Rais gesa MT ke mahkamah tentukan 'kesahihan' Umno:
Perlembagaan sudah jelas, mati tempohnya 19 April ini, kata veteran Umno itu.
tidak memandang remeh soal perlembagaan dan mendapatkan pengisytiharan
mahkamah sama ada tindakan parti itu menangguhkan pemilihannya adalah
sah.
Veteran Umno itu berkata demikian apabila ditanya sama ada beliau akan memohon pengisytiharan mahkamah mengenai perkara itu.
“Itu bukan kerja saya tapi saya fikir yang bertauliah dalam soal ini ialah (anggota) Majlis Tertinggi (Umno).
“Pemimpin-pemimpin besar Umno yang berjawatan sekarang tidak boleh
berdiam diri. Mereka harus mendapatkan panduan perundangan yang tepat
dan jitu.
“Saya beranggapan jika Umno Pusat tidak membuat pilihan ini, mereka
akan akan dianggap sebagai mengambil remeh persoalan perlembagaan Umno.
“Perlembagaan sudah jelas, mati tempohnya April ini,” katanya kepada Malaysiakini.
Menurut Rais, adalah jelas bahawa Umno mesti mengadakan pemilihannya selewat-lewatnya, hari ini, iaitu 19 April.
Pemilihan parti terakhir adalah pada 19 Oktober 2013.Menurut Fasal 9.3 perlembagaan Umno, Majlis Tertinggi hendaklah
dipilih setiap tiga tahun, dengan lanjutan tambahan 18 bulan dibenarkan
di bawah Fasal 10.16.
Najib, pada Jun 2015, mengumumkan bahawa pemilihan parti akan
ditangguhkan, kerana Umno perlu bersiap sedia untuk pilihan raya umum.
ROS tidak ada kuasa
Sementara itu, Rais yang juga adalah seorang peguam, berkata bahawa
lanjutan 18 bulan memang dibenarkan, tetapi menolak kesahihan untuk
lanjutan kedua.
“Pada hemat saya memang tak boleh (lanjutan kedua) dibuat oleh Majlis Tertinggi. Harus dibuat setelah proses pemilihan dibuat.
“Pendaftar tidak ada kuasa utk menghalalakan keberadaan Umno tanpa pemilihan lebih daripada yang dibenarkan (mengikut) Fasal 10.
“Ini penting dibuat sebab pilihan raya umum dah nak datang. Kalau
boleh sebaik-baiknya perkiraan di mahkamah perlu dibuat oleh Umno
sendiri, jangan dibuat pihak lain sebab soal locus standi akan ditimbulkan
“Apabila dapat penghakiman, barulah mudah untuk Umno buat tugas
hariannya, jika tidak, memang ramai ahli akan mempersoalkan kesahihan di
sisi undang-undang kewujudan Umno itu,” katanya.
Rais
juga menegaskan bahawa adalah paling afdal bagi anggota Majlis
Tertinggi Umno tu sendiri yang memohon pengisytiharan mahkamah.
"Ahli biasa pun boleh buat, (tapi) nampak tak cantik (apabila) ahli biasa (berbuat demikian).juga menegaskan bahawa adalah paling afdal bagi anggota Majlis
Tertinggi Umno tu sendiri yang memohon pengisytiharan mahkamah.
“Biar Majlis Tertinggi memohon panduan perundangan, supaya kuasa
pendaftar bawah Seksyen 14, Akta Pertubuhan dapat diberi penghakimannya
yang sahih.
“Pada hemat saya, melihat peruntukan ini, beliau (pendaftar ROS) tak boleh.
“Beliau hanya boleh membenarkan lanjutan sekali, selebih tu tak boleh beliau membenarkan tidak ada pemilihan,” katanya.
Parti haram?
Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor pada Februari lalu
berkata bahawa pemilihan parti akan diadakan pada 19 April, 2019,
selepas mendapat kelulusan daripada ROS.
Pada Selasa lalu, bekas menteri Umno, Tan Sri Rafidah Aziz menulis di
Facebook untuk berkongsi pandangan undang-undang seorang rakannya, yang
berkata bahawa Umno tidak boleh bertanding pada pilihan raya umum akan
datang kerana parti itu dianggap tidak sah selepas April 19.
juga berkata, bahawa ROS tidak mempunyai kuasa untuk membenarkan
lanjutan kedua dan Tengku Adnan merujuk peruntukan yang salah dalam
mewajarkan penangguhan itu.
Bagaimanapun, Tengku Adnan menegaskan semalam bahawa Umno bukan parti
yang haram, dan memberi jaminan kepada ahli-ahlinya bahawa mereka akan
bertanding pada pilihan raya umum ke-14.
No comments:
Post a Comment