Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Showing posts with label Rafizi lembu nfc. Show all posts
Showing posts with label Rafizi lembu nfc. Show all posts

Wednesday, May 23, 2012

[Video] Khairy Jamaluddin VS Rafizi Ramli (Debat PTPTN) Realiti, KJ berjaya, Rafizi GAGAL !

Debat GAGAL, Penyokong Rafizi Emosi

Malam tadi semua maklum, Debat antara KJ sama Rafizi.
Dianjurkan oleh Sinar Harian dengan disaksikan secara langsung di Astro Awani.


Semua dapat tengok macam mana Rafizi tak fokus pada tajuk debat itu sendiri, pasal PTPTN.
Dia ambil peluang yang ada dengan cuba untuk menggunakan sentimen yang tidak kena mengena dengan hal mahasiswa.

Pasal lembu lah, pasal NFC lah, pasal bapak mertua lah (Pak Lah),

Ini bukti suara pakatan hanya bermain dengan emosi.

PART 1

 PART 2

PART 3

Walhal persoalan mengenai janji pakatan dalam manifesto lepas yang ingin memberi pendidikan percuma di tahap tadika pun tidak terlaksana !

Forum debat yang ada hanya digunakan seolah-olah pergi ceramah maki maki yang PAS PKR selalu buat tiap-tiap malam.


Walaubagaimanapun, setiap tohmahan dan cerita buruk tu dijawab dengan 'cool' oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.


Dan bila dilihat pada komen-komen cybertrooper PR pada artikel portal dan blog pro BN (yang memainkan isu debat ini), malah di laman You Tube sekalipun,  rata-rata dari mereka cuba lagi bermain emosi sepertimana dilakukan Rafizi malam tadi. Mereka cuba lagi spin sedaya upaya.


Dah nama pun LIVE, lintas langsung, maka nya sukarlah pihak cybertroopers PR nak menjalankan agenda jahat mereka. Setakat spin
gitu-gitu aje lah. (kita kena faham mereka adalah pencacai, sorry, pekerja untuk pakatan pembangkang)

Kesimpulannya, peluang yang terbuka luas, telah digunakan Rafizi untuk bermain sentimen emosi terhadap KJ. Bukan kepada perkara asas debat itu dianjurkan, mengenai PTPTN. Rafizi sedar isu PTPTN ini sukar untuk beliau kuasai dalam debat semalam. Hinggakan dia cuba untuk menggunakan dan bermain 'fakta' nombor serta angka di negara-negara lain (tak betul pun sebenarnya, spin)
Realiti,
KJ berjaya, Rafizi GAGAL !
 
Debat PTPTN : NGO Sifatkan Hujah Rafizi Umpama Ludah Ke Muka Sendiri

Beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) menyifatkan hujah Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli di dalam debat bersama Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin dalam isu penghapusan hutan PTPTN ibarat seperti meludah ke langit, terkena muka sendiri.

Ini memandangkan tadika PASTI yang dimiliki oleh salah satu parti Pakatan Pembangkang pun tidak mampu diberikan secara percuma, inikan pula mahu menghapuskan hutang PTPTN yang jumlahnya berbiliion ringgit termasuk mahu memberikan pendidikan percuma kepada pelajar di negara ini.

Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Pewaris Malaysia), Zulkipli Hamid hujah-hujah yang diberikan oleh Rafizi itu sememangnya meludah ke muka sendiri, apabila negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Pembangkang  sendiri tidak mampu untuk menghapuskan hutang-hutang pelajar dan memberikan pendidikan percuma kepada pelajar-pelajar di negeri-negeri yang mereka kuasai.

“Kalau kita nak suruh orang buat sesuatu, kita mesti laksanakan dulu. Sebagai contoh, kalau kita sebagai bapa nak suruh anak solat, kita sendiri kena laksanakan solat terlebih dulu. Barulah jadi contoh. Kalau Pakatan Pembangkang minta kerajaan hapuskan PTPTN, mereka kena buat dulu.

“ Hapuskan dulu hutang PTPTN dan berikan pendidikan percuma di setiap universiti yang ada di negeri yang mereka kuasai terlebih dulu baru boleh bercerita dengan orang lain. Yuran tadika PASTI pun yuran mereka naikkan, bagaimana mereka nak bercakap soal hapuskan hutang dan suruh rakyat berikan pendidikan percuma?,” soal beliau tegas.

