Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Tuesday, August 2, 2011

KENALI DAN PERUBAHAN KEPIMPINAN PERJUANGAN PERJUANGAN PAS . ADAKAH DENGAN TANPA 222 PARLIMEN ADAKAH PAS DAPAT MEMERINTAH NEGARA

1. Liku-Liku Perjuangan Dr. Burhanuddin Hilmy~


Tokoh pernah memimpin Pas selepas Haji Ahmad Makki dan Dr. Abbas, Terlibat secara langsung dalam perjuangan kemerdekaan tanahair. Memimpin Kris bersama Ibrahim Yaacob bagi mengambil alih Negara dari pemerintahan Jepun, tapi belum sempat kekuasaan diserah, Jepun menyerah kalah pada 14 Ogos, 1945 maka arah sejarah berubah. Dalam perjuangannya beliau pernah menganggotai KMM (Kesatuan Melayu Muda), memimpin KRIS (Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung), menjadi YDP PKMM (Partai Kebangsaan Melayu Malaya), menjadi Pengerusi PUTERA-AMCJA (Pusat Tenaga Rakyat – All-Malaya Council for Joint Action), menjadi Penganjur Partai Rakyat dan menjadi Yang Dipertua Pas. Menjejaki perjuangannya Dr. Burhanuddin dilihat bergerak di dalam politik kiri dan Islam.

Dilahirkan di Cangkat Tualang, Kota Bharu, Perak pada 29 Ogos 1911. Bapanya Haji Muhammad Noor seorang alim. Ibunya Sharifah Zahrah. Menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Behrang. Tamat Sekolah Melayu menyambung pengajian di Sumatera dalam bidang pendidikan Islam. Beliau pernah dihantar belajar di Sekolah al-Mashhur, Pulau Pinang dan dapat menguasai bahasa Arab dengan baik. Kemudian beliau dihantar belajar di India (1928) dan terpengaruh dengan gerakan kemerdekaan India-Pakistan. Beliau lulus ijazah dalam bidang homeopathy di Ismaeliah Medical College, New Delhi juga turut belajar di Aligarh Muslim University. Pulang ke tanah air berkhidmat sebagai guru dan terlibat dalam bidang penulisan di samping membuka klinik hoemopathy. Beliau terlibat sama membantu Sekolah Ihya` ash-Sharif Gunung Semanggul bersama Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dan bergerak bersama gerakan-gerakan pollitik pada masa itu (tersebut di atas). Pada peringkat akhir perjuangannya beliau melibatkan diri dalam perjuangan Islam (PAS). Berhubung dengan politik Islam Dr. Burhanuddin menyatakan:

``Kita perlu balik kepada Al-Qur`an dan Sunnah yang nyata dan tegas menunjukkan bahawa Islam tidak boleh berpisah dan dipisah oleh politik kerana Islam menghubungkan hamba dengan Tuhan dan menghubung hamba dengan hamba. Islam mengubah bentuk dan dasar pemerintah dan masyarakat nasional lantas ke masyarakat internasional. (Burhanuddin, Idelogi Politik Islam, dlm. Politik Melayu dan Islam, 1957).



2.~Zulkifli Muhammad Tokoh Pejuang Islam~


Perak banyak melahirkan tokoh-tokoh politik Islam menjelang kemerdekaan seperti Syeikh Tahir Jalaluddin, Ustaz Abu Bakar al-Baqir, Dr. Burhanuddin Hilmy dan Zulkifli Muhammad. Tokoh Zulkifli Muhammad mempunyai latar pendidikan Islam yang baik. Beliau mendapat pendidikan agama tempatan dan menyambung pengajian ke Mesir dari 1947 hingga 1952. Sebelum dari itu Zulkifli terlibat dengan gerakan politik tanahair seperti bergiat dalam Perikatan Melayu Perak yang mana beliau adalah Pengerusi Hal Ehwal Politik. Semasa di Mesir beliau aktif dalam Kesatuan Melayu Mesir.


Sekembalinya Zulkifli Muhammad dari Mesir beliau bertugas sebagai Setiausaha Kolej Islam Malaya di Kelang dan pada masa bertugas di sini beliau menganjurkan Kongres Pemuda Melayu Malaya di Kuala Lumpur. Pada masa itu Pas yang ditubuhkan pada 1951 menjadi pilihan wadah perjuangan Zulkifli dan menjadi ahli pada tahun 1955 dan beliau bertanding dalam pilihanraya pertama Persekutuan pada Jun 1955, tetapi kalah. Beliau kembali berkhidmat dengan Kolej Islam dan berhasrat meningkatkan Kolej Islam kepada taraf Universiti Islam. Dalam Kongres Pas ke 7 Disember 1956 beliau dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Agung Pas.


