Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Thursday, April 19, 2018

Umno - apa selepas hari ini, 19 Apr 2018? Adakah Kak Su ROS akan membubarkan Sementara UMNO ni.

Umno - apa selepas hari ini, 19 Apr 2018?:

ULASAN | Selepas tarikh hari ini, parti sarkas dianggap 'hantu jembalang'!





Hanipa Maidin  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
ULASAN | Selepas tarikh hari ini, parti sarkas dianggap "hantu jembalang"!


Telah tular satu Malaya bahawa parti sarkas sewajarnya dibatalkan
pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sekiranya ia
masih gagal mengadakan pemilihan parti pada hari ini, 19 April 2018.



Setakat ini, kita tidak nampak ada sebarang tanda tanda sughro dan kubro (kecil dan besar) pemilihan parti sarkas akan diadakan pada hari ini.


Justeru itu, jika tiada pemilihan dibuat hari ini, ROS yang begitu
'cekap' keluarkan surat pembubaran sementara Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (BERSATU) sehari sebelum pembubaran parlimen dan kurang dua jam
sebelum pendengaran kes semakan kehakiman ke atas ROS oleh BERSATU; dan
'cekap berurusan dengan isu pemilihan DAP, maka rakyat mengharapkan
kecekapan yang sama dipamerkan ke atas parti sarkas.



Baru orang kata fair and square.



Lagi pun Artikel 8(1) Perlembagaan Persekutuan menjamin prinsip kesamarataan di sisi undang-undang atau equality before the law.


Untuk rekod, kali terakhir parti sarkas adakan pemilihan dalam parti mereka adalah pada 19 Oktober 2013.



Berdasarkan Fasal 9.3 Perlembagaan parti sarkas, Majlis Tertinggi
dikehendaki mengadakan pemilihan setiap tiga tahun. Bolehkah ada
lanjutan masa?


Ya, Boleh ada lanjutan masa di bawah Fasal 10.16 . Berapa lama? Jawabnya 18 bulan (satu tahun setengah) sahaja.


Pada 15 Jun 2015 Malaysia Official 1 (MO1) umum bahawa pemilihan
parti akan ditangguhkan selama 18 bulan atas alasan pilihan raya umum.



Pada masa pengumuman itu dibuat, MO1 sendiri sebut lanjutan masa (extension of time) itu dibuat di bawah Fasal 10.16 Perlembagaan parti sarkas.


Setiausaha agung parti sarkas pula dalam kenyataannya pada Februari
lalu berkata pemilihan parti sarkas akan diadakan pada 19 April 2019,
selepas katanya mendapat persetujuan ROS.


Persoalannya adakah "the purported approval" ROS itu sah atau tidak? Jika sah OK-lah. Jika tidak sah, habislah parti sarkas.


Dalam hal ini, seksyen yang relevan untuk diperhatikan dengan teliti
adalah seksyen 13A (4) Akta Pertubuhan 1966, yang nampaknya parti sarkas
cuba bergantung di atasnya.



'Amat tidak cerdik'



Secara mudah, seksyen ini memberi kuasa kepada ROS untuk beri lanjutan
masa sekiranya ada permohonan lanjutan masa itu dibuat secara bertulis
oleh pertubuhan yang berdaftar itu.


Akan tetapi, bergantung bulat-bulat ke atas seksyen tersebut tanpa
membaca dan memahami betul-betul kehendak seksyen 13A (4) itu , bagi
saya, "amat tidak cerdik”.


Seksyen 13A (4) bukan seksyen yang bagi cek kosong kepada ROS untuk suka-suka bagi lanjutan masa. Yang itu kena faham dulu.


Nak faham kehendak seksyen 13A(4), kita kena lihat dan baca juga
seksyen 13A (1) dan (2) akta yang sama. Jika tidak, kita akan "sesat".


Kerana apa? Kerana seksyen 13A ( 4 ) bukan bercakap tentang pelanjutan masa "simpliciter", orang undang-undang kata.



Maknanya, seksyen itu bukan mudah-mudah bagi kuasa ROS untuk lanjut masa.


Sebaliknya, lanjutan masa yang dinyatakan bawah seksyen 13A (4) itu
berkait rapat dengan lanjutan masa yang diberikan oleh ROS berkaitan
perintah (order) yang ROS berikan di bawah subseksyen (1) atau (2) seksyen 13A itu .



Itu pun, ia bukan mutlak. Ia bergantung jika ROS berpuas hati dengan
alasan kukuh yang diberikan oleh pihak yang memohon lanjutan masa itu
dan bergantung juga kepada kepuasan hati ROS adalah adil dan patut untuk
bagi lanjutan masa yang diminta.


Untuk mudah faham, izinkan saya bagi contoh.


Dalam seksyen 13A (1) misalnya, ROS boleh bagi perintah/ arahan atau order agar
pertubuhan tersebut perlu membekalkan kepada ROS apa-apa (info) dalam
peraturan atau perlembagaan pertubuhan itu yang menyatakan bahawa
pemegang jawatan pertubuhan itu adalah warganegara dan mengkehendaki
pertubuhan itu ketepikan/buang (remove) pemegang jawatan yang bukan warganegara.


Jadi, katakan ada perintah/ arahan atau order dari ROS
tentang hal itu, maka barulah pertubuhan itu boleh minta dari ROS
lanjutan masa jika ia misalnya tak mampu bekalkan maklumat yang
diperlukan oleh ROS itu dalam jangka masa yang ROS telah tetapkan.


Maknanya, kuasa ROS nak beri lanjutan masa bergantung pertamanya
kepada isu sama ada ROS ada kuasa untuk keluarkan perintah/arahan/order kepada pertubuhan itu dulu?



Jika ada, baru relevan untuk petik seksyen 13A (4). Jika tidak ada, bagi saya, ROS dan pertubuhan itu lebih baik tutup mulut!


Dalam kes parti sarkas , isunya ialah isu lanjutan masa untuk adakah
pemilihan parti yang diperuntukkan secara jelas dalam perlembagaan parti
sarkas sendiri.



Justeru itu, ia tiada kaitan langsung dengan ROS di bawah seksyen 13A (4) itu.


Oleh itu ,bagi saya, ROS jelas silap dan parti sarkas pun sama-silap.



Pertubuhan haram?



Jujurlah akui kesilapan. Jadi tidak dapat tidak (by hook or by crook) parti sarkas wajib buat pemilihan parti hari ini juga (19 April 2018 ) bukan 19 April 2019.



Jadi, surat ROS yang bagi lanjutan masa hingga 19 April 2019, bagi saya, tak relevan, tak terpakai dan tak berguna sama sekali.




Jika tiada pemilihan parti sarkas hari ini, parti sarkas hakikatnya adalah pertubuhan haram. Ia ibarat hantu jembalang!



Setakat yang saya tahu, hantu tak boleh pegang jawatan, tak boleh jadi calon dan tak boleh bertanding PRU. Titik.



Mereka yang "kawan rapat" dengan hantu juga amat berbahaya dan tak wajar dipercayai.


Allah lebih tahu.



HANIPA MAIDIN ialah ketua biro undang-undang Parti Amanah Negara (AMANAH) dan bekas peguam PAS.


Rencana ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...