Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, July 27, 2013

Inilah Kisah Benar Kapal Selam Scorpene...

Dalam satu temubual bersama Haris Hussain, arkitek pembelian Kapal Selam Scorpene, Jasbir Singh Chahl buat pertama kalinya membuka mulut berkenaan perjanjian yang kononya penuh kontroversi itu.

Di sini, Jasbir Singh Chahl, menyanggah tuduhan Suaram sekaligus memadamkan kaitan antara mendiang Altantuya dan isu pembelian kapal selam Scorpene. 

Menyanggah Cerita Dongeng.
Pada tahun 1984, seorang ejen insuran dari Baltimore, Maryland, telah menerbitkan sebuah buku novel fiksyen berkenaan seorang komander kapal selam Russia yang ingin belot kepada negaranya dan memihak kepada Amerika Syarikat.

Cerita tersebut memaparkan bahawa kapal selam Russia itu merupakan kapal nuklear tercanggih pada zamannya.

 “The Hunt For Red October” judul cerita fiksyen tersebut adalah “kononnya” diinspirasikan oleh kejadian sebenar yang berlaku pada tahun 1975 di atas kapal pemusnah Russia Storozhevoy dan menjadi novel pertama Tom Clancy di peringkat antarabangsa.

Presiden Ronald Reagan pada ketika itu menggelarkannya sebagai sebuah cerita dongeng yang hebat.

Di Malaysia pula, kisah kapal selam juga merupakan dongengan yang sering diputarkan oleh beberapa pihak.

Pada tahun 2010, Suara Hak Asasi Manusia (Suaram) telah menfailkan tuduhan di mahkamah Perancis, menyatakan bahawa firma perniagaan Perancis yang bernama DCNS telah membayar RM452 juta sebagai rasuah kepada pegawai kerajaan Malaysia untuk mendapatkan satu kontrak.

Tuduhan ini telah menjadi salah satu rentetan tuduhan melampau berkenaan isu Scorpene sehingga melibatkan beberapa pihak yang pada logiknya tidak ada kene mengena dengan hal tersebut.

Bertahun sudah berlalu dan satu jaringan teori konspirasi telah dianyam dan akhirnya kaitan berkenaan perjanjian jual beli kapal selam itu dan Altantuya telah dikaitkan hanya melalui teori

Oleh itu, jangan terkejut sekiranya cerita teori konspirasi ini sealiran dengan mana-mana filem Hollywood.Ini kerana dek penangan pemikir-pemikir tertentu berkenaan teori Altantuya dan Scorpene, maka timbullah cerita berkenaan korupsi, penipuan, seks dan pembunuhan.

April ini, satu laporan daripada media arus perdana Sepanyol dan Perancis telah mempersoalkan tindakan taksub dan gila Suaram berkenaan kes tersebut, sehingga media mereka menyifatkan sistem mahkamah Perancis telah dipermain-mainkan oleh Suaram dan konco-konco mereka.

Jumaat lepas, Suaram telah mengadakan aktiviti mengutip derma, lantas fitnah dan tuduhan baru pula dilemparkan kepada Kerajaan Malaysia.

Selepas beberapa bulan mencuba, akhbar New Straits Times telah berjaya mendapat satu temubual dengan seorang individu yang menjadi penggerak kepada perjanjian Scorpene ini.

Bukan mudah untuk mendapat peluang menemubual individu tersebut.Temubual bersama Jasbir Singh Chahl ini diharap dapat membuka mata seluruh rakyat Malaysia untuk mengetahui tentang kebenaran isu Scorpene.

Sebelum perjumpaan ini dilakukan, Chahl telah menolak untuk membuat apa-apa kenyataan berkenaan kes ini, beliau bimbang akan dikenakan tindakan menghina mahkamah.

Sepanjang ini, beliau telah berhubungan dengan pihak penguatkuasa Perancis dan para penyiasat dimana beliau mempunyai bukti untuk setiap kenyataan yang dikeluarkannya.

Semasa berkunjung kerumah beliau, yang terletak ditengah-tengah Kuala Lumpur, lelaki yang dibesarkan dengan pendidikan Inggeris ini terhenti seketika semasa menyusun cawan-cawan teh yang berada di depannya dan berkata  
“Saya berani bersumpah di bawah buku suci Guru Granth Sahib, yang saya tidak tahu dan tidak kenal perempuan tersebut, dan dia tidak pernah menjadi sebahagian daripada pasukan kami, saya tidak pernah melihat dia, dan dia tidak berada di Perancis pada masa itu, iaitu semasa kami sedang berusaha untuk mendapatkan perjanjian terbaik untuk Malaysia. Saya hanya tahu berkenaan beliau apabila surat khabar menyiarkan berita bahawa mayat beliau telah dijumpai”.
Salah satu daripada cerita dongeng yang telah dijaja dan diterima oleh sebahagian rakyat Malaysia ialah cerita kononnya Altantuya adalah seorang penterjemah kepada Abdul Razak Bagnda yang juga telah membantu Chahl untuk mendapatkan projek tersebut.