Tanah subur bagi perkembangan Pas sekitar akhir 1950an ialah di negeri Terangganu dan Kelantan, sebab itu ramai dari pemimpin-pemimpin Pas berhijrah dan bergerak di sana. Dalam pilihanraya 1959 Pas bertanding di 58 kawasan parlimen dan menang di 13 kerusi dan Zulkifli yang bertanding di Bachok memenangi kerusi Parlimen. Antara pemimpin Pas yang lain memenangi kerusi Parlimen ialah Dr. Burhanuddin Hilmy (Besut), Khadijah Sidek (Dungun) Mohamed Asri (Pasir Puteh) dan Haji Hassan Adli (Kuala Terengganu). Pas juga menawan negeri Terengganu. Zulkifli mengekalkan kerusi di Bachok 25 April 1964, tetapi pada 6 Mei 1964 beliau dan isterinya meninggal dunia kemalangan jalan raya dekat Kuantan.


Zulkifli terkenal sebagai seorang yang lantang dalam perjuangan, tokoh pidato dan mampu berucap di Parlimen berjam-jam lamanya. Beliau berjasa dalam bidang pendidikan, penyair, tokoh kebudayaan dan tokoh politik Islam terkenal. Namanya diabadikan kepada Universiti Zulkifli Muhammad di Melewar, Gombak.



3.~Asri Pemula Politik Kompromi Dan Berakhir Dengannya Islam-Nasionalis~


Asri (m.1992) memimpin (YDP) PAS selepas Dr. Burhanuddin Hilmy. Terlibat dalam gerakan Islam terawal sebagai Setiausaha bagi Hizbul Muslimin yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar Al-Baqir (1947-1948). Semangatnya dihangatkan oleh perjuangan nasionalis seperti Persekutuan Persetiaan Melayu Kelantan selaku Penolong Setiausaha (1945-1947) yang antaranya menentang Malayan Union, Ketua Angkatan Pemuda Insaf (API), Cawangan Kelantan (1946-1947). Asri menyertai Pas (1953-1954) selaku Setiausaha Kerja. Dilantik Pemangku YDP Agung apabila Dr. Burhanuddin Hilmy ditahan (1965) dan meninggal Dunia (1969) dan seterusnya menjadi YDP Agung Pas (1965-1983). Asri pernah menjadi Menteri Besar Kelantan (1964-1972). Asri mempunyai karisma kepimpinan dan amat petah berpidato. Sebagaimana Zulkifli Muhammad beliau mampu bercakap dalam parlimen berjam-jam lamanya sebagaimana beliau dapat menarik khalayak pendengar melalui ceramah-ceramahnya di pentas politik.

Peristiwa 13 Mei 1969 merubah suasana politik Malaysia. Kuasa politik Melayu tergugat. Asri sebagai pemimpin Pas dijemput oleh Tun Razak bagi membincangkan masalah perpaduan, survival dan masa depan orang Melayu. Ini mencetuskan idea kerjasama di dalam bidang politik. Selepas pemerintahan Mageran, maka lahirlah Kerajaan Campuran. Asri nampaknya sanggup mengetepikan ideologi parti dan bekerjasama dengan Umno selepas menentangnya dalam empat pilihanraya sebelumnya (1955, 1959. 1964 dan 1969). Berikut dari itu sebahagian dari pemimpin Pas dilantik menjadi menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen. Asri sendiri dilantik menjadi Menteri Tanah dan Wilayah. Tetapi 4 tahun selepas itu, ekoran dari perisytiharan darurat di negeri Kelantan oleh Kerajaan Persekutuan, perpisahan berlaku antara Umno dan Pas (ditendang keluar zaman Hussein Onn). Pas mengalami kemerosotan dalam pilihanraya 1978. Revolusi Iran menggerakkan golongan muda dalam PAS mendesak membawa perubahan dalam Pas. Jika selama ini ideologi Pas ialah Islam dan faham kebangsaan Melayu, maka desakan bagi perubahan baru ialah menegakkan Islam yang terpisah dari dari faham kebangsaan yang disifatkan sebagai asabiyyah. Pimpinan Asri yang melanjutkan dokongan faham Islam Nasionalis dari Dr. Burhanuddin Hilmy, Zulkifli Muhammad dan memuncak pada zaman Asri menghadapi gugatan puncak dalam Muktamar Pas ke 28 pada Oktober 1982 yang berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka. Asri menghadapi undi tidak percaya, ucapan dasarnya ditolak dan beliau digulingkan.



