Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Showing posts with label Sokong RUU355. Show all posts
Showing posts with label Sokong RUU355. Show all posts

Friday, April 14, 2017

Tokoh agama tak perlu tunjuk siapa paling ‘champion’

                            



Apr 13, 2017
Penasihat
Agama Jabatan Perdana Menteri menasihati golongan agama di negara ini
supaya tidak berkelahi sesama sendiri atau berlumba-lumba untuk menjadi
juara dalam mengeluarkan idea masing-masing.

Tan Sri Abdullah Md Zin berkata, golongan itu seharusnya perlu menerima perbezaan pendapat antara satu sama lain.

“Bukan
sahaja (mereka) tak patut kelahi, janganlah nak jadi champion (juara)
dengan idea-idea kita yang rasa kita sahaja yang betul. Sedangkan
perkara itu hanya khilafiyah (perbezaan pandangan).

“Kenapa tak
boleh berbeza pendapat nak sama kan dengan pendapat kita,” katanya
kepada pemberita selepas Program Syarahan Perdana Wasatiyyah di Hotel
Royal Chulan.

Abdullah berkata demikian ketika diminta mengulas
kenyataan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah wal Jamaah Malaysia (Aswaja)
Zamihan Mat Zain bahawa Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
dan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri tidak
layak menjadi mufti.

Mengulas perkara itu, Abdullah bagaimanapun berkata penjelasannya itu tidak dibuat secara langsung kepada mana-mana individu.

Abdullah
turut mengimbas kembali pertemuannya dengan Ketua Jabatan Hal Ehwal
Agama Turki, Prof Dr Mehmet Gormez yang berpendirian perbezaan pendapat
mengenai akidah perlu dielakkan diperdebatkan bagi mengelak salah faham
masyarakat.

“Mana boleh debat tentang akidah di tempat umum, kita nak ajak orang kepada kebaikan.

“Tuhan
itu satu sahaja. Tiba-tiba nak pergi (bahas) kepada pandangan
terperinci, tentu akan berbeza. Jadi yang perincian-perincian itu tak
payah dikembangkan.

“Saya tak tuju kepada sesiapa, bukan kepada
mufti itu ke, Aswaja ke tidak, kerana kalau kita perincikan, tidak akan
selesai (masalah),” katanya.

Sunday, April 9, 2017

Semoga RUU355 yang ditangguhkan TIDAK menjadi TERUS Tunggangan IBLIS... Dengan Caci Maki. Hina Menghina

Semoga RUU355 bukan wayang hipokrit di padang siasah: ULASAN | Mengapa tiada anggota parlimen BN dan PAS bangun membantah? Mengapa speaker tidak buka perbahasan?



                                      http://mk-cdn.mkini.net/1100/4351b152c8d0a816cb7d52064776ed41.jpeg



ULASAN | Seluruh masyarakat dunia
yang berfikiran waras mahukan keharmonian dan kesejahteraan dalam
kehidupan masing-masing. Mana mungkin mereka sukakan kehidupan yang
bergelumang dengan maksiat, pencerobohan dan kekalutan.


Buat masyarakat Islam khususnya, semua yang berpegang utuh kepada
al-Quran dan sunnah pasti mempunyai impian untuk melihat Islam
ditegakkan pada setiap aspek di negara ini.


Justeru usaha menambah baik dan meningkatkan fungsi mahkamah syariah adalah antara langkah awal ke arah itu.


Latar belakang RUU 355

Akta 355 adalah peruntukan yang memberi mahkamah syariah membicarakan
kesalahan jenayah mengikut enakmen sesebuah negeri. Nama lain bagi akta
ini ialah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.


Hukuman maksimum yang tersenarai pada akta ini ialah denda RM1,000
dan penjara enam bulan. Pindaan pertama dilaksanakan pada 1984 untuk
meluaskan lagi kuasa menghukum kepada tiga tahun penjara, denda RM5,000
dan enam sebatan.


