Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, August 6, 2011

Anak Nik Aziz sokong pihak Gereja MURTADkan umat Islam?

umat Islam?


Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan semua rumah ibadat tidak boleh diceroboh dan sebarang bentuk pencabulan tidak dibenarkan melainkan dengan “kuasa dan hak.”

Lebih selesa bercakap dari sudut ajaran Islam, Nik Abduh berkata setiap rumah ibadat perlu sentiasa dijaga dan dihormati.

Bagaimanapun tegas beliau sekiranya ada bukti mengaitkan dalam usaha untuk memurtadkan orang Islam tindakan boleh dilakukan tapi mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan.

“Dari sudut Islam semua rumah ibadat termasuk gereja tidak boleh ada apa-apa pencabulan kecuali dengan kuasa dan hak yang dibenarkan selain mempunyai bukti yang kukuh, baru ia (serbuan) boleh dilakukan.

“Kita tidak boleh membunuh kecuali dengan hak, kita tidak boleh mencuri kecuali dengan hak, sama seperti rumah ibadat... rumah ibadat ini perlu dijaga, kalau nak buat serbuan perlu ada bukti yang kukuh,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Nik Abdul berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyerbu satu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya, Rabu lalu.

Pada kejadian malam Rabu itu, kira-kira 30 anggota polis dan pihak berkuasa Jais memasuki premis Gereja Methodist Damansara Utama tanpa waran kira-kira 10 malam.


p/s: Apa yang dimaksudkan dengan anak Pok Nik ni? Dia setuju dengan Gereja atau tak?

Cakap berbelit-belit macam keling.. Sama juga dengan pak dia yang kaki spin... HamPAS !!!!

APA YG PASTI PAS ITU PARTI AMALAN SONGSANG. BETULKAH KATA USTAZ ZAINAL?. PAS SEKARANG LEBIH UTAMAKAN DAP SI KAFIR HARBI. DULU KATA UMNO KAFIR RUPA2 FATWA TERBALIK BUAT DIRI SENDIRI AHLI2 PAS KERANA KARENAH KEPIMPINAN PAS YANG SEMAKIN JUMUD DENGAN GEREJA . APAKAH AHLI2 PAS SANGGUP MENJADI KAFIR..


Friday, August 5, 2011

Anwar Ibrahim Tak Perlu Dipaksa Bersumpah Mubahalah Tetapi..

Friday, August 5, 2011


Sumpah Laknat?

Rasanya aku terpanggil untuk memberi sedikit komen mengenai desakan banyak pihak supaya ANWAR IBRAHIM bersumpah MUBAHALAH ekoran tuduhan LIWAT dan video SEKS CHINA DOLL….

Wahai teman-teman di kalangan orang-orang yang beriman..rujuklah kita pada AL QURAN dan AL HADIS seandainya kita berbalah/berbeza pendapat atas sesuatu perkara… (pesanan ini sering kita dengar dari khatib yang membacakan khutbah setiap minggu di mimbar-mimbar Jumaat)…

Cuba kita fahami firman ALLAH SWT, AYAT 61, SURAH AL IMRAN yang bermaksud: Siapa yang mengingkari tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan kamu), maka katakanlah (kepadanya): “Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, diri kami dan diri kamu, kemudian marilah kita berMUBAHALAH (1) kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang yang berdusta.’

Penerangan:

(1)Ialah masing-masing pihak di antara orang yang berbeza pendapat berdoa kepada Allah dengan bersungguh-sungguh supaya Allah menjatuhkan laknat kepada pihak yang berdusta. Nabi MUHAMAD sallallahu ‘alaihi wasallam mengajak utusan Nasrani Najran berMUBAHALAH, tetapi mereka tidak berani dan ini menjadi bukti kebenaran Nabi MUHAMAD sallallahu ‘alaihi wasallam.


Sumpah Laknat Saiful Bukhari

Persoalan yang akan timbul seandainya ayat ini dibacakan dan kemudian dikaitkan dengan tajuk perbincangan ini, mereka menyatakan maksud ayat tersebut tidak sama dengan perkara ini, ceritanya berbeza, senario tak sama, kita tak boleh tafsir sendiri, kita bukan ahli tafsir dan sebagainya. Betulkah begitu, jika itu jawapannya, maka beranikah kita menyatakan bahawa apa yang terkandung dalam kitab suci ALQURAN tidak relevan dengan kehidupan hari ini?...walhal AL QURAN adalah relevan sepanjang zaman..

Aku akui, aku bukan ahli tafsir dan aku jahil…tetapi secara ringkasnya berdasarkan maksud ayat ini, kita dapat fahami bahawa kita diharuskan melakukan sumpah MUBAHALAH seandainya kita berbalah/berbeza pendapat atas sesuatu perkara. Awal-awal kerasulan Nabi MUHAMMAD sendiri mengajak utusan NASRANI NAJRAN bersumpah MUBAHALAH. Keengganan mereka menyahut cabaran nabi membuktikan mereka tidak berada di pihak yang benar dan sekali gus ianya mebuktikan kebenaran nabi berhubung kerasulannya. Apa yang penting dalam ayat ini ialah Sumpah MUBAHALAH itu sendiri..MUBAHALAH dan MINTA LAKNAT ALLAH jelas disebut dalam ayat ini..

Yang aku jadi musykil…mengapa dari kalangan ulama-ulama PAS, mereka menafikan SUMPAH MUBAHALAH adalah merupakan tuntutan Islam, Dato Harun Taib dalam kenyataannya yang mempertahankan ANWAR IBRAHIM menyatakan Sumpah MUBAHALAH tiada dalam Syariat Islam. Habis tu, ayat ini (AYAT 61, SURAH AL IMRAN) yang merupakan firman ALLAH SWT bukannya syariat ISLAM ke?, ianya terkandung dalam AL QURAN, bukan terkandung dalam Buku Jingga…!! Masyaallah, camana ni, konfiusnya aku….

ANWAR IBRAHIM sendiri marah-marah kat wartawan TV3 dan sebaliknya bertanyakan wartawan tersebut ‘awak orang Islam kan, hukum mana awak ikut (untuk sumpah MUBAHALAH)?. Wartawan TV3 terkedu, tak leh nak jawab…camana tu..lain kali, buatlah homework dulu kat rumah..bagusnya kalau masa tu awak suruh dia rujuk AYAT 61, SURAH AL IMRAN ni…

Konfiuslah dengan sikap mereka ini…adakah mereka tidak menyedari wujudnya ayat ini,..mustahillah…, orang-orang yang bergelar ulama mesti tahu…kalau betul mereka tahu dan dalam pengetahuannya, mengapa mereka menyembunyikan ayat tersebut kepada umum…satu kewajipan kepada mereka untuk memberitahu perkara yang benar… sampaikanlah/katakanlah perkara yang benar walau pun sakit untuk didengar….atau pun memang mereka tidak tahu..??? atau tak baca Al Quran kot…camana gitu?, suruh orang berpegang pada AL QURAN dan AL HADIS…tapi diri sendiri abaikan…munafik tu namanya..cakap lain buat lain adalah ciri-ciri jelas sifat munafik… Camana pun aku mengharapkan dari barisan ulama-ulama PAS , tolong tafsirkan ayat tersebut dengan sejujurnya tanpa dipengaruhi kepentingan sendiri/politik…aku jahil dalam hal-hal ini…so aku perlukan penjelasan dari mereka yang mengaku ahli/arif AL QURAN…

Berbalik kepada ANWAR IBRAHIM..mengapa aku sebutkan awal-awal lagi ANWAR IBRAHIM tak perlu dipaksa/didesak bersumpah MUBAHALAH.. Tapi memang pun sampai sekarang dia tak berani bersumpah…sampai bila-bila pun aku yakin dia tak kan berani angkat AL QURAN untuk bersumpah…tapi sebaliknya pihak yang sebelah sana pulak dah pun bersumpah MUBAHALAH sebagaimana yang diharuskan…so di sini, kita semua yang mengaku cerdik pandai, otak bergeliga, apa lagi nak pening-pening kepala…DAH TERANG LAGI NAK BERSULUH KE????

