Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, April 20, 2018

Enam belas ahli Umno mahu ROS bubarkan Umno

Enam belas ahli Umno mahu ROS bubarkan Umno: DIKEMASKINI l Mereka memohon supaya Umno dibubarkan sebaik sahaja ROS menyelesaikan siasatannya berhubung dakwaan melanggar perlembagaan parti.



Hafiz Yatim  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini

Enam belas anggota cawangan Umno hari ini memfailkan permohonan untuk
kebenaran semakan kehakiman untuk membatalkan keputusan Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang membenarkan Umno lanjutan masa untuk
mengadakan pemilihan parti di semua peringkat.


Permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


Mereka adalah daripada 11 cawangan di enam negeri dan menamakan ROS
dan Setiausaha Kerja Umno, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebagai responden.


Mereka juga memohon perintah mandamus untuk mewajibkan ROS untuk
menggunakan Seksyen 13, 14, 16 dan 66 Akta Pertubuhan untuk menyiasat
Umno berdasarkan surat-menyurat yang dihantar kepada ROS.


 
Selain
itu, mereka juga memohon perintah mandamus untuk memaksa ROS mengambil
tindakan serta-merta ke atas Rauf kerana didakwa melanggar Perkara 9.3,
9.4, 15.3, 18.2 dan 10.16 Perlembagaan Umno kerana tidak mengadakan
pemilihan parti dalam tempoh 18 bulan yang ditetapkan.
Di samping itu, mereka juga memohon supaya Umno dibubarkan sementara
sebaik sahaja ROS menyelesaikan siasatannya berhubung dakwaan melanggar
perlembagaan parti.


Mereka juga memohon mahkamah mewajibkan ROS untuk mengeluarkan notis
di bawah Seksyen 14 (2) dan 14 (5) di bawah Akta Pertubuhan bagi notis
pembubaran sementara dan pembubaran muktamad.


Secara tambahan, pemohon juga mahu mahkamah memaksa ROS untuk
menggantung semua aktiviti Umno sehingga kes permohonan semakan
kehakiman selesai.


Pemohon juga mahu pengisytiharan bahawa semua bahagian Umno dan
Majlis Tertinggi Umno tidak mempunyai kuasa yang sah dari segi
undang-undang untuk beruruasan dan terbatal atau terbubar berkuatkuasa
hari ini, 20 April 2018.


Mereka juga mahu perintah bahawa keseluruhan institusi atau
pertubuhan yang dipanggil dan atau dikenali sebagai Umno adalah tidak
sah dan terbabtal atau terbubar mulai hari ini juga.


Ini berikutan hujah mereka bahawa hari terakhir untuk
bahagian-bahagian mengadakan pemilihan mereka adalah pada 28 Februari
dan hari terakhir untuk Majlis Tertinggi adalah semalam (19 April).


Kali terakhir, bahagian-bahagian Umno mengadakan pemilihan mereka
adalah pada 31 Ogos 2013 dan sepatutnya pemilihan baru seharusnya
diadakan pada 31 Ogos 2016 tetapi diberikan lanjutan masa 18 bulan oleh
ROS.


16 pemohon berusia antara 30 hingga 55 tahun. Mereka adalah Salihudin
Ahmad Khalid, Noor Halimi Yahya, Mariam Mohd Ishak, Mohd Hafami Hanif,
Saharuddin Tukiman, Azaid Jani, Normalawati Hassan, Radiana Abd Manaf,
Mohd Raafeek Rahim, Nurul Hanna Mohd Suhot, Kamarul Abd Wahid, Mohd
Hikamal Md Hassim, Muzamzamir Abd Wahab, Norizam Jamaludin, Rohani
Ahmad, dan Muhamad Hafizi Hashim.


Semua anggota Umno berkenaan diwakili oleh peguam Mohd Haniff Khatri Abdulla.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...