Panas: Sah, JPN Dan SPR Tali Barut BN Dan Cuba Berkomplot Tipu Rakyat Malaysia Menjelang PRU
Nampaknya sah, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah berkomplot dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk sekali lagi menipu rakyat Malaysia. Terkini, selepas beberapa jam didedahkan oleh kami dan media alternatif lain berhubung dengan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MYPR berwarna merah yang telah didaftar sebagai pengundi baru. Tiba-tiba petang ini (sekitar jam 3.00 petang tadi) semakan mendapati individu terbabit telah pun menjadi Warganegara Malaysia yang sah dengan kad penganalan (MyKad) biru. Semakan pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali - pada jam 5.48 petang semalam dan 11.30 pagi ini - menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238), kad pengenalan bagi PR. Apabila nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian SPR, Mismah yang sama adalah pengundi berdaftar yang baru. Bagaimanapun, satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang ini menunjukkan hasil yang mengejutkan Mismah telah menjadi warganegara dengan Mykad biru. Statusnya pada sistem pengesahan dalam talian SPR kekal sama pada jam 3 petang ialah pengundi yang baru berdaftar dalam senarai daftar tambahan pemilih yang dipamerkan oleh semakan umum. Cuba lihat bukti dibawah :-Pagi, Mismah masih pendudup tetap tetapi petang jadi warganegara
[Jika inilah senarionya, maka kita tidak hairanlah ramai penduduk tetap (PR) yang boleh mengundi setiap kali musim pilihanraya di negara kita. Selama ini ramai yang tidak mahu mendedahkannya, tapi sekarang rakyat sudah tidak bodoh seperti dulu lagi. Kenapa ini berlaku dalam sistem pentadbiran di negara kita. Mudah saja jawapannya, iaitu mereka yang berkuasa sudah tidak percaya lagi kepada rakyat sendiri. Akhirnya terpaksa menggunakan orang luar yang bertaraf penduduk tetap untuk mengundi dalam setiap kali pilihanraya. Sebab itulah kita tidak hairan SPR dan kerajaan tidak mahu sebuah pilihanraya yang bersih dan adil terlaksana di negara ini. Semuanya kerana mereka mahu menang dengan "taktik kotor" buat selama-lamanya. Kes kad pengenalan "71" ini banyak juga dijumpai di kawasan parlimen Pekan mutakhir ini. Ramai pemiliknya dikatakan dari Kemboja, Myanmar dan sebagainya. Apakah ini namanya membela negara, bangsa dan agama yang dilaung-laungkan selama ini. Agama sudahlah tergadai, negara jadi carca merba dan kini maruah bangsa juga sudah tercemar dek kerakusan pihak tertentu untuk terus berkuasa. Apakah kita sebagai rakyat mahu terus berdiam diri lagi].
No comments:
Post a Comment