Perbincangan bermula pada tahun 2000 dan persetujuan telah berjaya dicapai pada tahun 2002.Jikalau benar Altantuya adalah penterjemah Razak Baginda, maka beliau sepatutnya hadir dalam semua mesyuarat sejak tahun 2000.

Akan tetapi, di dalam dokumen rasmi kerajaan Perancis yang telah diberikan kepada New Straits Times, Polis Perancis telah menyatakan bahawa Altantuya tidak pernah datang ke Perancis dari tahun 1999 hingga 2006.

Sedangkan sebahagian perjumpaan berkenaan Scorpene telah diadakan di Perancis dan sebahagiannya di Malaysia.  

Semua dokumen untuk perjanjian adalah dalam Bahasa Inggeris, “Ini bukanlah sesuatu yang saya katakan, tetapi ianya adalah yang dikatakan oleh pihak berkuasa Perancis, polis Perancis dan badan siasatan kehakiman Perancis .”

Mengikut keterangan yang dibuat oleh Razak Baginda di dalam mahkamah, beliau hanya berjumpa dengan Altantuya pada lewat tahun 2004.Perjanjian Scorpene telah dirumuskan pada tahun 2002. Satu lagi tuduhan yang dibuat oleh pro-pembangkang adalah disebabkan oleh pemahaman terhadap Gallic dan cara perlaksanaan syarikat Perancis DCNS menjalankan perniagaan mereka di seluruh dunia.

Pihak pro-pembangkang menyatakan kononya kerana DCNS adalah syarikat Perancis, maka perjanjian yang diadakan mesti dilakukan dalam bahasa Perancis. Sedangkan di dalam bidang perniagaan pertahanan, Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa perantara.

Tambahan dengan itu, pasukan Perancis diketuai oleh seorang lelaki Inggeris yang bernama Martin Hill, yang juga fasih berbahasa Perancis.Sekiranya, pasukan mereka memerlukan penterjemah, mereka tidak perlu menggunakan khidmat penterjemah luar, dan pastinya bukan seorang Mongolia yang tidak diketahui asal usulnya.

Di dalam satu kenyataan kepada pihak berkuasa Perancis pada tahun 2010, bekas pengurus pemasaran DCNS untuk Malaysia dan SIngapura pada ketika itu, Fredric Faura, telah memberitahu para penyiasat bahawa tidak perlu untuk mendapatkan khidmat penterjemah kerana rakyat Malaysia fasih berbahasa Inggeris.

“Anda bertanya kepada saya mengapa blog-blog mengatakan bahawa budak perempuan ini (Altantuya) ada kaitan dengan Razak Baginda. Anda perlu bertanya kepada penulis blog-blog tersebut”.

Chahl juga berpendapat bahawa mengapa tiada pihak yang mempersoalkan kredibiliti pihak pembangkang yang telah memaparkan sekeping gambar palsu (yang mereka juga akui sebagai palsu) kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Ini semuanya, adalah masalah peribadi antara Razak Baginda dan Altantuya. Apa sahaja isu antara Razak dan Altantuya tiada kaitan dengan perjanjian Scorpene. Adalah malang untuk kita semua, hal yang berlaku antara mereka berdua dikaitkan dengan perjanjian kapal selam tersebut. Razak Baginda merupakan satu-satunya perkara yang mengaitkan kedua-dua isu tersebut. Walaupun pada asasnya hal Altantuya adalah hal peribadi Razak dan bukannya orang lain”.

Siapakah Jasbir Singh Chahl?
Jasbir Singh Chahl telah memulakan kerjaya beliau di dalam bidang pertahanan, industri minyak dan gas pada umur yang begitu muda. Semasa beliau berumur 20an beliau telah bekerja di London bersama sebuah firma Timur Tengah yang pakar dalam bidang pertahanan dan pembangunan.

Disana beliau diberikan tugas untuk memastikan perjanjian yang bernilai jutaan dollar berjaya dimeterai.

Beliau mempunyai hubungan yang baik dengan kontraktor dari Eropah dan di seluruh dunia.Apabila beliau kembali ke Malaysia pada tahun 1981 beliau amat dikenali di arena korporat Malaysia.

Pada tahun 1996 hingga 1998, Chahl bekerja dengan Thomson-CSF International (M) Sdn Bhd, France’s Thomson-CSF (sekarang Thales), Offshore Patrol Vessels (OPV) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia, selain itu beliau juga banyak terlibat di dalam projek berkenaan pertahanan Malaysia.