Berdasarkan dari apa yang dimaksudkan dalam AYAT 61, SURAH AL IMRAN…sepatutnya kita dah tahu jawapannya….siapa yang benar dan siapa yang salah…siapa yang bercakap benar dan siapa pula yang berdusta. ANWAR IBRAHIM terang-terang tidak berani menyahut cabaran untuk melakukan sumpah MUBAHALAH sebagaimana kisah utusan Nasrani Najran yang juga tidak berani melakukan sumpah MUBAHALAH. Sama tak konsepnya. Ini membuktikan mereka ini tidak berada di pihak yang benar…penafiannya hanyalah dusta belaka…

Jadi kesimpulannya, dengan keengganan ANWAR IBRAHIM bersumpah MUBAHALAH sebagaimana diminta/didesak oleh pelbagai pihak, SAHLAH DIA TERLIBAT kan??????….tak pa, dia tak mahu bersumpah, tak mengapa, tak boleh kita nak paksa-paksa dia…biarkanlah dia…kalau dipaksa-paksa takut jadi apa-apa, susah pulak kita,..kita dah dapat jawapannya kan…kita percaya kepada kandungan kitab suci AL QURAN kan,..so tak perlulah nak berbalah lagi..buatlah keputusan muktamad berdasarkan jawapan yang dah jelas kita perolehi ini.


Sumpah Laknat Eskay

Oleh itu, sama-samalah kita TOLAK ANWAR IBRAHIM dari menjadi PERDANA MENTERI MALAYSIA…Pada aku dalam hal ini, biar apa pun ALIBI oleh ANWAR, aku hanya menghukum ANWAR berdasarkan maksud/huraian AYAT 61, SURAH AL IMRAN. Titik. aku sangat yakin dan percaya ke atas firman ALLAH SWT melalui AYAT 61, SURAH AL IMRAN ini...tapi sebaliknya aku sangat sangsi/ragu-ragu/was-was di tahap paling maksima ke atas semua kenyataan dan penafian oleh manusia bernama ANWAR bin IBRAHIM.

Ingatlah, pilihlah pemimpin di kalangan kita orang yang bebas dari sifat-sifat FASIK iaitu orang yang bebas dari melakukan dosa-dosa besar. Mudah-mudah kita sentiasa dilindungi dan dirahmati ALLAH SWT…insyaalah. Sebenarnya aku tak peduli kalau ANWAR IBRAHIM ini bukan orang yang beria-ia sangat nak jadi PM…lantaklah dia nak buat apa pun..tanggung sendirilah…tapi masalahnya dia bermati-matian nak mencapai cita-citanya menjadi PM MALAYSIA…OH TIDAK!!! TIDAKKKKK!!!!!! Tak leh bayangkan kalau dia jadi PM…malu!! malu aku kalau orang luar tanya, u punya PM suka DEPAN n BELAKANG ke??…rosak negara, rosak bangsa, punah ranah semuanya… Ya ALLAH, selamatkanlah kami, palingkan muka-muka kami dari kemurkaanmu….

PAPAGOMO, aku syorkan war-warkanlah maksud AYAT 61, SURAH AL IMRAN ini kepada umum… untuk pandangan yang lebih tepat, rujuklah kepada mereka yang arif untuk mentafsirkannya…agar kita semua tidak terus dikelirukan…komen dan pandangan yang aku beri berdasarkan fahaman aku yang jahil ini, kalau tersilap aku mohon keampunanNYA..
Akhir kata, ingatlah kita semua bahawa

ANWAR IBRAHIM TAK PERLU DIPAKSA BERSUMPAH MUBAHALAH, TAPI KITA MESTI TOLAK DIA DARIPADA MENJADI PM MALAYSIA

(tak rela i… auuuuuuwwwww!!!!)

Nauzzubilahhiminzaliq,……jumpa lagi di lain topik – JAZAKAULAH.


Emel Kiriman Dari Pembaca Blogg


AYAT 61, SURAH AL IMRAN

Moga kita umat Islam siapa Dato Seri Anwar Bin Ibrahim


Psssttt..Jika Anwar Ibrahim Benar sudah lama Kebenaran miliknya


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
,

Awasi dakyah Kristian

Artikel ini adalah respon terkini mengenai dakwah Kristian.

Segelintir pihak Kristian hari ini menjadi semakin berani. Desakan, tuntutan dan ugutan dikemukakan kepada kerajaan, walaupun bilangannya kurang daripada 10 peratus. Peluang keemasan ini dimanipulasikan sepenuhnya dalam keadaan umat Islam negara ini begitu tersepit dengan perpecahan yang melanda. Sebelum ini, mereka mendesak kerajaan menubuhkan kementerian hal ehwal bukan Islam. Tindakan ini begitu mencabar kesucian Islam dan mengundang bahaya kepada kedudukan agama Islam selaku agama majoriti dan agama persekutuan jika dibenarkan.

Kebetulan pula, seorang kawan baik saya berketurunan India, beragama Kristian, bersimpati dengan Islam, menelefon saya baru-baru ini. Beliau yang mengajar di salah sebuah sekolah kebangsaan di Kuala Lumpur, mengadukan kepada saya mengenai seorang murid Melayu darjah satu yang diajar oleh guru tuisyen Kristian berbangsa Cina mengenai Kristian dan menghafal lagu-lagu Kristian. Saya mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh murid tersebut dengan teliti melalui telefon bimbit guru tersebut yang diserahkan kepadanya. Ternyata, anak kecil yang masih mentah dan tidak berdosa ini telah dicorakkan oleh guru Kristian tersebut melalui kelas tuisyen.

Tindakan guru tuisyen benar-benar keterlaluan dan amat kurang ajar. Saya amat mengharapkan pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas sebelum nasi menjadi bubur. Cukuplah dengan beberapa orang yang telah dimurtadkan secara berani seperti Aishah Bukhari, Azlina Jailani dan sebagainya. Ramai lagi sebenarnya yang menjadi mangsa, ini tidak termasuk yang masih belum dibuktikan. Hakikatnya, perancangan Kristian untuk menjadikan Malaysia sebagai syurga gerakan dakwah mereka memang tidak dapat dinafikan. Ianya bermula sejak mereka di bangku sekolah. Berhati-hatilah dengan guru-guru dan paderi-paderi musang berbulu ayam ini. Mereka akan menggunakan segala platform yang ada, atas nama pertubuhan, kelas tuisyen dan apa jua ruang dan peluang. Tindakan mereka begitu jelas bercanggah dengan perlembagaan persekutuan. Apakah kita masih mahu terus berdiam diri dan bersangka baik?

Berita terbaru mengenai tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, di Petaling Jaya kerana terdapat bukti wujudnya percubaan memurtadkan umat Islam di negeri ini langsung tidak mengejutkan saya. Saya amat yakin perancangan jahat ini memang telah lama berlaku. Jika tidak percaya tanya exco Kristian dalam kerajaan negeri Selangor. Cuma dia pura-pura tidak tahu apabila ditanya. Begitu juga paderi-paderi yang terlibat. Ibarat lontar batu sembunyi tangan. Mereka akan cari seribu satu alasan untuk menunjukkan bahawa mereka tidak bersalah. Malangnya kita terlalu berlembut kerana takut undi lari dan kalah dalam pilihan raya. Sedangkan mereka begitu bersatu tanpa berbelah bahagi mempertahankan tindakan mereka.

Kita selalu bertindak menjaga kepentingan jangka pendek, melupakan kepentingan jangka panjang. Jika beginilah cara kita berpolitik, saya amat bimbang semakin ramai orang Melayu akan menjadi Kristian suatu masa nanti. Jangan perjudikan masa depan Islam, buruk padahnya. Gunakan peruntukan perlembagaan sedia ada. Lindungilah Islam sebelum terlambat.

Saya amat mengharapkan kita tidak akan tunduk kepada penafian mereka, seolah-olah mereka tidak bersalah. Mereka mesti disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. Seksyen itu memperuntukan mereka yang menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina; mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan. Mereka yang disabitkan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Ikut saya, peruntukan ini terlalu ringan, undang-undang ini perlu dihalusi lagi untuk diberatkan lagi hukumannya.

Walaupun pihak Kristian menafikan tindakan mereka dengan mengatakan bahawa majlis makan malam diadakan dalam semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti (NGO Kristian), bertujuan menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan. Semua itu adalah alasan sahaja. Mereka mahu berselindung di sebalik kerja-kerja amal. Dua puluh tujuh tahun dahulu, ketika saya menganut agama Kristian, helah ini juga digunakan untuk mengKristian pelajar-pelajar di asrama. Saya tahu perancangan licik mereka.

Saya memohon kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Tuanku supaya campurtangan dan menjaga kesucian agama Islam daripada perancangan licik segelintir paderi-paderi Kristian ultra kiasu ini sebelum nasi menjadi bubur.

Jika kita mahu pastikan negara-negara Melayu Islam tidak tercemar lagi, seperti pencemaran yang telah mereka lakukan di Singapura dan Indonesia, tidak ada cara lain, selain bertindak tegas menggunakan peruntukan perlembagaan sedia ada. Jangan berlengah lagi. Tindakan perlu diambil terhadap golongan lempar batu sembunyi tangan.

