Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, April 14, 2017

Tokoh agama tak perlu tunjuk siapa paling ‘champion’

                            



Apr 13, 2017
Penasihat
Agama Jabatan Perdana Menteri menasihati golongan agama di negara ini
supaya tidak berkelahi sesama sendiri atau berlumba-lumba untuk menjadi
juara dalam mengeluarkan idea masing-masing.

Tan Sri Abdullah Md Zin berkata, golongan itu seharusnya perlu menerima perbezaan pendapat antara satu sama lain.

“Bukan
sahaja (mereka) tak patut kelahi, janganlah nak jadi champion (juara)
dengan idea-idea kita yang rasa kita sahaja yang betul. Sedangkan
perkara itu hanya khilafiyah (perbezaan pandangan).

“Kenapa tak
boleh berbeza pendapat nak sama kan dengan pendapat kita,” katanya
kepada pemberita selepas Program Syarahan Perdana Wasatiyyah di Hotel
Royal Chulan.

Abdullah berkata demikian ketika diminta mengulas
kenyataan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah wal Jamaah Malaysia (Aswaja)
Zamihan Mat Zain bahawa Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
dan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri tidak
layak menjadi mufti.

Mengulas perkara itu, Abdullah bagaimanapun berkata penjelasannya itu tidak dibuat secara langsung kepada mana-mana individu.

Abdullah
turut mengimbas kembali pertemuannya dengan Ketua Jabatan Hal Ehwal
Agama Turki, Prof Dr Mehmet Gormez yang berpendirian perbezaan pendapat
mengenai akidah perlu dielakkan diperdebatkan bagi mengelak salah faham
masyarakat.

“Mana boleh debat tentang akidah di tempat umum, kita nak ajak orang kepada kebaikan.

“Tuhan
itu satu sahaja. Tiba-tiba nak pergi (bahas) kepada pandangan
terperinci, tentu akan berbeza. Jadi yang perincian-perincian itu tak
payah dikembangkan.

“Saya tak tuju kepada sesiapa, bukan kepada
mufti itu ke, Aswaja ke tidak, kerana kalau kita perincikan, tidak akan
selesai (masalah),” katanya.

5 comments:

  1. Isu akidah, pemahaman keliru golongan zahiri dan wahabi, perlu diperbetulkan dan diperjelaskan oleh golongan ilmuan, agar umat seluruhnya yg kurang berpengetahuan tak ikut keliru dan salah memahami. Isu isu yg dah diselesaikan oleh ulama' ulama' kita lebih seribu tahun dahulu, dibangkitkan semula oleh golongan golongan zahiri dan wahabi yg cuba menafsir terus dr terjemahan Al Quran dan Hadis semmgnya mengelirukan org awam.

    Isu isu yg bukan pokok akidah, semmgnya tak perlu diperbesar besarkan, apatah lg bila pendekatannya agak kasar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ust Zamihan mmg kasar cakapnya, tp dia betul.
      Ust Asri, nampak berhemah, tp keliru antara wahabi dan liberal.
      Ust Zul, semmgnya nmpk nur taqwa drnya, tp dlm isu isu khilaf ASWJ-Wahabi,aku pilih belah ASWJ.

      Delete
    2. Zikir dan wirid lepas solat tu, ulama' ulama' pendahulu kita yg susun, dah diterima dan dah diamalkan sejak zaman berzaman di Nusantara, takder siapa pun yg hukumkannya wajib, atau kata itu sunnah Nabi saw, tp ianya adalah perkara baik yg harus kita lakukan. Bukankah zikrullah itu nur cahaya bg hati, sumber kekuatan rohani, dan bakal jadi nur cahaya penerang bg kita di Akhirat nanti.

      Siapa nak buat, alhamdulillah, siapa tak nak buat terpulang. Jikalah kita mampu utk menjadi spt golongan yg mempunyai taqwa yg sempurna, sepanjang masanya sentiasa dlm keadaan berzikrullah, mk tak timbul isu zikir dan wirid lepas solat. Tp berapa ramaikah antara kita yg sampai tahapnya dlm golongan yg mempunyai taqwa yg sempurna itu ?

      Delete
    3. Cerita sikit 6 kategori, atau derjatnya umat Islam ;
      1. Yg hanya tahu mengucap. Tak tahu, tak ambil tahu, tak peduli yg selainnya. Tp tetap mengaku sbg org Islam.

