PARLIMEN | Akta Kebangkrapan, Akta Jenayah Seksual Kanak-kanak perlu diutamakan pada sidang kali ini, kata menteri.
Akta Kebangkrapan, AKTA : RUU355
Akta Jenayah Seksual Kanak-kanak
PARLIMEN | Menteri di Jabatan
Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman berkata ada dua rang
undang-undang kerajaan yang penting dan perlu dibentangkan pada sidang
Dewan Rakyat kali ini.
Menjawab soalan wartawan hari ini, Azalina berkata, beliau berharap rang undang-undang Akta Kebankrapan dan Akta Jenayah Seksual Kanak-kanak dapat didahulukan berbanding usul persendirian presiden PAS untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau lebih dikenali sebagai Akta 355.
Ditemui di parlimen, Azalina berkata, kedua akta berkenaan sangat penting dan melibatkan kepentingan orang ramai serta memberi kesan kepada masyarakat.
"Kita dapat banyak usul dan mungkin kita akan dapat lebih lagi (selepas ini).
"Akta Jenayah Seksual saya harap dapat dibaca (dalam sidang Dewan Rakyat). Ia sangat penting dan saya sangat bersemangat tentang akta itu," katanya.
Begitu juga dengan Akta Kebankrapan yang dianggap beliau sangat penting.
"Sebab, jika saya tak dapat (bentangkan untuk bacaan) pada sidang kali ini, saya perlu tunggu lagi dan ramai orang terjejas dengan akta ini.
"Bagi saya, saya mahu selesaikan (dua akta) itu dulu," katanya.
Tak boleh komen
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan wartawan sama ada usul pindaan Akta 355 yang dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang dapat dibentangkan pada sidang kali ini atau ditunda untuk kali ketiga.
Ketika ditanya sama ada wujud kemungkinan usul persendirian Abdul Hadi itu akan dibacakan seperti sidang parlimen sebelum ini, Azalina berkata beliau tidak boleh komen mengenai perkara itu.
"Saya bukan menteri yang bertanggungjawab tentang Akta 355. Awak perlu tanya kepada menteri yang mengendalikannya.
"Saya tak boleh komen mengenai rang undang-undang itu," katanya lagi.
Usul persendirian untuk meminda Akta 355 berada pada nombor enam dalam Kertas Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Usul berkenaan yang dipertikaikan sesetengah pihak ditangguhkan sebanyak dua kali pada sidang parlimen lalu.
Terdapat 39 usul yang tersenarai dalam aturan urusan mesyuarat pada persidangan Dewan Rakyat Penggal Kelima Parlimen ke-13 ini.
Cadangan meminda Akta 355 itu buat kali pertama di Dewan Rakyat pada Mei 2016 dan usul itu sekali lagi dibaca Abdul Hadi pada 24 November tahun lepas.
Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 20 hari sehingga 7 April sementara Dewan Negara dari 17 April hingga 27 April.