Selepas itu, akta ini dipinda lagi pada 1989 untuk diluaskan ke Sabah
dan Sarawak [dinamakan sebagai Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa
Jenayah (Pindaan dan Perluasan) 1989].


Pindaan terakhir berlaku pada 1997, tetapi ia hanya pada tafsiran sahaja, dan digelar Akta Tafsiran (Pindaan) 1997.


Kesemua pindaan diusulkan pihak kerajaan sehinggalah - buat kali
pertama - pada 2016 apabila cadagan meminda Akta 355 dibawa melalui usul
persendirian oleh Anggota Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang
bertujuan untuk meluaskan lagi bidang kuasa hukuman mahkamah syariah.


Di situlah bermulanya polemik pertama berkenaan usul ini. Mengapa tidak diberikan kepada kerajaan saja membawa usul ini ?


Matlamat RUU 355

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki, dalam wacana
RUU 355: Wajarkah Bukan Islam Bimbang? dengan jelas menyatakan bahawa
matlamat utama usul pindaan Akta 355 itu adalah untuk meningkatkan
bidang kuasa mahkamah syariah dan memberi ruang kepada profesyen
kehakiman syariah.


Kronologi RUU 355

Tarikh 26 Mei 2016 merupakan hari pertama usul RUU355 berjaya dibawa di
parlimen. Usul persendirian itu disenaraikan pada turutan ke-15 dalam
mesyuarat parlimen. Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Seri Azalina Othman Said menggunakan Peraturan Mesyuarat 14(2)
mencadangkan usul Abdul Hadi dinaikkan ke nombor satu.


Presiden PAS itu berjaya membacakan usul tersebut buat kali pertama.
Ia merupakan usul persendirian pertama daripada pembangkang yang berjaya
dibacakan dalam sejarah Dewan Rakyat. Tetapi atas faktor keterbatasan
masa, beliau meminta perbahasannya ditangguh ke mesyuarat akan datang.


Penulis ulangi, faktor keterbatasan masa dikatakan sebab mengapa usul itu ditangguhkan.


Pada
24 November 2016, sekali lagi residen PAS diberi peluang membuka
perbahasan kepada usul ini. Sekali lagi, ditangguhkan. Presiden PAS
meminda RUU335 dengan memasukkan had hukuman penjara tidak melebihi 30
tahun, rotan tidak melebihi 100 sebatan dan denda tidak melebihi
RM100,000.


Oleh sebab usul yang dipinda ini berbeza daripada usul terdahulu,
maka perbahasannya ditangguhkan sekali lagi untuk memberi lebih ruang
kepada anggota parlimen mengkajinya.


Diulangi: dikatakan penangguhan kali kedua adalah untuk memberi lebih ruang kepada anggota parlimen mengkaji.


Pada 18 Februari 2017, diadakan pula suatu himpunan di Padang Merbok, Kuala Lumpur bagi mengumpul kekuatan umat Islam.


Seluruh kronologi yang disebutkan di atas berlaku ketika usul
persendirian Abdul Hadi menjadi buah mulut yang sangat hangat dalam
kalangan seluruh rakyat Malaysia.


Analogi lebuh raya lima lorong


Disebabkan polemik ini juga, berpuluh wacana dianjurkan, entah berapa
banyak berita disiarkan media massa, dan yang paling parah, cukup ramai
orang yang terlibat dalam praktik sangat buruk dalam agama iaitu
mengkafirkan sesama umat Islam.


Amalan meraikan perbezaan pandangan dalam Islam tergadai dek kononnya
ingin memperjuangkan Islam. Amalan mendengar hujah yang pelbagai
tercalar, juga “kerana Islam”.


Pada wacana RUU 355: Wajarkah Bukan Islam Bimbang? itu,
salah seorang panelis wacana tersebut memberikan analogi yang sangat
menarik bagi merungkai polemik dan persoalan mengenai RUU355 ini.


Penulis sangat bersetuju dengan analogi yang diutarakan Dr Zulfakar
Ramlee, pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa.