      2. Yg kadang kadang solat, kadang kadang tidak, ikut sempat, ikut suka, ikut mood. Ketahuilah batasnya Islam dan kufur itu adalah meninggalkan solat fardhu dgn sengaja.

      Disebut dua golongan di atas sbg golongan fasikin, atau pelaku perbuatan kufur (allazina kafaru).

      3. Yg tidak melakukan perbuatan perbuatan kufur, jika terbuat segera dia sedar dan taubat. Solat fardhunya cukup, jika tertinggal diqadhanya. Tp syariat selainnya kurang diberi perhatian, bnyk yg wajib tak dibuatnya, bnyk juga yg dilarang yg dibuatnya, cuai pulak utk taubat, samada kerana kejahilannya atau semmgnya imannya yg lemah.

      Disebut golongan ini sbg golongan yg menzalimi dirinya sendiri, atau golongan yg cacat atau tidak sempurna imannya.

      4. Mukmin yg soleh, semua amalan syariatnya dikerjakannya, dipatuhinya. Jika terlanggar segera istighfar dan taubat. Solatnya sempurna zahir dan batin, dr segi khusyuknya dan sempurna segala syarat syarat dan rukun rukunnya. Sering berjamaah di masjid masjid dan surau surau, sering menghadiri pengajian pengajian agama, membaca Al Quran adalah amalan hariannya. Segi akhlak, sentiasa syukur, sabar dan betawakkal.

      5. Para muttaqin. Mukmin soleh yg bersikap wara', sentiasa berhati hati menjaga batasan batasan agama, yg sempurna iman dan akhlaknya. Sentiasa dlm keadaan berzikrullah, sentiasa istighfar dan taubat walau tak ketahuan salahnya. Dicirikan Nabi saw dgn sifat sifat tenang, tawaddu' dan bersopan santun. Dicirikan Tuhan dgn sifat sifat pemurah, penyabar, pemaaf, penyantun, sentiasa zikrullah dan sentiasa taubat. Sudah dpt merasa nikmatnya taat, nikmatnya ibadah, nikmatnya solat. Sempurna yg wajib, memperbnyk yg sunat sunat. Sering memperpanjang solat solat sunatnya kerana telah merasa nikmat dgnnya. Sudah tergolong waliullah.

      6. Para siddiqin. Para muttaqin yg mursyid, yg sempurna syariatnya, sempurna imannya, sempurna taqwanya. Sentiasa mencontohi Rasullullah saw segenap seginya, syariat dan akhlaknya bertepatan Quran dan sunnah. Solat dirasakan sbg nikmat terbesarnya, selain ketaatan dan ibadah ibadah selainnya, sehingga mudah sahaja dia mengorban apa sahaja keranaNya. Mendalam ilmu dan kefahamannya. Sering benar firasatnya, dan benar juga mimpi mimpinya. Tergolong waliullah tingkatan yg lebih tinggi.

      Di manakah agaknya kedudukan kita ?
      Yg sentiasa dlm keadaan zikrullah itu, tergolong golongan ke 5 dan 6, yg zikrullahnya tak perlu diatur atur, tak perlu disusun susun, adakah kita tergolong golongan sebegini ? Ataukah kita masih sgt jauh dr kedudukan sedemikian ? Itulah antara sbbnya para ulama' pendahulu kita menyusun dan mengatur pelbagai zikir dan wirid utk kita amalkan seharian hidup kita, diletakkan pula pd masa masa tertentu agar tak lupa.

      WaAllahu'alam !

      Delete
  2. Wahai para ulama yang tinggi ilmu pengetahuan agama usahlah bertelagah dengan perkara yang kecil bawalah bermuzakarah dan berta'aruflah sesama para ulama usah buat kekeliruan pada jamaah yang tidak berapa 'arif dengan perkara-perkara yang khilaf seban para ulama juga yang selalu berhujjah dan berceramah yang ilmu yang dianugerah oleh Allah pada yang dikehendakiNya itu hanyalah tidak sampai pun sebanyak air yang melekat di kuku jika direndamkan kedalam air laut yang begitu luas terhampar dilautan ingatlah para ulama adalah pewaris ilmu Nabi yang diwahyukan oleh Allah usahlah disia-siakan dengan anugerah Allah itu sebarkanlah kearah yang bermunafaat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...