4. ~Ustaz Abu Bakar Al-Bakir Pengasas Parti Berprinsip Islam Terawal~



Berakhirnya Perang Dunia Kedua, negara kecamuk dengan perjuangan menuntut kemerdekaan. Antaranya bangkitnya pemimpi-pemimpinn yang dianggap kiri mengasaskan parti politik seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada 17 Ogos 1943 selepas dua hari Jepun menyerah kalah. Ahli-ahli pengasas seperti Dr. Burhanuddin Hilmy, Ahmad Boestamam dan Abu Bakar Al-Bakir. PKMM mendapat dukungan dari pejuang kiri dan juga Islam. Bila PKMM mendapat tekanan dari Penjajah British dan pimpinan ditangkap dan berikut dari penentangan terhadap Malayan Union lahirnya Umno (11 Mei 1946), maka golongan Islam merasa terasing dan perlu mengimbangi pengaruh Umno yang dari awal disifatkan sebagai konservatif, tradisionalist dan tidak ditekan British (Anak Mas British). Ini membawa kepada penubuhan Parti Hizbul Muslimin (17 Mac 1948) di Gunung Semanggol. Ustaz Abu Bakar Al-Bakir dilantik sebagai Presiden. Penubuhan bertujuan mempertahan Islam, memperjuang kemerdekaan Negara, menjaga kepentingan umat di dalam bidang pendidikan dan juga ekonomi. Ini bermakna gerakan politik keislaman lahir selari dengan kesedaran politik semasa.


Ustaz Abu Bakar Al-Bakir dilahirkan di Gunung Semanggol pada tahun 1907. Beliau berketurunan ulama. Pendidikannya - bersekolah Pondok Ar-Rahmaniah dan Madrasah Da`iratul Ma`arif al-Wataniah di Kepala Batas. Beliau berkhidmat sebagai guru dan pada tahun 1934 dilantik menjadi Mudir Madrasah al-Ihya` al-Sharif di Gunung Semanggol yang beliau juga sebagai pengasas. Semasa berkhidmat di sinilah beliau bergiat di dalam politik dengan menjadi salah seorang Pengasas PKMM (1945) dan kemudian di Madrasah ini juga beliau mengasaskan Parti Hizbul Muslimin (1948) sebagai Parti Berprinsip Islam terawal.. Datuk Onn yang memimpin Umno merasa tergugat dengan penubuhan Parti Hizbul Muslimin. Beliau mengingatkan kepada British ?


Hubaya ! Hubaya ! Bahaya turun dari Gunung !

Berikut dari peringatan itu Pengasas Hizbul Muslimin Ustaz Abu Bakar Al-Bakir ditangkap oleh pihak British dan mengharamkan Parti Hizbul Muslimin (1948). Pengharaman terhadap Parti Hizbul Muslimin membuka ruang pengisian kepada kelahiran Pas pada tahun 1951.


5. ~Yusof Rawa: Pengukuh Pas Dengan Ciri Ulama Dan Mengecam Asabiyah~



Yusof Rawa (1921-2000) sebagai Presiden (Yang Dipertua Agung) Pas antara Asri dan Ustaz Fadzil Noor (1982-1999). Kepimpinannya lahir dari dua pergolakan penting. Pergolakan luar dan dalam. Dimaksudkan pergolakan luar ialah berlakunya revolusi Iran yang dipimpin oleh kalangan ulama` diketuai oleh Ayatullah Khomeini. Ini amat mempengaruhi kepimpinannya. Beliau pernah mengungkapkan, ``Kita mestilah mempelajari daripada kejayaan umat Islam di Iran untuk meningkatkan keupayaan dan kebolehan kita berjuang.`` Maka dalam ucapan beliau pada Muktamar ke 29 pada tahun 1983 lahirnya cadangan kepimpinan ulama` sebagai mencontohi salah satu kejayaan Islam di Iran. Kepimpinan ulama diperkukuhkan dengan sokongan kalangan `Young Turks` yang menjatuhkan Asri. Puncak bagi pengukuhan kedudukan ulama ialah apabila Yusof Rawa berucap di Muktamar Pas ke 33 pada tahun 1987 memaklumkan tentang keputusan parti menubuhkan `Majlis Syura Ulama`. Dengan penerimaan tentang kepentingan ulama dan pengukuhan dengan `Majlis Syura Ulama` Pas berada di bawah perhatian dan penilaian ulama yang mengekalkan identiti dan integriti Pas.