Manakala menurut Setiausaha Gabungan NGO Malaysia, Ramli Jurit, perdebatan semalam memperlihatkan hujah Pengarah Strategik PKR yang tidak konsisten, selain mengeluarkan fakta-fakta yang tidak jelas sebagai hujah.

“Saya lihat hujah-hujah beliau semalam membuktikan tidak ada sebarang kajian yang dibuat sebelum mengeluarkan sebarang pandangan. Isu menghapuskan pinjaman PTPTN ini merupakan satu isu besar. Ia melibatkan berbilion duit rakyat.  Jadi, ia memerlukan pandangan dari semua pihak, dan bukan hanya berdasarkan fakta-fakta yang semberono yang tidak tepat. Bukan hanya bercakap ikut sedap sahaja.

“Contohnya kenyataan beliau tentang negara Turki kononnya memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya. Ini tidak benar. Turki tidak memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya. Ini buat saya jadi pelik, bagaimana seorang yang dilantik menjadi pengarah strategik PKR boleh mengeluarkan kenyataan sebegitu tanpa membuat kajian terlebih dulu,” tegasnya.
Selain itu kata beliau lagi, Rafizi juga banyak bertanyakan soalan yang menyimpang dari isu sebenar tujuan debat itu diadakan.

“Debat ini perkara utamanya ialah isu PTPTN. Tetapi kenapa pula dia boleh bertanya tentang duit Petronas kepada Khairy. Sudah tentu Khairy tidak boleh menjawab soalan tersebut kerana itu bukan di bawah bidang kekuasaannya.

“Sudah tentu yang  hanya boleh menjawab soalan tersebut adalah Petronas. Di sinilah yang saya katakan tadi bahawa banyak soalan-soalan yang Rafizi tanya pada Khairy tidak kena pada tempatnya, disamping Rafizi sendiri  banyak memberikan fakta-fakta  yang tidak jelas dan ada yang tidak benar sama sekali,” tambahnya lagi.
Ini secara tidak langsung menurut Ramli, menyerlahkan lagi kelemahan pihak pembangkang yang amat suka melontarkan fakta dan hujah yang tidak benar, dengan ertikata yang mudah, sanggup berbohong semata-mata untuk mengelirukan rakyat.

“Isu PTPTN ini juga sebenarnya hanyalah isu yang dibangkitkan untuk menarik hati golongan muda. Ini adalah isu pilihanraya, tidak lebih dari itu. Biarpun segala alasan yang mereka bagi konon-kononnya ada cara untuk memberikan pendidikan percuma dan menghapuskan hutang PTPTN, namun itu tidak mungkin dapat mereka laksanakan, kerana cara dan pendekatan itu hanya semata-mata alasan untuk kepentingan politik semata-mata,” akhiri beliau. -MediaUMNO

Thursday, March 29, 2012

RAFIZI KATA "KONSEP TOLONG -MENOLONG ADALAH RASUAH.". ...SAPE PUNYA LEMBU??

Anwar dan MB Khalid tergamam 'ditampar' Rafizi Lembu kerana Rasuah Politik!

Rasuah politik adalah satu amalan membabitkan mereka yang berkuasa memberi janji untuk mendapatkan sokongan agar keputusan pilihan raya memihak mereka tetapi gagal menunaikan janji-janji dibuat, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Lembu.

Ibarat menepuk air didalam dulang, terpercik air kemuka sendiri. Akhirnya Rafizi Lembu terperangkap dengan kenyataan 'bodoh'nya sendiri.

" Rasuah politik ada persepsi dan realiti penting," kata Rafizi ketika bercakap sebagai ahli panel Wacana Sinar Harian ke-12 di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, petang tadi.

Mengambil contoh dengan tujuan untuk 'mengenakan' Perdana Menteri, menurut Rafizi rasuah berlaku apabila Datuk Seri Najib Tun Razak dengan jelas menyatakan bahawa "I help you, you help me", itu adalah rasuah!

Kenyataan itu merujuk kepada mesej kempen Najib ketika pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu, Sarawak dua tahun lalu.