Saya yakin ibu bapa murid tersebut tidak tahu menahu akan perkara tersebut. Jika ibu bapa murid tersebut tahupun, mereka tidak akan mensensasikan isu tersebut. Inilah sifat orang Melayu yang kadangkala meresahkan saya. Kepala sudah dipijak-pijak tetapi masih terus berlembut.

Berbeza sekali dengan sikap agresif ultra kiasu menangani iklan Ramadan TV8 yang dikatakan rasis. Bila hak mereka tercuit sedikit, heboh satu dunia seolah-olah negara bertuah ini begitu zalim terhadap mereka.Saya berulang kali menonton iklan tersebut melalui sebuah laman web. Saya tidak nampak di mana rasis sebagaimana yang didakwa. Tema sekadar menghormati agama sensitiviti umat Islam. Ia tidak ada kaitan sama ada iman kita lemah atau kuat. Takkan sekian lama hidup di negara bertuah ini masih tidak tahu atau tidak faham sensitiviti umat Islam? Apa erti agama Islam sebagai agama persekutuan jika tidak difahami dan dihormati.

Niat iklan tersebut adalah baik. Tetapi telah dimanupulasikan dan disensasikan. Beradab dan bersopan, adalah tuntutan semua agama. Menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara, adalah wajar terutama di bulan Ramadan. Adalah kurang adab jika kita makan di khalayak ketika umat Islam sedang berpuasa, atau sengaja memakai pakaian yang tidak senonoh, yang ditentang oleh semua agama.

Sama seperti mengunjungi majlis kematian orang bukan Islam. Adalah tidak manis jika umat Islam datang dengan pakaian berwarna merah. Saya yakin jika ada umat Islam datang dengan berbaju merah ketika majlis kematian, sudah tentu akan heboh 1Malaysia. Ini yang dikatakan bila kita lakukan sesuatu dikatakan rasis, tidak sensitif, tidak menghormati hak orang Islam.

Bila mereka yang melakukannya itu dikatakan sebagai hak. Ini bukan bermakna agama lain tidak perlu dihormati. Namun, oleh kerana agama Islam adalah agama majoriti dan agama rasmi pula, saya fikir tidak salah jika bukan Islam memberikan sedikit penghormatan. Memang secara peribadi tidak teruja langsung orang makan di depan saya atau mahu telanjang sekalipun ketika berpuasa, nak muntah ada, tetapi kita bercakap soal adab sopan dan sensitiviti.

Siapa yang akan mempertahankan kesucian agama Islam jika bukan kita. Janganlah menggantung harapan bahawa orang lain akan mempertahankan kita. Bila hak ita diambil itu dikatakan hak, bila hak mereka diambil, itu dikatakan rasis dan tidak adil. Licik sungguh politik dan strategi mereka. Apakah ini bukan ultra kiasu namanya? Apabila kerajaan melarang menggunakan nama Allah, menahan Al-Kitab (bible) dalam bahasa Melayu untuk diedarkan, maka berkokoklah mereka dengan mengatakan itu hak mereka. Namun, apabila kita melarang mereka menyebarkan agama Islam kepada orang Melayu kerana bertentangan dengan perlembagaan, maka mereka mencari seribu satu alasan untuk menjustifikasikan tindakan biadab ini.

Bila kita kemukakan bukti nanti, mereka akan canangkan kepada dunia, Malaysia tidak ada kebebasan beragama. Maka gagasan 1Malaysia akan dijadikan hujah untuk mempertahankan tindakan mereka. Malangnya sungguh gagasan ini, sengaja dimanipulasi untuk menghalalkan tindakan mereka. Akhirnya, kita salah, mereka yang betul.

Tidak kurang juga banyak iklan-iklan mengenai perlakuan negatif realiti orang melayu seperti merempit, menagih dadah dan pelbagai lagi, tetapi orang Melayu tidak pernah melompat seperti ultra kiasu ini. Bila kena pada mereka semuanya sensitif, namun bila kena pada kita sebagai umat Islam, mereka senyap sahaja dan kalangan mereka bertepuk tangan.

Program Pemutihan PATI - Medan BN Kutip Indon Jadi Pengundi? - KDN Risik-Risik Sikit

Program Pemutihan PATI - Medan BN Kutip Indon Jadi Pengundi? - KDN Risik-Risik Sikit


Kadangkala bermacam persoalan bermain di fikiran saya setiap kali membaca penulisan blogger-blogger PAS. Gaya bahasa yang digunakan mereka langsung tidak menggambarkan keperibadian seorang muslim yang baik.

Kata-kata kesat diselang-selikan dengan alunan hadis untuk menyedapkan artikel yang bertaraf sampah mereka. Mereka mendakwa merekalah paling Islamik dari semua pihak, dari segi pakainya, gaya tuturnya sekali baca tidak ubah seperti mendengar leteran 'burma mabuk'.

Laungan suaranya lantang dan kuat tapi isinya kosong.

Dek kerana sudah tertewas dengan asakan bloggers pro-kerajaan berhubung isu Mismah. Hari ini mereka timbulkan lagi fitnah kononnya program 6P yang dijalankan KDN dengan kerjasama Imigresen sekarang adalah medan untuk UMNO mendaftarkan warganegara Indonesia sebagai pemilih.


Tulisan yang ditulis bersandarkan emosi kebencian dan diselitkan dengan fakta-fakta yang salah serta merapu,jelas menunjukkan bahawa bloggers yang dilahirkan oleh PAS hanyalah bloggers yang menulis berdasarkan kehendak hati serta dendam mereka terhadap kerajaan.

Kita boleh gelar mereka 'bloggers jumud'

Maka tidak mustahillah setiap artikel yang terhasil sebenarnya tidak layak dibaca oleh kita yang normal, waras serta rasional.

Artikel Biometrik ditulis oleh blogger terbabit membuatkan saya keliru malah hampir hilang akal selama 7 hari sebagaimana dihadapi oleh Suhardi Mat Isa.

Saya masih tertanya-tanya adakah penulis tersebut benar-benar faham apa itu biometrik. Dari isu kononnya biometrik tidak berkesan, walhal dia tak tahu pun apa itu biomtetrik sehinggalah ke isu Program 6P yang dijalankan oleh KDN dengan Imigresen sekarang ini.

Semunya ditulis ikut selera kepala hotak dia.

Beliau memaklumkan mempunyai seorang rakan yang menjalankan urusniaga pemutihan PATI. Malah beliau turut menyatakan bahawa rakannya mengenakan caj sebanyak RM450 untuk satu PATI yang didaftarkan.

Bila kita kata orang PAS ini bodoh, ada yang melenting tidak menerima kenyataan. Walhal pada hakikatnya mereka sememangnya sebodoh-bodoh manusia. Maaf agak kasar tiada perkataan yang sesuai untuk digantikan dengan bodoh buat masa ini. Hahaha...

Kalau benar rakannya yang terlibat urusan pendaftaran PATI mengenakan bayaran dalam jumlah RM450, terang dan nyatalah mereka ini jenis manusia penipu dan spesis makan duit haram.

Sekarang ini program pemutihan belum lagi dimulakan oleh KDN dan Imigresen, yang ada hanyalah proses pendaftaran PATI yang mana setiap PATI boleh mendaftarkan diri secara percuma di setiap pejabat Imigresen dan akan dikenakan bayaran RM35 jika melakukan proses tersebut melalui syarikat pengurus yang dilantik oleh KDN.

Tapi kawan penulis tersebut caj sampai RM450, MasyaAllah makan duit haram puak ni?

Proses pemutihan hanya akan dimulakan selepas 14 Ogos ini dimana setelah lengkapnya proses pendaftaran yang sedang dilakukan sekarang ini.

Isu kedua bahawa setiap PATI hanya perlu membayar RM1500 untuk mendapatkan kad pengenalan warganegara, dengan hanya bersyaratkan mengundi BN maka warga Indonesia ini akan diberikan kad pengenalan biru (mykad).

Ini fitnah serius, melibatkan soal keselamatan dalam negara. Seolah-olah KDN itu menjual maruah negara kepada pihak lain semata-mata kemaruk dengan RM1500.

Jangan sampai bila kita minta kemukakan bukti, penulis blog ini terkencing dan terus bersara dari dunia blog.

Bloggers yang mengagungkan Nik Aziz ini, saya perhatikan menulis berdasarkan ilusi tidak mustahil juga beliau berada dalam keadaan halusinasi yang mana dia dengan rakan-rakan dalam dunia halusinasi dia sahaja yang mampu faham dan terima penulisan sebegitu rupa.

Sedar atau tidak bahawa setiap hari tulis artikel yang tidak disokong apa-apa bukti itu merupakan satu fitnah?

Setiap tindakan kerajaan walaupun pada hakikatnya mempunyai manfaat yang besar kepada rakyat Malaysia mereka akan serang dan burukkan.

