Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, April 21, 2018

TERKINI Syafie Apdal~ Pelancaran Manifesto Pakatan Harapan Sabah di Sand...


pru-14 manifesto bn aku kantoi


20180420 Isu kesahihan logo dan simbol BN


20180420 Langgar perlembagaan 16 ahli UMNO mohon bubar parti


20180420 16 ahli UMNO mohon bubar parti


20180420 16 ahli UMNO mohon bubar parti


TINDAKAN MENAKUTKAN UMNO : Umno pecat serta merta 16 ahli mohon pembubaran parti

Umno pecat serta merta 16 ahli mohon pembubaran parti

 Pemecatan itu berkuatkuasa hari ini dan selaras dengan Fasal 20.7 Perlembagaan Umno.



Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Umno hari ini bertindak memecat serta-merta semua 16 anggota parti dari lima negeri yang menfailkan semakan kehakiman bagi pembubaran Umno di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam susulan kegagalan mengadakan pemilihan parti di semua peringkat.


Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata,
pemecatan itu berkuatkuasa hari ini dan selaras dengan Fasal 20.7
Perlembagaan Umno yang menyatakan mana-mana ahli yang memfailkan
permohonan atau tindakan ke mahkamah akan secara automatik hilang
keahlian.


“Pemecatan itu juga mengikut Seksyen 18C Akta Pertubuhan tidak
membenarkan apa jua perkara parti sama ada hal ehwal pengurusan,
kewangan dan yang berkaitan dengan pentadbiran parti dibawa ke mahkamah.


“Kita tahu ada dalang dalam perkara ini, kita telah bersedia untuk
apa jua kemungkinan dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak juga boleh
menandatangani watikah untuk calon,” katanya yang dipetik portal Utusan Malaysia.


































Peguam Mohd Haniff Khatri Abdulla yang mewakli semua 16 anggota Umno
itu semalam berkata, susulan pemfailan mahkamah berhubung kesahihan Umno
- Pengerusi BN dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak - tidak dapat
menandatangani watikah calon Umno dan BN untuk PRU ke-14.


Menurutnya, Majlis Tertinggi dan bahagian Umno terbatal bermula semalam, manakala cawangan Umno terbatal sejak 1 Mac lalu.


Semalam, Malaysiakini melaporkan anggota bahagian Umno
memfailkan permohonan untuk kebenaran semakan kehakiman untuk
membatalkan keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang
membenarkan Umno lanjutan masa untuk mengadakan pemilihan parti di semua
peringkat.


Permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


Mereka menamakan ROS dan Setiausaha Kerja Umno, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebagai responden.


Mereka juga memohon perintah mandamus untuk mewajibkan ROS untuk
menggunakan Seksyen 13, 14, 16 dan 66 Akta Pertubuhan untuk menyiasat
Umno berdasarkan surat-menyurat yang dihantar kepada ROS.


Selain itu, mereka juga memohon perintah mandamus untuk memaksa ROS
mengambil tindakan serta-merta ke atas Rauf kerana didakwa melanggar
Perkara 9.3, 9.4, 15.3, 18.2 dan 10.16 Perlembagaan Umno kerana tidak
mengadakan pemilihan parti dalam tempoh 18 bulan yang ditetapkan.


Di samping itu, mereka juga memohon supaya Umno dibubarkan sementara
sebaik sahaja ROS menyelesaikan siasatannya berhubung dakwaan melanggar
perlembagaan parti.


Mereka juga memohon mahkamah mewajibkan ROS untuk mengeluarkan notis
di bawah Seksyen 14 (2) dan 14 (5) di bawah Akta Pertubuhan bagi notis
pembubaran sementara dan pembubaran muktamad.


Secara tambahan, pemohon juga mahu mahkamah memaksa ROS untuk
menggantung semua aktiviti Umno sehingga kes permohonan semakan
kehakiman selesai.






Pemohon
juga mahu pengisytiharan bahawa semua bahagian Umno dan Majlis
Tertinggi Umno tidak mempunyai kuasa yang sah dari segi undang-undang
untuk beruruasan dan terbatal atau terbubar berkuatkuasa semalam, 20
April 2018.


Mereka juga mahu perintah bahawa keseluruhan institusi atau
pertubuhan yang dipanggil dan atau dikenali sebagai Umno adalah tidak
sah dan terbabtal atau terbubar mulai semalam juga.


Ini berikutan hujah mereka bahawa hari terakhir untuk
bahagian-bahagian mengadakan pemilihan mereka adalah pada 28 Februari
dan hari terakhir untuk Majlis Tertinggi adalah pada 19 April lalu.


Kali terakhir, bahagian-bahagian Umno mengadakan pemilihan mereka
adalah pada 31 Ogos 2013 dan sepatutnya pemilihan baru seharusnya
diadakan pada 31 Ogos 2016 tetapi diberikan lanjutan masa 18 bulan oleh
ROS.


