Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, June 2, 2018

'Kita cari Jamal sampai ke lubang cacing'


 
Published on Jun 1, 2018

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa kesal atas kecuaian pihak berkuasa yang bertugas menyebabkan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos hilang untuk pertama kalinya dari sebuah hospital swasta minggu lepas.

Muhyiddin berkata kepada pemberita selepas mengamati operasi terhadap pendatang tanpa izin Jabatan Imigresen di Petaling Street di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan apa-apa tindakan tatatertib yang akan diambil termaktub di bawah bidang kuasa pihak berkuasa yang berkenaan.

Sebelum itu, Muhyiddin ditanya jika beliau mempunyai pesanan kepada Jamal dan bekas ketua menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang juga dikehendaki oleh polis berhubung siasatan terhadap aduan kes ugutan terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Muhyiddin berkata kedua-dua ahli politikitu perlu menyerah diri kepada pihak berkuasa berkaitan atau berisiko ditangkap kerana polis Malaysia boleh mendapatkan bantuan daripada rakan-rakan negara asingnya, termasuk Interpol.

SPRM panggil Rosmah Selasa ini


 
Grace Aisyah Kedayan  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini

 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil Rosmah Mansor
ke ibu pejabatnya di Putrajaya Selasa minggu depan bagi membantu
siasatan isu skandal SRC International Sdn Bhd.


Menurut notis SPRM itu, isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib
Razak perlu hadir pada jam 11 pagi bagi merekodkan keterangannya.


Minggu lalu, SPRM menyoal-siasat Najib dua kali berhubung kes SRc International itu.


Pada 2015, SPRM telah mengendalikan kes yang berkaitan dengan SRC
International berhubung dana yang mengalir masuk ke akaun bank peribadi
Najib.


Pada masa itu, laman web Sarawak Report mendakwa terdapat beberapa
kad kredit yang digunakan berkait dengan akaun peribadi tersebut.


SRC International telah memperoleh dua pinjaman RM2 bilion berasingan
daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP pada tahun
2011 ketika SRC masih lagi menjadi anak syarikat 1MDB dan pada tahun
2012 selepas ia diserap oleh Kementerian Kewangan.


Dana pinjaman tersebut dibelanjakan untuk pelbagai pelaburan di luar negara.


Pentadbiran Najib tidak mengumumkan jika mana-mana pelaburan ini telah menghasilkan hasil.


Malaysiakini melaporkan pada Rabu lalu, SRC International tidak mampu
membayar hutang dan asetnya tidak dapat menghasilkan pulangan yang
diperlukan bagi membayar pinjaman RM4 bilion daripada KWAP.


Oleh itu, Kementerian Kewangan telah membuat pembayaran tetap kepada KWAP.


Wednesday, May 30, 2018

Ahmad Zahid jumpa hantu penderma arab dana RM2.6 bilion @ 'Zahid mungkin jumpa hantu, bukan penderma Arab'


 

'Zahid mungkin jumpa hantu, bukan penderma Arab'

Annabelle Lee  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   

WAWANCARA | Pada 2015 ketika
berita tentang skandal 1MDB mula didedahkan, perdana menteri ketika itu
Datuk Seri Najib Razak mendakwa RM2.6 bilion yang ditemui di akaun
peribadinya adalah daripada penderma Arab.


Dakwaan itu disokong Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi - yang baru
menjadi timbalan perdana menteri - yang berkata beliau sendiri bertemu
dengan penderma itu.


Identiti penderma Arab itu tidak pernah didedahkan.


Tiga tahun berlalu dan siasatan terhadap 1MDB semakin giat di bawah
kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN). Dakwaan Zahid kini disangkal bekas
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz.


"Itu pastinya berlaku dalam mimpinya. Zahid nampaknya melihat hantu
Arab, sebab tiada seorang pun yang boleh mengenal pasti Arab mana (yang
menderma).


"Arab mana yang ada duit dan aset sebanyak itu untuk derma RM2.6
bilion?" kata pemimpin yang pernah mendapat gelaran 'wanita besi' itu
dalam wawancara bersama Malaysiakini.


Rafidah turut menyangkal dakwaan Zahid bahawa derma itu sebagai "penghargaan" terhadap usaha Malaysia melawan keganasan.