Niat mereka hanya satu iaitu untuk memburukkan imej kerajaan BN.

Tidakkah mereka sedar apa itu dosa fitnah?

Kantoi dengan isu MyPR Mismah kini isu pendaftaran & pemutihan (6P) PATI pula dipertikaikan.



**Statistik terkini program 6P setakat 3 Ogos - Pendaftaran Pekerja Sah 733,662 - Pendaftaran Pekerja Tanpa Izin (PATI) 127,049 - Didaftarkan melalui Jab. Imigresen Malaysia 35,917 - Didaftarkan oleh syarikat pengurus 91,132. Pendaftaran PATI Sabah 137,217.



YY : Bloggers PAS syurgo gerenti kor..? KDN risik-risik sikit blog tersebut...

Hasan Ali akn dpecat krn JAIS serang gereja?Adakah PAS akan bela HA?Ikuti kupasan d www.zul4kulim.blogspot.com brtajuk "Genggam Bara Api"!!!

05 August 2011

GENGGAM BARA API!

(Bayang apa akan jadi kalau gereja-gereja di Malaysia dinamakan "Rumah ALLAH"! Belum letak pun ada Melayu bangang yang sanggup cari makan kat gereja!)
(Gereja dan Kompleks Kristian Calvary setinggi 6 tingkat yang sedang dalam pembinaan dikatakan yang terbesar di Asia)

Salam 2 all.

Bulan puasa tahun 1431/ 2010 lepas, negara digegarkan dengan pendedahan seorang pastor kristian, Pastor Ouyang Wen Fang (gambar bawah) yang mengaku mahu mendirikan sebuah gereja gay! Tahun 1432/ 2011 ini, baru dua hari umat Islam mengerjakan puasa dibulan Ramadhan al-mubarak ini, tercetus satu lagi isu besar yang menggemparkan negara membabitkan gereja kristian lagi.

Sebuah gereja, Methodist Church di Damansara Utama dilapurkan menganjurkan satu majlis yang membabitkan beberapa orang Islam. Bertindak atas maklumat, Jabatan Agama Islam Selangor dengan bantuan pihak polis telah pergi menyiasat gereja tersebut. Mereka mengesahkan menemui beberapa orang Islam didalam majlis digereja tersebut dan selepas siasatan arahan dikeluarkan kepada mereka untuk hadir di pejabat JAIS untuk disiasat dibawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Tindakan pihak JAIS ini telah diputar-belit dengan rekayarsa konon pihak JAIS "menyerbu satu majlis disebuah gereja tanpa waran". Ayat-ayat gegempa dan menggerunkan digunakan untuk memberi satu persepsi yang menakutkan, seolah-olah telah berlaku pembunuhan dan penyembelihan ramai-ramai didalam gereja itu. Hakikatnya pihak JAIS hanya pergi menyiasat. Dan berdasarkan maklumat, dipercayai ada kegiatan cuba mendakyahkan agama Kristian kepada hadirin termasuk yang Islam.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor, merangkap bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, YB Datuk Hassan Ali mengeluarkan kenyataan mempertahankan tindakan JAIS dengan alasan ada maklumat memang terdapat kegiatan cuba mendakyahkan agama bukan Islam kepada orang Islam dalam majlis di Methodist Church tersebut.

Kalau 10 tahun lepas, tindakan Hassan Ali dan JAIS itu akan dibela dan disanjung oleh PAS. Hassan Ali akan menjadi hero dan wira yang dijulang-julang sebagai pejuang tulin PAS. Kalau para pegawai JAIS itu terkorban dalam tugas mereka, dan kalau Hasan Ali terbunuh menjalankan tanggungjawabnya itu, teman yakin Hassan Ali dan para pegawai JAIS itu akan diisytihar sebagai syuhada. Mayat mereka tidak akan dimandikan atau dikafankan. Malah unit amal PAS akan berebut mengusung jenazah mereka ke perkuburan tanpa perlukan van jenazah, dan dimasukkan dalam liang dengan baju berdarah mereka; dan derma jihad akan dilancarkan untuk membantu keluarga mereka (walaupun yang kembong poket orang lain macam di Memali). Dan segala ceramah, tazkirah, kuliah, malah mimbar khutbah akan bergema dengan panggilan jihad!

Itu dulu yop. Tapi hari ini apa yang berlaku sebaliknya. Tan Sri Khalid Ibrahim mengarahkan JAIS berikan lapuran, dan tak cukop dengan itu, Hassan Ali serta lain-lain exco diarahkan tutup mulut. Jangan bincang langsung isu ini. Mike bayang yop kalau PM yang buat arahan itu. Pasti PM akan dimaki hamun sebagai melanggar hak asasi manusia, hak kebebasan bersuara dan macam-macam sumpah seranah lagi. Silap-silap mereka akan buat rusuhan haram untuk "Sapu-Bersih:3" Perdana Menteri. Tapi bila mereka yang buat, mereka melalak kata ini soal disiplin, masalah dalaman Kerajaan pakatan pembangkang. Tengok apa jadi kepada YB Jeff Ooi Ahli Parlimen (DAP-Jelutong), yang menegur Exco kerajaan Guan Eng. Sepantas kilat anak jantan Kitsiang mengarahkan YB Jeff Ooi supaya tutup mulut! Memang kaum hipokrit dan talam banyak muka puak-puak ni yop!

Kitsiang turut mengeluarkan kenyataan mengutuk Hasan Ali sebagai tidak "toe the line", tak ikut dasar pakatan pembangkang. Benarlah firman ALLAH swt, memang dalam hati dan benak perut puak-puak kaum kafir harbi ni kebencian kepada Islam sangat tebal, setebal muka babi yang halal dimakan oleh Kitsiang. Sebagaimana dalam kes rampasan arak dahulu, Hassan Ali yang menjadi sasaran. Hukum-hakam Islam dicemuh. Dan yang paling sedih, kawan-kawan Hasan Ali dalam PAS pun tak mampu pertahankan Islam, apatah lagi membela Hassan Ali. Tinggallah Hassan Ali terkonteng-konteng sorang-sorang berdepan dengan jentera kafir harbi dan sekutu mereka melanyak Hassan Ali dan Islam. Akhirnya Hassan Ali terpaksa bersalam berma'af-ma'afan dengan kafir harbi Ronnie Liu.

Dan yang paling malang, tindakan Hassan Ali mempertahankan tindakan JAIS itu dijadikan alasan untuk heret beliau ke hadapan Jawatankuasa Perhubungan PAS Negeri Selangor. Khalid Samad, yang dibuang oleh Hassan Ali dalam kepimpinan PAS Selangor yang lepas mengambil peluang ini mempersoalkan tindakan Hassan Ali, dan menuntut beliau memberikan penjelasan.

Kata Khalid Samad, "menyertai program anjuran bukan Islam, tidak semestinya ia usaha untuk memurtadkan kita..Hadir dalam program itu tidak boleh jadikan kesimpulan untuk murtadkan". Teman faham bebenor kenyataan Khalid ini, kerana antara tindakan awal yang beliau buat sebaik menjadi Ahli Parlimen ialah melawat gereja. Dan sehingga kini beliau belum murtad, walaupun beliau antara penyokong kuat untuk kristian guna kalimah 'ALLAH' dalam bentuk triniti. Adakah itu kesan tempias beliau melawat gereja teman tak tahulah, tapi yang nyata beliau belum murtad!

Begitulah nasib Hassan Ali kini, tokoh yang dikompang keliling kampung merata negeri semasa menyertai PAS pada tahun 1998. Diwaktu PAS sudah ketandusan pemimpin, diwaktu PAS dahagakan suntikan para profesional, kemasukan Hassan Ali kedalam PAS pada tahun 1998 bagaikan "China-Doll dikondang-kondi Mat CD, bagai orang mengantuk disorong bantal" oleh PAS. Hassan Ali, yang terkenal dengan peranan moderator Forum Perdana Ehwal Islam siaran RTM 1 dijulang sebagai hero oleh kaum PAS. Hari ini Hassan Ali ditendang terajang macam sampah kucing kurap!!!

Teman cukup yakin isu siasatan gereja oleh JAIS ini akan digunakan oleh puak-puak tertentu untuk menyingkirkan Hassan Ali dan menggugurkan beliau daripada jawatan Exco Kerajaan Selangor. Mungkin sudah ada yang berangan nak menduduki kerusi empuk lubuk emas yang diduduki oleh Hassan Ali. Kasihan Hassan Ali, dulu ditatang sekarang ditendang-tendang, dulu dikompang sekarang diterajang!