“Pindaan
Akta 355 ini seumpama permit atau lesen untuk membina lebuh raya lima
lorong (lima lorong yang memperkasakan lima asas maqasid syariah).”


Apabila menyebut cadangan pembinaan lebuh raya, terdapat dua
pandangan. Pandangan pertama daripada golongan yang tidak bersetuju,
kerana tanahnya akan diambil, dan akan ada tol membebankan. Pandangan
kedua pula datang daripada golongan yang bersetuju, dengan alasan
pembinaan itu akan menjadikan perjalanan lebih lancar dan selesa.


Beginilah analoginya untuk usul pindaan Akta 355 ini. Ada yang tidak
bersetuju kerana belum terbukti kesempurnaan proses perancangan dan
beberapa isu teknikal untuk pindaan ini. Mungkin mereka bukan tidak
bersetuju, sebaliknya cuma belum bersetuju.


Proses ke arah pembinaan lebuh raya memerlukan perancangan yang
sangat rapi, seperti rundingan dengan pemilik tanah, bayaran pampasan
sewajarnya, menyediakan pusat rehat dan rawat yang terurus baik. Ia
bukan sekadar membina tol dan mendenda mereka yang melanggar peraturan.


Begitu juga untuk pindaan RUU355. Ia memerlukan perancangan yang
rapi, rundingan dengan pelbagai pihak dan pelaksanaan dalam suasana yang
adil dan jauh daripada fitnah.


Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Usul Abdul Hadi
seolah-olah usul yang wajib disokong. Tidak boleh tidak. Lalu pada masa
tertentu akhlak seseorang penganut Islam bertukar menjadi sesuatu yang
sangat menjelekkan – kononnya atas nama Islam.


Dipamerkan dengann keanehan


Kemudian ada pula penngumuman oleh Presiden Umno dan timbalan perdana
menteri mengenai cadangan kerajaan membawa usul berkenaan. Namun ia
ternyata tidak menjadi kenyataan.


Apakah nasib RUU355? Ada yang mengatakan ia ibarat anak luar nikah,
ada yang mendakwa ia ibarat bola sepak dan macam-macam lagi perumpamaan
lain.


Sampailah tarikh 6 April 2017. Walaupun pada awalnya ia cuba
dilambatkan oleh beberapa anggota parlimen, akhirnya ia berjaya dibawa
oleh Abdul Hadi. Kemudian, disokong anggota parlimen Kota Bharu dengan
perbahasan lebih kurang dua jam.


Kedua-dua mereka menyampaikan ucapan dengan cukup baik sekali.


Namun, alangkah malangnya, tiba-tiba sahaja Speaker Dewan rakyat menangguhkan sidang hingga ke tarikh lain.


Sekali lagi, usul ini dipamerkan dengan keanehan. Mengapa perlu
tiba-tiba ditangguhkan padahal malam sebelumnya Dewan Rakyat hanya
taamatk kira-kira jam 5 pagi?


Lebih membuatkan kita menggaru kepala, mengapa tiada anggota parlimen
BN dan PAS bangun membantah? Mengapa speaker tidak buka perbahasan?
Mengapa ada beberapa pihak harus bersorak sedangkan usul ini masih belum
diluluskan?


Banyak lagi persoalan yang timbul mengenai drama yang nampaknya masih belum selesai ini.


Harapan

Apa sebenarnya sedang melanda? Ramai bertanya, mengapa usul ini harus
ditakuti, mengapa tidak disokong sahaja seperti pindaan terdahulu.


Penulis berpandangan sebab utamanya ialah senario dahulu dan sekarang
berbeza. Dahulu dibawa oleh kerajaan, tidak ditangguh sampai sebegini
rupa, tidak ada sebarang himpunan diadakan dan tiada sesiapa dikafirkan.
Namun kali ini, sangat berbeza dan lain dari sebelumnya.


Lebih mengecewakan apabila tiada seorang pun ahli parlimen dari
Pakatan Harapan yang diberi peluang berbahas seperti yang diluahkan oleh
anggota parlimen Pandan, Kapar dan Shah Alam.