"Tolonglah, jangan mengarut. Mari kita selesaikan cerita ini kerana
ia menjengkelkan semua...Mari kita cari dari mana sebenarnya duit ini,"
katanya.


Selepas bersara daripada politik pada 2013, Rafidah yang terkenal
dengan ketajaman dan kelantangannya kembali ke pentas politik dalam
menjelang PRU ke-14.


Pada mulanya beliau hanya menyuarakan pandangan melalui laman Facebooknya "Rafidah Aziz Malaysian Citizen", sebelum menyokong HARAPAN secara umum dalam kempen PRU.


Terjumpa Equanimity


Antara kritikannya terhadap BN adalah kegagalan mencari kapal pesiar
mewah bernilai RM1 bilion - Equanimity - apabila beliau sendiri
terserempak dengan kapal itu ketika bercuti tahun lalu.


Rafidah - seorang penyelam aktif pada usia 75 tahun - menceritakan
kembali pertemuannya dengan kapal itu ketika berada di Laut Andaman,
Thailand pada Februari 2017.


"Dalam perjalanan pulang (daripada menyelam), saya sepatutnya
melabuhkan kapal di pengkalan ketika pengajar saya melihat pengesan
kapal di telefonnya dan berkata 'Eh, Equanimity ada di sini'.


"Ketika itu jam 12:30 tengahari dan saya ingin tengok bagaimana kapal itu. Ini peluang sekali dalam seumur hidup.


"Kami lihat kapal itu dan mengelilinginya...Saya berhenti dan berkata
'Saya perlu ke satu tempat untuk ambil gambar tanpa disedari mereka',"
katanya.


Beliau berkata tidak memikirkan sangat tentang peristiwa itu
sehinggalah ia dirampas pihak berkuasa Indonesia dan Amerika Syarikat di
Bali tiga bulan lalu.


"Jika mereka mencari kapal itu, kenapa tak cari sekitar negara? Pengajar saya boleh kesan menggunakan telefon saja.


"Jadi bagaimana pihak berkuasa kita, polis marin atau lain-lain, dengan segala peralatan mereka gagal?" soalnya.


Kapal itu milik ahli perniagaan Low Taek Jho - lebih dikenali sebagai
Jho Low - dan diburu Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) atas
dakwaan ia dibeli menggunakan wang berkaitan 1MDB.


Tamak dan rakus


Mengimbas kembali pengamalan 44 tahunnya dalam politik, Rafidah
berkata bapa Najib iaitu perdana menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein,
yang melantiknya sebagai senator.


Ketika itu, katanya, beliau berusia 31 tahun dan merupakan pensyarah ekonomi di Universiti Malaya.


Empat tahun kemudian, pengganti Abdul Razak, Tun Hussein Onn melantiknya sebagai timbalan menteri kewangan.


"Mereka tunjukkan kepada kita tentang integriti, bagaimana untuk jadi
jujur. Saya sangat hormat mereka dan banyak belajar daripada mereka,
saya belajar melakukan perkara dengan betul.


"Kemudian Dr Mahathir Mohamad. Saya tak akan bertahan begitu lama -
21 tahun (sebagai menteri perdagangan antarabangsa dan industri) - jika
pemimpin ini tidak berguna," katanya.


Membandingkan zamannya dan zaman Najib, beliau berkata pentadbiran
Najib dipenuhi dengan sikap "tamak dan rakus" yang akhirnya menyebabkan
skandal seperti 1MDB.


"Sikap tamak dan rakus - ia menjadikan orang berfikir wang boleh beli segalanya, kuasa boleh diperoleh dan dikekal dengan wang.


"Mereka lupa tentang demokrasi, tentang kehendak Tuhan. Saya bukan
ustazah tetapi ibu mengajar saya 'manusia punya asa, Tuhan punya kuasa'.


"Anda mungkin ada pelan terbaik tetapi jika niat negatif, jika anda ada niat jahat, Tuhan tidak akan izinkan," katanya lagi.


Rafidah kecewa dengan Najib yang tidak mengikut jejak langkah legasi sebelumnya.


"Beliau mahu legasi baru dan kini legasinya adalah 1MDB," katanya lagi.