Dan teman cukup yakin, diakhir rekayarsa ini, Hassan Ali dan JAIS akan disuruh meminta maaf kepada pihak Methodist Church dan kaum kristian. Itulah yang terjadi semasa isu rampasan arak dahulu pun. Hassan Ali kena berma'af-ma'afan, sehingga jatuh maruah beliau sebagai pejuang Islam. Dan pihak MBSA, bukan sahaja disuruh mintak ma'af, malah dipaksa serahkan balik arak-arak yang dirampas kepada tokey-tokey arak. Begitulah murahnya harga Islam sekarang. Dan semuanya kerana apa; kerana adanya para politikus kalkatus yang sanggup melacurkan agama mereka demi untuk mendapat sedikit kuasa dan habuan ke Putrajaya!

Benarlah sabda Rasulullah saw, diakhir zaman nanti, "kamu akan disuruh melakukan yang mungkar, dan ditegah melakukan yang ma'ruf". Dan jika kamu berkeras mahu berpegang kepada Islam, "kamu akan menjadi terasing, dan kamu umpama memegang bara api yang membakar".

Teman seru kepada semua umat Islam dan yang ta'atkan ALLAH dan cintakan Rasulullah saw, dibulan Ramadhan penuh barakah ini, marilah kita pertahankan Islam. Berdoalah kita untuk termasuk didalam golongan yang sedikit, golongan yang masih mahukan Islam berdasarkan Al Quran dan Sunnah. Golongan yang tidak menjual agamanya, golongan yang tidak menggadai Tuhannya, golongan yang tidak memajak anak-bininya, golongan yang tidak tunduk kepada kafir harbi la'natullah; golongan yang tetap istiqomah dengan perjuangan Islam!

Kepada YB Datuk Hassan Ali, teman tahu beliau seorang yang sangat sayangkan Islam. Beliau sanggup tinggalkan kedudukan lumayan, populariti dan habuan jawatan semata-mata untuk perjuangkan Islam. Dan beliau sertai PAS, sebagaimana ramai yang lain, kerana terpedaya dengan slogan "pangkah PAS masuk syurga". Tetapi kini kita semua tahu, PAS adalah sebuah parti politik biasa, bukan satu agama. PAS saperti parti politik lain juga berangan mahu berkuasa. PAS juga mahu merasa duduk diatas takhta. Jangankan perjuangan negara Islam campak kelongkang, kalimah ALLAH pun PAS sedia benarkan kristian gunakan.

Oleh itu teman berseru kepada YB Datuk Hassan Ali, mungkin sudah tiba masanya beliau memikirkan untuk berhijrah. Lakukanlah hijrah keimanan, menyelamatkan aqidah kita. Candu politik kepartian sudah melanda PAS sehingga ramai yang terjerumus kelembah ketagihan tegar, menjadi kalkatu mengejar cahaya kekuasaan yang akan membinasakan diri sendiri. YB Datuk Hassan, tinggalkan politik kepartian, jadilah pejuang Islam yang tulin, berdasarkan wadah Al Quran dan Sunnah!

Kita berdoa dengan harapan dan keyakinan: Aamantu billah, summastaqeem!!!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
05 Ramadhan 1432
05 Ogos 2011

Bukti VCD cobaan memurtadkan umat Islam di Malaysia.

GEMPAR!! VCD AHMAD'S DREAM... GERAKAN MEMURTADKAN UMMAT KIAN RANCAK!!

Aku Peduli Apa @ APA No comments



Kembali kepada isu hangat masakini tentang gerakan halus gereja Kristian di negara ini memurtadkan umat Islam.Sebenarnya dah melambak bukti yang ada akan kecenderungan pihak gereja kearah ini disuarakan oleh ramai pihak YB Zul Kulim sebagai contohnya.


Hari ini sahabat blogger 1peluru mendedahkan kewujudan VCD propaganda yang dah wujud di Youtube sejak 2008 lagi.Anda saksikan sendiri apa yang dipaparkan dalam video ini yang kini diedar dalam bentuk VCD kepada umat Islam.







GEMPAR!! VCD AHMAD'S DREAM... GERAKAN MEMURTADKAN UMMAT KIAN RANCAK!!

gua cuba ketepikan politik atas maruah perjuangan islam... tapi mahu atau tidak gua terpaksa akui, tiada wadah perjuangan lain yang paling jujur mahu menyekat usaha pemurtadan ummat islam di malaysia selain UMNO. bertindak bijaksana walaupun tidak pernah mendabik dada menjulang diri mereka sebagai paling islamik.

tiada apa yang boleh diharap dengan PAS selepas lupus sudah matlamat perjuangan islam, jubah-serban kini menjadi topeng politikal semata-mata. sekadar boleh menyalak tapi keputusan akhir tetap di hujung jari DAP, termasuk isu nama ALLAH dan terjemahan alQURAN ke dalam bahasa melayu... termasuk juga isu terbaru ini (klik!). PKR lagilah tak boleh harap bila dianggotai oleh golongan liberal & penyokong murtad... sila KLIK SINI!

gua tak dapat bayangkan kalau suatu hari nanti mereka memerintah malaysia... sedih fikirkan masa depan agama gua, negara gua, anak-cucu gua... =(


- AHMAD'S DREAM -
video ini sudah lama dihasilkan & diupload ke youtube (2008)
tapi baru skg mula disebar dalam bentuk VCD.... siapa dalangnya?
gua ingatkan kepada yang rasa imannya belum cukup kuat...
akidahnya belum cukup utuh...
JANGAN MENONTON VIDEO DI BAWAH!
JANGAN MENONTON VIDEO DI BAWAH!
JANGAN MENONTON VIDEO DI BAWAH!
sumber: http://gospelgo.com/Malaysia.htm





- AHMAD'S DREAM -
video ini sudah lama dihasilkan & diupload ke youtube (2008)
tapi baru skg mula disebar dalam bentuk VCD.... siapa dalangnya?
gua ingatkan kepada yang rasa imannya belum cukup kuat...
akidahnya belum cukup utuh...
JANGAN MENONTON VIDEO DI BAWAH!
JANGAN MENONTON VIDEO DI BAWAH!
JANGAN MENONTON VIDEO DI BAWAH!


PELAJAR PENDIDIKAN KHAS LEBIH BIJAK BERBANDING KEBODOHAN KHALID GEREJA!! MENGENAI ISU MURTAD

Isu Murtad GMDU - Hasan Ali Dan JAIS Bersendirian Kini

Kita perhatikan respons yang dihighlightkan oleh Malaysian Insider susulan kenyataan Hasan Ali yang mempertahankan tindakan JAIS dalam isu Murtad GMDU.


Khalid Samad : Itu pandangan Hasan, hadir digereja bukan makna murtad
. Jelas usaha menjauhkan kenyataan Hasan dari dikaitkan dengan Pas. Saya nak tulis apa mamat ni cakap pun malas .... takde rasa macam berhujah dengan seorang bertaraf Ahli Parlimen ! Macam nak layan orang yang dah tersepit, tangan menggagau capai apa saja yang boleh untuk selamatkan keadaan. Macam budak-budak lah senang .... korang klik lah kalau nak baca. Versi omputeh.

Ni satu lagi ....
Isu gereja: Serbu rumah ibadat canggah prinsip Islam, kata Khalid Samad
Kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor ini, Islam mengajar umatnya untuk menghormati mana-mana agama termasuk Kristian dan dilarang menyerbu rumah ibadat tanpa alasan yang konkrit. Kena ada waran !


Sengaja saya highlightkan ajaran Khalid Samad diatas. Ramai umat Islam tak tahu benda ni ....


Majlis Peguam pun nak masuk campur juga, komen sepesen dengan Khalid Samad -
No Law against Muslims in churches, says Bar Council
Ni satu lagi kenyataan yang saya malas nak baca .... bila orang kafir nak bercakap tentang Islam dari sudut undang-undang sivil.


Komen-komen dari MB Selangor iaitu Boss kepada Hasan Ali yang paling menarik -
MB mahu menghadap Sultan Selangor selesai isu Jais serbu gereja

Sebaik terima laporan Jais, saya akan menghadap Sultan Selangor untuk mendapat nasihat bagi menyelesaikan isu ini dan memastikan perkara sebegini tidak akan berlaku lagi. Sehingga itu, SEMUA AHLI MAJLIS KERAJAAN NEGERI SELANGOR KENA TUTUP MULUT !

versi omputeh

********************************************
OK, cuba kita tenang jap dan lihat kes ini sebagai orang luar yang tidak ada kepentingan.

Dari awal pagi semalam lagi kita dapat baca bagaimana berita yang disebarkan adalah dari satu sumber saja iaitu dipihak gereja. Setiap komen pemimpin Kerajaan ( KJ yang saya tahu, pemimpin lain saya tak tahu ) , Pembangkang dan pemimpin kristian semuanya beri komen berdasarkan premis cerita yang disediakan oleh pihak gereja GMDU.


