Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Wednesday, April 18, 2018

Dr M baca surat balas SPR isu logo PKR


 

2018-04-18 12:20:50

Pengerusi
Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) enggan bertemu dengan gabungan pembangkang itu bagi
menjelaskan berkaitan penggunaan logo dan simbol PKR pada Pilihan Raya
Umum ke-14 akan datang.

Menurut Mahathir, surat balas SPR kepada
Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution menyatakan bahawa
suruhanjaya itu terpaksa menolak permintaan untuk mengadakan satu
perjumpaan kerana mereka sibuk dengan beberapa urusan yang tidak dapat
dielakkan.

SPR dalam satu kenyataan menafikan dakwaan kononnya
badan itu enggan bertemu dengan mereka bagi membincangkan tentang
penggunaan logo dan simbol parti pada PRU14 kerana terlalu sibuk.

SPR
menjelaskan, pejabat penasihat undang-undang suruhanjaya itu telah
menerima surat secara serahan tangan oleh wakil pihak berkenaan pada
Khamis lalu dan bercadang untuk mengadakan pertemuaan pada 10 pagi
semalam.

Bagaimanapun, katanya pada hari yang sama, maklum balas
segera telah diberikan pejabat tersebut bagi menjelaskan tarikh yang
dicadangkan itu tidak dapat dipenuhi kerana perlu menghadiri perbicaraan
kes di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang.

"Dalam maklum balas
tersebut juga pihak pejabat penasihat undang-undang turut memaklumkan
bahawa perkara-perkara yang ingin dibincangkan itu sedang dalam proses
untuk dimuktamadkan oleh SPR dan akan dimaklumkan kepada semua pihak
yang berkepentingan khususnya parti-parti politik dalam masa terdekat
dan berharap pihak terbabit menunggu pemakluman rasmi oleh SPR,"
katanya.

Menjelas lanjut, SPR berkata pendekatan rasional itu
diambil kerana pejabat penasihat undang-undang berpendapat isu yang
ditimbulkan oleh parti berkenaan juga melibatkan parti-parti lain.

SPR
berkata atas dasar untuk memberi penerangan dan penjelasan yang tidak
hanya tertumpu kepada parti tersebut sahaja, adalah wajar makluman dan
hebahan secara rasmi dikeluarkan oleh SPR dan bukan oleh pejabat
penasihat undang-undang.

Read more at https://www.kinitv.com/video/59435O74#KEQT3HIP16qFlZyx.99

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...