Hubungan beliau dan Thomson-CSF bertaut semula apabila syarikat tersebut memerlukan kepakaran beliau dalam pembangunan strategik dan maklumat yang boleh digunakan untuk kepentingan Kerajaan Malaysia di dalam beberapa projek pertahanan.

Semasa perbincangan inilah, syarikat tersebut telah mengusulkan untuk memberi fokus kepada penjualan kapal selam di Malaysia. Ini merupakan sesuatu yang syarikat tersebut telah usahakan selama sedekad tetapi mereka tidak berjaya menyaksikan apa-apa perkembangan. 

Syarikat tersebut berpendapat bahawa masa yang sesuai merupakan satu perkara yang penting untuk dipertimbangkan. Kesemua pihak termasuk TLDM telah berbincang untuk menganalisa, menilai dan membangunkan cadangan untuk membekalkan kapal selam kepada Malaysia, yang menjadi titik tolak kepada pembelian kapal selam Scorpene.

‘Semuanya Telah Diaudit’
SATU daripada isu utama di dalam perjanjian kapal selam Scorpene adalah berkaitan dengan perkataan “komisyen”.

Khususnya, 115 juta Euro (RM452 juta) yang telah dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, sebuah syarikat yang mengetuai logistik dan latihan pegawai-pegawai  dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Jasbir Singh Chahl mempunyai masalah besar dengan itu.....

“Jumlah itu sebenarnya adalah untuk servis yuran pentadbiran, “ kata Chahl dengan nada geram dan marah.

Para pengkritik telah berjaya untuk menjadikannya hujah yang mudah untuk menunjukkan contoh ketamakan tidak terbatas ; bahawa ia telah berjaya ke tahap yang tertentu, dalam melukiskan gambar yang wang telah dibayar ke tangan pegawai-pegawai kerajaan dan syarikat-syarikat sebagai pemudah cara. Perkara ini membuatkan Chahl merasa jelek.

Untuk makluman, Perimekar, iatu sebuah syarikat yang telah diaudit, dimiliki oleh KS Ombak Laut Sdn Bhd,  tabung pencen Tentera Laut, LTAT, dan syarikat industri, Boustead dimana kedua-duanya juga telah diaudit.

Yuran tersebut merangkumi pentadbiran projek dan servis-servis integrasi projek, menyelaraskan penglibatan syarikat-syarikat Malaysia dalam program penyertaan industri, termasuk di dalam penyediaan perkhidmatan semasa fasa pembinaan dan memantau prestasi syarikat yang terlibat.

Ia juga membantu kontraktor utama mematuhi semua undang-undang dan tatacara yang berhubungan dengan pemberian kontrak tempatan, menyelaras dan memantau latihan anggota TLDM selaras dengan kontrak utama dan selaras dengan harapan kerajaan Malaysian dan TLDM. Ini juga termasuk menyediakan laporan bulanan bagi semua perkara di atas.

Sebahagian besar daripada yuran tersebut adalah untuk penyediaan penginapan dan semua perkhidmatan yang diperlukan untuk latihan kakitang TLDM dan keluarga mereka di Brest, Perancis, dan Sepanyol, untuk jangkamasa enam tahun, termasuklah premium insurans kesihatan dan elaun harian minima 50 Euro setiap seorang.

Kos-kos lain termasuklah kos perjalanan pulang ke Malaysia sebanyak tiga kali setahun. Kesemua 145 anggota TLDM, termasuklah 49 pegawai dan tanggungan mereka dirangkumi oleh yuran ini. 

 “Kita telah difitnah untuk dilihat sebagai orang yang mengaut keuntungan, dan goyang kaki, sedangkan pada hakikatnya, terdapat banyak kerja keras yang telah dilakukan,” kata Chahl.

Untuk makluman, keuntungan Perimekar selepas cukai adalah sebanyak RM105,111,191.

“Tawaran komersial tersebut adalah menarik kerana keunggulan program penyertaan industri yang telah kita hasilkan. Program jualbeli dan “offset” yang kami tawarkan sebagai sebahagian daripada keseluruhan tawaran juga berpihak kepada kita.”

 “Berdasarkan kekuatan dan kelebihan komersial cadangan itu, kita tidak perlu  untuk melobi sesiapa untuk mempengaruhi proses penilaian komersial. Tidak ada sebab untuk kami berbuat demikian."

 “Scorpene merupakan kapal selam tanpa nuklear terbaik yang telah negara kita pilih".

PENYEBAR GAMBAR HASUTAN INI DIBELA SEBAGAI PEMBERI MAKLUMAT KE ??





Isu kantin SK Sri Pristina dah  semakin mengarut  bila banyak sangat campur tangan dan pandangan oleh politik bukan Melayu . 