Kenyataan bodoh Rafizi ini seolah-olah memberi satu 'tamparan hebat' buat Anwar Ibrahim yang juga Penasihat Ekonomi Selangor dan juga bekas seorang banduan rasuah kuasa yang bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang Perdana Menteri. MB Khalid juga tidak dapat lari dari terkena tempiasnya juga!

Apa tidaknya, disebalik tindakan Rafizi Lembu menuduh Perdana Menteri melakukan rasuah politik, sebenarnya dia terlupa yang BOSSnya adalah 'Raja Rasuah Politik' yang sebenar!

Pada Pilihan Raya Umum 2008, pakatan pembangkang membuat pelbagai janji kepada rakyat negeri ini melibatkan ekonomi dan sosial, namun akhirnya janji hanya tinggal janji. Selepas berkuasa sekali lagi Parti Keadilan Rakyat (PKR) cuba memperbodoh-bodohkan rakyat negeri ini apabila menabur janji-janji baru bagi menarik sokongan pengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Janji-janji tersebut hanya sebagai 'perangkap' dan helah PKR bersama sekutunya, DAP dan Pas untuk mendapatkan undi tetapi bukannya berniat untuk melaksanakan janji-janji tersebut.

Pada awal tahun ini Anwar ketika mengadakan ceramah di Meru, Klang, menyatakan bahawa PKR, DAP dan Pas kononnya akan menurunkan harga minyak serta-merta sekiranya parti itu berjaya menawan Putrajaya dan beliau menjadi Perdana Menteri pada pilihan raya umum akan datang.

Selain menurunkan harga minyak, Anwar turut menabur janji-janji manisnya bahawa partinya itu akan menghapuskan kadar tol di lokasi laluan yang lama termasuk pelaksanaan gaji minimum pekerja sebanyak RM1,200 sebulan. Bukankah ini dinamakan rasuah politik?

Dan jika tidak silap semasa Pilihan Raya Umum 2008 pun Anwar membuat janji yang sama iaitu untuk menurunkan harga minyak serta-merta jika berjaya menang dalam piliharaya namun segalanya hanya tinggal janji manis sahaja walaupun mereka memenangi lima negeri di semenanjung!

Apa sudah jadi dengan janji menyediakan perubatan percuma kepada rakyat Selangor berusia 65 tahun ke atas, sewa minimum premis perniagaan kepada belia yang berniaga serta penurunan cukai pintu masing-masing sebanyak 20 peratus bagi kediaman dan 10 peratus bagi premis komersial?

Itu antara janji yang kini dipandang sepi oleh pakatan pembangkang, banyak lagi janji mereka yang tidak ditunaikan meskipun sudah empat tahun mentadbir Selangor. Kini, mereka buat janji-janji lain pula untuk pilihan raya akan datang!

Janji-janji Anwar dan parti pembangkang hanya bersifat bermusim dan mereka menampilkan sikap hipokrit apabila cukai pintu dan premis perniagaan difahamkan telah dinaikkan oleh kerajaan PKR negeri ini. Denda kelewatan bayaran cukai pintu dikatakan turut dinaikkan daripada RM2 sebelum ini kepada RM20.

Ini bukti kerajaan negeri hari ini telah menekan rakyat dengan cara menaikkan kadar cukai tersebut termasuk denda bagi mendapatkan hasil negeri. Ini satu pendekatan yang menyusahkan rakyat dan zalim.

Pada masa yang sama, kita persoalkan janji gaji minimum yang dibuat oleh Anwar sebanyak RM1,200 sebulan sedangkan sebelum ini, pakatan pembangkang menetapkan gaji minimum RM1,500 sebulan. Kita lihat janji mereka sebenarnya tidak jelas dan tidak konsisten.

Jadi kepada Rafizi, apakah pula penjelasan anda terhadap semua janji-janji politik yang telah dibuat oleh BOSS anda dan juga pemimpin Pakatan Rakyat Selangor samada sebelum ataupun sesudah berkuasa! Masih nak menegakkan benang yang basah! Bukankah ianya satu rasuah politik yang nyata! Ketuk dulang paku serpih, mengata orang tapi kamu yang lebih! Fikir-fikirkan lah ya..!!!

Wallahuallam.
















Suara Politik
Taminsari
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...