16 pemohon berusia antara 30 hingga 55 tahun. Mereka adalah Salihudin
Ahmad Khalid, Noor Halimi Yahya, Mariam Mohd Ishak, Mohd Hafami Hanif,
Saharuddin Tukiman, Azaid Jani, Normalawati Hassan, Radiana Abd Manaf,
Mohd Raafeek Rahim, Nurul Hanna Mohd Suhot, Kamarul Abd Wahid, Mohd
Hikamal Md Hassim, Muzamzamir Abd Wahab, Norizam Jamaludin, Rohani
Ahmad, dan Muhamad Hafizi Hashim.


Ahli kena pecat akan failkan dakwaan menghina ke atas Umno

Ahli kena pecat akan failkan dakwaan menghina ke atas Umno: Peguam Haniff Khatri menyifatkan keputusan pemecatan itu sebagai “arbitari dan tidak adil.”



Diterbitkan  | 
Dikemaskini

 

Seramai 16 anggota Umno yang mengambil tindakan mahkamah,
antara lain bagi memohon pembubaran parti itu, semalam akan memfailkan
prosiding menghina dan mencabar pemecatan mereka, kata peguam, Haniff
Khatri Abdulla.


Haniff dalam satu kenyataan berkata tindakan yang difailkan oleh 16
anggota parti itu adalah berdasarkan bahawa Majlis Tertinggi Umno telah
melanggar Perkara 10.16 perlembagaan parti dengan menangguhkan pemilihan
parti sehingga tahun depan.


"Sekarang, apabila 16 orang ini mengheret Pendaftar Pertubuhan (ROS)
dan Umno ke mahkamah, perlembagaan parti yang sama dicabuli oleh Majlis
Tertinggi Umno kini digunakan untuk mewajarkan mereka memecat ahlinya,"
kata Haniff.


Beliau juga menyifatkan keputusan yang diumumkan oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai “arbitari dan tidak adil.”


"Tambahan pula, tindakan Umno ini ibarat cuba campurtangan dengan keadilan.


"Walaupun mempunyai pengetahuan mengenai tindakan itu dan bahawa 16
anggota berkenaan memohon perintah supaya mahkamah memaksa ROS untuk
menggantung semua aktiviti Umno sehingga kes permohonan semakan
kehakiman selesai, parti itu bertindak memecat mereka," kata Haniff.


Menurut peguam itu, tindakan berkenaan adalah jelas perbuatan menghina dan penganiayaan yang secara terang-terangan .


Beliau seterusnya berhujah bahawa saman mahkamah yang dikemukakan
masih tetap sah kerana ROS dinamakan sebagai responden utama dan dua
tuntutan pertama mereka kepada mahkamah dibuat terhadap ROS, sementara
Umno dinamakan sebagai responden kedua.


[Baca berita penuh]


‘Pengecut’ naikkan bendera ‘campuran’ HARAPAN - wakil rakyat

‘Pengecut’ naikkan bendera ‘campuran’ HARAPAN - wakil rakyat: PRU14 l Lim Lip Eng dan Hannah Yeoh berkata bukan DAP yang memasang bendera sedemikian tetapi oleh mereka yang pengecut.



Diterbitkan  | 
Dikemaskini




PRU14 l Pemimpin Pakatan Harapan
(HARAPAN) berang dengan tindakan pihak yang tidak dikenali menaikkan
bendera ‘campuran’ antara kacukan PKR dan DAP di lokasi tertentu sekitar
Kuala Lumpur.


Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata tindakan menaikkan bendera
PKR-DAP itu adalah cubaan sabotaj dan bukan oleh gabungan parti
pembangkang berkenaan.




"Bukan kami naikkan bendera ini. Ini adalah perbuatan sabotaj oleh pengecut," tulis Lim di Facebook.



Beliau berkata ini tindakan berkenaan mungkin susulan bantahan DAP
terhadap pemasangan bendera BN sebelum hari penamaan calon, yang
menyaksikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terpaksa
menanggalkannya.


"Sekarang, BN balas dendam. Kita akan tanggalkan bendera itu," katanya.


Lim, ketika dihubungi Malaysiakini semalam mengenai pemasangan
bendera parti sebelum hari penamaan calon, berkata tanpa mengira sama
ada parti BN atau HARAPAN, undang-undang pilihan raya mengenai
pemasangan bendera parti harus dipatuhi.


Seksyen 24B (4) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 menetapkan bahawa
bahan kempen hanya boleh dipamerkan semasa tempoh berkempen, yang
bermula selepas hari penamaan calon dan berakhir pada hari mengundi
iaitu Rabu, 9 Mei.


Walau bagaimanapun, ini tidak menghalang kemunculan bendera
parti-parti politik ibarat “cendawan yang tumbuh selepas hujan”
menghiasi landskap negara sebaik sahaja pengumuman Parlimen dibubarkan.


Isu ini juga menjadi tumpuan apabila beberapa penduduk di Kuala
Lumpur yang menanggalkan bendera BN ditahan oleh polis minggu ini.


Sementara itu, penyandang ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata bendera PKR dan DAP yang dijahit bersama, bukan milik mereka.


"Ada yang rmain kotor. Bukan kami yang menghasilkan bendera seperti
ini, dan kami tidak menaikkannya di Segambut," katanya di Facebook.