Pergolakan dalaman dimaksudkan perlantikan Yusof Rawa (1982 –sebagai Pemangku YDP Agung) akibat dari pertelingkahan antara Asri dan pengkut-pengikut dengan pendukung-pendukung parti Pas yang membawa kepada perletakan jawatan Asri dari kepimpinan Pas. Asri dianggap tokoh terakhir memperjuangkan `Nasionalisme Islam`. Kejatuhan Asri yang diganti Yusof Rawa membawa kepada penyerangan terhadap Asabiyah. Menurut Yusof Rawa:

``Fahaman nasionalisme asabiyah di Negara kita adalah warisan pemikiran penjajah yang dicorakkan mengikut acuan nasionalisme Barat dan sikap permusuhan Barat terhadap Islam.`` Penyerangan terhadap nasionalisme Asabiyah membawa perubahan pandangan dalam Pas yang dulu mendokong nasionalisme Islam dan menjadi wadah perjuangan, kini nasionalisme diberi makna seolah-olah sama dengan asabiyah

Yusof Rawa dilahirkan di Pulau Pinang dari kalangan peniaga dan pengusaha (percetakan). Orang tuanya Abdullah Mohamad Noordin ar-Rawa banyak menerbitkan kitab-kitab jawi. Bersekolah Melayu Jalan Carnarvon, Sekolah menengah pula ialah di Government English School dan kemudian ke Penang Free School. Selepas itu orang tuanya menghantar beliau belajar di Makkah.. Keterlibatannya di dalam politik Pas bermula tahun 1959 apabila beliau dilantik menjadi Pesuruhjaya Pas Negeri Pulau Pinang. Kejayaan beliau yang menarik apabila beliau bertanding pilihanraya 1969 di Kedah menentang Dr. Mahathir dari Umno dan Haji Yusof Rawa Menang,’ Pada masanya terbentuk Kerajaan Campuran dan pada tahun 1973 beliau dilantik menjadi Timbalan Menteri Perusahaan Utama. Pada tahun 1975 beliau dilantik menjadi Duta Negara Malaysia ke Iran. Kegiatannya di dalam politik Islam (Pas) membawa kepada perlantikan beliau menjadi Pemangku dan Presiden Pas. (1982-1999). Yusof Rawa berada antara pemimpin sebelumnya – Asri dan Ustaz Fadzil selepasnya yang kedua-dua tokoh berkenaan begitu terkenal menyebabkan populariti Yusof Rawa kurang menyerlah. Walau bagaimana banyak pendekatan yang diambil menjadi dokongan ahli dan parti hinggalah kini.



6. ~Ustaz Fadzil Noor Membuka Ruang Kerjasama Politik Dan NGO~



Pemimpin Besar yang pernah dilahirkan oleh Pas. Menjawat Presiden Pas ke 5 pada Muktamar Pas ke 35 (31 Mac 1989) di Melewar. Hebat berpidato dan secara spontan serta bijaksana menyelitkan unsur-unsur sindir dan humor yang memukau pendengar. Memenangi kerusi DUN Bukit Raya, Kedah (1982) dan mempertahankannya selama empat penggal berturut-turut. Beliau juga memenangi kerusi Parlimen Pendang (1999) bersama dengan kerusi Dun Anak Bukit.

Semasa pimpinannya sebagai Presiden Pas beberapa pendekatan dan pembaharuan di dalam Pas dilakukan seperti menubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang didaftarkan pada 5 Jun 1990. APU terdiri dari Pas, Semangat 46 (ditubuhkan oleh Tengku Razaleigh pada 5 Mei 1989 setelah gagal merebut jawatan Presiden UMNO 1987), HAMIM diketuai Dato` Asri dan BERJASA diketuai Dato` Mohd Nasir). Pergolakan politik 1999 berikutan pemecatan Dato` Seri Anwar membawa kepada penubuhan Majlis Gerakan Keadilan (GERAK) gabungan parti-parti politik dan NGO bagi menentang ketidakadilan UMNO-BN di bawah pimpinan Dr. Mahathir Mohamed. Dari pergolakan tersebut membawa kepada penubuhan Parti Keadilan Nasional (ADIL) pada 4 April 1999. GERAK kemudiannya menjadi Barisan Alternatif. Ustaz Fadzil Noor memainkan peranan yang penting di dalam pergolakan dan penubuhan GERAK dan Barisan Alternatif. Pada masa pimpinan Ustaz Fadzil hubungan antara kaum yang diasas melalui Chinese Consultative Council (CCC) dipertingkat di dalam pilihanraya 1999 yang membawa kemenangan besar bagi Barisan Alternatif dan Pas meneruskan penguasaan di Kelantan dan menguasai Terengganu pada 1999.

Ustaz Fadzil berkelahiran Kedah adalah keluaran Maktab Mahmud Kedah, melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar dalam biudang Syariah (1967). Pernah berkhidmat sebagai guru di Maktab Mahmud, Pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 1973-1978. Sebelum itu pernah bergiat dalam ABIM sebagai Timbalan Presiden 1974-1978).

Semasa beliau dan Pas berada pada puncak kejayaan beliau meninggal pada 2002.


KINI HAJI HADI MENUKAR PEMBENTUKKAN NEGARA ISLAM KEPADA NEGARA KEBAJIKAN. DAN SANGGUP DIKUDAKAN OLEH DAP DAN ANWAR IBRAHIM.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...