Medan dakwah apa yang ingin kita bawa dan ketengahkan? Medan dakwah
bagaimana yang ingin kita tonjolkan? Keadilan, kejujuran, kesopanan,
keramahan semuanya hapus tergadai. Yang diketengahkan adalah caci-maki,
pengkafiran dan hina menghina.


Dalam penubuhan sebuah negara yang berbilang kaum, penulis sangat
bersetuju dengan saranan Prof Dr Siddiq Fadzil supaya perkataan “kafir”
dibuang daripada perbendaharaan lisan kita dan diganti dengan “bukan
Islam”. Ia jelas lebih menyerlahkan kesantunan Islam.


Dalam usaha ingin mendaulatkan Islam, sesetengah kita mengetepikan
keadilan. Kita telah mengenepikan adab dan sopan santun. Islam apa yang
diperjuangkan? Islam apa yang ingin ditegakkan? cukup banyak unsur Islam
yang lain dinyahkan.


Mungkin kita sudah lupa apa yang pernah ditulis oleh Imam Ibn Qayyim dalam kitab I’lam al-Muwaqi’in:
“Syariah itu binaan dan asasnya berdasarkan hikmah dan maslahah hamba
di dunia dan di akhirat. Semuanya merupakan keadilan, seluruhnya
merupakan maslahah. Setiap persoalan yang keluar daripada keadilan
kepada kezaliman, daripada kasih sayang kepada sebaliknya, daripada
maslahah kepada mafsadah, daripada hikmah kepada sia-sia, semua itu
bukan dari syariah walaupun didakwa sebagai syariah menerusi tafsiran
tertentu".


Penulis cuma berharap agar usul ini tidak digunakan sebagai modal
politik pihak tertentu. Jujurlah jika mahu membawa Islam. Jika usul ini
terus dilacurkan sebagai modal politik, nescaya negara kita akan terus
berhadapan dengan penjual agama sehingga agama bakal jadi perkara paling
laris menggapai keuntungan duniawi.


Harapan ramai pihak ingin melihat polemik ini terhenti dengan perbahasan di Dewan Rakyat terpaksa ditangguhkan lagi.


Penulis sayangkan Islam dan umatnya. Maka, penulis punya mimpi yang
diyakini bukan sekadar fatamorgana, iaitu Islam menjadi agama yang
ditonjolkan kesempurnaanya dari segenap aspek kehidupan, agama yang
menjadi kebanggaan kepada seluruh umat Islam.


Dan yang paling penting, Islam menjadi agama yang mempesonakan penganut agama lain.


Semoga usul RUU355 tidak terus menjadi wayang hipokrit dalam padang
siasah Malaysia. Kita harus sentiasa ingat bahawa Islam adalah agama dan
warisan yang mesti dikongsi bersama seluruh masyarakat di dunia ini.


Penulis sangat yakin dan bersetuju dengan salah satu tulisan Sheikh
Rached Ghannouchi, bahawa politik Islam bukan dalam keruntuhan tetapi
sebenarnya mengalami proses pembentulan ke arah fasa baru, dengan urus
tadbir yang lebih baik.


Ia melalui beberapa jejak langkah ke belakang dan bersiap sedia untuk
pelancaran baru maju ke hadapan. Rintangan-rintangan yang dihadapi itu
hanyalah titik-titik kejatuhan sementara pada rajah keluk peningkatan
menyeluruh.


RUU 355 telah menjadi polemik yang mengecewakan ramai. Moga ia tidak terus mengecewakan.



MOHAMMAD MIRZAN ABDUL MAJID ialah pelajar tahun dua fakulti fiqh wa usuluh Universiti Mu'tah, Jordan.

Thursday, April 6, 2017

Alhamdulillah Ucapan penuh Hadi bentang RUU355

                       

Alahamdulillah akhirnya RUU355 dibentangkan walaupun ramai mendakwa ianya merupakan agenda politik pra PRU14. Kita sebagai rakyat yang berbilang kaum seharusnya berlapang dada. 