Pasal ia membabitkan bangsanya yang menyebarkan gambar kontroversi ini di media sosial hingga mencetus isu perkauman , Wanita GERAKAN melabelkan wanita yang tukang  sebar ini sebagai ' pemberi maklumat "

Walhal menurut akta pemberi maklumat 2010 , hanya pendedahan di agensi penguakuatsaan sahaja diberi perlindungan bukannya di facebook . 

GPB ingin bertanya kepada Wanita India parti loser GERAKAN ini ,  tolong tanya   mengapa wanita ini tidak membuat aduan dengan mendedahkan  sahaja gambar ini  kepada sekolah & kementerian  ??

Jika ada ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan cara pengurusan, sepatutnya terus berjumpa pengetua atau kementerian bagi membincangkan masalah berkenaan dan bukannya menyalurkannya melalui media sosial dan akhirnya akan dimanipulasi sehingga keadaan menjadi tidak terkawal," ujarnya. 


                                                                      KETUA PENGARAH PENDIDIKAN 

Mengapa perlu disebarkan di facebook hingga menimbulkan pelbagai tanggapan dan pandangan hingga mencetuskan isu perkauman ?

Wanita tukang sebar ini  yang patut dikenakan tindakan oleh SKMM atau Akta hasutan   ini kerana telah menyebarkan maklumat salah hingga menimbulkan suasana tidak tenteram dikalangan masyarakat. 






Wanita Gerakan hari ini mengutuk tindakan individu yang menggangu seorang wanita yang dikatakan sebagai individu yang merakam gambar pelajar-pelajar bukan Islam makan di 'kantin sekolah', baru-baru ini.

Ketua Setiausahanya, Jayanthi Devi Balaguru berkata, beliau bimbang akan keselamatan wanita berkenaan kerana beliau turut menerima laporan yang mendakwa bahawa anak wanita itu turut dibuli ekoran kontroversi tu.

"Ini adalah satu penghinaan yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab dalam usaha untuk meletakkan ibu dan kanak-kanak di bawah satu tekanan teruk.

“Mereka harus faham bahawa sebagai ibu bapa, ia adalah sedih melihat anak-anak mereka perlu mengambil makanan tengah hari mereka di dalam bilik mandi seperti yang berlaku dalam kes ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Sehubungan itu, Jayanthi turut menggesa agar wanita itu diberi perlindungan dan juga anaknya.

“Kedua-dua ibu dan anak ini layak untuk mendapatkan perlindungan sewajarnya,” katanya.

Beliau juga meminta ulasan mengenai Akta Pemberi Maklumat 2010 yang hanya menawarkan perlindungan kepada pemberi maklumat jika hanya mereka membuat pendedahan kepada agensi penguat kuasa yang diberi kuasa dan tidak memberi apa-apa perlindungan kepada pemberi maklumat yang ‘mengadu ’kepada media.

“Jika diteliti mereka gagal untuk memenuhi syarat-syarat ini.

“Mereka amat lemah dan pasti memerlukan perlindungan undang-undang,” katanya.

SH 

FAN PAGE MENYOKONG GURU BESAR SERI PRISTANA BERGERAK DENGAN PANTAS !!


Isu penggunaan bilik persalinan sebagai tempat makan di Sekolah Kebangsaan Seri Pristina,Sungai Buloh,Selangor terus menjadi bahan hangat di alam maya walaupun pihak kerajaan berkata isu itu sudah selesai.Fanpage Kami Sokong Mohamad Nasir Mohd Nor Guru Besar SK Seri Pristana yang dibuat sejak Khamis lalu di Facebook sudah pun mencecah lebih 2,000 Likes dan ia dilihat terus berkembang. 

