Polis menganggap pengisytiharan perang besar Datuk Seri Jamal Yunos terhadap BERSIH cuma sekadar perang mulut.
“Terpulang pada kamu jika kamu fikir ia boleh menyebabkan sesuatu, buatlah laporan (polis). Kita akan tengoklah.
“Tetapi sekadar kadar mengatakan dia melancarkan perang, itu pada saya, cuma perang mulut.
“Ia tentang bagaimana kamu terimalah,” katanya dalam sidang media di ibu negara hari ini.
Sejurus selepas dibebaskan dari tahanan reman semalam, pemimpin Baju
Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos mengumumkan perang habis-habisan
terhadap BERSIH 5.0 dan mahu menggempurnya di seluruh negara.
Di hari penahannya kelmarin, penasihat undang-undang kumpulan Baju Merah
Mohd Imran Tamrin berkata Jamal disiasat mengikut Seksyen 500 dan 503
Kanun Keseksaan kerana fitnah dan ugutan jenayah, Seksyen 233 Akta
Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 4 (1) Akta Hasutan.
Imran tidak menolak bahawa Jamal akan turut disoal berhubung kejadian
lain, termasuk kekecohan di Sabak Bernam dua minggu lalu yang
menyaksikan anggota kumpulan konvoi BERSIH5 dikasari.
Khalid turut mengumumkan polis akan menyiasat ketua Umno Sungai Besar
itu berhubung tulisan di Facebook berkaitan amaran rusuhan 13 Mei jika
BERSIH 5 diteruskan.
Sementara itu, ditanya kenapa Jamal dilepaskan lebih awal sebelum
tempoh reman dua hari tamat, Khalid berkata, tiada lagi keperluan
siasatan untuk terus menahannya.
“Jika kita selesai siasatan, kita atak ada alasan untuk menyambung reman, untuk memohon sambungan reman.
“Pasukan (siasatan) itu berjaya menyelesaikan siasatan semalam. Jika
tidak ada keperluan, kita pun tidak ada alasan untuk memohon lanjutan
(reman) daripada mahkamah,” katanya.

No comments:
Post a Comment