Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Sunday, February 7, 2016

Siasat dakwaan dana RM2.6b untuk 'pelaburan'




Siasatan berhubung wang derma RM2.6 bilion yang diterima oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu dibuka semula selepas menteri luar Arab Saudi berkata wang itu adalah daripada "pelaburan", kata Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.


Ahli Panel Penilaian Operasi SPRM, Lim Chee Wee berkata, kenyataan oleh Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir menunjukkan bahawa kenyataan pembelaan oleh "suspek utama" perlu disahkan.

"Satu siasatan yang tulus dan penilaian bagi pendakwaan memerlukan pengesahan yang bebas daripada mana-mana pembelaan oleh suspek utama yang mana kita tidak boleh hanya menerima kata-kata daripada suspek utama," kata Lim kepada Malaysiakini.

Sehubungan itu, beliau berkata, bukti berdokumen tentang sumber dana tersebut, pengaliran wang dan pulangan dana perlu dikemukakan.
Oleh itu, Lim berkata beliau mengalu-alukan kesediaan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk membuka semula sisatan dan menggesa peguam terkemuka untuk meluluskan permintaan SPRM untuk melakukan Bantuan Guaman Bersama (MLA) dari negara-negara lain.

Wang dalam akaun Najib untuk PELABURAN, BUKAN DERMA, kata menteri Arab

Dalam laporan New York Times (NYT), Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir tidak fikir wang AS$681 juta yang dimasukkan ke akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah dari kerajaan negara itu. – Gambar fail Reuters , 6 Februari, 2016. 
Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir tidak fikir wang AS$681 juta yang dimasukkan ke akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah dari kerajaan negara itu atau ia satu sumbangan politik, lapor New York Times (NYT).

Beliau juga dilaporkan berkata, wang itu disalurkan kepada sebuah "pelaburan di Malaysia".

"It is a private Saudi citizen, I believe, and the funds went to an investment in Malaysia (Ia adalah warga Saudi, saya percaya, dan dana itu diberi kepada satu pelaburan di Malaysia)," katanya dalam satu temu bual dengan NYT disiarkan semalam . – 6 Februari, 2016. The Malaysian Insider

Putera kepada Almarhum Raja Abdullah penderma RM2.6b, dia masih hidup kata Apandi


Seorang putera kepada Almarhum Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud adalah individu yang menderma RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, demikian menurut Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...