UNTUK SELANJUTNYA 
ini membuktikan petanda jelas bahawa isu ini belum reda dan apa pun guru besar,Mohamad Nasir tidak keseorangan lagi dalam menghadapi isu berkenaan.Secara umum,pengunjung dan peminat Fanpage berkenaan mempertahankan tindakan Mohamad Nasir dan menyalahkan sikap pihak tertentu yang meniupkan sentimen agama dan kaum dalam isu berkenaan.Mohamad Nasir,yang telah diarahkan bercuti oleh pihak Kementerian Pelajaran sebelum ini membuat laporan polis bahawa beliau diugut bunuh.Selain itu beliau juga meluahkan kekecewaan apabila tiada pemimpin UMNO yang ada keberanian untuk tampil mempertahankan tindakan beliau yang tidak pernah langsung dibuat berdasarkan diskriminasi kaum atau agama.
Sementara itu,akaun milik Guneswari Kelly yakni individu pertama yang memuat naik gambar-gambar beberapa pelajar bukan Islam makan di bilik persalinan sekolah berkenaan telah ditutup.Tidak dapat dipastikan sama ia dibuat oleh pihak Facebook akibat terlalu banyak aduan negatif atau ditutup sendiri oleh pemilik akaun berkenaan.Sementara itu,Bernama melaporkan,polis menerima 18 laporan daripada ibu bapa,orang awam dan juga guru serta kakitangan sekolah yang tidak berpuas hati mengenai isu penggunaan bilik persalinan sebagai tempat makan itu.Ketua Polis Daerah Sungai Buloh,Supt Junaidi Bujang berkata,kebanyakan laporan yang diterima menyatakan tindakan guru besar sekolah berkenaan yang telah menempatkan pelajar bukan Islam makan di dalam bilik persalinan sekolah itu,adalah salah. 
Ini termasuk dua laporan polis iaitu seorong daripada guru sekolah itu dan satu lagi daripada kerani sekolah,katanya kepada Bernama.Beliau berkata tiga laporan dibuat pada hari kejadian,10 laporan pada keesokan harinya,empat dibuat kelmarin dan satu semalam di Balai Polis Saujana Utama.Junaidi berkata laporan itu diklasifikasikan sebagai laporan intimidasi dan pihaknya sedang menjalankan siasatan.Sebelum ini,akhbar melaporkan bilik persalinan di sekolah itu digunakan sebagai kantin sementara bagi 28 pelajar bukan Islam sepanjang Ramadan ini.Dalam pada itu,Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang mempolitikkan isu penggunaan bilik persalinan sebagai tempat makan di sebuah sekolah di Sungai Buloh. 
Naib Presidennya,Datuk Zulkifli Noordin berkata,sesetengah pihak mengambil kesempatan memfitnah Mohamad Nasir dengan mendakwanya bersikap rasis kerana menempatkan murid bukan Islam makan di dalam tandas. “Yang jelas perkara ini telah diputar belit dan disulami dengan pembohongan, sedangkan faktanya sekolah itu mempunyai kantin yang kecil dan hanya memuat 600 pelajar. “Keputusan (menggunakan bilik persalinan) itu dibuat hasil perbincangan bersama guru dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) dan guru besar sekadar melaksanakan keputusan itu,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas penubuhan Majlis Badan Bukan Kerajaan (NGO) Antara Kaum Malaysia (Mirac) di Kuala Lumpur.

Friday, July 26, 2013

MENTERI PENDIDIKAN MESTI BANGKIT DARI LENA @MuhyiddinYassin


Kadang-kadang menyampah bila terbaca blog-blog yang  sibuk memainkan isu budak sekolah makan kat bilik persalinan. Padahal bukan isu besar mana pun, Guru Besar dan pihak sekolah pun dah jelaskan yang bilik persalinan tu dah dijadikan kantin sementara sebab kantin sekolah sedang diubah suai. 
Bukannya baru… sejak bulan Mac lagi. Pihak sekolah plak dah dapat persetujuan PIBG pun sebelum mengambil keputusan nak gunakan bilik persalinan tu sebagai kantin sementara. Jadi apa masalahnya? 
Apa busuk sangat hati orang yang distribute gambar tu… Nampak sangat berniat jahat kan. Masa budak Melayu makan dalam tu takde orang nak kecoh pun.. Tapi bila dalam gambar tu muka budak bukan Islam yang terpampang.. mula lah nak melompat. Diskriminasi konon..
Bertambah menyampah bila dapat tahu Guru Besar sekolah tu direhatkan sementara siasatan dijalankan. Siasatan apa benda? Benda ni bukan isu besar pun. 
Kenapa Menteri Pendidikan biarkan isu kecik ni menular sampai jadi besar. Sampai pihak-pihak yang tak bertanggungjawab boleh mainkan isu ni hingga meniupkan api kemarahan bangsa lain terhadap kaum Melayu.
Wahai Pak Menteri tidak kah anda sedar bahawa orang Melayu pun tahu marah. Sedarkah wahai Menteri.. kedudukan anda sekarang adalah atas undi orang Melayu???? Jadi… bangunla… Bela orang Melayu sikit... 
Tak payah nak jaga pungkok puak puak tu sangat. Benda takde isu… tapi dek kelembapan anda bertindak membuatkan isu tu jadi besar. Bila guru besar tu direhatkan ia telah menggambarkan imej yang tak baik untuk beliau.  Air muka orang Melayu jugak yang jatuh.
Beberapa bulan lepas ada kes Cikgu Cina maki budak Melayu bodoh.. takde plak orang nak kecoh. Pak Menteri tak sibuk nak buat siasatan pun. Cikgu tu tak direhatkan pun. Sebab apa? Sebab cikgu tu Cina? Sebab budak tu Melayu??? Orang Melayu ni memang pemaaf. Tapi janganla sampai pijak kepala.
Ingat.. jangan sampai orang Melayu menyesal bagi undi kat BN dan UMNO. Bangkit!!!!!!
 

