Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, April 21, 2018

See-To: Hubungan baik dengan China manfaatkan peneroka Felda @ Beri manfaat atau malapetaka bagi warga FELDA

See-To: Hubungan baik dengan China manfaatkan peneroka Felda: ULASAN | Perniagaan dilaksanakan dua hala dan sesebuah negara boleh menghentikan atau mengehadkan eksport kita.



 Menguntungkan Peneroka atau merentungkan PENEROKA... Kerajaan Malaysia (BN) dah tak boleh untungkan PENEROKA ker ,dah nak sampai China pula nak bantu menguntungkan PENEROKA. Mana slogan Rakyat Didahulukan... Kami warga anak FELDA tidak percaya dengan China Komunis... Datuk nenek kami pernah berjuang untuk hapuskan pengaruhi Komunis China di tanah air tercinta. Kenapa sekrg memanggil China Komunis ini utk menguntungkan PENEROKA....  



Eric See-To  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini
 
 
ULASAN | Perniagaan dan perdagangan, terutama perdagangan antarabangsa, bukan berkonsepkan sehala sahaja.


Ketika kita telah menganugerahkan projek Laluan Rel Pantai Timur
(ECRL) kepada syarikat milik kerajaan China memandangkan mereka juga
ekoran pinjaman mudah diberikan mereka, adalah penting untuk kita
ketahui bahawa kerajaan China juga turut membantu Malaysia mengeksport
lebih banyak kepada negara mereka.


Sebelum ini, China telah melonggarkan peraturannya terhadap eksport
Malaysia bagi sarang burung di mana ia diharamkan selain durian yang
sebelum ini hanya dibenarkan diimport dari Thailand. Ia melonjakkan
perdagangan bagi puluhan ribu pengusaha dalam industri berkenaan.


Pada Februari lalu, Duta China ke Malaysia mengumumkan bahawa China
tidak akan meletakkan had kepada eksport minyak sawit ke negara itu,
satu polisi yang mungkin boleh diubah pada masa depan.


Minyak sawit, sebagai minyak masak mudah digantikan dengan minyak dari bahan lain.


Jika China tidak mahu lagi menggunakan minyak sawit Malaysia, mereka
boleh sahaja menggantikannya dengan minyak soya dari AS atau minyak
kelapa serta minyak jagung atau membeli minyak sawit dari Indonesia yang
juga pengeluar lebih besar.


Eksport Malaysia ke China turut melonjak berikutan hubungan baik antara negara serta melalui perdagangan.


Peneroka Felda terima manfaat


Tahun lalu, China mengatasi India sebagai destinasi kedua tertinggi
bagi eksport minyak sawit. Bagi eksport getah dan produk diperbuat dari
getah, China juga mengatasi AS dan Kesatuan Eropah (EU) bagi menjadikan
mereka destinasi utama eksport bahan itu tahun lalu.


Berikutan EU mengenakan pelbagai larangan terhadap penggunaan minyak
sawit, China juga diunjur akan menjadi destinasi eksport utama minyak
sawit pada tahun depan.


Bagi sebelas bulan 2017, jumlah eksport minyak sawit serta produk
berasaskan minyak sawit ke China bertambah kepada RM8.5 bilion, iaitu
peningkatan 9.8 peratus dari RM7.76 bilion tahun sebelumnya.


Nilai eksport getah dan produk berasaskan getah bagi sebelas bulan
2017 juga melonjak 76 peratus kepada RM7.56 bilion berbanding RM4.23
bilion bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya.


Aliran melonjak ini turut menunjukkan kesinambungan.


Bagi dua bulan pertama 2018, eksport minyak sawit Malaysia serta
produk berasaskan minyak sawit telah bertambah kepada 418,704 tan dengan
nilai RM1.224 bilion berbanding 305,072 tan pada nilai RM774 juta bagi
tempoh yang sama pada 2016, atau peningkatan 37 peratus bagi saiz jumlah
dan 58 peratus bagi nilai eksport.


Malaysia mengeksport hampir RM20 bilion setiap tahun ke China hanya
bagi minyak sawit dan getah dan anda mahu merungut tentang projek RM55
bilion yang akan memanfaatkan berjuta rakyat dan turut menggalakkan
pertumbuhan ekonomi di pantai timur?


Salah satu penerima manfaat hubungan baik kita dengan China adalah
peneroka Felda dan jika Pakatan Harapan (HARAPAN) berkuasa serta
membatalkan kesemua projek China, salah satu pihak yang akan kerugian
adalah peneroka Felda kerana China sudah tentu berang dengan tindakan
itu dan mengambil tindakan.


Adalah sesuatu yang tidak boleh diterima apabila HARAPAN akan cuba
merosakkan hubungan dagangan baik dengan kuasa ekonomi yang tumbuh
dengan pantas dan dijangka akan mengatasi AS untuk menduduki tempat
pertama kuasa ekonomi dunia.


HARAPAN nampaknya tidak peduli pada Malaysia dan masa depan negara ini, selagi mereka boleh merebut kuasa.


Anda juga perlu sedar, perniagaan itu dilaksanakan dua hala dan
sesebuah negara boleh menghentikan atau mengehadkan eksport kita,
sebagaimana sudah dilakukan negara EU.


Janganlah kita mempunyai fikiran sempit. Tiada siapa di dunia terhutang kehidupan dengan kita.



ERIC SEE-TO merupakan timbalan pengarah komunikasi strategik BN.


Tulisan ini merupakan padangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...