Apr 5, 2017
Ahli Parlimen PAS-Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pindaan Akta 355 diperlukan bagi memperkasakan mahkamah syariah.

Katanya, Akta 355 tidak meliputi rompakan atau kesalahan mencuri.

Presiden PAS itu berkata penolakan pindaan itu oleh beberapa ahli parlimen adalah tanda yang tidak baik kepada kematangan politik negara.

Hadi menegaskan bahawa ahli parlimen bukan Islam tidak mempunyai hak untuk membantah pindaan itu kerana ia tidak memberi kesan kepada mereka, dan bahawa hanya umat Islam yang boleh dibicarakan di bawah Akta 355.

"Bukan Islam bukan musuh, apatah lagi (mereka) rakyat senegara," katanya.

Jelasnya, memandangkan skop akta itu yang terhad, kes umpama rogol yang melibatkan orang Islam dan bukan Islam, adalah di bawah bidang kuasa polis.

Menurut Hadi lagi, hukuman di bawah undang-undang Islam itu bertujuan untuk mendidik, bukan untuk menyeksa.

Beliau kemudian menyebutkan perbezaan antara hukuman sebat di bawah undang-undang Islam dan undang-undang sivil.

Hadi berkata demikian dalam ucapan usul di Dewan Rakyat hari ini.


Saturday, December 3, 2016

"Akta 355 untuk perkasa Mahkamah Syariah, soal hudud lain," kata Fathul ...

                      
Dec 1, 2016
Exco Pemuda Umno, Fathul Bari Mat Jahya menggesa seluruh umat Islam menyokong pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355, yang bertujuan untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.

Fathul Bari berkata pemerkasaan itu hanyalah menyentuh dari segi hukuman, bukannya menyentuh soal hudud.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di PWTC hari ini. 

Dec 1, 2016
Exco Pemuda Umno, Fathul Bari Mat Jahya berkata tidak salah menerima sumbangan atau bantuan, tetapi sekiranya tahu agenda itu ada maksud tersirat maka ia tetap salah.

Fathul Bari berkata demikian merujuk kepada sumbangan dana asing daripada hartawan George Soros.

Kata Fathul Bari, dulu bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah melabelkan Soros sebagai penyangak mata wang sejak 90an lagi.

Menurut Fathul Bari lagi, sudah diketahui Soros mempunyai agenda untuk meruntuhkan kerajaan sedia ada melalui saluran dana kepada NGO-NGO tertentu.

Thursday, November 24, 2016

Demo Saksasa Sokong RUU355,

"Demo raksasa sokong RUU355, tunggu dan lihat," kata Hadi 




 Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengumumkan parti itu akan mengadakan perhimpunan besar-besaran berkaitan usul pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355.

Bagaimanapun Hadi tidak memperincikan butiran mengenai perkara itu namun katanya, ia akan diadakan antara sekarang sehingga parlimen bersidang pada Mac tahun depan.

“Insya-Allah, PAS akan anjurkan himpunan aman raksasa mewakili umat Islam pelbagai parti politik dan NGO termasuk di kalangan bukan Islam yang sokong (RUU355) untuk buktikan sokongan mereka pada RUU ini.

“Kita tunggu dan lihat,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen.

Hadi sebentar tadi membentangkan usul pindaan RUU355 yang bertujuan untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.

Walau bagaimanapun presiden PAS itu memohon supaya huraian mengenai usul itu dibahaskan pada sesi akan datang.

Hadi berkata dalam perhimpunan itu pihaknya mahu memberikan penerangan mengenai RUU355 kepada mereka yang bukan beragama Islam.

Pindaan rang undang-undang itu bertujuan untuk meningkatkan hukuman maksimum kepada 30 tahun penjara, denda sehingga RM100,000 dan 100 kali sebatan.

Hukuman semasa Mahkamah Syariah adalah maksimum penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam kali sebatan.