Thursday, July 25, 2013

LUAHAN HATI GURU BESAR .. KUALA LUMPUR: "Mana perginya pemimpin UMNO, tidak ada seorang yang tampil membela saya," luah Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Pristana, Mohamad Nasir Mohd Noor.

GURU BESAR SEKOLAH PRISTANA TANYA, DIMANA PEMIMPIN UMNO BILA DIA TERKENA MACAM NI? 

 
SABARLAH WAHAI SAUDARA, INI LAH REALITI DAN KEADAAN SEBENAR DI MALAYSIA, SEBELUM PRU DULU, KITA INGAT PERANGAI JEBON HANYA DIMILIKI OLEH PEMIMPIN PAS DAN PKR, YANG PAS KAKI HANGGUK KEPALA, YANG PKR SEMUA KAKI LIBERAL MINDED!

AKU PELIK KENAPA BILA UMNO BERKUASA DAN LEBIHAN KERUSI DARI 78 DULU DAN SEKARANG 88 KERUSI, MENANG BERGAYA TU, KIRA SEMUA PENGUNDI YANG MENGUNDI UMNO YAKIN DAN PASTI UMNOLAH PENJAGA TERBAIK MARUAH BANGSA MELAYU DAN ISLAM. AKU SENYUM BILA BN MEMERINTAH DENGAN GAYA SEORANG JAGUH!! MEREKA JADI ANGKUH!!

TETAPI BILA DAH BERKUASA, MASING-MASING DAH ADA JAWATAN MENTERI, MASING-MASING DAH ADA TANGGUNGJAWAB, BUKAN MAIN SOMBONG KORANG YE SAMPAI KES BESAR YANG MELIBATKAN AGAMA, SEMUANYA MAIN STYLE PLAY SAFE YANG NAK JAGA HAL DUNIAWI GILA-GILA, MASYAALLAH....

dek kerana kamu difitnah, kamu dicerca dicaci seko dari pemimpin melayu buat donno, sebab anggap itu salah kamu, so kamu tanggunglah sendiri, wahh, bukan main gila haram play safe, bukan main eksyen kata ahhh thats is not my problem!!

ikuti luahan cikgu besar yang teraniaya kerana fitnah dari mak pelajar tak bertamadun!!

LUAHAN HATI GURU BESAR ..
KUALA LUMPUR: "Mana perginya pemimpin UMNO, tidak ada seorang yang tampil membela saya," luah Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Pristana, Mohamad Nasir Mohd Noor.

Sedangkan menurut Mohamad Nasir beliau telah bekerja bertungkus-lumus untuk UMNO semasa pilihan raya lalu sehingga beliau tidak dapat memberi perhatian kepada allahyarham isterinya yang ketika itu sakit kanser.

Katanya, setelah berkhidmat sepenuh jiwa untuk UMNO, wakil rakyat di kawasan pun tidak datang mempertahankan beliau yang telah dianiaya dengan tuduhan tidak berasas.

Mohamad Nasir diarahkan bercuti seminggu setelah terkait dengan kontroversi apabila seorang bapa murid bukan Islam di sekolah berkenaan mendakwa mereka ditempatkan di dalam tandas ketika waktu rehat.

Sebuah blog sebelum ini melaporkan murid-murid bukan beragama Islam di sekolah berkenaan telah ditempatkan di dalam tandas sewaktu rehat pada bulan Ramadan.

Menurut Mohamad Nasir, semua laporan polis dibuat adalah terhadap beliau yang dituduh mengambil tindakan yang tidak bertamadun.

Tambah Mohamad Nasir, beliau pada masa ini diarahkan supaya bercuti rehat seminggu dan sebarang tindakan akan diambil selepas itu.

Beliau juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama di Sungai Buloh, setelah merasakan dirinya telah difitnah. Mohamad Nasir Mohd Noor membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama pada pukul 11 pagi ini.

Laporan polis itu katanya, dibuat kerana kecewa dengan sikap ibu bapa pelajar dan beberapa pihak lain yang menfitnahnya sebagai bertindak secara tidak bertamadun.

"Saya juga menerima panggilan telefon yang mencerca dan termasuk mengugut berikutan fitnah tersebut," katanya.

Mengulas mengenai dakwaan bapa murid berkenaan, Mohamad Nasir berkata, murid-murid ditempatkan di bilik persalinan berkenaan sejak tiga bulan lalu, tanpa mengira kaum atau agama.

