UMNO bukan parti anguk-anguk, geleng-geleng
Kepercayaan akar umbi sememangnya
merosot terhadap kepimpinan UMNO bukannya terHadap UMNO.
Sememangnya diakui parti keramat ini
memang ada masaalah. Tetapi bagaimana kita mendepani masalah tersebut agar
masih mendapat kepercayaan masyarakat Melayu.
Ketuanan Melayu mematangkan untuk
kita menepis onak dan duri dalam mengharungi liku-liku dalam menyelesaikan
perlbagai muslihat sepak terajang Politik.
UMNO harus mendepani Isu-isu semasa
dengan bijak agar jangan dilihat seperti melindungi sesuatu yang nampak jelas
menjurus kepada permasaalahan yang berpanjangan.
Perkara ini lama kelamaan akan
menghakis kepercayaan masyarakat amnya dan ahli UMNO khasnya.
Kita sebagai peneraju kerajaan yang
sedia ada janganlah seolah-olah membenarkan perlakuan-perlakuan yang dianggap
tidak normal kepada pentadbiran negara.
Masyarakat akan menilai sejauh mana
kebenaran dan amanah yang diberikan dapat dijaga dengan betul.
Kepercayaan masyarakat amat
diperlukan kerana merekalah yang akan menentukan parti manakah yang layak
menjadi wakil mereka pada masa akan datang.
Budaya anguk-anguk, geleng-geleng
bukan budaya UMNO. Pucuk pimpinan UMMO harus sedar perkara ini jika masih mahu
menjadi kuasa memerintah akan datang.
Masyarakat akan menilai sejauh mana
kerajaan sedia ada memerintah dan urus tadbir negara. Kerana masyarakat mahukan
sebuah negara dan kerajaan yang aman damai.
Di samping itu, tiada melibatkan
salahlaku yang seperti terang-terangan dibolehkan. Sedangkan perkara itu tidak
dibolehkan dan menjadi salah jika diamalkan oleh orang lain.
Dipercayai sekiranya kemelut ini
dapat diatasi dengan segera. Seperti amalan biasa. Sesiapa yang sedang disiasat
atau terlibat dengan sesuatu pertuduhan jalan terbaik adalah dinasihatkan
bercuti.
Dilihat itulah jalan terbaik.
Selepas perkara atau permasaalahan tersebut selesai. Jika tiada kes atau
kesalahan maka sambunglah kerja tersebut. Jika merasakan sememangnya ada
unsur-unsur salahlaku sebaiknya undur diri dengan kadar segera.
Perkara ini perlu dilakukan demi
mematuhi kedaulatan Perlembagaan negara. Semua perkara ini demi mengelakkan
pelanggaran salah laku yang lebih besar.
Dicatat
oleh Hitam Pedu
Anggota UMNO
mesti membebaskan diri daripada sogokan pandangan yang menjadikan mereka
seolah-olah budak-budak yang diajar hanya menerima dan tidak
mempersoalkan salah betul sesuatu perkara.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ia merupakan satu bentuk diktator minda dalam amalan berfikir jika anggota UMNO menerima bulat-bulat pandangan dan maklumat secara paksaan dan sogokan.
"Menyogok-nyogok itu bukan budaya UMNO. Mengiya-iyakan secara membuta tuli itu juga bukan budaya UMNO.
Mengangguk-angguk dan menggeleng-geleng tanpa prinsip itu juga bukan budaya UMNO," katanya berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Tinggi di Felda Lok Heng Timur, di sini hari ini.
Perasmian mesyuarat itu dilakukan oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri.
Mohamed Khaled yang juga Menteri Besar Johor berkata, jika menyogok juga adalah amalan UMNO maka adalah mustahil untuk Malaysia boleh merdeka, mampu keluar daripada pelbagai krisis tanpa perlu mengikut telunjuk orang luar dan maju dengan cara tersendiri selama ini.
"Ia juga tidak akan menjadikan kita matang, sekadar pak turut fikiran orang sejak kecil. Kita akan jadi hamba akal orang lain. Akal kita akan hanya sekadar hiasan," katanya.
Beliau berkata, disebabkan faktor itu, UMNO perlu mempunyai perubahan politik yang progresif dan kematangan demokrasi dalam menerima apa juga pandangan.
Menurutnya, perubahan itu termasuk mempunyai ciri, budaya dan amalan untuk membuka seluas-luasnya ruang bagi pencerahan, menghargai pandangan anggota, belajar dari yang terbaik dan bersedia untuk menegur dan ditegur.
"Hanya jika UMNO bersedia melakukan anjakan begini, maka UMNO melalui apa yang saya panggil "Dekad Pencerahan".
Dekad yang bukan sekadar memberikan dinamisme baharu kepada UMNO tetapi
lebih penting membina kembali kewibawaan UMNO sebagai sebuah parti yang
progresif dan mendukung pemikiran Islam berkemajuan," katanya.
Turut hadir pada perasmian itu Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor, Md Jais Sarday dan Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi Datuk Daing A Malek Daing A Rahman.