Pada PRU14 kali ini, DAP bersetuju untuk tidak menggunakan logo
'roket' dan sejajar dengan perjanjian HARAPAN, akan menggunakan logo PKR
untuk bertanding menentang BN.


Langkah itu susulan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang tidak meluluskan
pendaftaran HARAPAN selepas mengarahkan perintah pembubaran sementara ke
atas BERSATU, dua minggu lalu.


[Baca berita penuh]


BR1M memberi mereka wang sehingga RM1,000 tetapi kerajaan mengambil alih balik lebih banyak melalui GST dan kenaikan harga."

Kajian: Melayu luar bandar salahkan tauke Cina akibat kenaikan kos: Kajian Institut Iseas-Yusof Ishak mendapati bahawa 'generasi tua menyalahkan tauke Cina dan bukannya, kerajaan persekutuan.'



Diterbitkan  | 
Dikemaskini




PRU14 l Satu kajian penyelidikan
ilmiah mendapati sebilangan peneroka Melayu di luar bandar yang tidak
senang hati dengan kenaikan kos sara hidup mengaitkan perkara tersebut
dengan isu perkauman.


Peningkatan kos yang menyaksikan harga barangan menjadi mahal
menjejaskan semua lapisan rakyat dengan ada yang mendakwa pelaksanaan
Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada tahun 2015 oleh kerajaan
pusat sebagai puncanya.


Namun satu kajian terhadap pengundi luar bandar di Johor dan Kedah
mendapati bahawa di kalangan sebahagian masyarakat Melayu di luar
bandar, kesalahan berkenaan bukannya terletak pada kerajaan persekutuan,
tetapi pada pemilik perniagaan atau tauke Cina.




 












Penemuan
ini dilaporkan dalam kertas kajian trend di Asia Tenggara oleh Institut
Iseas-Yusof Ishak yang bertajuk "Pilihan Raya Umum Malaysia 2018:
Memahami Pengundi Luar Bandar" oleh penyelidik Serina Rahman.
Dalam perbincangan kumpulan fokus di kalangan peneroka Felda, kajian
itu mendapati bahawa "sementara responden berdepan dengan kenaikan kos
sara hidup, generasi tua menyalahkan tauke Cina dan bukannya, kerajaan
persekutuan."


Golongan wanita berusia di barat Johor juga "menyalahkan peningkatan
kos sara hidup di kalangan tauke Cina yang 'menyalahgunakan GST dan
menaikkan harga secara sembarangan'."


Kedua-dua kumpulan itu dikatakan penyokong kuat BN, dan hanya parti
pemerintah yang "boleh memberikan mereka yang terbaik". Walau
bagaimanapun, pandangan itu tidak dikongsi oleh semua orang Melayu di
luar bandar.


Golongan lelaki yang ditemuramah di barat Johor "menyalahkan kerajaan persekutuan sebagai punca kenaikan kos sara hidup."


Mereka juga mempunyai pandangan positif terhadap masyarakat Cina,
termasuk rakan-rakan nelayan di kampung mereka "yang berkongsi jeti yang
sama dan bergelut seperti mereka di laut."






























Begitu
juga, seorang wanita muda di bawah umur 35 yang ditemuramah di barat
Johor juga menyatakan bahawa NGO Cina membantunya sedangkan yang lain
tidak.


"Apa gunanya untuk mengundi parti pemerintah sedangkan mereka tidak
tahu masalah kami. Siapa datang bantu kami? Kami cuba mohon bantuan
daripada banyak pihak tapi gagal.


"Akhirnya NGO Cina di Johor Bahru yang membantu perbelanjaan perubatan kami. NGO Cina!" kata responden yang tidak dinamakan itu.


Secara keseluruhan, nota penyelidikan itu mencatatkan bahawa dalam
semua sesi kumpulan fokusnya, para peserta memetik GST, kenaikan kos
sara hidup dan pemansuhan subsidi petrol sebagai faktor yang menambah
beban harian mereka.


Ramai juga mengadu bahawa upah atau gaji terus tidak berubah.


Mengenai BR1M, "hampir semua menjawab bahawa BR1M memberi mereka wang
sehingga RM1,000 tetapi kerajaan mengambil alih balik lebih banyak
melalui GST dan kenaikan harga."


[Baca berita penuh]


MANIFESTO PRU 14 BN vs PH vs PAS dan Reaksi Rakyat|Anda Undi Siapa?


PRU14.. Ambo Pilih Parti Zero '0' Rasuah!! Ustaz Pu Ahmad Faiz Hafizuddi...


TERKINI~ Ucapan Muhyiddin Yassin Di Hadapan Ribuan Rakyat Pagoh, JOHOR


TERKINI~ Muhyiddin Yassin Video Khas Perjuangan Pakatan Harapan


Tempoh Luput Parti UMNO


UMNO HARAM SELEPAS 19 APRIL 2018, KATA PPBM


 

Isu ketelusan Pemilihan UMNO ,
Kenapa
Kak SU ROS mendiamkan diri. Tidak seperti kelmarin memberi pengesahan
bahawa penangguhan Pemilihan UMNO telah diLULUSkan.. Nape sekarang
senyap ajer TANPA membela UMNO.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...