Tambah beliau, ini adalah kerana kantin sekolah berkenaan kecil dan tidak mampu memuatkan jumlah murid yang ramai.

Pada sebelah pagi pula ujar beliau, matahari memancar terus ke kawasan kantin dan murid-murid tidak mahu makan di kawasan berkenaan kerana panas dan mereka makan di tepi longkang.

"Saya lihat tempat berkenaan tidak bersih, jadi saya tempatkan mereka di bilik persalinan yang kebetulan tidak digunakan sepenuhnya," katanya.

Bilik persalinan berkenaan, katanya, memang jarang digunakan kerana murid-murid dibenarkan memakai pakaian sukan jika terdapat mata pelajaran jasmani atau aktiviti kokurikulum.

Pada masa yang sama beliau telah meletakkan notis melarang murid-murid membuang air di bilik berkenaan dan paip air di bilik berkenaan telah dikunci.

Bilik berkenaan juga, katanya, mempunyai sinki untuk digunakan bagi mencuci tangan sebelum makan.

ps: terserlah pemimpin kita hanya jaga perut dan kantung tekak mereka sahaja!! huhu                         

Guru Besar Seri Pristana diugut bunuh

KUALA LUMPUR: Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Saujana Utama, Sungai Buloh, hari ini, membuat laporan polis selepas menerima ugutan bunuh berikutan isu penggunaan bilik persalinan sebagai tempat makan di sekolah itu untuk pelajar bukan Islam, dua hari lalu. Mohd Nasir Mohd Noor, 57, berkata laporan polis itu dibuat bagi melindungi dirinya yang menerima ugutan bunuh dan cacian daripada beberapa pihak termasuk melalui akaun Facebooknya.
"Dua hari lepas, setelah gambar itu tersebar, saya menerima panggilan talefon kira-kira 10 pagi dari seorang lelaki yang mendakwa dia dari Badan Bukan Kerajaan (NGO).
"Selain memaki hamun saya dan menghamburkan kata-kata kesat, dia juga mengeluarkan perkataan 'If I meet you, i will kill you' (Jika saya jumpa awak, saya akan bunuh awak)," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu dengan ditemani enam anggota Badan Kebajikan Guru sekolah itu di pondok Polis Saujana Utama dekat sini.
Sebelum ini, akhbar melaporkan bilik persalinan di sekolah itu digunakan sebagai kantin sementara bagi 28 pelajar bukan Islam sepanjang Ramadan ini.
Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan yang mengadakan lawatan ke sekolah itu semalam berkata isu lokasi kantin sementara yang didakwa kurang sesuai di sekolah itu, tiada kena mengena dengan isu agama dan bangsa.
Mengulas isu itu, Mohd Nasir berkata beliau kesal dengan usaha yang mahu menjatuhkan nama baiknya dan sekolah itu, yang baru dibuka tiga tahun lepas itu.
"Sebelum ini, memang tidak ada aduan daripada ibu bapa mengenai isu bilik persalinan ini kerana mereka faham masalah kantin di sekolah ini yang dalam proses ubah suai bagi menampung kira-kira 600 pelajar sedangkan sekolah ini mempunyai 1,300 pelajar," katanya.
Ekoran isu itu, beliau kini bercuti selepas diarahkan berehat untuk sementara waktu bagi meredakan keadaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Junaidi Bujang mengesahkan menerima laporan daripada Mohd Nasir berhubung tohmahan terhadap dirinya berhubung isu itu.
Di PETALING JAYA, Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan berkata polis akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dalam menyelesaikan isu itu.
Beliau berkata walaupun isu itu bukan di bawah bidang kuasa polis, namun ia sedia membantu dalam menyelesaikannya.
Beliau berkata demikian selepas menyerahkan surat penghargaan kepada 54 anggota dan pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang atas kejayaan menyelesaikan beberapa kes jenayah di sekitar negeri itu.
Pada majlis sama, Thaiveegan mengagihkan sebanyak 268 sarung siku kepada anggota polis yang bertugas di bahagian Unit Rondaan Bermotosikal (URB) bagi mengelakkan kecederaan ketika bertugas. - BERNAMA

 

 

KEPUTUSAN RASMI BN MENANG DENGAN PERTAMBAHAN UNDI SEBANYAK 158......

Keputusan rasmi baru sahaja diumumkan oleh SPR sebentar tadi. Alhamdulilah Abe Ku Calon Barisan Nasional telah mengekalkan kemenangan barisan nasional di kuala Besut. Ini membuktikan bahawa kuala besut kekal kubu kuat barisan nasional. Pas telah mencuba namun gagal meyakinkan rakyat kuala besut.Taktik merasuah pengundi dengan minyak motor percuma nampaknya tidak berjaya.
Keputusan rasmi diumumkan tadi adalah seperti berikut : 
Tengku Zaihan mendapat 8288 undi.
Azlan Yusof mendapat 5696 undi.
Semasa pru 13 dulu majoriti 2434 pada prk kali ini lebih 158undi...

