pentadbiran BN dalam kadar pertumbuhan KDNK per kapita negeri pada tahun 2014 hingga 2015, adalah mengelirukan.
"Jangan kelirukan orang, jangan temberang. Satu kita kena faham apa itu KDNK per kapita dan definisi KDNK. KDNK ialah cara yang paling baik untuk mengukur ataupun petunjuk kepada perkembangan ekonomi bagi sesuatu negara atau wilayah.
"Ia meliputi semua yang dihasilkan oleh orang ramai dan syarikat dalam negara berkenaan. KDNK per kapita pula ialah menggunakan angka KDNK itu dibahagikan dengan jumlah penduduk.
"Menurut statistik yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia, purata KDNK per kapita Pulau Pinang pada tahun 2006 hingga 2007 di bawah pentadbiran BN berada pada kedudukan 11, manakala pada tahun 2008 hingga 2014 sepanjang kerajaan DAP memerintah berada di tangga terbawah iaitu pada kedudukan 15," katanya pada sidang akhbar di sini.
Semalam, Lim dalam kenyataannya berkata sepanjang lapan tahun kerajaan DAP Pulau Pinang memerintah telah berjaya mengubah Pulau Pinang daripada negeri tercorot di bawah pentadbiran BN pada tahun 2006 hingga 2007, kepada kedudukan pertama dalam kadar pertumbuhan KDNK per kapita bagi tahun 2014 hingga 2015.
Teng berkata pertumbuhan KDNK Pulau Pinang mencatatkan prestasi terbaik kebanyakannya pada zaman pemerintahan BN sehingga melebihi purata negara dan pencapaian tertinggi adalah pada tahun 1994 iaitu mencatatkan pertumbuhan sebanyak 14.1 peratus.
Beliau berkata pencapaian itu berikutan BN mempunyai perancangan yang lengkap dan sempurna termasuk menghasilkan Pelan Strategik Pembangunan Pulau Pinang 1 dan 2 untuk merancang pertumbuhan ekonomi negeri itu dari tahun 1992 hingga 2007.
"KDNK Pulau Pinang jelas menunjukkan pentadbiran di bawah kerajaan Pakatan Harapan ia menurun dan lebih teruk daripada purata pertumbuhan negara," katanya.
- Bernama

Subscribe to:
Posts (Atom)