Jamal berada di ladang sawit, mohon perlindungan KDN


 
Published on May 30, 2018

Selepas gagal hadir di balai polis hari ini, Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos mengirimkan klip video untuk memberi penjelasan.

Dalam klip video berdurasi 7 minit itu, Jamal yang dilihat berada di kawasan kelapa sawit menjelaskan bahawa dia bimbang akan ditangkap pihak berkuasa sebaik sahaja hadir memberi kenyataan.

Jamal sebelum ini berjanji untuk hadir ke IPD Ampang Jaya bagi memberi keterangan pada kira-kira jam dua petang.

Bagaimanapun, beliau gagal hadir seperti dijanjikan.

Sementara itu, Jamal juga memohon perlindungan daripada Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan kepada beliau sekiranya mahu dirinya segera tampil memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

Tuesday, May 29, 2018

Bangsa Malaysia


 
Published on May 28, 2018

Reformasi institusi. Dalam menyanjungi agama, menyantuni institusi Raja-raja, bagaimana semua ini disulam untuk menjayakan aspirasi bangsa Malaysia? Diskusi bersama Tan Sri Dr Rais Yatim, Ustaz Ahmad Awang dan Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi. 
 

100 Hari Malaysia Baharu: Politik Pas era Malaysia baharu


 

Hadi akui PAS gagal, iktiraf Dr M 'kingmaker'

Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Pengerusi HARAPAN, Tun Dr Mahathir Mohamad ialah 'kingmaker' sebenar pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, lapor media tempatan.


"Matlamat kami (PAS) untuk menjadi 'kingmaker' tidak
berjaya, sebaliknya Dr Mahathir yang jadi pencatur utama, apabila hanya
berbekalkan 13 kerusi parlimen yang dimenangi Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (BERSATU)," kata Hadi dipetik akhbar Berita Harian hari ini.


Bagaimanapun, anggota parlimen Marang itu berkata PAS berpuashati
kerana berjaya mempertahankan Kelantan, selain merampas Terengganu.


"Kita menang dua negeri iaitu Kelantan dan Terengganu, selain masih boleh bersuara di peringkat pusat.


"Selain itu, kita juga menghantar suara melalui wakil di beberapa
negeri seperti Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Johor,"
katanya lagi.


Pada PRU14 9 Mei lalu, PAS bertanding 158 kerusi parlimen dan menang
18 kerusi. Berdasarkan keputusan ini, Hadi berkata PAS masih ada
kekuatan.


"Inilah ukuran kekuatan kita yang saya rasakan PAS masih kuat., namun
sistem pilihan raya ini masih mengikut sistem British dan tidak
mengikut sistem peratus," Hadi dipetik sebagai berkata.


Dalam laporan Berita Harian itu juga, beliau mendakwa undi yang diterima wakil rakyat beragama Islam daripada HARAPAN masih rendah.


"Siapa yang kuasai undi umat Islam, dia yang kuasai negara dan itu
yang ada pada Umno dulu, sekarang sudah berubah dan HARAPAN tidak dapat
kuasai undi umat Islam di dalam negara dengan hanya mencapai 58 kerusi
dan yang bukan Islam capai 66 kerusi.


"Situasi ini menyebabkan berlaku ketidakseimbangan dan kerajaan
HARAPAN bertanggungjawab menyelesaikan kedudukan majoriti umat Islam di
negara ini," kata naib ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia itu.


Jangkaan optimis


Menjelang PRU14 lalu, presiden PAS berkata, "bersedia menjadi kingmaker" dan bergabung dengan mana-mana parti yang sedia memartabatkan Islam dan melaksanakan keadilan untuk rakyat secara keseluruhan.


“PAS berpegang teguh kepada prinsip perjuangan dengan mengutamakan kerjasama yang mendatangkan manfaat kepada agama dan negara.


"Kita optimis mampu memenangi 40 kerusi Parlimen dalam PRU14 sekali gus memperbaiki pencapaian pada PRU lalu.


“Kita berharap PAS akan menjadi ‘kingmaker’, dihubungi semua pihak yang tubuh kerajaan.


"Itu minimum yang kita nak usahakan daripada 160 kerusi. Itulah
penyelesaian masalah dengan Islam, kerana Islam adalah untuk semua, adil
untuk semua, yang boleh diterima oleh semua pihak,” katanya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...