Semua menerima bulat-bulat majlis itu adalah Majlis Makan Malam Kesyukuran (@ Majlis Berbuka Puasa ? minta maaf lah .... tapi kalau ada mana-mana pemimpin yang cuba katakan ia adalah majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh gereja, diadakan dalam gereja sememangnya orang itu TERAMATLAH BODOH SEKALI ) atas semangat 1Malaysia. ( seriously la ... ! ) dan semua pihak menuntut JAIS buat penjelasan.


Nah, sebelum Jais buat penjelasan lagi, mindset kebanyakan kita dah diatur oleh pihak gereja secara licik. Kita seolah menanti jawapan dari pihak yang melakukan kesalahan iaitu Jais. Yang lebih penting bagi orang Pakatan adalah persoalan, apakah boleh dikaitkan tindakan Jais itu dengan Putrajaya ?


Sememangnya tindakan Hasan Ali yang tampil memberi sokongan kepada tindakan Jais amat berani sekali. Beliau sedar akan berdepan dengan seluruh barisan kepimpinan Pas, Dap dan Pkr dan berkemungkinan besar berdepan dengan tindakan buang parti .... ( digugur dari jadi calon PRU13 memang dah dalam poket ! ). namun Hasan Ali tetap dengan pendiriannya.


Hasan Ali secara sendirian telah berjaya mengelakkan negara dari berdepan dengan satu lagi krisis keagamaan yang besar ... yang berkemungkinan besar akan memaksa Najib mengadap Ketua Paderi Malaysia buat kali ketiga. Bila ternyata semuanya adalah keputusan pihak Jais tanpa arahan dari Putrajaya maknanya ia tindakan kerajaan Negeri Selangor sendiri, semua pemimpin Pakatan terasa macam kena penampar sulung dari Hasan Ali sekali gus ! ( Wa tabik lu Hasan Ali ! kalau sayalah ditempat beliau, saya akan anggap sebagai balasan baikkkkk punyer susulan isu jualan beer dulu )


Usaha menyerang kerajaan BN bertukar menjadi usaha 'damage control', terutamanya mengasingkan diri dari keputusan yang dibuat oleh Hasan Ali. Makanya kita dapat lihat diatas tumpuan serangan mereka adalah discredit Hasan Ali, lebih kepada isu teknikal. Semua pihak bersungguh-sungguh cuba menafikan wujudnya sebarang usaha memurtadkan umat Islam pernah berlaku malam itu.


Tidak ada seorang pun yang meminta pihak Jais teruskan siasatan ! Semua pihak sudah sepakat Jais cuba mengada-adakan cerita murtad itu. Makanya disini saya amat berharap pihak KDN dapat mengambil alih tugas siasatan kerana pasti siasatan akan melangkaui sempadan negeri Selangor.


MB Selangor pula seperti dirasuk hantu, makin lama makin meracau padahal hari ni langsung tidak ada kenyataan baru dipihak Jais mahupun Hasan .... last-last kata nak ngadap Sultan ( atau nak libatkan Sultan kerana isu murtad ini amat sensitif dihati orang Melayu .... hanya pengaruh Sultan saja mampu meredakan kemarahan Melayu (?) . Isu murtad ni dah mula buat orang Melayu kenen semacam je pada Pkr )


Apa yang jelas hari ini adalah pemimpin2 Pakatan yang panas bontot, tak senang duduk, gelisah jer ..... siapa yang serang mereka ? Sampai MB sendiri surender, terpaksa serah pada Sultan. Heraaaan .......



TERBARU
bekas KPN Zaman Khan ikut sama hentam tindakan Jais. Ex-top cop Zaman Khan shoots down Jais raid
Bercakap atas kapasiti Presiden Malaysian AIDS Council yang menyokong NGO Harapan Komuniti, beliau akan meminta kerjasama Jais memberi penjelasan lengkap apa yang berlaku supaya dapat dicari satu penyelesaian segera.

Maaflah cakap, tapi ni pun satu contoh lagi - Duk hentam tapi waktu sama minta penjelasan ? ? Bukankah yang sepatutnya kita minta penjelasan dulu .... lepas dikaji baru buat keputusan nak hentam atau sokong ?


Akhir kata ..... Saya lihat tekanan begitu tinggi sekali keatas Jais dan Hasan Ali supaya ' mengalah '. Sebagai orang Islam, kita mesti beri sokongan kepada Jais ... paling tidak beri peluang dan masa kepada mereka melakukan siasatan terperinci keatas saksi dan bukti yang mereka ada. Biar proses siasatan dan keadilan berjalan seperti biasa tanpa sebarang tekanan atau campurtangan luar.


Campurtangan luar ni 'lain macam' sikit saya nampak ...... bukan terhad pada politik je ni ! Saya tak hairan kalau Putrajaya sendiri ikut sama beri tekanan pada Jais ! ! ( Ini cuma perasaan saya saja ...... minta-minta saya salah )

ISU MURTAD SERLAHKAN KEBODOHAN KHALID GEREJA!!!


Seawal pagi tadi, Si Khalid Gereja ni dah mula menyerang tindakan Datuk Dr. Hassan Ali mengenai serbuan yang dijalankan oleh pihak JAIS.

Malah, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu juga turut menyatakan bahawa ianya tidak salah bagi orang bukan Islam mempergunakan kalimah Al - Qur'an dan doa.

Tambah Si Khalid Gereja ni lagi, kenyataan Dr. Hassan itu bukan pendirian PAS Selangor dan menjauhkan kepimpinan PAS Negeri berhubung isu tersebut.

Walaubagaimana pun, dalam masa yang sama, pihak PAS Negeri telah memanggil Dr. Hassan Ali untuk memberikan penjelasan berhubung tindakan JAIS itu.

Sebelum ini, Khalid turut mengeluarkan satu kenyataan yang jelas nampak sangat bongoknya Si Ahli Parlimen Shah Alam ini. Kata dia:
“Muslim hadir di gereja bukan petanda murtad. Datuk Seri Najib Razak menemui Pope di Vatican. Adakah ia menunjukkan murtad?” kata Khalid
Alasan macam budak sekolah. Apa, dia tak nampak ke isu sebenarnya atau dia saja buat - buat buta? Dia tak baca ke laporan yang disiarkan sebelum ini?

JAIS buat serbuan tu sebab ada laporan menyatakan bahawa wujud gerakan yang mahu memurtadkan orang Islam dengan cara mengadakan jamuan makan.

Sedangkan PM pergi ke Vatican City diatas jemputan dan juga bagi menjalinkan persahabatan dengan Pope. Takkan itu pun dia tak faham?

Takkan benda yang semudah itu pun dia tak tahu nak bezakan? Buat rugi je dia jadi Ahli Parlimen sedangkan benda yang macam tu pun dia boleh jadi bengong.

Sampai hari ni, Semut tunggu jugak bantahan dari dia atau mana - mana ahli PAS lain mengenaiwujudnya laman Facebook yang memurtadkan orang Islam.

Tapi tak de pulak sebarang laporan Polis yang dibuat oleh PAS mahu pun Si Khalid Gereja tu sendiri terhadap isu tersebut.

Nampak sangat la diorang memang mengamalkan 'double-standard' dalam menegakkan hukum Islam. Kalau sesama Islam, berani la dia nak berbunyi. Kena dengan DAPigs tengok, senyap!!! Kecut telur!!! Pejuang Islam menda kejadahnya kalau macam tu? Ceit!!! Pigidah!!!
|

SERBU GEREJA.. AMBIGA CABAR PAS PECAT HASAN ALI!!

Posted: Aug 5, 2011 by Gelombang Rakyat in Labels: , ,
4
Huh? Diplomasi. Toleransi. Punya baik hati PAS Selangor ni dengan puak2 DAP sehinggakan menafikan hukum dan Undang2 Islam. Inilah akibat termakan hasutan dan terminum air jampi Ambiga. Tindakan JAIS memasuki sebuah gereja di Damansara kerana mengesyaki terdapatnya gejala murtad dibalas dengan caci maki hamun dari puak2 PAS Selangor yang kini dimonopoli Khalid Gereja. Agaknya mungkin Hasan Ali sudah tak tahan lagi bersabar setelah sekian lama berdiam diri, lalu dilontarkan terus suaranya semalam dan mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor. Kenyataan Hasan Ali memijak muka Khalid Gereja yang membuat kenyataan bodoh menganggap JAIS tidak menyiasat terlebih dahulu sebelum membawa bertindak. Bagaimana pula sebuah Jabatan yang memantau bidang Agama sebuah Negeri membuat tindakan membabi buta? Khalid Gereja ini buat2 lupa isu murtad di Selangor bukan 1 perkara baru. Maka ini adalah jalan yang digunakan bagi menangani masalah MURTAD, yang kata PAS 1 ketika dahulu merupakan bakal memusnahkan Tamadun Islam. Tapi sekarang Tamadun sudah tukar. Tamadun Al Juburi. Tamadun Roket. Adoi. Haaa.. Ambiga mesti lebih berang dengan tindakan Hasan Ali. Ambiga bakal membuat kenyataan mengenai hal tersebut. Mungkin Khalid Gagap tidak sabar2 mahu meluluskan cadangan beliau agar memecat Musuh Politik beliau iaitu Hasan Ali.