ALHAMDULILLAH , AKHIRNYA AKTA RUU355 DIBENTANGKAN DI PARLIMEN. TERIMA KASIH KERAJAAN

 
Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS - Marang) hari ini membentangkan usul pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355, yang bertujuan untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.

Bagaimanapun presiden PAS itu memohon huraian usulnya itu dibuat pada sesi akan datang.


Nov 23, 2016
Ahli Parlimen PAS-Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini membentangkan pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355, yang bertujuan untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.


“Walaupun RUU ini khas untuk (umat) Islam sahaja. Masih ada pertikaian dan perbahasan di luar.
“Oleh itu saya pohon untuk buat huraian pada sesi akan datang,” katanya.

Perkara yang sama berlaku pada sesi Parlimen lalu yang menyaksikan usul Hadi dipercepatkan pada hari terakhir, tetapi ditunda ke sesi ini.

Nov 23, 2016
Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi amaran kepada anggota parlimen dan ahli politik yang bukan beragama Islam supaya tidak berkelakuan seperti Penyandang Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok di Jakarta.

Ia berkaitan sebelum ini terdapat beberapa ahli politik yang tidak bersetuju dengan usul pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 yang dibawa Hadi.

Hadi sebentar tadi membentangkan pindaan RUU355 yang bertujuan untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.

http://www.malaysiakini.com/news/363985

Walau bagaimanapun presiden PAS itu memohon supaya usul itu dibahaskan pada sesi yang akan datang.

Pindaan rang undang-undang itu bertujuan untuk meningkatkan hukuman maksimum kepada 30 tahun penjara, denda sehingga RM100,000 dan 100 kali sebatan.

Hukuman semasa Mahkamah Syariah ketika itu adalah maksimum penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam kali sebatan.

Terdahulu Ahok akan didakwa ke mahkamah sebagai penista agama ekoran kenyataannya yang memetik surah Al-Maidah semasa bertemu pengundi di Kepulauan Seribu di Jakarta dua bulan lepas.

http://www.malaysiakini.com/news/363119

Ketua Polis Republik Indonesia Tito Karnavian berkata pasukan khas siasatan dianggotai 27 orang termasuk ulama, pakar bahasa dan pakar psikologi, mendapati Ahok dituduh menistakan agama Islam.


Satu-satu perbezaannya adalah bahawa usul berkenaan tidak perlu dibacakan semula kali ini.

Datuk Mujahid Yusof Rawa (AMANAH-Parit Buntar) dan Khalid Samad (AMANAH-Shah Alam) mahu perbahasan diadakan hari ini untuk menjelaskan sebarang kekeliruan dan mengelakkan hujah-hujah yang boleh memecah-belahkan rakyat.

“Sya harungi satu kumpulan samseng untuk bahas. Saya nak bahas hari ini,” kata Khalid, merujuk kepada serangan sekumpulan individu ke atas dirinya pagi tadi.

Walau bagaimanapun Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak melayan permintaan berkenaan dan sidang beralih ke tajuk lain.

Pindaan rang undang-undang itu bertujuan untuk meningkatkan hukuman maksimum kepada 30 tahun penjara, denda sehingga RM100,000 dan 100 kali sebatan.

Nov 23, 2016
Selepas ahli parlimen PAS Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang membacakan usul RUU35 dan ditangguhkan ke sesi depan oleh speaker Dewan Rakyat Tan Seri Pandikar Amin Mulia.

Suasana sidang Dewan Rakyat terus menjadi riuh rendah dengan ahli parlimen daripada pihak pembangkang dan kerajaan saling membawa peraturan mesyuarat dan meminta penjelasan.

Speaker Dewan Rakyat sebelum itu sudah menjelaskan dengan panjang lebar kenapa usul RUU355 yang dibentangkan oleh Presiden PAS itu tidak dibahaskan pada sesi ini dan di bawa ke sesi parlimen yang akan datang.
[Baca berita penuh]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...