Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, April 21, 2018

TINDAKAN MENAKUTKAN UMNO : Umno pecat serta merta 16 ahli mohon pembubaran parti

Umno pecat serta merta 16 ahli mohon pembubaran parti

 Pemecatan itu berkuatkuasa hari ini dan selaras dengan Fasal 20.7 Perlembagaan Umno.



Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Umno hari ini bertindak memecat serta-merta semua 16 anggota parti dari lima negeri yang menfailkan semakan kehakiman bagi pembubaran Umno di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam susulan kegagalan mengadakan pemilihan parti di semua peringkat.


Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata,
pemecatan itu berkuatkuasa hari ini dan selaras dengan Fasal 20.7
Perlembagaan Umno yang menyatakan mana-mana ahli yang memfailkan
permohonan atau tindakan ke mahkamah akan secara automatik hilang
keahlian.


“Pemecatan itu juga mengikut Seksyen 18C Akta Pertubuhan tidak
membenarkan apa jua perkara parti sama ada hal ehwal pengurusan,
kewangan dan yang berkaitan dengan pentadbiran parti dibawa ke mahkamah.


“Kita tahu ada dalang dalam perkara ini, kita telah bersedia untuk
apa jua kemungkinan dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak juga boleh
menandatangani watikah untuk calon,” katanya yang dipetik portal Utusan Malaysia.


































Peguam Mohd Haniff Khatri Abdulla yang mewakli semua 16 anggota Umno
itu semalam berkata, susulan pemfailan mahkamah berhubung kesahihan Umno
- Pengerusi BN dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak - tidak dapat
menandatangani watikah calon Umno dan BN untuk PRU ke-14.


Menurutnya, Majlis Tertinggi dan bahagian Umno terbatal bermula semalam, manakala cawangan Umno terbatal sejak 1 Mac lalu.


Semalam, Malaysiakini melaporkan anggota bahagian Umno
memfailkan permohonan untuk kebenaran semakan kehakiman untuk
membatalkan keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang
membenarkan Umno lanjutan masa untuk mengadakan pemilihan parti di semua
peringkat.


Permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


Mereka menamakan ROS dan Setiausaha Kerja Umno, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebagai responden.


Mereka juga memohon perintah mandamus untuk mewajibkan ROS untuk
menggunakan Seksyen 13, 14, 16 dan 66 Akta Pertubuhan untuk menyiasat
Umno berdasarkan surat-menyurat yang dihantar kepada ROS.


Selain itu, mereka juga memohon perintah mandamus untuk memaksa ROS
mengambil tindakan serta-merta ke atas Rauf kerana didakwa melanggar
Perkara 9.3, 9.4, 15.3, 18.2 dan 10.16 Perlembagaan Umno kerana tidak
mengadakan pemilihan parti dalam tempoh 18 bulan yang ditetapkan.


Di samping itu, mereka juga memohon supaya Umno dibubarkan sementara
sebaik sahaja ROS menyelesaikan siasatannya berhubung dakwaan melanggar
perlembagaan parti.


Mereka juga memohon mahkamah mewajibkan ROS untuk mengeluarkan notis
di bawah Seksyen 14 (2) dan 14 (5) di bawah Akta Pertubuhan bagi notis
pembubaran sementara dan pembubaran muktamad.


Secara tambahan, pemohon juga mahu mahkamah memaksa ROS untuk
menggantung semua aktiviti Umno sehingga kes permohonan semakan
kehakiman selesai.






Pemohon
juga mahu pengisytiharan bahawa semua bahagian Umno dan Majlis
Tertinggi Umno tidak mempunyai kuasa yang sah dari segi undang-undang
untuk beruruasan dan terbatal atau terbubar berkuatkuasa semalam, 20
April 2018.


Mereka juga mahu perintah bahawa keseluruhan institusi atau
pertubuhan yang dipanggil dan atau dikenali sebagai Umno adalah tidak
sah dan terbabtal atau terbubar mulai semalam juga.


Ini berikutan hujah mereka bahawa hari terakhir untuk
bahagian-bahagian mengadakan pemilihan mereka adalah pada 28 Februari
dan hari terakhir untuk Majlis Tertinggi adalah pada 19 April lalu.


Kali terakhir, bahagian-bahagian Umno mengadakan pemilihan mereka
adalah pada 31 Ogos 2013 dan sepatutnya pemilihan baru seharusnya
diadakan pada 31 Ogos 2016 tetapi diberikan lanjutan masa 18 bulan oleh
ROS.


16 pemohon berusia antara 30 hingga 55 tahun. Mereka adalah Salihudin
Ahmad Khalid, Noor Halimi Yahya, Mariam Mohd Ishak, Mohd Hafami Hanif,
Saharuddin Tukiman, Azaid Jani, Normalawati Hassan, Radiana Abd Manaf,
Mohd Raafeek Rahim, Nurul Hanna Mohd Suhot, Kamarul Abd Wahid, Mohd
Hikamal Md Hassim, Muzamzamir Abd Wahab, Norizam Jamaludin, Rohani
Ahmad, dan Muhamad Hafizi Hashim.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...