ANTARA HASAN ALI DAN KHALID SAMAD, SIAPA SEBENARNYA 'WAKIL' UMNO DALAM PAS SELANGOR?

Penulis sekadar menggeleng sambil tersenyum apabila seorang sahabat totok berdarah hijau bertanya pendapat penulis tentang Hasan Ali dan Khalid Samad. Sangka penulis, tentulah si sahabat ini akan memilih salah seorang daripada mereka, apatah lagi si sahabat ini pernah 'berkempen' untuk Khalid Samad tanpa mengira masa di kawasan penulis tinggal.

Sahabat mengulas tentang perkembangan Hasan Ali dan Khalid Samad yang sekali lagi kelihatan bertelagah kerana gereja dan Kristian. Kata sahabat, dia hairan dengan kedua-dua orang pemimpin tersebut yang sepatutnya tidak berperangai begitu, lebih-lebih lagi Khalid Samad.

Apa yang dilakukan oleh Hasan Ali adalah betul berdasarkan kaedah fiqh. Tidak timbul tentang wala' kepada pemimpin kerana berdasarkan hierarki kepimpinan antara Hasan Ali dengan Khalid Samad, Hasan Ali lebih kanan. Tugas Hasan Ali adalah melibatkan umat Islam tanpa mengira parti, sedangkan Khalid Samad pula hanyalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor.

Jadi, pada pendapat sahabat berkenaan, hikmah di sebalik tindakan Hasan Ali jauh lebih besar berbanding Khalid Samad yang hanya cuba menyelamatkan air muka PAS di kalangan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat. Hasan Ali memilih majoriti berbanding minoriti...

Bagaimanapun, sahabat berkenaan menimbulkan satu persoalan yang membuatkan penulis terdiam. Antara kedua-dua orang itu, siapa sebenarnya yang ditanam ke dalam PAS untuk memperlihatkan PAS sebagai sebuah parti bodoh yang bukannya membawa ahli-ahli PAS ke jalan yang benar?

Sahabat kemudiannya memberikan pendapatnya yang penulis rasa, sangat berbeza berbanding pendapat umum di kalangan totok PAS yang lain. Katanya, berbanding Hasan Ali yang seringkali dikatakan sebagai orang UMNO yang bercita-cita menjadi Menteri Besar menerusi Kerajaan Perpaduan, Khalid Samad sebenarnya yang lebih mendatangkan keburukan kepada PAS.

Alasannya, kebanyakan tindak-tanduk Khalid Samad banyak mendedahkan kelemahan pada PAS. Khalid Samad berjaya membuktikan bahawa para pemimpin PAS terutama pemimpin tertinggi sangat takut kehilangan kuasa dan pada masa yang sama, sanggup menjadi binatang politik yang tidak berpandu kepada ajaran wahyu lagi. Khalid Samad juga menjadikan PAS sebagai belasahan, sekaligus membenarkan UMNO membuka mulut sedangkan selama puluhan tahun, tidak banyak hujah PAS terhadap UMNO yang boleh dibalas atau berani dibalas.

Jadi, katanya, dia lebih berat mempercayai bahawa Khalid Samad sengaja dibiarkan oleh UMNO berada dalam PAS bagi tujuan perosakan seperti Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO....

Penulis sekadar tersenyum sambil menggeleng-geleng kecil! Tak tahu nak cakap apa lagi...


TERKINI !! Pihak Gereja Damansara cuba HERET Sultan Selangor didalam isu JAIS..

Herman Shastri

Memang kurang ajar puak-puak tu bila mempertikaikan kuasa pihak Agama Islam membuat siasatan.. Dan yang paling kurang ajar ialah bila dorang cuba nak babitkan Sultan Selangor didalam Isu ni..

Gua heran satu perkara.., cepat sungguh dorang mengadu kepada Media Indonesia.. Dan kalau korang baca BBC Indonesia tu, memang dorang dah burukkan Malaysia kononnya dah berlaku ketegangan agama di negara ni..

Ini semua tak lain adalah kerja Anwar Ibrahim dan konco-konconya lah.. Dia kan selalu je pergi melawat ke Indon tu untuk kutuk Malaysia..

Dan ini juga jenis kafir yang Khalid Samad pertahankan sangat tu? Memang bodoh puak-puak PAS bila terlampau percayakan kafir lebih dari saudara semuslim sendiri...



Dewan Gereja Malaysia menyampaikan bantahan kepada kerajaan Malaysia kerana pihak polis dan pegawai jabatan agama JAIS, masuk ke dalam sebuah gereja tanpa surat perintah.

"Semua tempat kebaktian, sembahyang, seperti kuil, masjid, gereja dan lain-lain adalah tempat suci. Sebab itu polis atau wakil-wakil lain tidak boleh masuk secara terus tanpa alasan munasabah atau surat perintah.


Kalau hendak masuk juga harus mendapat kebenaran dari ketua agama berkaitan," kata Herman Shastri, seksyen Dewan Gereja Malaysia kepada BBC Indonesia. (British Boardcasting Corparation)


Serbuan itu pada (03/08) malam di Gereja Metodis Damansara Utama, Selangor.


Polis dan Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS, memasuki gereja ketika majlis jamuan makan malam sehubungan dengan kegiatan sebuah LSM, Harapan Komuniti.


"Amat dikesali jika jamuan untuk para sukarelawan, pemimpin dan masyarakat harus diganggu oleh tindakan yang mengejut dan memualkan dari pejabat agama negari dan Polis," lapuran kenyataan resmi Dewan Gereja Malaysia.


Pihak Gereja meminta agar Sultan Selangor melakukan penyelidikan atas apa yg terjadi sebagai 'penyerbuan yang tidak beralasan'.


Herman Shastri juga berkata insiden ini adalah baru pertama kali terjadi dan pihak kami tertanya tanya dan menimbulkan ketakutan.


"Antara perkara yang membuat kami ketakutan di kalangan kaum Kristen disini kerana inilah yg pertama berlaku apabila Polis dan wakil-wakil JAIS, masuk ke dalam gereja tanpa kebanaran dan tunjuk surat arahan. Mereka mengatakan hendak membuat investigasi atau siasatan tentang apa yang sedang dibuat dalam gereja, jelas Herman lagi. - BBC






Thursday, August 4, 2011

POLITIK AL-KAZEEB : PEMBOHONGAN PEMBANGKANG DARIPADA YB ZULKIFLI NOORDIN




04 August 2011

POLITIK AL-KAZEEB

Salam 2 all.

Sabda Rasulullah saw, dibulan Ramadhan ini semua iblis dan syaitan ditambat oleh ALLAH. Maknanya sepatutnya segala dan sifat perangai iblis dan syaitan tidak sepatutnya ada dengan mana-mana orang yang mengaku Islam. Tetapi jika perangai itu masih dilakukan, maka hakikat sebenarnya pelaku itulah iblis dan syaitan sebenar-benarnya!!! Na'uzubillah min zalik.

Teman hanya mampu geleng kepala bila melihat pembohongan dan putar-belit terbaru yang dimainkan oleh kaum pembangkang, termasuk dari kalangan yang mengaku Islam, membabitkan isu seorang rakyat Indonesia bernama Mismah yang telah diberikan kewarganegaraan atas dakyah konon pihak SPR berpakat dengan JPN untuk menambah pengundi.

Sudah hilang kewarasan ke kaum pembangkang ini? Sudah tiada kemaluan lagikah pada ALLAH dan diri sendiri? Teman sampai bertanya, mereka ini sudah bertuhankan kerusi kah sehingga sudah tidak tahu lagi batasan kebenaran dan pembohongan, haq dan palsu, dosa dan pahala!

Konon pembohongan itu ialah seorang rakyat Indonesia bernama Mismah diluluskan taraf Penduduk Tetap (KP merah) pada jam 11.30am, dan kemudian diberikan kewarganegaraan pada jam 03.30pm hari yang sama. Dan beliau didaftarkan sebagai pengundi oleh SPR!!! Semuanya dalam tempoh 4 jam sahaja! Kalau mereka yang tidak berminat dengan kebenaran membaca, pasti mereka akan terpedaya. Maka SPR, JPN, dan Kerajaan akan dimaki hamun dan dihamput. Kaum Anwarinas siap buat kenyataan media menyebarkan pembohongan ini, siap ugut kerajaan dan rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran lagi.