Wednesday, July 24, 2013

Tahniah BN Menang Dengan Majoriti 2583


Maklumat tidak rasmi, BN berjaya memenangi PRK Kuala Besut dengan majoriti 2583 undi. Melebihi majoriti yang diperolehi dalam PRU 13 yang lalu.

Monday, July 22, 2013

KIT SIANG DAP & PORTAL BERITA CURAH MINYAK KE ATAS API KEMARAHAN UMAT ISLAM MALAYSIA...

Lim Kit Siang memang cekap. Jika tidak cekap, mustahil untuk beliau dan parti DAP bangkit semula setelah menghina mengusir bangsa Melayu dan berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969. 
Jika tidak cekap, sukar untuk anak beliau berada di jawatan yang tinggi di dalam parti dan negeri Pulau Pinang. Nepotisme dan kronisme mekar subur dalam parti yang dilabelkan rasis dan chauvinis itu.
Dan apabila umat Islam bangkit marah dengan sikap kurang ajar dan bodoh pasangan porno Alvin dan Vivian, Lim Kit Siang sekali lagi menunjukkan cekap beliau. Begitu juga dengan portal pro-pembangkang, cekap.

Bukannya mahu meredakan kemarahan umat Islam tetapi Kit Siang DAP dan portal pro-pembangkang mencurah minyak ke api apabila menyiarkan artikel bertajuk 'I am Muslim and I am not that offended' yang diragui sumbernya. Dan 'sumber' itu daripada Singapura bernama 'Young Singapore Muslim' !

Tetapi sebelum kita mulakan dengan mengkritik atau mengutuk pandangan 'Young Singaporean Muslim', sumber yang diragui dan diceduk daripada Singapura itu, mungkinkah itu tujuan sebenar veteran DAP dan portalpro-pembangkang? 
Mungkinkah mereka sengaja mahu kita mengkritik atau mengutuk dan melaga-lagakan brotherhood sesama umat Islam, jika benarlah 'Young Singaporean Muslim' itu orang Islam?  
Jika tidak, apakah muslihat Lim Kit Siang DAP dan portal pro-pembangkang menyiarkan artikel daripada Singapura itu dan hanya dalam bahasa Inggeris ?
Apakah mereka mahu pembaca artikel itu menganggap umat Islam di negara Malaysia ini tidak tolerans, terlalu konservatif dan terlebih lenting kerana 'Young Singaporean Muslim' tidak 'tersinggung'?
Apakah mereka mahu membuat perbandingan umat Islam di negara ini dengan negara Singapura? Singapura lagi best kerana rakyat di sana tolerans dengan penghinaan-penghinaan yang disengajakan dalam bulan Ramadan yang mulia ini?
Kepada Lim Kit Siang DAP yang panjang umur selepas peristiwa 13 Mei dan politik negara, apakah umat Islam di negara ini benar-benar tidak tolerans, terlalu konservatif dan terlebih lenting?
Lebih-lebih lagi portal pro-pembangkang, The Malaysian Insider yang dilihat sengaja menguris hati Muslim di negara ini. 

Artikel dari The Real Singapore itu tidak sahih dan sumbernya tidak arif dengan senario negara ini, kronologi isu pasangan biadap itu dan betapa teruknya Islam dihina dalam media sosial di negara ini.
Yang lebih meragukan tentang artikel dalam portal Singapura itu ialah si penulis tidak mahu identitinya didedahkan kerana kononnya pandangannya 'tidak sama dengan kebanyakan Muslim yang lebih tua dan konservatif'.

Di situ sahaja kita semua sudah meragui kesahihan artikel itu. MiM percaya Lim Kit Siang DAP dan The Malaysian Insider tahu tentang perkara fundamental ini tetapi mereka tidak peduli. Lim Kit Siang DAP dan The Malaysian Insider siarkan juga.
Bukankah itu kurang ajar namanya seperti pasangan porno Alvivi yang tahu babi haram di sisi Islam tetapi masih juga mahu pakai 'Bak Kut Teh' dan tanda halal ?
MiM sarankan kepada Lim Kit Siang DAP dan The Malaysian Insider supaya padamkan artikel itu dengan kadar segera jika benar-benar sensitif dengan perasaan umat di negara ini, bukannya negara Singapura. Jangan curah minyak ke atas api kemarahan umat Islam negara ini dengan melaga-lagakan dengan negara jiran.
Jijik dan jahat sangat nampaknya.
Jika benar-benar true Malaysian dan walk their talk, mereka akan padamkan artikel itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...