Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Abdul Razak akan membentangkan Belanjawan 2017 pada jam 4 petang di parlimen hari ini.
Ia dinantikan-nantikan selepas pilihan raya umum dijangka berlangsung tidak lama lagi.
Bersongkok dan berbaju Melayu merah jambu, Najib membentangkan belanjawan kira-kira jam 4 petang tadi.
LAPORAN LANGSUNG
6.24pm: Najib perkenal Transformasi Nasional 2050 (TN50) untuk majukan negara ini dalam tempoh tiga dekad.
“TN50, inilah azimat kita mulai kini. Biarlah legasi lama berlalu pergi.
"Harapan masa depan Malaysia kita baharui,” katanya.
6:17pm: RM85j diumumkan untuk PERMATA, melibatkan 50,000 kanak-kanak. Pusat Kecemerlangan Top STEM Talents di Akademi Sains Malaysia akan ditubuhkan.
5.57pm: Dewan kecoh selepas anggota parlimen pembangkang mengangkat plakad “Siapa MO1”.
Ia berlaku ketika Najib menolak dakwaan “seorang pemimpin pembangkang” yang berkata Malaysia mengharungi ribut ekonomi sukar pada tahun ini.
Speaker kemudian campur tangan dan meminta menteri kewangan tidak diganggu ketika membentangkan bajet.
Speaker juga kelihatan berang dan menjerkah: “Duduk yang berhormat”.
Beliau juga berkata, pihak yang tidak mahu mendengar pembentangan itu boleh keluar dari dewan.
Wakil pembangkang bagaimanapun benar-benar keluar dewan dan sempat diperli Najib bahawa rakyat dapat menilai perangai mereka.
Internet jalur lebar: Laju berganda, harga sama
5.44pm: Pemberian biasiswa diteruskan dengan peruntukan berjumlah RM4.3 bilion pada tahun 2017 termasuk:
JPA: RM1.6 bilion
MARA: RM2 bilion
Kementerian Pendidikan Tinggi: RM250 juta
Kementerian Kesihatan: RM208 juta
5.38pm: Bermula Jan 2017, Internet jalur lebar ditawar dengan kelajuan lebih tinggi pada harga sama. Pelanggan 5mb/s degan harga RM149 akan dapat 10mb/s.
Dalam tempoh dua tahun bagi pakej ini, kelajuan akan ditingkatkan dua kali ganda dengan penurunan harga sehingga 50 peratus.
Galakan untuk Uber, insentif pada teksi
5.25pm: Najib dilihat ambil jalan tengah dengan galakkan perkhidmatan seperti Uber, tetapi dalam masa yang sama memberi insentif kepada pemandu teksi.
Untuk teksi, geran pelancaran RM60 juta untuk Skim PERKESO kepada pemandu teksi berpendapatan sehingga RM3,000 sebulan diperkenal.
Pemandu teksi perlu mencarum antara RM157 hingga RM443 setahun atau RM13.08 sebulan dan layak menuntut PERKESO jika kemalangan di waktu kerja.
Jika pemandu meninggal dunia, waris akan terima Faedah Orang Tanggungan pada kadar RM945 hingga RM2,655 sebulan.
BR1M naik, bukan dedak
5.05pm: Bantuan BR1M dinaikkan kepada:
- Isi rumah berpendapatan bawah RM3,000: RM1,200
- Isu rumah berpendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000: RM900
- Individu bujang berpendapatan bawah RM2,000: RM450
Dedak bukan, umpan pun bukan,
BR1M yang ikhlas satu pemberian,
Keperluan rakyat kita dahulukan,
Jumlah BR1M, kita tambah-tambahkan.
Bukan negara gagal
4.47pm Dakwaan Malaysia negara gagal adalah fitnah. Negara dikira gagal jika gagal melaksanakan sebahagian besar tanggungjawab dan fungsi asas kerajaan, kata Najib.
Insentif penjawat awam - dari telefon hingga pinjaman motor
4.42pm Insentif untuk penjawat awam:
- Cuti kuarantin anak sakit lima hari tanpa rekod
- Kemudahan pembelian telefon pintar hingga RM5,000 tiap tiga tahun
- Had pinjaman motosikal naik dari RM5,000 hingga RM10,00
- Lapisan gred baru 56 diperkenal antara Gred 54 dan Jusa C
Biar seribu panah, sejuta luka...
4.32pm: Najib selar perbuatan durjana musuh-musuh luar dan tangan-tangan kotor dalam negara, yang cuba sabotaj ekonomi Malaysia. Beliau ikrar pertahan negara biar seribu panah, sejuta luka terpaksa dihadapi.
4.23pm: Pertumbuhan ekonomi dipertahankan sungguhpun harga minyak merosot hampir 50 peratus. Kesannya, kerajaan hilang pendapatan RM30 bilion daripada cukai pendapatan, cukai korporat, royalti, dividen Petronas dan cukai petroleum.
Nasi lemak Anak Dara
4.17pm: Najib saran berjimat di kedai lebih murah, lebih-lebih lagi Malaysia sebagai syurga makanan. Beliau antaranya beri contoh 'nasi lemak Anak Dara' yang cetus sensasi Internet baru-baru ini.
4.10pm: Dewan bising seketika selepas Najib berkata kerajaan BN berjaya pertahan dan kekalkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada purata 6 peratus setahun, selama hampir 60 tahun berturut-turut.
4.00pm: Najib mula bentang Belanjawan 2017.
Punggung mrk panas tak tahan disindir najib bila najib menjelaskan ttg fitnah yg mrk lemparkan bhw malaysia negara muflis dan failed state.
ReplyDeleteCadangkan kpd yb2 pembangang nie sblm buat fitnah...rujuk kpd yg arif dulu krn rakyat sedar ilmu pihak pembangang nie semuanya standand bangang jer....