Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, April 21, 2018

Peguam: Najib tak boleh tanda tangan watikah calon @ Kami ahli UMNO mohon ahli perundangan Perlembagaan UMNO untuk respon.

Peguam: Najib tak boleh tanda tangan watikah calon:

 [KEMASKINI 8.36pm] Ia berikutan semakan kehakiman mencabar keputusan ROS membenarkan Umno menangguhkan pemilihan parti sehingga April 2019.



Hafiz Yatim  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini






   

Pengerusi BN dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak dapat
menandatangani watikah calon Umno dan BN untuk PRU ke-14, susulan
pemfailan mahkamah berhubung kesahihan Umno, kata peguam Mohd Haniff
Khatri Abdulla.


Mohd Haniff mewakili 16 anggota Umno yang memfailkan semakan
kehakiman hari ini untuk mencabar keputusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan
(ROS) untuk melanjutkan tempoh untuk Umno mengadakan pemilihan parti,
sehingga April tahun depan.


Menurutnya, Majlis Tertinggi dan Bahagian Umno terbatal bermula hari ini, manakala Cawangan Umno terbatal sejak 1 Mac lalu.


"Maka Najib tidak boleh menandatangani watikah calon ekoran kedudukan
Umno yang kini menjadi pertikaian," katanya kepada pemberita.


Dengan semakan kehakiman itu, katanya lagi, Najib bukan lagi presiden
Umno maka kedudukannya sebagai pengerusi BN juga dipertikaikan.


Haniff berkata 16 anggota Umno itu juga memohon certiorari
(arahan mahkamah) untuk membatalkan keputusan ROS bertarikh 5 Mac yang
membenarkan pemilihan parti ditangguh sehingga April 2019.


Mereka juga memohon mandamus (perintah prerogatif) untuk mendesak ROS menyiasat perkara itu dan perintah untuk pembubaran Umno.


Kata Haniff lagi, mereka tidak memfailkan perakuan segera
(certificate of urgency) untuk kes itu didengar tetapi tidak terkejut
jika mahkamah menetapkan tarikh lebih awal memandangkan tahap
kepentingan kes itu.


Beliau berkata telah membangkitkan isu itu pada 28 Februari lalu apabila mempersoalkan kebarangkalian cawangan Umno tidak sah.


Sebelum ini, bekas anggota MT Umno Datuk Saifuddin Abdullah bertanya sama ada cawangan Umno kini didaftarkan secara automatik memandangkan tiada pemilihan dibuat sehingga 28 Februari, seperti didakwa Haniff.


Salah seorang plaintif, Ketua Cawangan Umno Kampung Pandan Salihudin
Ahmad Khalid berkata beliau telah menulis surat kepada ROS untuk
bertanya tentang status parti itu tetapi tidak menerima apa-apa jawapan.


"Saya menjadi ketua cawangan sejak 2013. Hari ini saya bertanya sama
ada jawatan saya sah atau tidak kerana tiadanya pemilihan peringkat
cawangan yang sepatutnya diadakan pada 28 Februari tahun ini," katanya.


Salihudin mendakwa kali terakhir pemilihan dibuat adalah lebih lima tahun lalu walhal ia patut dilaksanakan setiap tiga tahun.


Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor bertegas Umno
bukan parti haram dan memberi jaminan kepada anggotanya bahawa mereka
boleh bertanding pada PRU ke-14.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...