Wamakaruu wamakarallah, pembohongan mereka terbongkar dalam sekelip mata. Sama macam pembohongan twitter yang terbongkar, konon cerita semasa Mat CD gendut main kondang-kondi, Mat CD kempis tengah bertweet. Maka bermulalah mentera "looks like me, sound like me..but not my tummy"! Tak lama lepas tu terbongkar rupanya takde tweet pun dalam masa adengan kondang-kondi tu. Malah jam Omega pun tak jumpa-jumpa walaupun kabar cerita ada dalam lemari kat rumah!

Alhamdulillah Ketua Pengarah JPN Datin Jariah Mohd. Said membuat kenyataan memperjelaskan semalam bahawa pemohon bernama Mismah (KP No. 640704-71-5238) diberikan taraf Penduduk Tetap pada 17.07.1982 (29 tahun yang lepas). Pada 31.01.2011, hampir 30 tahun selepas itu, barulah permohonan Mismah untuk taraf kewarganegaraan diluluskan. Jadi tak timbul soal warga kilat saperti yang ditohmahkan oleh kaum Anwarinas.

Yang peliknya, mereka siap membawa teori kesemua pendatang yang diluluskan punya nombor siri '71' pada kad pengenalan mereka. Tembelang teori palsu ini pecah bila didedahkan pemimpin PKR sendiri punya kad pengenalan siri '71' iaitu Azmin Ali (KPT No: 640825-71-5269), Saifuddin Nasution (KPT No: 631207-71-5005) dan Zuraida Kamarudin (KPT No: 580314-71-5206). Maka jatuhlah kemaluan para Anwarinas ini. Tetapi sedikit pun mereka tidak berasa bersalah atau menyesal, malah mereka teruskan pulak dengan pembohongan lain.

Ini berlaku bila Presiden pepatung PKR Wan Azizah membuat kenyataan beliau tidak saperti Datin Sri Rosmah Mansor. Ini berkaitan dengan tohmahan konon Datin Sri Rosmah Mansor membeli cincin berlian bernilai RM24 juta. Sedangkan penjelasan telahpun diberi dengan detail membuktikan pembohongan tersebut (untuk detail sila layari laman www.apanama2020.blogspot.com). Namun Wan Azizah masih mahu terus mempergunakan pembohongan tersebut.

Sedangkan Wan Azizah sendiri sehingga kini masih belum mengemukakan jam Omega yang ditemui bersama China-Doll, walaupun Wan Azizah beriya-iya mendakwa jam Omega itu ada dalam simpanan beliau. Apalah susah sangat nak tunjuk jam Omega itu, jika benar ada pada beliau. Hakikatnya tidak ada, kerana semasa Johari Abdul menyaksikan videoklip tersebut bersama Datuk Eskay, jam Omega itu telah ditunjukkan kepada beliau. Dan Johari Abdul hanya mampu ketawa sahaja, walaupun nada ketawanya tidak macam Almarhum Tan Sri P.Ramlee.

Virus pembohongan dan putar-belit ini sudah sampai keperingkat sakaratul dikalangan pembangkang sekarang. Seluruh dunia terkejut bagaimana virus ini sudah melanda parti yang mengaku Islam, PAS. Pembohongan Mat Sabu, Timbalan Presiden yang baru dinobatkan kaum Anwarinas, bahawa beliau dirempuh oleh landrover polis pada 09.07.2011 lepas terbongkar bila dengan izin ALLAH, rupanya ada kamera cctv sedang merakam insiden beliau jatuh motor sendiri.

Tapi yang lebih teruk bila Presiden PAS yang berserban tebal sendiri memberitahu satu dunia bahawa parti yang dipimpinnya tidak lagi mahu memperjuangkan negara Islam kerana "rupanya negara Islam tidak ada dalam Quran"; walaupun beliau jugalah orang mengeluarkan amanat di Kg Banggol Pradong memaki UMNO kerana tidak mahukan perlaksaan hudud kononnya. Sehingga berlaku peristiwa cerai berai, solat dua imam, keluarga berpecah gara-gara amanat beliau; kemuncaknya terbunuhnya Ustadz Ibrahim Libya pada 19.11.1985 dalam peristiwa Memali kerana antara lain memperjuangkan negara Islam.

Itu belum lagi kita kisahkan cerita kelentong putar-belit pimpinan biaDAP saperti Karpal Singh, yang pada 22.10.1997 didalam Dewan Rakyat menuduh Anwar Ibrahim sebagai kaki homoseks & liwat, tau-tau sekarang menjadi loyer Anwar dalam kes liwat!? Yang mendesak Anwar bertaubat setelah pembohongan 16 September terbongkar, tau-tau sekarang mengangkat Anwar menjadi kalipahnya!

Oh ya, bila cakap pasal pembohongan dan putar-belit ini, siapa boleh lupa pembohongan 16 Sept. Satu dunia kena bohong dengan manusia yang ditabal bininya sendiri sebagai anugerah tuhan. Rupanya pembohongan ini sudah menjadi darah daging dan sebati dengan kaum Anwarinas ini. Dan yang paling malang, pembohongan dan putar-belit mereka ini sudah tidak ada batasan dan sempadan; sehingga dibulan Ramadhan yang mulia penuh keberkatan ini pun mereka teruskan juga aktiviti pembohongan ini.

Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa kita sedang berdepan dengan politiking dan politikus paling kotor yang dunia pernah tengok. Tengok bagaimana mereka lakukan pembohongan demi pembohongan, putarbelitan demi putarbelitan dalam isu himpunan haram 09 Julai. Kalau ALLAH pun mereka boleh jual, kalau anak bini pun mereka boleh gadai, Raja pun mereka boleh kelentong, cuba bayangkan apa yang kaum al-kazeeb ini mampu lakukan? Sampai teman ingat Ya'juj & Ma'juj pun tak jadi turun sebab yang dah turun ni lagi teruk daripada Ya'juj & Ma'juj. Mungkin Ya'juj & Ma'juj ingat bos mereka Dajjal Mata Satu dah datang kot.

Apa pun, teman cukup yakin virus pembohongan dan putar-belit ini bukan sahaja akan berterusan, malahan akan menjadi lebih parah. Mereka tahu mereka akan kalah dalam pilihanraya akan datang. Mereka tahu sokongan rakyat makin berkurangan. Berdasarkan kayu ukur dalam beberapa pilihanraya kecil dan Pilihanraya Negeri Sarawak, mereka tahu mereka pasti hancur dalam PRU 13. Kalau dilihat dari kehadiran penyokong dalam kes liwat Anwar pun mereka tahu yang sokongan untuk mereka sekarang tinggal seciput je. Sebab itu mereka perlu lakukan gerakan pre-emptive dan psy-war yang SPR itu kotor, daftar pengundi itu kotor, pilihanraya itu kotor, dan semua institusi utama kerajaan juga kotor. Dengan cara itu, bila mereka benar-benar hancur tumbang dalam PRU 13 nanti, dengan mudah mereka akan berkompang keseluruh dunia bahawa kerajaan yang dipilih oleh rakyat dalam PRU 13 nanti adalah tidak sah kerana kononnya pilihanraya kita kotor.

Dan ini semua untuk menghalalkan mereka menjadikan Dataran Merdeka sebagai Dataran Tahrir, untuk memberi justifikasi rusuhan haram untuk menjatuhkan kerajaan secara haram, secara politik jalanraya, setelah mereka gagal melakukannya melalui politik pilihanraya.

Kepada semua rakyat Malaysia, tidak kira apa agama dan kaum, marilah kita bersatu menolak kaum pembohong ini. Mari kita sapu-bersih mereka yang mengamal politik pembohongan dan putar-belit ini. Diatas runtuhnya pembohongan mereka, kita dirikan negara merdeka, bersatulah semua rakyat Malaysia, pertahankan negara daulatkan hak kita.

Persoalan besar yang seluruh rakyat Malaysia perlu tanya ialah: sedang iblis & syaitan dikurung dibulan Ramadhan ini, siapa sebenarnya mereka-mereka ini yang terus melakukan perangai iblis & syaitan ini. Atau adakah mereka sebenarnya iblis & syaitan yang bertopengkan manusia? Tepok dada tanyalah iman masing-masing. Selamat berpuasa, semoga beroleh taqwa. Ameen!


Adios amigis, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
04 Ramadhan 1432
04 Ogos 2011
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...